Sebut sahaja nama Siti Shahrizah Saifudddin ataupun Eja, pasti terbayang pelakon yang sering membintangi drama ‘babak air mata’ dengan berjaya sehingga meninggalkan kesan di hati penonton saat melihat lakonannya.

Bagaimanapun, kini sudah hampir lapan tahun kita tidak melihat Eja menghiasi kaca televisyen, hingga timbulnya dakwaan bahawa dia merajuk dan pelbagai spekulasi lain.

Tak Merajuk, Cuma Mahu Berehat Seketika Dari Bidang Lakonan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EJA 78 (@eja78)

Tampil menjernihkan semula spekulasi dan kekeliruan yang timbul, akres senior, Eja mendedahkan bahawa dirinya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat seketika daripada bidang lakonan.

Artikel berkaitan: “Hidup Ini SINGKAT, Jangan Sia-Siakan Kalau Tak Nak Jadi Insan Yang Rugi” – PESAN Eja Lepas 5 Tahun Berhijrah

Menurutnya lagi, tiada istilah merajuk, tetapi keputusan berkenaan diambil bertujuan memberikan lebih fokus kepada anak-anak, pengajian Al-Quran dan perniagaan sambal miliknya.

IKLAN

“Tiada istilah merajuk kerana saya sendiri buat keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat kerana mahu memberikan fokus kepada anak saya yang memasuki tingkatan satu.

“Saya tolak tawaran berlakon kerana fokus saya ketika ini, memang kepada anak dan pengajian saya. Alhamdulillah minggu lepas saya baru sahaja grad dalam pengajian Al-Quran dan Tajwid selama enam tahun,” ujarnya lapor portal hiburan tempatan.

Jelaz Eja lagi, punca sebenar dia menyepikan diri sepanjang lapan tahun dari dunia seni adalah kerana kesibukkan menguruskan rumah tangga, pengajian Al-Quran serta perniagaan miliknya.

Eja Akui Masih Belum Ada Jiwa Untuk Kembali Berlakon

IKLAN

Mengulas isu berhubung kerinduan untuk kembali berlakon dan menghiasi kaca televisyen yang telah ditinggalkan, ini respon mengejutkan dari Eja!

“Perasaan rindu itu belum ada lagi, belum timbul. Jadi jiwa dan roh itu belum lagi untuk kembali berlakon. Namun saya tidak berani mengatakan seratus peratus berhenti berlakon.

“Cuma buat masa sekarang ini saya boleh kata, saya berehat. Insyallah di masa akan datang saya tidak tahu. Saya sentiasa berdoa Allah permudahkan urusan perniagaan saya.

IKLAN

“Saya hanya mampu merancang, Allah sebaik-baik perancang. Andai suatu hari memang ditakdirkan saya kembali, saya berlapang dada,” ujarnya.

Sekadar info, Eja dijangka membuat kemunculan bagi salah sebuah rancangan terbitan Suke TV berjudul ‘Suke Celeb Raya’ bagi tujuan mempromosikan perniagaan sambal miliknya.

Sumber: Gempak

Artikel berkaitan: Tindakan Undang ‘Murka’ Allah, Beberapa Naskah Al-Quran Ditemui Basah Dalam Longkang!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI