‘Aafiyah Nak Adik Ya?’- Netizen Geram Melihat Telatah Aafiyah Yang Comel Bertudung

Share

Bayi paling popular di Malaysia iaitu Siti Aafiyah Khalid, puteri kesayangan kepada Dato Sri  Siti Nurhaliza ini sentiasa membuatkan rakyat Malaysia berasa ‘geram’ dengan telatahnya yang comel itu.

Baru-baru ini, Aafiyah sekali lagi telah mencuri tumpuan ramai apabila aksinya yang tidak senang duduk apabila melihat gambar kanak-kank di bungkusan plastik lampin bayi itu dimuat naik oleh ibunya di laman instagram.

‘Aafiyah nak adik ke tuuu?’

Dapat ribuan komen, netizen juga suka melihat penampilan Aafiyah yang bertudung dalam video itu.

Ternyata bijak sungguh Aafiyah ini. Sudahlah comel, pintar pulak tu. Moga terus membesar menjadi anak yang soleh ya!

IKLAN