Sesungguhnya hidayah Allah itu datang dalam situsi yang tidak kita duga. Sebagainya hamba-Nya kita patut bersyukur dengan hidayah yang dikurniakan pada kita. Seperti perkongsian wanita mualaf ini yang dipilih untuk menerima hidayah dari Allah SWT. Tetapi dalam masa sama diduga dengan satu peristiwa yang memberi tamparan besar dalam hidupnya. Bekas pramugari Nur Amiraa Ann Lee Abdullah sangat bersyukur dipilih oleh Allah untuk mengenali Islam walaupun Tuhan menduganya apabila mengambil nyawa insan tercinta, suaminya di awal penghijrahan.
Perkongsiannya bergelar mualaf dalam laman sosial youtube ini begitu menyentuh hati. Menurut Amira, dia mengenali arwah suaminya pada tahun 2009 dan hubungan mereka jadi rapat hinggalah beberapa bulan menyuarakan hasrat untuk berkahwin.
Tak Boleh Tidur Malam
“Ketika itu saya bagi tahu dia, kalau U bukan Islam, memang saya akan terus kata yesss. Namun saya beritahu perlukan masa dan belajar untuk mendalami Islam supaya boleh ikut untuk jadi seorang Muslim yang bagus atau tidak.
“Jadi kemudian saya mula belajar kursus untuk mualaf. Setelah lima hari hati saya benar-benar terbuka setelah mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ustazah. Malam itu saya tak boleh tidur sebab takut bila saya tertidur tadi tak bangun dan tidak sempat ucap syahadah.
“Saya memang sangat takut ketika itu walaupun tak pasti ketika itu arwah suami betul-betul ajak kahwin atau tidak,” ungkap Amira yang kemudiannya selepas tiga hari terus mengambil keputusan mengucap khalimah syahadah.
“Pada tahun 2009 jugalah saya bergelar seorang mualaf. Dan sejak dari itu saya terus belajar dan pergi kursus untuk mendalami agama Islam. Namun tidak dinafikan saya juga turut berdepan dengan cabaran dan dugaan ketika awal-awal bergelar mualaf.
“Ketika itu saya masih tinggal dengan keluarga dan kita lihat penerimaan keluarga jadi lain sedikit. Maklumlah ketika itu kita tidak boleh makan sama dengan mereka. Malah kakak saya juga rasa sedih bila lihat perubahan diri saya.
“Katanya kenapa kena pakai hijab sedangkan orang lain tak pakai pun hijab. Namun saya terangkan padanya walaupun saya berhijab, hubungan kita sekeluarga tetap tidak akan berubah,” ceritanya lagi yang turut melihat ibunya juga seperti tidak gembira dengan penghijrahannya itu.
“Mak memang nampak tak happy pada mulanya. Setiap kali dia masak dan ajak makan saya akan cakap kenyang. Tetapi sebenarnya kerana saya memang tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga saya gunakan.
“Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu pada mak. Emak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama.
Ads
“Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu. Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,” tambah Amira yang berkata keluarganya mengambil masa untuk menerima penghijrahan yang dilakukan.
Menurutnya dia juga turut berdepan pengalaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan juga pekerja ketika bekerja dengan MAS.
“Saya akui pada mulanya memang tak pandai nak jaga solat. Saya tahu solat lima waktu dan saya kumpulkan semua solat itu dan melakukannya apabila balik rumah. Bayangkan saya solat sampai tertidur dalam rakaat. Masa itu saya masih lagi dalam proses belajar mengenal Islam.
“Kemudian baru saya sedar cara itu adalah salah dan kita perlu solat ketika masuk waktunya. Tahun kedua masuk Islam barulah saya tahu kita boleh solat jamak. Saya masih ingat lagi satu peristiwa di mana ketika itu flight delay dan saya nak solat jamak untuk Zuhur dan Asar.
“Saya pergi ke tandas untuk buang mekap dan segera ambil wuduk untuk sempurnakannya. Tetapi bila saya nak angkat takbir dengar suara azan Maghrib. Waktu itu saya rasa cukup bersalah pada Tuhan. Saya menangis tersedu-sedan.
“Saya fikir Allah beri saya segalanya tapi kenapa saya tak boleh nak sempurnakan arahannya yang satu itu, iaitu solat. Memang saya tak boleh tahan diri untuk menangis hinggakan orang dalam surau pun berpandangan melihat kelakuan saya itu. Waktu itu saya berdoa agar Allah bukakan jalan untuk saya,” ceritanya yang kemudian bertemu jodoh dengan arwah suaminya.
“Sebelum itu saya asyik bertanya pada diri saya. Kalau tak jadi kahwin pun saya still lagi jadi Muslim. Saya tanya diri masuk Islam sebab nak kahwin tapi tahu ke nanti berapa panjang jodoh kita. Saya tanya banyak kali persoalan itu kalau jodoh tak panjang, betul ke saya masih Islam, masih lagi berpegang pada Islam, betul ke tetap nak jadi Islam dan jawapannya memang Ya. Walaupun pelbagai cabaran saya tetap mahu jadi seorang Islam.
Ads
“Saya masih lagi bekerja walaupun ketika itu sudah berkahwin. Dan ditakdirkan pula mengandung dan saya melahirkan anak pertama kami pada hujung Disember 2012. Tapi siapa sangka tahun depannya itu arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memangf Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
“Bagi saya itulah cabaran paling besar sepanjang bergelar mualaf. Saya tahu Allah tak akan uji jika kita tak mampu. Memang saya sangat down ketika itu. Malah hubungan dengan anak juga tidak begitu rapat kerana saya terpaksa meletakkan dia dalam jagaan keluarga mentua sepanjang saya menjaga suami yang sakit di hospital.
Tetapi kemudianya saya tahu saya perlu bangkit dari kesedihan ini. Saya bertemu saudara baru yang lain dan ketika itu barulah saya tahu ada lagi mualaf lain yang lagi susah situasinya berbanding saya. Misalnya tidak diterima keluarga atau perkara lain.
“Saya reda setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya tahu Allah bukakan pintu hati saya untuk memeluk agamanya yan suci. Saya sedar Allah telah pilih saya dan saya juga memilih Islam sebagai pegangan hidup. Inilah yang memberikan saya semangat,” tambah Amira yang turut dipuji ibunya kerana telah menjadi insan lebih baik dari sebelumnya.
“Hubungan saya dengan keluarga cukup baik. Saya akan bersama-sama mereka meraikan semua perayaan ataupun jika ada majlis babitkan sanak saudara lain. Saya tiada masalah ke arah itu dan mereka juga faham situasi saya sebagai seorang Muslim.
“”Saya tidak boleh pilih untuk dilahirkan sebagai bukan Islam tapi saya memilih untuk mati dalam Islam. Bila ada orang tanya kenapa kena pakai tudung panjang-panjang (labuh)? Saya akan jawab Kalau saya mau pakai tudung saya akan pakai tudung betul-betul.
“Arwah suami pesan, kalau awak nak pakai tudung kerana saya, bila saya sudah tiada awak akan pakai tudung, buka tudung..pakai tudung buka tudung! Tapi kalau awak pakai tudung kerana Allah SWT, awak akan pakai tudung sampai bila-bila,” tambahnya yang tidak pernah lupa akan pesanan arwah suaminya itu sampai bila-bila.
Menurut Amira juga salah satu anugerah terbesar dalam hidunya adalah menjadi seorang Muslim dan dapat merasai kemanian iman itu. Justeru dia berharap sekiranya dia meninggal nanti berharap agar ada orang yang akan uruskan jenazahnya kerana seluruh ahli keluarganya bukanlah beragama Islam.
Hijabista ucapkan semoga dia terus istiqomah dan kekal dengan cara hidup sebagai seorang Muslim.
Kecantikan wanita Arab memang tidak dapat disangkal lagi. Hijabista kagum dengan kulitnya yang putih dan halus, bibir merah merekah serta mata bundar di sebalik hijab yang menutup wajahnya. Sekali pandang, hati pasti tertawan melihat mereka.
Pastinya ramai tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan mereka. Setelah diselidik, rupa-rupanya mereka hanya amalkan 6 makanan sunah untuk tujuan kecantikan. Jom cuba amalan mereka, mana tahu kulit anda pula semakin cantik lepas ni.
1. Bunga Saffron atau Za’faran
Saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik. Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga.
2. Minyak Zaitun
Minyak zaitun mempunyai banyak khasiat. Salah satunya adalah untuk meremajakan kulit. Selain itu, ia mampu membuatkan kulit menjadi lebih halus. Tidak hairanlah kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.
3. Pati Delima
Pati delima juga baik untuk kesihatan dan dalaman. Antaranya, baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.
