Niat untuk berhijrah sudah lama ada tetapi dek kerana tuntutan kerja menyebabkan personaliti ini belum bersedia untuk berhijab. Namun setelah berkahwin, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Apatah lagi ketika itu Intan Liana juga turut mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada rumah tangga juga atas arahan Imamnya ketika itu.
Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu dilalui selama 5 tahun sahaja kerana takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Walau diduga ujian maha berat, namun Intan Liana reda dan akan terus istiqamah dengan apa yang telah berlaku.
9 TAHUN JADI PENARI
“Sebelum berkahwin saya dulu adalah seorang penari. Selama 9 tahun menjadi penari sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti setelah berumah tangga. Niat sebelum itu memang ada nak berhijab, tetapi kerjaya sebagai penari tidak begitu bersesuaian ketika itu.
“Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan berhijab hinggalah sekarang ini. Tiada siapa mendorong berhijab sebaliknya hidayah datang tepat pada waktunya.
“Sepanjang lima tahun saya berhijab tidak pernah terlintas untuk membukanya. Bahkan saya rasa selesa dan selamat setelah memakainya,” ungkap Intan Liana yang gemarkan fesyen unik sejak dulu lagi. Ramai sudah maklum bahawa dia kini bekerja keras demi menyara kehidupan setelah ditinggalkan suaminya.
“Walaupun diduga saya tidak akan sesekali buka tudung. Biarpun sebelum ini saya memang ada terfikir untuk kerja balik sebagai penari kerana hanya pekerjaan itu yang saya tahu buat. Tetapi bila saya fikir-fikir balik agak susah kerana saya kini sudah berhijab.
Buat masa ini memang saya fokuskan sebagai model Muslimah secara sambilan dan juga banyak buat paid review di laman Instagram. Saya juga tidak terfikir untuk cari kerja tetap kerana fokus dengan apa yang ada ada depan mata dulu,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 4 tahun dan 2 tahun.
Menurut Intan juga anak-anak dan keluarga jadi sumber kekuatannya dalam menghadapi kesukaran yang tidak diduga ini.
IKLAN
“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Walaupun kadang-kadang hati saya jadi rapuh dan apabila teringat perkara lalu buat saya menangis. Oleh kerana sebelum ini saya adalah suri rumah tangga, jadi urusan menjaga anak memang terletak pada bahu saya.
“Jadi apabila ada sebarang shooting atau kerja, saya akan bawak anak-anak. Susah untuk tinggalkan mereka, lebih-lebih lagi kerana ketika itu anak yang masih kecil masih menyusu badan.
IKLAN
“Cuma kadang-kadang ayah dia akan ambil seorang terutama anak yang sulung. Dalam hal ini saya tidak hadkan hubungan antara ayah dan anak,” jelasnya yang tekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh demi kelangsungan hidup.
Dalam kekecohan masyarakat Malaysia berteka teki bilakah Neelofa akan melangsungkan pernikahan bersama PU Riz, kini adiknya mencuri perhatian warga maya seketika. Dalam satu hantaran terbaru di Instagram, Ameera Khan atau terkenal dengan nama Little Miss Khan memuatnaik gambar dirinya yang dilihat sudah mula berhijab.
Tampil anggun dan sopan dalam persalinan putih dan berselendang rona kelabu, tulisannya bersama hantaran itu berbunyi هذا اليوم الأولً فانشاءالله atau jika diterjemahkan ke bahasa Melayu ia bermaksud ‘Ini adalah hari pertama, InsyaAllah’.
Tinjauan Hijabista ke InstaStory Neelofa pula kelihatannya usahawan dan selebriti terkenal itu cukup gembira dengan penghijrahan adik perempuannya, dalam salah satu hantaran dia menulis, Alhamdulillah syukur, semoga Allah sentiasa memilih adikku sayang dan doakan Ameera selalu.
.
Ameera yang kini berusia 20 tahun merupakan seorang pempengaruh media sosial yang cukup popular dan juga seorang usahawan yang mengikut jejak langkah seperti ibu dan juga kakaknya. Semoga Ameera istiqamah dalam perjalanan baharu ini dan sentiasa dijaga imannya oleh Allah SWT. Kami di Hijabista mengucapkan tahniah!
Sumber gambar: Instagram Ameera Khan & Neelofa
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Alangkah beruntungnya seseorang itu apabila dipilih untuk menerima hidayah daripada Allah. Berkongsi di Twitter, Shannon Lyn Ak Peter meluahkan rasa syukur apabila menjadi mualaf secara rasminya pada 3 Jun yang lalu.
Memeluk Islam di Jabatan Agama Johor, Shannon kini menggunakan nama Nur Lyn Umairah sebagai nama Islamnya. Ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan berharap dia kekal istiqomah sewaktu mendalami ilmu agama.
Dia merasa terharu apabila dikelilingi ramai orang baik yang mahu memberikannya hadiah sebagai motivasi buat dirinya untuk terus mendalami Islam.
Ramai yang mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan berharap dia tidak melihat pada sikap muslim sebagai contoh tetapi melihat pada keindahan Islam itu sendiri untuk menjadi seorang muslimah sejati.
Hijrah setiap individu berbeza di antara satu sama lain. Masing-masing memiliki jalannya tersendiri, sebagai teman, sahabat atau orang yang mengenali mereka, hulurkanlah sokongan sebagai tanda gembira untuk mereka.
Terbaharu selebriti cantik Indonesia, Wanda Hamidah telah tampil dengan imej baru berhijab. Pada mulanya ramai yang tertanya-tanya adakah wanita cantik berusia 44 tahun itu sudah benar-benar berhijab.
Bukan sekadar cuba-cuba, dalam beberapa hantaran di Instagram sejak dua bulan yang lalu, ibu kepada enam cahaya mata ini sudah dilihat mengenakan hijab untuk aktiviti-aktiviti sehariannya termasuklah bersenam.
Menurut laporan media Indonesia, wanita cantik itu mengaku yang dia masih lagi belajar berhijab dan berharap agar mampu istiqamah untuk hari-hari yang mendatang. Ujarnya, “Jadi kalau saya ditanya orang orang, saya akan beritahu yang saya masih lagi belajar. Kan namanya pun belajar, pasti prosesnya panjang. Semoga istiqamah.”
Selain itu dia turut berkongsi bahawa tekad untuk belajar berhijab disebabkan rasa bersyukur. “Cara mengembalikan rasa syukur bersama rakan sebagai contohnya kita membalas kembali makanan. Sama orang tua sahaja kita tidak mampu membalas rasa syukur, apatah lagi ke Allah SWT.”
Menceburkan diri dalam dunia hiburan sejak tahu 1990an lagi, dia memulakan kariernya sebagai seorang model apabila memenangi pencarian Gadis Sampul kemudiannya dia berjinak-jinak sebagai seorang pelakon dan juga pengacara.
Untuk pengetahuan pembaca HIJABISTA, Wanda merupakan graduan dalam lulusan undang-undang dari Universiti Trisakti. Dia juga pernah menceburi duni politik apabila terpilih sebagai sebagai anggota DPRD DKI Jakarta bermula tahun 2009 sehingga 2019.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!