Setahun yang lalu viral kisah wanita ini yang diceraikan suaminya ketika anak-anak masih kecil dan perlukan perhatian. Namun itu bukan alasan untuk menoleh ke belakang mengingati kisah pahit, sebaliknya terus melangkah ke hadapan bagi memastikan masa depan lebih terjamin. Selain bergelar model Muslimah, Intan Saleh juga menggunakan platform media sosial untuk mencari rezeki. Melalui paid review yang dibuat di instagramnya, Intan berjaya memperoleh pendapatan lebih RM3 ribu sebulan.
Bersyukur dengan rezeki dikurniakan Tuhan dan baginya ini semua adalah untuk anak-anaknya yang masih kecil. Menyedari tidak bekerja sebelum ini dan tiada kebolehan lain, Intan terpaksa menggunakan cara mudah untuk mencari sumber pendapatan.
Tak terfikir nak bergelar influencer atau selebriti
Walaupun kini sudah mempunyai followernya yang ramai iaitu mencecah lebih 350K, Intan tidak bercadang untuk bergelar instafamous atau influencer walaupun setiap perkembangannya jadi perhatian atau ikutan netizen.
“Sejujurnya Intan tidak pernah terfikir untuk bergelar selebriti atau influencer. Walaupun punya pengikut ramai tetapi tidaklah sampai nak jadi macam mereka. Intan tak yakin dan bukanlah pandai bergaya hanya biasa-biasa sahaja.
“Cuma memang Intan akui salah satu punca rezeki Intan adalah melalui paid review di laman instagram. Itupun kakak intan handle dan alhamdulillah hasilnya dapatlah Intan bayar duit rumah sewa,” ujar Intan sambil tersenyum.
Walau bagaimanapun menyedari situasi ini (paid review) bermusim, Intan turut memikirkan untuk mencuba bidang lain seperti bergelar usahawan.
Ads
“Buat masa sekarang memang tumpukan perhatian pada tugas sebagai model Muslimah atau jemputan ke sesuatu produk dan juga buat paid review. Tapi benda itu bermusim dan Intan perlu fikir cara lain untuk tambah pendapatan.
“Intan ada bercadang untuk jual barangan sendiri dan mungkin akan buat bisnes tudung satu hari nanti. Semuanya dalam perancangan dan doakan segalanya berjalan lancar,” ceritanya yang bersyukur kerana bekas semua tetap memberi nafkah kepada dua anak-anaknya.
Ternyata penampilan wanita ini cukup berbeza dengan dirinya yang pernah ditemui beberapa bulan yang lalu. Intan kelihatan lebih konfiden, murah senyuman, pandai berbicara, cantik bermekap dan paling penting sinar kegembiraan yang terpancar di wajahnya.
“Diam tak diam sudah setahun Intan lalui episod duka ini. Apa yang berlaku memang mematangkan Intan. Setiap perubahan ini Intan belajar sedikit demi sedikit dari orang sekeliling.
Ads
“Intan juga kini rasa lebih tenang dan enjoy lakukan apa sahaja yang disukai. Buat masa ini Intan hanya fikirkan diri Intan dan juga anak-anak. Biarlah apa orang nak kata, Intan tahu apa yang dilakukan.
“Malah ramai yang berpesan pada Intan agar lebih konfiden, berani bercakap kerana sampai bila kita nak orang pijak kepala. Intan juga lebih berani keluar apa jua statement kerana kita adalah diri kita sendiri. Intan buat semua ini demi anak-anak,” tambahnya yang mengakui sedikit penat memikul tanggung jawab sebagai ayah dan ibu serentak.
“Terutama sekali bila keluar pergi beli barang. Kalau dulu tiada masalah sebab ada yang menjaga budak-budak. Tapi kini Intan harus bawa kedua-duanya dan dalam masa sama membeli barangan keperluan harian.
“Namun begitu saya tidak pisahkan anak-anak dengan ayah mereka. Biasanya hujung minggu anak-anak akan diambil ayahnya untuk tinggal bersama. Anak-anak teruja sebab ayahnya akan layan mereka seperti bawa bermain di padang permainan,” cerita Intan yang tidak dapat menahan sedih setiap kali melihat wajah anak-anaknya.
Ads
“Mereka tidur di kiri kanan Intan dan setiap kali tatap wajah mereka Intan memang sedih dan akan memangis. Sehingga hari ini Intan akui setiap hari menangis mengenang anak-anak. Perasaan itu sukar untuk diluahkan kerana ia datang tanpa dipaksa,” beritahu Intan yang mengakui masih belum ada pengganti.
Walaupun kini bergelar ibu dan ayah pada anak-anaknya, wanita yang juga bekas penari ini juga turut menitik beratkan pendidikan anak-anaknya. Insya-Allah tahun depan dia akan seolahkan anaknya yang sulung dan ada kalanya mengajar sendiri mereka di rumah.
Menurutnya lagi sebelum mengakhiri perbualan dia reda dengan ketentuan dirinya yang kini bergelar ibu tunggal, tapi agak berat untuk menerima kehadiran ibu tiri di sisi anak-anaknya.
Intan ditemui ketika dijemput menjadi tetamu di majlis pelancaran serta penjenamaan semula produk kecantikan iFlawless di Petaling Jaya baru-baru ini. Produk yang dikeluarkan dengan jenama iFlawless Lorisa ini dihasilkan dari bahan semulajadi yang diusahakan pasangan suami isteri, Nina Nadia Sahim dan Mohd Azri diyakini sesuai untuk semua jenis kulit.
Bagi sesetengah orang, untuk menjaga penampilan diri, kesihatan dan berat badan masing-masing, terdapat banyak cara atau method yang boleh diamalkan.
Antara salah satu cara yang Hijabista rasakan menarik, adalah perkongsian dari pelakon jelita, Sherry Ibrahim menerusi Instastory miliknya baru-baru ini.
Tak Suka Membazir Makanan, Sherry Makan Dalam Kuantiti Sedikit!
Perkara berkenaan dimaklumkan Sherry menerusi satu muatnaik hantaran video pendek memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman, susulan telah seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.
“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.
“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.
Nasi Tak Sampai Segengam, ‘Rahsia’ Sherry Kekal Langsing
Bagaimanapun, menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.
Namun, apa yang menarik perhatian adalah kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.
Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.
Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.
Hijabi yang mahu menurunkan berat badan juga boleh meniru cara yang diamalkan aktress jelita ini. Nak kurus, bukan tidak boleh makan. Hanya perlu makan ketika lapar dan pastikan anda makan dalam kuantiti sedikit dan kerap. Selamat mencuba!
Umum sedia maklum berhubung musibah yang melanda negara Syria, apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye pada 6 Februari 2023 (Isnin).
Meski menerima berita menyayat hati ekoran ramai mangsa dilaporkan terkorban, namun masih ada berita gembira dilaporkan media tempatan, apabila seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditemui masih hidup di sisi ibunya yang sudah tidak bernyawa, di bawah timbunan bongkah batu.
Sekumpulan Keluarga Ditemui Masih Bernyawa Berjaya Diselamatkan Pihak Berkuasa!
Hari ini satu lagi keajaiban berlaku, apabila sebuah keluarga akhirnya telah berjaya diselamatkan setelah hampir 40 jam terperangkap dalam timbunan bangunan sejak gempa bumi itu berlaku.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh media antarabangsa, Al-Jazeera dalam satu muatnaik video di laman Youtube rasmi milik mereka beberapa jam lepas.
Dalam hantaran video pendek berdurasi 58 saat itu, dapat dilihat pihak berkuasa sedang bertungkus lumus melakukan misi mengeluarkan setiap ahli keluarga yang terselamat dari musibah berkenaan, dari bawah timbunan bongkah batu.
Sepanjang misi menyelamat dilakukan kedengaran orang ramai yang tidak henti-henti melaungkan kalimat ‘Allahuakhbar’.
Malah, sebaik sahaja mangsa pertama berjaya dikeluarkan iaitu seorang kanak-kanak perempuan, gema laungan berkenaan semakin gamat.
Jelas, terpapar riak wajah gembira dan bersyukur, apabila mangsa berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Mangsa kedua merupakan kanak-kanak lelaki, serta mangsa seterusnya adalah kanak-kanak perempuan yang dipercayai mempunyai pertalian adik-beradik.
Kemudian, Seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada ketiga-tiga kanak-kanak itu merupakan mangsa terakhir yang berjaya dikeluarkan dengan bantuan alat pengusung (Stretcher) kerana mengalami kecederaan yang masih belum dapat dikenalpasti.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya seluruh dunia membanjiri hantaran berkenaan dengan doa dan rasa syukur apabila mangsa-mangsa yang masih bernyawa dapat dikeluarkan dari kawasan gempa.
Selain itu, tidak kurang juga umat Islam yang membuat hantaran khas dilaman Instagram masing-masing mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara se-Islam yang ditimpa musibah di sana.
Sekadar info, pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria hari ini meneruskan lagi misi menyelamat mangsa dalam keadaan cuaca sejuk, gegaran susulan dan bangunan runtuh demi mengeluarkan mangsa tertimbus yang terselamat akibat gempa bumi yang telah mengorbankan lebih 5,000 nyawa sejak ia berlaku.
Bayi yang masih bertali pusat dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun merupakan antara mangsa yang telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Kulit ‘flawless’ bebas masalah dan licin bak kulit telur pastinya menjadi idaman setiap individu khususnya kaum hawa. Malah, ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit berkunjung ke SPA hanya untuk merealisasikan impian ini.
Justeru, daripada menghabiskan wang dan masa demi mendapatkan rawatan kecantikan yang menelan belanja yang begitu besar, apa kata kali ini sis cuba cara yang dikongsikan pengguna facebook, Nauf Safuan ini.
Pakai Hari Ni, Esok Jerawat Kecut!
Perkongsian mudah yang hanya memerlukan dua bahan yang hanya boleh didapati di rumah ini dikhabarkan mampu menghilangkan jerawat sekaligus melicin serta memutihkan kulit wajah!
Mesti ramai diantara anda dah tak sabar nak tau apa ‘rahsia’ untuk dapatkan flawless glass skin bak telur ni kan? Berikut Hijabista kongsikan semula, cara untuk menyediakan ‘Gel Mentimun’ atau Gel Timun ni, mudah sangat sis, pakai apa yang ada kat rumah je.
Hanya Perlukan Dua Bahan Sahaja
Cara Penyediaan Mudah, Hanya Perlu Oleskan Pada Wajah Dua Kali sehari
Menariknya, untuk menyediakan gel timun ini, sis tak perlu nak ambil masa yang lama, sekejap je sagat tipun dalam 5 hingga 10 minit, ini hasilnya selepas timus tersebut disagat!
Setelah selesai menyagat, sis jangan lupa pula untuk mengasingkan hampas timun itu, kerana kita hanya memerlukan jus timun sahaja untuk menyediakan gel timun ni tau untuk dicampurkan dengan tiga sudu gel alovera atau lebih dikenali sebagai lendir lidah buaya.
Setelah kedua-dua bahan dicampurkan, gaulkan kedua dua bahan itu agar sebati dan menghasilkan larutan gel Timun yang likat dan sekata.
Setelah siap digaul sebati, bolehlah masukkan gel timun tu ke dalam beauty container yang bersesuaian, dan mampatkan gel tersebut supaya tiada yang tersisa, tak elok membazir sis! Dah mampat boleh lah simpankan gel ni dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum digunakan.
Bila dah sejuk nanti, masa apply pada wajah muka pun jadi segar, bestnya! Mesti selesa dan sejuk je bila letak kat muka.
Lagi seronok bila, lepas pakai gel Timun ni confirm kulit jadi flawless licin bak telur dan putih gebu, tercapai la cita-cita sis nak merasa glass skin! Tapi Hijabi semua jangan lupa amalkan dengan konsisten tau, sehari dua kali je.
Untuk rekod, perkongsian dari Nauf Safuan ini telah mendapat hampir 25 ribu perkongsian di laman sosial, malah gel timun ini sesuai untuk diamalkan oleh lelaki mahupun perempuan.
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...