Sejak kebelakangan ini, kita lihat ramai yang sudah bermula untuk memandang serius dalam perhubungan dan juga ingin mengikat hubungan yang halal antara lelaki dan perempuan. Namun, dalam proses untuk menghalalkan hubungan itu, ramai yang menghadapi kesukaran untuk mengumpul wang untuk hari perkahwinan yang tidak lama akan berlangsung nanti.
Baru-baru ini terdapat perkongsian dari seorang wanita yang menunjukkan dia menghadapi kesukaran untuk menempah baju bridesmaids dengan harga yang berpatutan–apa yang dia lakukan adalah dengan menjahit baju itu sendiri! Meski pun tiada pengalaman menjahit, sangat menarik dan teruja untuk melihat hasilnya.
Mahal sangat nak tempah, ambil keputusan jahit sendiri
Sudah menjadi kebiasaan buat setiap majlis perkahwinan pada zaman moden ini di mana pengantin haru di iringi oleh pengapit atau bridesmaids yang memperagakan pakaian yang sedondon dan cantik di lihat–seolah perbarisan bidadari ke kayangan. Namun, bagi mencapai apa yang di inginkan, ramai yang perlu mengorbankan wang yang begitu banyak.
Bukan sahaja perhiasan seperti pelamin, door gift, suasana kenduri kahwin, malah bridesmaids juga salah satu elemen penting buat para pengantin. Apakan daya, ada yang ingin meminta lebih tetapi mempunyai bajet yang tidak mencukupi–begitulah yang di usahakan oleh wanita yang mesra di kenali sebagai Chemell kerana kegigihannya menjahit lapan pasang baju bridesmaids dengan sendiri!
Chemell juga mengatakan dia tidak mahu untuk meminta tukang jahit jahitkan baju bridesmaids buat rakan-rakannya kerana tempahan yang begitu mahal. Apa yang Chemell lakukan ada sangat mengejutkan kerana pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan sedia ‘bertarung’ untuk menyiapkan baju bridesmaids pilihannya meski pun tiada pengalaman menjahit.
“Sepattnya dress bridesmaiss, ada tukang jahit yang buatkan. Tapi di sebabkan beberapa isu yang tidak dapat di elakkan, saya ambil keputusan untuk buat sendiri last minute,
“Memang gila sebab saya tak pernah menjahit. Bridesmaids saya ada lapan orang, memang mak dah bising dan mula risau,
“Penat juga…saya cuba cari tukang jahit lain tapi mereka ambil mahal mungkin sebab rekaan itu. Jadi saya berterima kasih kepada cikgu yang sudi terima pelajar last minute untuk belajar menjahit dress yang agak susah,” katanya.
Dia juga memberitahu bahawa dia hanya mempunyai masa hanya melelapkan mata selama empat jam sahaja sepanjang tempoh proses menyiapkan busana untuk rakan-rakannya itu. Usaha yang di lakukan itu adalah sebagai tanda penghargaannya untuk rakan-rakannya yang sudi menemani Chemell sejak lebih 20 tahun lagi.
Bukan keseorangan untuk menyiapkan segala persiapan
Chemell tidak sahaja keseorangan dalam menyiapkan segala persiapan perkahwinannya, dia juga turut di bantu oleh tunangnya dan juga rakan-rakannya dalam menyiapkan door gift dan sebagainya. Ramai juga yang turut memberikan sokongan kepadanya.
Apabila melihat kepada jenis rekaan yang di buat olehnya pula, dia cuba menghasilkan pakaian yang berasaskan ukuran standard pada masa yang sama menambahkan tali yang boleh di jadikan ribbon sebagai fungsi mengetatkan bahagian pinggang mengikut kesesuaian saiz yang berbeza-beza.
Menerusi temubual bersama mStar, Chemell juga meluahkan bagaimana segala persiapan dari mula hingga akhir dan apa yang di alaminya sewaktu proses itu berlangsung. Dia juga sempat mengucapkan rasa gembiran walaupun penat dan tidak cukup rehat, dia dapat menyediakan ‘hadiah’ terbaik buat sahabat-sahabat karibnya itu.
“Tailor bukan tak mahu buat, tapi sebab dia hamil anak pertama jadi keadaannya sedikit tidak stabil. Jadi saya faham situasi yang di alami,
“Semestinya dia penat, mual, muntah dan alahan sebagainya. Lagipun dia mempunyai pekerjaan hakiki pada siang hari dan memang meluangkan waktu malam untuk menjahit,
Seperti yang di kongsikan oleh dia di video yang telah di muat naik ke media sosialnya, dia akui susah untuk mencari tukang jahit yang boleh berikan harga yang berpatutan. Keputusan ini juga membuatkan dia terpaksa untuk lakukan ini secara sendiri.
“Tak jumpa yang nak ambil upah mengikut bajet saya. Jadi memang saya nekad untuk buat sendiri dengan tunang,
“Kebetulan pula saya memang ada mengikuti kelas fashion designer untuk bisnes fesyen saya sendiri,
“Jadi saya jadikan baju-baju bridesmaids ini sebagai platform dalam menjayakan perniagaan yang ingin saya ceburi…bila dah pandai menjahit, saya akan jahit sendiri selepas berkahwin,” ujarnya lagi.
Kegigihan Chemell dapat ramai komen yang memuji kesungguhannya tambahan juga tidak berkira untuk membuatkan pakaian itu khas buat kawan karibnya. Semoga apa yang di usahakan akan berjaya di majlis perkahwinan nanti!
Pemandulan binatang peliharaan seperti kucing dan anjing dalam bahasa Inggerisnya digelar sebagai “neutering”. Proses pemandulan boleh dilakukan ke atas kucing jantan dan kucing betina. Masing-masing ada kepentingan tersendiri.
Proses pemandulan kucing jantan dinamakan “castration”. Iaitu testikal kucing jantan akan dikeluarkan melalui satu pembedahan yang sangat ringkas dan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.
Proses pemandulan kucing betina pula dinamakan “spaying”. Bukan pembedahan ringkas. Perut kucing akan dicukur untuk memudahkan proses. Satu potongan berukuran lebih kurang 2 hingga 3 inci dilakukan di bahagian bawah pusat dan uterus serta ovari kucing akan dikeluarkan sepenuhnya. Kemudian dijahit semula.
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu kucing anda pulih dari operasi dan kembali ke kucing yang sihat dan bahagia.
1. Membuat Ruang Pemulihan yang Selamat
Sediakan ruang yang tenang dan selesa. Kucing anda mungkin akan berasa mual dan tidak bermaya selama 18-24 jam pertama selepas anestesia. Ia juga lebih mungkin menyerang orang dan haiwan lain, jadi menyediakan tempat yang tenang dan terpencil di mana kucing anda boleh berehat sangat penting.
2. Pastikan kucing anda selesa.
Pastikan kucing anda mempunyai tempat tidur yang selesa. Sekiranya kucing anda tidak mempunyai tempat tidur biasa, cubalah melapisi kotak dengan bantal atau selimut lembut. Sebolehnya, letakkan tempat tidur kucing anda di kawasan dengan lantai jubin atau kayu. Kucing menikmati penyejukan perut dengan meregangkan di lantai yang sejuk dan padat, dan ini dapat menenangkan tapak pembedahan.
3. Pastikan lampu tetap rendah
Kucing yang mengalami anestesia biasanya sensitif terhadap cahaya. Malapkan lampu di kawasan rehat kucing atau matikan. Sekiranya tiada pilihan, sediakan sesuatu seperti tempat tidur berkubah yang lari dari cahaya.
4. Jaga kucing di dalam rumah.
Jangan biarkan kucing anda berada di luar rumah sekurang-kurangnya dua minggu selepas pembedahan. Ini akan membantu tapak pembedahan tetap bersih, kering dan bebas dari jangkitan.
5. Sediakan kotak sampah yang bersih dan makanan dan air yang mudah diakses.
Untuk sembuh selepas pembedahan, kucing tidak boleh melompat, menaiki tangga, atau berusaha untuk mencapai keperluan. Jangan gunakan sampah kucing biasa sekurang-kurangnya seminggu selepas pembedahan. Ia boleh masuk ke pembedahan dan menyebabkan jangkitan, terutama pada kucing jantan.
Mengenal Pasti Penyakit Urinari Untuk Kucing Pada Peringkat Awal
Royal Canin terus menjadikan dunia lebih baik bagi haiwan peliharaan dengan memperkenalkan Hematuria Detection buat pertama kali di Malaysia. Hematuria Detection ini adalah butir-butir kecil yang membolehkan pengesanan awal darah mikroskopik di dalam air kencing kucing dan dapat dilakukan di rumah.
“Hematuria atau kencing berdarah adalah satu daripada petanda klinikal penyakit saluran kencing bahagian bawah kucing (FLUTD). Ia mungkin menunjukkan keadaan dalaman yang serius. FLUTD biasanya berlaku dalam kalangan kucing dewasa berusia muda hingga pertengahan umur tetapi ia juga boleh dihidapi kucing tidak kira usia, jantina atau baka disebabkan pelbagai punca kemungkinan. Disebabkan sifat atau tabiat semula jadi, kucing adalah haiwan yang pandai berahsia dan sering menyorok petanda penyakit atau kesakitan.
Lazimnya pemilik hanya dapat mengetahui penyakit kucing pada tahap kritikal, yang mungkin sudah terlambat atau sukar bagi kucing untuk menerima rawatan. Oleh itu, pengesanan awal dan diagnosis hematuria adalah penting bagi kesejahteraan kucing.”
Dalam kebanyakan kes, kewujudan darah di dalam air kencing tidak mudah dikesan dengan mata kasar. Secara tradisional, doktor veterinar mengesan FLUTD menerusi sampel air kencing (yang harus didapati ketika kucing sedang membuang air kecil) atau menerusi pemeriksaan fizikal. Proses-proses ini boleh memberi tekanan kepada pemilik dan kucing, kata Dr. Kavindaran Krisnasamy seorang doktor veterinar.
Royal Canin Perkenalkan Hematuria Detection
ROYAL CANIN® Hematuria Detection, produk yang dipreskripsi oleh doktor veterinar ini adalah mudah untuk digunakan tanpa menganggu rutin harian kucing atau menyebabkannya tertekan. Semua pemilik haiwan peliharaan boleh mengikuti tiga langkah mudah ini:
Tabur: Tabur secara rata butir-butir putih di atas pasir kucing dan tunggu sehingga kucing anda membuang air kecil.
Periksa: Selepas itu, periksa bekas pasir kucing tersebut. Jika butir-butir tadi berubah warna dari putih kepada biru dalam beberapa saat, ini menunjukkan air kencing kucing mengandungi darah dan berkemungkinan kucing anda menghidapi FLUTD.
Dapatkan nasihat: Hubungi doktor veterinar jika butir-butir itu berwarna biru bagi mengesahkan keputusan dan menentukan langkah seterusnya.
Teknologi inovatif di dalam Hematuria Detection menjadikannya produk yang boleh dipercayai kerana ia membolehkan pengesanan mikrohematuria, iaitu bilangan darah yang kecil di dalam air kencing yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Dibangunkan dengan teknologi dari Blücare Lab, pembangun ujian biomarker dari Kanada untuk kucing dan anjing, Hematuria Detection diperbuat daripada formula yang selamat bagi memberikan ketenangan minda kepada pemilik haiwan peliharaan ketika menggunakan produk tersebut.
Pemilik haiwan peliharaan dinasihatkan supaya memberi perhatian teliti terhadap kucing mereka terutama selepas dimandulkan. Sementara pemandulan mempunyai manfaat besar bagi kucing, ia juga penting bagi pemilik haiwan menyediakan nutrisi yang sesuai selepas kucing dimandulkan bagi mengelak masalah seperti isu-isu penyakit saluran kencing, obesiti, dan sakit sendi.
Pasca pemandulan, metabolisme kucing akan berubah. Perubahan diet diperlukan bagi memastikan kucing berkenaan memperoleh keseimbangan nutrisi yang tepat dan mengekalkan berat badan yang ideal dan pada masa sama, mengekalkan jisim otot yang baik.
Soal rezeki, jodoh dan ajal maut itu terletak di tangan Tuhan. Sebagai hamban-Nya kita mengharapkan agar jodoh bersama insan yang paling disayangi kekal hingga ke akhir hayat. Namun siapalah kita mahu menolak qadar dan qadar Tuhan. Perkongsian lelaki ini yang hanya mampu mengecapi nikmat berumah tangga hanya setahun setelah isteri tersayang meninggal dunia selepas melahirkan bayi sulung mereka. Sebelum itu ketika sambutan hari lahir isterinya yang ke 23, Hamijan sempat mendoakan agar Siti Nurhidayah Mohd Saad akan menjadi isteri yang solehah.
Namun siapa sangka cerita cinta mereka berdua kekal hingga ke jannah. Isteri tersayang rupanya dijemput Illahi setelah 11 hari melahirkan zuriat mereka.
Menulis di laman sosial facebook dan kisahnya menjadi viral hingga mengundang sedih di hati netizen.
Setelah beberapa hari meninggal, dia telah menyatakan kerinduan pada arwah isterinya yang dikongsi di laman sosial facebook menggunakan akaun nama Hamijan Mijan.
Isteri cukup sempurna & akan sayang sampai bila-bila.
Walaupun kini jauh di mata tetapi dekat dihati buat isteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Saad
Berjanji akan jaga zuriat mereka dengan sebaik-baiknya.
Dapat sokongan tidak berbelah bagi dari teman-teman.
Sementara itu dalam satu protal lain, Hamijan berkata dia tidak menyangka isterinya pergi secara tiba-tiba kerana Nurhidayah tidak menunjukkan sebarang tanda, bahkan beberapa jam sebelum kejadian mereka masih sempat berbual sepertibiasa.
“Lepas subuh, saya tidur sampai pukul 11, saya (hanya) tersedar apabila anak menangis. Saya bangun buatkan susu anak dan memanggil isteri tetapi tidak dia tidak menyahut. Jadi saya pergi dekat dan menarik selimut, dan melihat tangan arwah sudah kebiruan,” kata Hamijan.
Panik dengan keadaan isterinya yang sudah tidak sedarkan diri, dia terus memanggil ambulans dan membawa isterinya ke hospital. Namun sebelum sampai di hospital isterinya disahkan meninggal dunia.
Menurut Hamijan, doktor mengesahkan terdapat darah beku di peranakan isterinya yang menjadi punca kepada kejadian tersebut, selain mengalami hipoglisemia (bacaan gula dalam darah rendah) kerana mengalami diabetes semasa mengandung. Bagaimanapun, keputusan penuh dari doktor masih belum diketahui.
Meskipun sedih, namun dia reda dengan pemergian isteri tercinta dan janjinya akan menjaga zuriat, tanda cinta mereka dengan baik.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza, selamanya menjadi inspirasi dalam industri seni tanahair. Biduanita negara berusia 46 tahun ini sentiasa tampil menawan dan bertenaga sehingga sering meraih perhatian ramai.
Baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun dalam suasana meriah dan mewah dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan artis terkenal.
Majlis tersebut bukan sekadar sambutan hari lahir, tetapi juga detik mengenang kerjaya dan perjalanan hidup Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Menyarungkan gaun elegan rona merah bertemakan bunga-bungaan menyerlahkan kejelitaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada malam itu, sekaligus menjadikan majlis itu sangat diingati dan tidak dapat dilupakan.
Malah, hiasan bunga-bungaan pada majlis itu menambahkan kesan romantik dan meriah.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...