Daun sirih dianggap sebagai salah satu tanaman yang paling berkhasiat. Selain baik untuk kesihatan tubuh, manfaat daun sirih juga baik untuk kecantikan kulit wajah. Bahkan,daun sirih juga baik untuk menjaga kesihatan mata.
Tanaman yang tumbuh menjalar dan memiliki daun lebar ini kaya akan kandungan saponin, tannin, eugenol, dan berbagai minyak esensial. Selain itu, daun sirih juga memiliki sifat anti-septik, anti-inflamasi, dan pendingin kulit. Anda boleh menggunakannya dengan cara merebus daun sirih untuk diminum atau dijadikan sebagai luaran.
Berikut manfaat daun sirih untuk kesihatan dan kecantikan.
1. Menghentikan pendarahan
Ads
Kandungan fenil poppies dan terpene pada sirih merah boleh membantu menghentikan pendarahan hidup. Cara memakainya cukup mudah iaitu, gulung sehelai sirih, lalu masukkan ke lubang hidung yang berdarah.
2. Pengubatan luka terbakar ringan
Daun sirih juga boleh membantu meredakan peradangan pada area kulit yang terbakar. Daun sirih mengandung alkoid, antioksidan, dan vitamin C. Caranya, hancurkan beberapa helai daun sirih, campur dengan 2 sudu teh madu, lalu letakan di kulit yang terbakar dua kali sehari.
3. Mengubati diabetes
Sebuah penelitian menemukan bahawa minum air rebusan daun sirih yang dikeringkan, kemudian dihancurkan menjadi serbuk, boleh menurunkan kadar gula darah pada pesakit diabetes tahap 2. Daun sirih mengandung terpenoid yang boleh membantu prestasi insulin dalam mengatur gula dalam darah.
Ads
4. Mengurangkan bau badan
Daun sirih juga boleh mengurangkan bau badan. Caranya, minum air rebusan daun sirih setiap hari dan letakan 2 helai daun sirih merah yang sudah ditumbuk pada ketiak secara teratur. Estradiol dan klavikula dalam daun sirih boleh mengawal produksi kelenjar keringat.
5. Kesihatan mata
Manfaat daun sirih bagi mata salah satunya adalah mengatasi mata merah. Daun sirih mengandung sifat antibakteria yang boleh mengubati iritasi pada mata. Caranya, rebus 20 helai daun sirih merah atau hijau, lalu gunakan air yang sudah ditapis untuk mencuci mata selama 10 minit.
6. Mengurangi jerawat
Ads
Daun sirih juga boleh mengatasi jerawat, baik pada wajah, dada, atau punggung. Caranya, gunakan tuala bersih, celupkan pada air hangat yang sudah dicampur sirih yang ditumbuk. Anda boleh memakai tuala tersebut untuk mengusap wajah yang sudah bersih. Lakukan cara ini minima 2 kali sehari untuk mendapatkan manfaat yang maksima.
7. Mengatasi gatal
Daun sirih juga boleh mengatasi gatal, alergi, atau masalah kulit lainnya. Caranya adalah dengan mandi air rendaman sirih. Rendam sirih hijau pada satu baldi berisi air panas, tunggu sehingga airnya hangat, baru gunakan untuk mandi.
8. Mengatasi sakit kerongkong
Manfaat daun sirih juga boleh mengubati sakit kerongkong. Sifat anti bakteria dan anti inflamasi pada daun sirih dapat digunakan sebagai ubat alami untuk menurunkan demam dan meredakan sakit kerongkong.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebelum mindset kita salah, baik kita buat research dulu. Takut nanti menyesal dikemudian hari. Sebarang produk yang dioleskan muka pasti mempunyai bahan yang dikawal yang dipiawai oleh pihak berkenaan.
Namun ada juga segelintir yang eggan melihat keaslian bahan produk itu sendiri. Nah, maka timbul lambakan produk-produk ciplak di pasaran. Baru-baru ini tular di media sosial jenama produk kecantikan tempatan yang dimiliki oleh aktres jelita Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin diciplak.
Wawa Berang Pihak Tak Bertanggungjawab Jual Produk CIPLAK!
Demikian tegas pelakon dan usawan terkenal Wawa Zainal susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menjual produk tiruan Wawa Cosmetics di pasaran terbuka.
“Sampai sekarang saya masih geram. Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics,” ujarnya, yang menyedari perkara ini selepas mendapat aduan daripada ‘re seller’ dan pengguna.
“Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani seolah-olah produk itu milik mereka.
Produk Tiruan Tiada Jaminan Keselamatan, Risikokan Pengguna
“Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu. Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit. Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja.
“Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang,” katanya.
Menurut Wawa yang juga penaja program Big Stage musim kelima, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.
“Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua ‘re-seller’ dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya.
“Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan. Insya-Allah, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi,” katanya.
Wany Hasrita atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah yang popular dengan lagu berjudul Canggung ini turut teruja untuk menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini kerana mahu menyediakan baju raya buat mereka sekeluarga.
Rona sedondon pastinya menjadi pilihan Wany dan ianya membuatkan Wany rasa sangat teruja.
Apatah lagi, Aishah kini sudah pandai berjalan dan aktif melompat.
Wany turut berkongsi rasa terujanya itu Bersama para pengikut dan peminatnya di Instagram peribadi.
Kita semua menggemari buah oren yang cerah dan berair kerananya. Menariknya, ia juga merupakan salah satu makanan meningkatkan imuniti yang berkesan. Mengambil segelas jus oren setiap hari adalah baik untuk badan anda kerana ia mengandungi vitamin C, folat, dan kalium. Selain manfaat kesihatan, oren dilengkapi dengan beberapa manfaat kecantikan juga.
Walaupun ramai yang membuang kulit oren selepas memakannya, anda mesti tahu ia sangat bernilai. Oleh itu, menjadikannya sebagai ramuan untuk digunakan dalam rutin kecantikan amat bermanfaat.
Kulit oren sarat dengan antioksidan dan nutrien, ia boleh digunakan dalam beberapa cara pada kulit anda. Salah satunya jadikan masker buat sendiri dengan adunan bahan yang lain bagi membantu menghalang jerawat tumbuh, kulit yang merengsa kemerahan, menserahkan kulit wajah dan pelbagai lagi. Hijabita kongsikan DIY masker yang diperbuat dari kulit oren, janji tak menyesal hasilkannya.
Untuk membentuk pes halus, gabungkan pes neem dan pulpa oren dan tambah susu soya dalam adunan.
Sapukan ini pada muka dan leher anda dengan berus pek muka.
Biarkan selama 15-20 minit, teruskan dan basuh perlahan-lahan dengan air sejuk.
Pek muka menghilangkan pori-pori yang tersumbat dan menghilangkan jerawat pada wajah.
Ia membantu mengawal pengeluaran sebum dalam kulit, melindungi anda daripada jerawat dan jeragat.
5. Masker muka aloe vera dan kulit oren
Bahan-bahan:
2 sudu besar gel aloe vera
2 sudu besar serbuk kulit oren
Setengah limau
Cara Membuatnya:
Potong sehelai daun aloe vera dari pokok aloe vera dan ekstrak gel dari dalam.
Pada gel aloe vera segar ini, masukkan serbuk kulit oren dan gaul rata.
Kemudian perahkan beberapa titis jus lemon ke dalam adunan sehingga ia membentuk konsistensi seperti pes.
Sapukan masker ke muka anda dan biarkan ia kekal di sana selama 15 minit.
Bilas dengan air sejuk.
Kulit tenang dengan masker muka dan menyembuhkan kemerahan, selaran matahari dan ruam.
Ia menjadikan kulit lebih cerah dan menghilangkan bintik-bintik gelap.
Nah, begitulah. Dengan kebaikan yang lebih berat daripada keburukan apa yang anda tunggu? Manfaatkan manfaat oren untuk kulit dan tambahkannya ke rutin penjagaan kulit anda sekarang!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...