7 Tips Suai Padan Hijab Ala Laudya Cynthia Bella Yang Simpel, Tetapi Stylish

Share

Laudya Cynthia Bella (LCB) selebriti yang berasal dari Indonesia ini dikenal sebagai salah satu selebriti berhijab yang kerap tampil stylish, meski memilih gaya yang simpel tapi klasik. Setiap penampilannya memukau mata, keterampilan yang sopan cukup manis di padangan mata. Ramai hijabi menginspirasikan gaya LCB.

Buat Anda yang ingin tampil fashionable dengan hijab, berikut ini beberapa tip padanan busana ala LCB yang boleh anda jadikan inspirasi:

  1. Pakai hijab segi empat bergaya ringkas berwarna pastel seperti ini pasti anda tampak anggun effortlessly. Padankan dengan outerwear bermotif yang didominasi warna pastel untuk kesan cool.

2. Hijab polos yang berwarna biru kelihatan anda lebih cool. Suai padankan dengan outerwear berwarna kontras serta skirt dan stocking hitam yang dari material sejuk.

3. Memadankan hijab dan busana berasaskan rona tanah ala LCB ini juga anda boleh jadikan inspirasi jika ingin tampak cool sekaligus stylish.

4. Pilihan hijab hitam dan padukan dengan jubah berwarna sama untuk kesan outfit yang edgy. Tambahkan aksesori seperti tali pinggang untuk menampakkan potongan berbeza serta beg berwarna kontra.

5. Busana dan hijab warna pastel memang seolah tak pernah salah jika dipakai. Padanan dress pink dan cream ala LCB ini boleh anda jadikan inspirasi.

6. Untuk gaya traveling, anda boleh memilih hijab coklat, long outerwear hitam, dan skirt berwarna sama sepeti gaya LCB ini.

7. Wow! anda pasti terpukau dengan padanan dua warna ini. Ternyata LCB punyai citarasa yang menarik. Padanan rona kelabu dan sedikit warna kontra seperti pink belacan, cukup buat penampilan anda terpukau.

Inspirasi gaya LCB bukan sahaja sopan dan anggun malah penampilan anda akan tampak lebih elegan juga stylish. Apalagi hijabi jom tukar penampilan anda!

SUMBER: IG SELEBRITI @laudyacynthiabella

IKLAN