Anda sukakan warna? Ayuh, ketahui 9 bandar warna-warni yang harus anda kunjungi!
Sekali-sekala hidup dikelilingi warna pasti menceriakan! Sempena musim cuti-cuti bakal menjelma, apa kata ubah tema percutian glamor dan mewah anda sebelum ini kepada sesuatu yang jauh lebih nyaman dan ‘refreshing’.
Mungkin di Malaysia sukar untuk anda temui situasi sebegini, tetapi tidak mustahil jika anda berkunjung ke beberapa buah bandar yang Hijabista paparkan ini. ‘Enjoy’!
Salah satu bandar yang kaya dengan warna adalah Riomaggiore. Kebanyakan bangunan-bangunan yang terdiri daripada batu pasir ini dicat dengan pelbagai warna sehingga menjadi lokasi pelancong untuk bergambar tanpa mencari latar-belakang yang menarik.
Bangunan beli-belah dan bersejarah dengan warna-warna cerah dan pelbagai ini membuat para pelancong ingin berjalan kaki menikmati pemandangan bandar yang unik.
Spanich baroque, French neoclassicism dan bangunan ‘art nouveau’ menjadikan bandar ini sebuah arena yang penuh warna dan kesenian.
Kebanyakan pelancong tidak menolak untuk menikmati kapal kayu yang dipandu perlahan untuk menikmati bangunan bar dan restoran yang indah sepanjang perairan.
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur ini terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru.
Apabila dilihat dari atas, bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar. Namun, masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru. Ada pendapat mengatakan ia berkaitan dengan sistem kasta yang ada di India.
Ditemui pada tahun 1554, Guanajuota merupakan bandar kecil tetapi kaya dengan seni bina kolonial Sepanyol. Guanajuota membawa maksud bukit katak kerana katak merupakan simbol kebijaksanaan manakala bangunan yang berwarna hijau mempunyai banyak maksud tersurat dan tersirat bagi penduduk tempatan.
Struktur warna seperti pelangi di bandar ini terletak berdekatan lombong perak di mana kedua-duanya merupakan UNESCO World Heritage Sites.
Buat hijabi yang suka melancong ke luar negara, 9 bandar ini harus anda tandakan di diari melancong anda! Namun, sentiasa pastikan anda bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling. Malang tidak berbau. Selamat melancong!