4. Cuka Tamar atau Cuka Epal
Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, Cuma tamar atau cuka epal ini memang bagus. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak dipecahkan dengan sempurna.
5. Habbatussauda
Sekarang ni, Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak bertentu.
6. Madu
Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan proses penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sis mesti pernah tengok drama atau bermain permainan video The Sims yang di mana akan ada situasi seseorang itu bercakap seorang diri di depan cermin. Situasi itu pasti selepas mereka menghadapi kesukaran atau kegagalan.
Pasti sis fikir mereka ini mempunyai masalah dari segi mental bukan? Tetapi hakikatnya tidak, perbuatan mereka ini sebenarnya menunjukkan lagi pendirian mereka yang genius!
Cakap dengan diri sendiri bukan sakit mental
Sumber gambar dari Canva
Menurut pakar psikologi, Gary Lupyan dan Daniel Swingley, satu kajian telah di lakukan ke atas 20 orang yang di pilih secara rambang. Kemudian, mereka di tunjukkan beberapa objek yang ada di pasaraya dan mereka perlu menghafal dan mengingati setiap barang itu agar mudah untuk di cari ketika di pasaraya nanti.
Pada masa yang sama 10 orang wakil daripada 20 orang tadi di minta untuk menyebutkan perkataan objek yang di lihat manakala selebihnya di minta diam dan tidak perlu menyebut nama benda tersebut. Hasil dari kajian itu mendapati 10 orang menyebut nama objek di awal tadi lebih peka dan cekap dalam mendapat barangan yang mereka perlu.
Mengikut logik akal, boleh di simpulkan bahawan perkembangan awal manusia ketika usia kanak-kanak juga penuh dengan imaginasi dan di dapati mereka sering bercakap dengan diri sendiri. Perkembangan otak yang aktif sewaktu di usia kanak-kanak membuatkan diri mereka terpengaruh dengan komunikasi tanpa sedar dan dalam pada masa yang sama peka sekaligus menjadikan mereka bijak.
Meskipun perkara itu hanya mereka dengar terlintas, namun, senang sahaja kanak-kanak untuk mempelajari dan faham situasi yang berlaku. Oleh dengan itu, sememangnya jika kita ada berada dengan kanak-kanak, kita sama sekali dilarang menunjukkan contoh yang tidak baik kerana mereka senang sahaja untuk ‘tangkap’ perilaku tersebut dan mencubanya di lain masa.
Kebaikan bercakap dengan ‘cermin’
Melalui kajian oleh Gary Lupyan dan Daniel Swingley, kesimpulan dari kajian mereka menunjukkan bahawa mereka yang di dapati bercakap dengan diri sendiri atau di hadapan cermin adalah seorang yang genius! Jadi anda tidak perlu membuat andaian sendiri kerana mereka telah senaraikan kebaikan dengan bercakap sendiri, seperti:
#1 Dapat Merangsang Otak
Sumber gambar dari Canva
Becakap dengan diri sendiri sebenarnya secara tidak langsung merangsang deria anda akan menjadi lebih aktif. Keadaan ini akan mempengaruh sel-sel dalam otak untuk berhubung melalui mata–melihat, mulut–menyebut, dan telinga–mendengar. Jadi dengan itu, otak akan proses secara langsung maklumat tersebut dan ia boleh di simpan lebih lama di dalam memori.
#2 Bantu seseorang untuk terus fokus
Sumber gambar dari Canva
Apabila anda menyebut perkataan dengan lantang, ia sebenarnya akan membantu anda untuk terus fokus pada pekerjaan yang anda lakukan. Oleh kerana itu, kebanyakan guru sering menggalakkan pelajar mereka menggunakan kaedah membaca sambil menyebut sekalia ayat-ayat yang di bacanya.
Otak akan lebih senang menghafal dan juga senang untuk menggambarkan perkara tersebut secara langsung. Dengan ini daya ingatan anda sangat bagus dan boleh di gunakan ke tahap yang maksima.
#3 Memperjelaskan pemikiran & keputusan seseorang
Sumber gambar dari Canva
Kita sering mempunyai satu idea atau terfikir tentang sesuatu yang akan memudaratkan diri. Sebagai contoh kita sering untuk berfikir tentang bagaimana dunia tanpa kehadiran kita atau perkara-perkara yang merumitkan buat diri. Dengan bercakap dengan diri sendiri, kita daoat berupaya untuk mengawal emosi dengan lebih kearah positif dari negatif.
Biar sekadar alas kaki, kasut memberi impak besar dalam penampilan individu. Ia merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan seharian terutamanya buat wanita. Tak lengkap lah OOTD anda tanpa kasut yang bergaya kan?
Kasut adalah item fesyen penting yang tidak boleh dipilih dengan mudah. Kadang-kadang OOTD dah ‘on-point’, tapi kasut tak bersesuaian pula! Dengan kombinasi yang betul, anda boleh mencipta apa-apa gaya yang anda inginkan, sama ada formal, kasual atau feminin.
4 Jenis Kasut Wanita Yang Wajib Ada
Agar tidak tersalah pilih, Hijabista menyenaraikan 4 jenis kasut ini yang pasti membantu setiap wanita dengan gaya fesyennya. Tambahan itu, ia sangatlah sesuai untuk dipadankan dengan mana-mana pakaian!
#1 Ballet Flats
Jika anda sukakan kasut yang selesa tetapi masih kelihatan lebih elegan, kasut balet adalah pilihan yang tepat. Kasut ini benar-benar klasik, tetapi ini adalah kekuatannya kerana ia boleh dipakai pada bila-bila masa dan dipadankan dengan banyak pakaian kegemaran yang berbeza. Ballet flat ini semakin popular dan digemari semenjak menjadi koleksi Fall/Winter 2022.
Kasut jenis ini sesuai dipadankan dengan gabungan blazer, blaus, jeans untuk gaya pejabat. Sementara itu, bagi mereka yang ingin kelihatan kasual, anda boleh menggunakan gabungan t-shirt dan seluar berpotongan. Jika anda ingin menjadikannya ‘statement items’, pilih kasut yang berwarna terang!
#2 White Sneakers
Bagi pencinta gaya ‘sporty look’, white sneakers never go wrong. Item fesyen ini digemari kerana warnanya yang neutral, jadi ia boleh digabungkan dengan mana-mana pakaian. Tambahan itu, putih juga mencipta rupa yang bersih(clean look) dan glamor.
Walaupun sneakers cenderung digunakan untuk penampilan sporty, namun ia boleh digabungkan untuk mencipta pelbagai gaya. Sebagai contoh, gabungan white sneakers dengan dengan skirt dan blazer sesuai dipakai untuk ke pejabat. Bukan itu sahaja, padanan white Sneakers dalam pakaian sangat membantu dalam menyerlahkan apa baju atau seluar/kain yang hijabi pakai.
Ankle Boots adalah fesyen item yang sangat diperlukan untuk hijabi yang ingin ‘level up OOTD anda. Ankle Boots adalah but yang menutupi keseluruhan tapak kaki hingga ke buku lali. Bahkan kini, anda boleh mencari but ini dengan tumit rata atau rendah. Disebabkan keselesaannya, anda boleh memakai kasut ini setiap hari atau semasa acara istimewa.
Untuk pengetahuan anda, kasut unik ini boleh digunakan dengan pelbagai gaya sepenuhnya dari kasual, santai, hinggalah gaya pejabat. Agar terlihat ‘stylish’, anda boleh gabungkan sweater bersaiz besar, skirt kulit, berserta ‘ankle boots’. Selain itu,and boleh mix and match blouse, flare skirt dan ankle boots untuk ke tempat kerja anda.
#4 Loafers
Selain ballet flats, loafers juga merupakan kasut klasik, yang sangat mirip dengan moccasins. Kasut jenis ini boleh memberi kesan gaya yang sophisticated dan elegan serta sesuai digandingkan dengan pelbagai pakaian dan OOTD anda.
Gabungan ruffle blouse dan straight pants sesuai untuk gaya ‘hangout’ yang elegan. Bahkan, jika hijabi ingin mencipta gaya maskulin untuk ke tempat kerja, anda boleh menggabungkan blazer, t-shirt dan seluar jeans bersaiz besar dengan loafer. Gabungan jaket, sweater dan seluar jeans juga sangat sesuai digayakan dengan gaya loafer untuk cuaca sejuk apabila anda melancong ke luar negara!
Berikut merupakan 4 jenis kasut yang wajib dimiliki oleh hijabi jika anda ingin ‘level up’ lagi gaya fesyen anda. Kalau hari-hari pakai kasut yang sama pun bosan kan! Yang paling penting, jangan ragu untuk meneroka dan memadankan kasut anda dengan kombinasi yang berbeza.
Sumber: Fimela
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klikdi sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...