Setelah setahun berumahtangga, Mat Dan dan pasangannya kini telah selamat menimang cahaya mata sulung awal Mei lalu. Mat Dan mengumumkan status terkininya itu dalam laman sosialnya. Kalau sebelum ini hanya gambar jari sahaja dimuat turut, tetapi hari ini Mat Dan memuat turut foto penuh bayi lelakinya hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta, Nadifa Adnan.

Sebaik dimuat turut tiga jam lalu, netizen turut memuji kecomelan bayi Pan Asian ini. Ramai yang kata, jika mengikut bentuk hidung dan tinggi seperti ayahnya, Mat Dan.

intanhaziana Tinggi mcm bapanya @mat_dan1 ..

eyza_alieyza Handsome like daddy… Tinggi orangnya….

nikzann_l4tiff Tahniah @mat_dan1 dan isteri…cumil bby…tgk jari2 panjang…ikut aboh ko nih?

hashimi82 hensem besar sket lg ni.. pan asian

lana.zul dah besar mmg tinggi ni. ikut abahnya. comel comel comel

@ainulakmalhisham Good looking macam ayah dia

IKLAN

@aishah_dollah Hidung mancung

Sebelum itu dalam status terdahulu Mat Dan memberitahu kelahiran anak sulungnya ini dan berkata keduanya berada dalam keadaan sihat. Malah  dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anak sulungnya ini.

Bayi lelaki yang lahir pada 5 Mei lalu di sebuah hospital swasta tetapi dia hanya memberitahu kepada umum tiga hari lalu.

Rata-rata netizen termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi ini daan mendoakan anak kecil ini menjadi anak dan hamba Allah yang soleh.

@ibnati86 Tahniah matdan & difa.. Semoga jd anak yg soleh.. Berjaya dunia akhirat.. Penyejuk hati & mata ibu ayah..

IKLAN

@rose.jamilahTahniah mat dan isteri Difa….semoga menjadi anaknyang soleh..aamiin

@yin_youngliving Alhamdulillah & tahniah @mat_dan1 dan isteri. Moga berlimpah rezeki dan keberkatan buat kalian sekeluarga

@serenaz.estore tahniah @mat_dan1 dan wife.semoga menjadi anak yg soleh.

Sebaik memberitahu kelahiran bayinya itu, ramai yang memberi komen tidak sabar untuk melihat wajah penuh bayi lelaki berbangsa ini. Maklumlah bayi ini adalah hasil perkahwinan campur dan pastinya comel.

Sebelum ini Mat Dan yang sudah hampir 9 tahun menetap dan menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua telah mendapat status penduduk tetap (PR) Februari lalu.

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

IKLAN

Mat Dan  atau nama sebenarnya Daniel Tyler berasal dari United Kingdom yang telah lama menetap di Terengganu hingga berjaya menguasi bahasa tempatan dengan lancar dan kefasihannya itu menarik perhatian ramai.

Pasangan ini juga yang sudah setahun berumah tangga dan dilihat sebagai pasangan yang cukup romantik dan bahagia.

Artikel Berkaitan: Kisah Penghijrahan Mat Dan Cukup Menyentuh Hati

Sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang lalu ketika sarat mengandung anak mereka, Mat Dan turut mendoakan kesejahteraan yang terbaik buat isterinya itu yang sentiasa ada bersama ketika susah dan senang.

Malah sepanjang setahun usia perkahwinan mereka juga Mat Dan berkata mereka berdua telah saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dia turut mengharapkan perhubungan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MAT DAN

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI