Seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa untuk tempoh sebulan. Jadi kita perlu menahan nafsu untuk makan dan minum sepanjang hari sehinggalah masuk waktu berbuka. Bagi yang baru belajar berpuasa (terutama yang baru memeluk Islam) pastinya akan menghadapi dugaan menahan diri lapar dan dahaga ini.
Namun sebenarnya, ada tip tertentu untuk buat perut kita sentiasa rasa kenyang sepanjang hari. Perkongsian dari Coach Yatt Shari memberitahu apa yang boleh diambil dan dielakkan sepanjang seharian berpuasa.
7 tips berpuasa
Semua dah ready kan nak puasa? Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tp memperbanyakkan lg amalan ibadat kita dt hari2 biasa kita. Maka tahap kesihatan kita pun haruslah ditingkatkan sama
Tp mcm mana? Takkan tk berlaku perubahan kan? Jom coach nak share tips2.
Ads
1) elak makanan masin 2) banyakkan makan wholemeal 3) bykkan mkn unsalted kekacang 4) bykkan sayur dan buah2 5) byk kan minum air putih 6) sedikit pergerakan
Dia juga turut berkongsi tip mudah ketika bersahur. Pesannya jangan makan terlalu heavy seperti nasi kerana mengandungi banyak gula yang akan buat kita cepat lapar. Sebaliknya tukar bersahur dengan mengambil oat, muesli atau protein shake.
Ads
Begitu juga ketika waktu berbuka elakkan untuk terus ambil makanan/minuman bergula. Ini bagi mengelakkan paras gula dalam badan naik mendadak. Jadi seeloknya berbuka dengan kurma dan selepas 20-30 minit baruah makan heavy meal.
Manakala waktu lepas terawih pula bolehlah mengambil buahan-buahan yang mengandungi banyak air. Ini kerana apabila kita berpuasa, badan kekurangan air jadi tyda mampu untuk telan air bergelen-gelen. jadi ambil buahan seperti timun,tomato, tembikai atau stawberry.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang terpaku di depan kaca televisyen Selasa lalu menyaksikan Istiadat Pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dianggap bersejarah Istiadat pertabalan itu, yang dilaksanakan dengan penuh tradisi dan adat istiadat warisan Kesultanan Melayu.
Selain mellihat kehadiran kerabat diraja serta tetamu kenamaan yang hadir, mata terpaku melihat pergerakan masuk Seri Paduka Baginda serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dan pastinya penampilan Raja Permaisuri Agong yanng sangat cantik dan anggun mencuri tumpuan ramai. Bukan sahaja tetamu yang hadir di Istana Negara, bahkan penonton yang menyaksikan istiadat itu secara langsung sama ada di kaca telvisyen atau media sosial.
Penampilan Raja Permaisuri Agong yang anggun sekali menggayakan kurung moden memang begitu menawan hati. Busana cukup indah ini adalah hasil kreativiti pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim.
Menerusi insta story milik Rizalman, beliau bercerita kisah menarik di sebalik perincian busana indah yang digayakan Raja Permaisuri Agong ini sehari sebelum dibawa mengadap dan dipersembahkan di hadapan Tuanku untuk dipakai pada Istiadat Pertabalan.
Menurut Datuk Rizalman, persalinan baginda Tunku Azizah adalah dari warna putih gading beserta selendang dengan sulaman kerawang.
Busana indah ini merupakan kain tenunan hasil kerja tangan penghuni Penjara Penor dan Penjara Bentong yang dilhamkan oleh baginda sendiri.
Tambahnya lagi, baginda Tunku Azizah mengilhamkan untuk meletakkan ‘colek’ pada persalinan yang digayakan. Colek ini bermaksud bentuk di dalam kain menggunakan benang perak. Ia mempunyai lambang Pahang iaitu gading dan tombak serta lambang Johor iaitu bulan dan bintang.
Pereka tersohor yang mempunya magis tersendiri ini juga meletakkan sulaman kerawang dan perincian ‘beading’ dibuat satu persatu menggunakan tangan. Mempunyai lambang tersendiri, mutiara, batu berlian dan kepingan emas.
Dan lebih istimewanya kepingan emas pada persalinan baginda Tunku Azizah ini juga dipinjam daripada almarhum bonda Tuanku Zanariah.
Menurut Rizalman ia dilekatkan semula pada persalinan baginda kerana baginda berkenan mengembalikan nostalgia zaman-zaman dahulu, turun temurun.
Malah persalinan indah ini juga merupakan kombinasi hak milik kerajaan Johor dan Pahang. Ia dijahit satu persatu mengikut susunan bunga.
Inilah rahsianya penampilan Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat jelata ini sangat cantik dan memang tak puas mata memandang.
Malah dalam foto yang dimuat turut dalam Instagram milik Datuk Rizalman, penampilan baginda turut dipuji netizen yang rata-rata memberikan pujian yang sama.
muslimahwearmurahii Cantik sgt2 baju raja permaisuri . takda tolok bandingan nya
mysara99 Suka sangat3 design baju permaisuri agong.. menutup aurat.. labuh tutup dada.. dalam masa sama tetap bergaya elegan, cantik.. tahniah datuj @rizalman71
Pernah anda rasakan bagai di‘psiko’ setiap kali menonton kaca tv yang rata-rata dipenuhi dengan iklan suplemen kolagen; kolagen memutih, kolagen menganjal, kolagen menyihat dan 1001 lagi kebaikan kolagen. Jika ya, ketahui dahulu cara memilih kolagen terbaik sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli salah-satu daripadanya!
Sebelum itu, kaji dulu apa sebenarnya kolagen dan mengapa ia diperlukan oleh tubuh anda. Kolagen adalah komponen utama dalam kulit manusia. Lebih daripada 71 peratus protein dalam sel-sel kulit terdiri daripada kolagen, di mana berkait rapat dengan pertumbuhan, pemulihan dan nutrisi kulit. Sebagai tambahan, kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.
Sebagai sebuah suplemen yang telah diformulasikan, berikut 8 cara memilih produk kolagen terbaik bagi membantu anda mendapatkan kesan yang terbaik dan paling utama pastikan apa yang dikomsumsikan itu adalah selamat.
1. Lebih baik memilih kolagen yang berbentuk makanan berbanding kolagen yang disuntik. Ini untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
2. Pilih saiz kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. ‘Microfine size’ membantu penyerapan yang baik kerana saiz ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang diambil adalah lebih 100 peratus diserap dan memberi efek lebih cepat.
3. Pastikan kolagen mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.
4. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai ‘emolient’ yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
5. Pastikan suplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.
6. Kolagen juga penting untuk kekal cantik, tetapi pastikan ia mempunyai kandungan glucosamine untuk kesihatan sendi.
7. Pastikan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronik yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
8. Akhir sekali, pastikan ia adalah selamat dan tidak bertoksin.
Makanan tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan. Menurut Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan. Antara risiko yang bakal dihadapi adalah mengalami kerosakan sel hati. Oleh itu, hati-hati ya!
Tangan anda adalah bahagian badan yang paling sibuk dan salah satu yang paling diabaikan juga. Anda menggunakan tangan untuk hampir semua perkara, daripada mula celik mata sehingga perkara yang paling kecil dilakukan. Bukankah sudah jelas bahawa anda perlu menjaga tangan anda sama seperti anda menjaga muka?
Berita baiknya ialah, ia agak mudah untuk menjaga tangan anda. Tidak seperti wajah, tidak perlu ritual 10 langkah. Terima kasih pada krim tangan yang berkesan dan pencuci tangan yang lembut akan memastikan tangan anda sihat dan lembut. Berikut adalah sebab mengapa penjagaan tangan adalah sama pentingnya dengan penjagaan muka.
Percaya atau tidak, kulit di tangan anda adalah salah satu tempat pertama yang menunjukkan tanda-tanda penuaan. Kulit nipis dan halus di belakang tangan anda terdedah kepada pelbagai tekanan persekitaran yang boleh menyebabkan penuaan pramatang. Lebih-lebih lagi, basuh tangan yang berterusan juga menghilangkan kelembapan tangan anda. Itulah sebabnya penting untuk menggunakan cucian tangan yang lembut.
Koleksi cucian tangan baharu, dihasilkan oleh pakar minyak wangi bertaraf dunia, dibuat dengan bahan-bahan eksotik dan dirumus untuk memanjakan kulit bersama-sama dengan wangian yang tahan lama.
Satu-satunya perkara yang lebih teruk daripada jabat tangan mati, adalah jabat tangan dengan kulit kasar dan kering. Bayangkan berjabat tangan dengan seseorang yang mempunyai tangan yang bersisik dan sangat kering. Membuatkan anda berasa tidak selesa, bukan? Untuk membina kesan pertama yang hebat, tangan yang lembut dan licin adalah sama pentingnya dengan jabat tangan yang teguh. Menjaga tangan anda dipelihara akan mengelakkan kekeringan dan kekasaran juga.
Produk cadangan: Fenty Skin Hydra’Reset Intensive Recovery Glycerin Hand Mask
Formula memanjakan ini dimuatkan dengan 40% gliserin, minyak buah-buahan dan ekstrak tumbuhan untuk memberikan perlindungan yang berkuasa. Gliserin mengunci kelembapan dan menjadikan tangan bersinar lembut manakala gabungan kuat ekstrak tumbuhan dan minyak buah menyuburkan, dan melembutkan kulit anda semasa tidur.
Krim tangan yang baik bukan sahaja akan melembapkan kulit anda, tetapi memberi manfaat kepada kutikula anda juga. Mengurut tangan anda dengan krim berkhasiat setiap hari akan memberikan anda kuku yang lebih kuat, lebih panjang dan sihat.
Produk cadangan: Krim Tangan Vaseline Intensive Care Healthy Hand Stronger Nails Hand Cream
Krim ringan, tidak melekit dan mudah diserap ke dalam kulit, menjadikan tangan anda lebih licin dan kutikula lembut.
Banyak krim tangan dan pencuci tangan dirumus menggunakan bahan semulajadi seperti kelapa, badam dan bunga yang membantu menyembuhkan kulit anda secara semula jadi. Bahan-bahan berkhasiat dalam ini meresap ke dalam lapisan kulit untuk membaiki dan menyembuhkannya dari dalam.
Salah satu produk yang memanjakan tangan anda sambil membaiki kerosakan.
Menjalani norma baharu, tangan perlu disanitasi. Anda bertuah sekiranya produk sanitasi tangan jika dari bahan yang tidak merengsakan, tetapi bagaimana pula dengan yang sedia ada di pelbagai tempat yang anda kunjungi? Ya, tida pilihan bukan. Anda perlu rawatan tambahan yang merawat kulit tangan serta merta atau pun menggunakan rawatan malam. Aplikasi krim khas untuk tangan membina kembali sel-sel kulit di tangan anda agar Nampak segar dan bermaya keesokkannya.
Produk cadangan:Skin Inc Refresh & Nourish Hand Serum Duo
Tangan kering dan mengelupas, ucapkan salam kepada Pembersih Pam Dwi dan Serum Pertama di dunia dalam satu. Hand Sanitizer mengandungi 65% alkohol, keseimbangan sempurna antara memusnahkan bakteria secara berkesan dan lembut pada kulit.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.