Kalau dulu memang kita berpegang pada prinsip jangan sesekali jadi seperti pepatah ‘perigi cari timba’ dan biarkan soal jodoh itu pihak lelaki yang mulakan. Tapi dalam dunia digital tanpa sempadan, soal jodoh ini boleh kita cari sendiri, lebih-lebih dengan menggunakan laman media sosial.
Seperti perkongsian gadis ini Siti Nur Aminah atau mesra dikenali dengan nama Hanima berkahwin dengan seorang jejak yang dikenali menerusia laman twitter miliknya.
Pada mulanya dia mendakwa suaminya, dikenali dengan nama Deed seorang yang sombong, tetapi oleh kerana terlalu suka, dia terpaksa menggunakan kaedah ‘perigi mencari timba demi mengambil hati pasangannya itu.
Berkongsi di laman twitter bagaimana dia akhirnya berjaya memikat suaminya itu. Ternyata postingnya yang sedikit lucu tetapi mendapart respon netizen apabila di tweet lebih 26K dan mendapat butang like 28K.
Sebelum jadi suami, tebalkan muka DM si dia di twitter.
Ads
Tapi dia jual mahal. Tak terus jawab DM. Dia juga sombong dan hanya jadi kawan saja. Tahun lepas barulah dia ada perasaan suka.
Lama juga tunggu dia nak jawab DM. Start DM 2013 dan hanya tegur di laman twitter. Tahun lepas barulah si dia tunjuk perasaan suka.
Ads
Memang si dia jenis tak nak layan. Tapi berusaha untuk tarik minat. Malah gadis ini yang mulakan dulu perbualan.
Ternyata penantian itu memang satu penyiksaan, tetapi ia sangat berbaloi. Lima tahun barulah si dia tunjuk minat untuk berkawan.
Kalau dah jodoh tak ke mana. Kalau ikutkan azam tahun 2018 nak kahwin tahun depan. Tapi Allah permudahkan urusan tahun ini.
Ads
Apa pun nak pesan effort itu sangat penting. Kadang-kadang yang kita tak sangka itulah jodoh kita.
Sejak dilahirkan, inilah kali pertama Mat Dan secara terangan memperlihatkan wajah anak lelakinya di media sosial. Bayi yang dinamakan dengan nama cukup indah, Muhammad Zayne baru berusia sebulan lebih. Sebaik muat turut di laman instagramnya, ruangan komen mula dibanjiri ucapan tahniah. Macam-macam usikan nakal dilemparkan pada keluarga kecil ini. Antaranya Mat Dan disuruh ajar anak ‘pan asian’ ini makan budu dan ikan kukus.
Untuk pengetahuan bayi Zayne ini dilahirkan dengan selamatnya pada May lalu di sebuah hospital swasta di ibu kita.
Sebaik dilahirkan, tidak seperti personaliti lain yang terus muat turun gambar terbaru anak mereka, tetapi Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel Tyler ini memilih bersikap ‘low profile’.
Malah lelaki yang sudah menetap di sini lebih lapan tahun juga tidak terlalu kerap muat turun foto anaknya itu biarpun tahu popularitinya juga setanding selebriti lain.
Bagi yang mengenali Mat Dan, dia merupakan mualaf atau saudara baru yang sudah lama menetap di Malaysia. Memilih Terengganu sebagai rumah nombor duanya hinggalah bertemu jodoh dengan isterinya, Nadifa Adnan.
Selepas setahun berkahwin, kehidupan mereka berdua menjadi lebih bermakna dengan kehadiran bayi lelaki. Ia sebagai penyambung zuriat dan bagi mengukuhkan silaturrahim pasanga suami isteri berlainan agama dan budaya ini.
Beliau adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Ketika itu walaupun penampilannya cukup ringkas hanya dengan tudung sarung atau awning tetapi tetap menyerlahkan kejelitaan wajahnya. Datin Anne Ngasri, 34 tahun yang sudah hampir 12 tahan berhijab sejak mendirikan rumah tangga hingga kini masih kekal istiqomah. Namun begitu, bukan mudah untuknya kekal muhasabah kerana beliau juga pernah diduga di awal penghijrahannya.
“Saya adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Masa itu saya baru kahwin usia 21 tahun dan ketika 22 tahun saya sudah berhijab. Sebenarnya sebelum itu saya memang ada berniat, bila dah kahwin nanti dan ada anak nak berhijab.
“Saya tak nak nanti anak rasa malu saya tak pakai tudung. Ketika itu penampilan saya biasa sahaja. Tidak terlalu seksi jika menghadiri majlis atau ketika berlakon. Ini adalah kerana hasil didikan ibu bapa saya yang begitu memantau etika berpakaian,” jelas Anne yang menceburi bidang lakonan seawal usianya masih kanak-kanak lagi.
Menurutnya lagi, seperti insan lain beliau juga turut diduga dengan dugaan di awal penghijrahannya.
“Waktu itu keadaan ekonomi yang tidak begitu bagus. Dan kebetulan pula saya dapat offer tinggi untuk melakukan watak yang memerlukan saya tidak bertudung. Jadi saya terima tawaran itu dan hanya tidak bertudung dalam set penggambaran, tetapi di luar saya tampil bertudung. Rupanya perbuatan itu mengundang komen negatif orang di luar.
“Saya bersyukur dengan komen yang diberikan kerana ia buatkan saya kuat semangat untuk terus kekal berhijab. Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Dan sejak itu saya terus berhijab sampailah sekarang,” tambahnya yang ditemui ketika majis pelancaran Sherry Scarves by Sherry Ibrahim di Damansara.
Menurut Anne juga oleh kerana dia istiqomah dengan penghijarahannya itu, ramai rakan artis yang bertanya padanya bagaimana mahu terus kekal dengan berhijab.
“Benda wajib memang kita kena buat. Jadi cekalkan hati dan cuba muhasabah diri. Capai apa yang diingini dan insys-Allah akan dipermudahkan segala urusan,” tambahnya yang gemar fesyen ringkas dan paling penting selesa.
Kalau dulu beliau cukup sinonim menggayakan tudung sarung, tetapi kini Anne menyukai tudung bawal kerana baginya mudah untuk digayakan.
Anne yang Sudan lama tidak muncul di kaca TV atau media tetap manis dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Ketika tanya apa rahsia mengekalkan kejelitaan dan muka seperti ‘baby face’, Anne menjawab mungkin kerana beliau berbadan kecil jadi tak nampak ‘tua’ sebenarnya.
“Sejak dulu saya memang amalkan petua minum air putih. Saya tak pernah lepas dengan air putih ke mana sahaja saya pergi. Dan setiap kali berpantang selepas melahirkan saya akan berpantang dengan betul.
“Manakala untuk mengekalkan kecergasan pula, saya mengambil suplemen yang bersesuaian. Paling penting bagi saya adalah mendapat rehat dan tidur yang secukupnya,” jelas Anne yang kini lebih selesa berada di belakang tabir menguruskan produksi sendiri.
Selain itu, beliau juga kini senang menghabiskan masa menjaga anak-anak dan bakal melahirkan anak keenamnya hujung tahun ini. Menurutnya anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatiannya.