Kepelbagaian produk kecantikan di pasaran menyebabkan kita sering rasa keliru yang mana lebih bersesuaian dengan kulit wajah. Namun begitu, ramai juga di kalangan pengguna kini yang tidak lokek berkongsi pengalaman mereka setelah memakain produk berkenaan. Salah seorang pengguna laman sosial facebook Herry Rozular yang berkongsi penggunaan produk untuk masker.
Tidak perlu mendapatkan produk mahal, seballiknya penggunaan lokal dengan harga berpatutan ini sangat berbaloi untuk dimiliki. Malah ia juga mudah untuk didapati dengan hanya mendapatkankannya di drugstore berhampiran.
Jenis Freeman Mask mengikut skin concern n penerangan tiap satu.
So far abam tahu korang pening kan nak pilih mana? Ada gel peel off, ada scrub + mask, ada claymask. Macam tak tahu je nak pick mana sebab banyak dia ada. Jangan risau, nah guide abam provide. Korang boleh click di gmbr tu n baca ye. Harga Rm24 mcm tu yea. Boleh didapati di drugstore (watson/guardian)
Semoga bermanfaat !
1) Apple cider vinegar
Scrub + mask. Maksudnya sebelum pakai yg ni tak payah susah2 scrub dulu pakai apa2 scrub lain ye. Dia dah sekali dalam ni. Kiranya jimat masa lah. Cara nak pakai, basahkan dulu muka. Pastu apply gosok2 ke muka n biar 3 5 minit then bru bilas. This one all skin types boleh pakai ya. Yg ni dia cakap boleh purifies n matte kan skin.
2) Golden Grain Brightening Mask
This one if skin sunburn, ada dark spot, then ambik yang ni. Dia bentuk gel ye. Cuci muka bersih2 or lepas mandi, then keringkan muka. Pastu apply je ke muka then bilas lepas biarkan 5 – 10 minit kt muka. Yg ni ada vitamin C n boleh firmkn kulit jugak ye.
Ads
3) Green Tea + Orange blossom peel off mask.
This one for normal n combination skin boleh pkai. Yg ni boleh refines kita punya pores n tolong improve kita punya dark spot. Yg ni jgk boleh cerahkan skin ye.
4) Cucumber + pink salt clay mask
Yang ni pulak clay mask n all skin boleh pakai. Bila ckp all skin types so tk kira la awk dry ke oily ke, mmg boleh pakai. Yang ni utk detox kan skin n pores kita utk renew kan skin.
5) Dead Sea Minerals clay mask.
Yang ni pun sama dalam bentuk clay mask n boleh pakai utk semua jenis kulit. Yang ni katanya boleh balancekan kelembapan kulit kita n Lavender & Bergamot boleh lembutkn kulit. Yg kulit kasar tu ha this one.
Ads
6) Avocado + Oatmeal Clay Mask.
Yang ni khas utk cuci jauh ke dalam pores ! Yg rasa pores tersumbat n tak sihat tu, ambik yang ni yea. Avocado, Oatmeal n Vitamin E dalam ni boleh buat skin lembap n lembu.
7) Charcoal + blacksugar gel mask + scrub.
Yg ni utk detox kan pores n exfoliate. So sama ye if dah pakai, takyah scrub dah. Dah include skali. Yg ni all skin types boleh pakai. Yg betul2 rasa pores dia kotor, ambik yg ni sbb charcoal ni mmg terkenal utk cuci pores ke dalam.
8) cucumber gel mask
Ads
Yang ni utk normal n combination skin. Kalau skin kusam n kasar go with this one. Cucumber n Aloe dalam ni akan pastikan skin soft n smooth !
9) mint + lemon clay mask
Skin oily teruk ambik yang ni ! Breakout n open pores pun boleh yg ni. Skin type : Oily n breakout ! Digalakkan !
10) Pomegranate peel off mask !
Yg ni utk protect skin dari radikal bebas n gently cuci pores utk skin bersih. This one also all skin types boleh pakai. Tkde masalah apa jenis type pn ya.
11) Diamond mineral clay mask + scrub.
If skin kusam, parut, ambik yg ni ya. Ni dah asa scrub n mask jugak. Cara pakai, cuci muka then keringkan pastu pakai je n biar 5 10 minit. Pastu bilas
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pereke fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim bukan sahaja terkenal dengan kepakarannya mereka busana yang cukup indah, tetapi juga sebenarnya beliau juga bijak memasak di dapur.
Baru-baru ini pereka fesyan tersohor Datuk Rizalman muat turun rasa rasa terujanya dan dalam masa sama terharu apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah mencemar duli memasak di kediamannya.
Beliau berkongsi pengalamannya itu di laman sosial Instagram miliknya yang memaklumkan Tunku Azizah telah memasak lima jenis lauk dalam masa setengah jam sahaja.
Pereka fesyen ini juga terharu apabila Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli memasak di kediamannya.
Malah Datuk Rizalman turut menggambarkan personaliti Baginda dengan menyiarkan video yang diambil bersama Raja Permaisuri Agong yang sedang memasak.
Reaksi netizen yang turut berkongsi kegembiraan melihat Raja Permaisuri Agong yang tidak kekok menyediakan hidangan berkenaan dan Datuk Rizalman cukup bertuah berpeluang bersama Baginda.
makeupbyzarifahmr Kalau saya ni dah tak keruan tuanku mai dapoq. halia dengan lengkuas pun dah takleh nak beza
surianie40330 Bertuahnya dato..semua syg kat dato..Alhamdulillah
suzaityibrahim Tuanku lambang wanita melayu terakhir. Ampun Tuanku. sgt meminati.
noralizaali Bertuahnya Dato dpt Permaisuri bertandang d rumah. Siap masak sama2 sekali….sesuai dgn rumah dan dapur mcm mahligai untuk sambut Permaisuri yg kita sayangi. She is so beautiful. MasyaAllah
memewani Sukaaaaaa sangat bila tuanku masak. Semua yang tuanku masak nampak oh so sedapppp
Tak susah pun nak kelihatan cantik, janji ada kemahuan untuk memastikan wajah dan penampilan sentiasa jelita dan menawan. Seperti perkongsian wanita ini di laman sosial facebook menggunakan 4 bahan alami untuk memastikan wajah lebih cerah dan paling penting kelihatan pinkish.
Dalam posting yang dikongsi melalui laman facebook Seri Sairi menggunakan amalan minum campuran susu kunyit bersama badam dan madu.
Menurutnya minuman ini berkhasiat bukan sahaja untuk luaran, tetapi juga dalaman. Apa yang penting selamat kerana menggunakan bahan semulajadi dan juga menjimatkan.
PETUA UNTUK WAJAH PINKISH BERSERI-SERI
Seri nak share petua orang dulu-dulu nak naikkan seri wajah agar nampak lebih cerah ‘pinkish’ dan berseri-seri.
Salah satunya dengan mengamalkan minuman campuran susu kunyit badam madu ni.
Banyak khasiatnya baik dari segi kecantikan dalaman dan luaran.Ia selamat sebab menggunakan alam semulajadi serta menjimatkan.
Minum sebelum tidur,lagi-lagi masa datang bulan.
Boleh diamalkan seminggu 2x.
Korang cubalah.komfem bangun pagi nampak muka glowing pinkish.
Bahan
susu rendah lemak 2 inci kunyit hidup ditumbuk kasar badam ditumbuk kasar 2 sudu madu
Campuran susu dan badam.
Caranya
– masukkan susu rendah lemak di dalam periuk – kemudian masukkan kunyit yang ditumbuk kasar,kacau sebati dengan api yang perlahan. – masukkan pula badam dan kacau sebati. – masukkan susu ke dalam gelas dan biarkan suam. – selepas itu masukkan pula 2 sudu madu.
Amalkan minum dua kali seminggu.
Khasiat susu
– mengurangkan stress – mengurangkan senggugut ketika haid(PMS)
Khasiat madu
– mengatasi insomnia – memperlambatkan penuaan – menjaga kelembapan kulit
Khasiat badam
– rendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung – turunkan berat badan – melancarkan peredaran darah
Khasiat kunyit
– kurangkan tahap kolestrol dalam badan – memperbaiki sistem penghadaman – mencegah kanser
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hari Raya bakal tiba tidak lama lagi! Pastimya wajah antara yang menjadi tumpuan semasa berkumpul dengan sanak saudara. Bagaimana untuk memastikan solekan kekal segar dan tahan lama sepanjang hari?
Tip solekan agar tahan lama ini sangat bermanfaat untuk anda yang ingin tampil yakin di hari raya. Dengan mengikut langkah mudah ini, anda boleh menikmati percutian dengan solekan yang sempurna, walaupun ketika cuaca panas mahupun sibuk.
Mira Filzah. (sekadar gambar hiasan)
Berikut senarai produk solekan yang ‘wajib’ digunakan untuk solekan wajah hari raya agar ia kekal segar dan tahan lama. Trend solekan terkini iaitu natural dan fresh look sama seperti ‘no-makeup makeup look’ yang kini sedang trending di media social.
Kulit Sihat, Solekan Maksimum
Kunci utama agar solekan tahan lama ialah kulit yang sihat dan terhidrat. Bersihkan wajah dengan pembersih yang lembut, kemudian gunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit. Jangan lupa gunakan pelindung matahari bagi melindungi kulit daripada sinaran matahari.
Pilih pelembap yang ringan dan cepat meresap pada kulit. Sesuaikan dengan jenis dan keperluan kulit anda.
Selepas kulit terhidrat dengan baik, barulah boleh mulakan solekan. Elak menggunakan produk solekan yang terlalu tebal dan berat.
Produk Solekan ‘Wajib’ Hari Raya
Skin Tint/BB Cream/Foundation Ringan: Pilih produk dengan tekstur ringan dan kemasan semula jadi atau berembun.
Concealer: Gunakan concealer hanya di kawasan yang diperlukan, seperti lingkaran hitam di bawah mata. Pilih concealer dengan tekstur yang ringan dan boleh dicampur.
Pemerah pipi: Pilih warna semula jadi seperti peach atau merah jambu lembut untuk memberikan kesan segar dan sihat pada pipi.
Highlighter: Gunakan penyerlah dengan sedikit kilauan untuk memberikan kesan bercahaya pada tulang pipi dan bahagian wajah yang lain.
Maskara: Pilih maskara yang menambahkan lentik dan memanjangkan bulu mata. Maskara kalis air sangat disyorkan supaya solekan tahan sepanjang hari.
Brow Gel: Gunakan gel kening untuk menggayakan kening secara semula jadi dan kemas.
Pelembap bibir: Memberi kelembapan dan warna semula jadi pada bibir. Pilih warna semula jadi seperti nude atau merah jambu.
Pembayang mata (pilihan): Jika ingin menggunakan pembayang mata, pilih warna semula jadi seperti coklat muda atau peach. Sapu secara nipis.
Memiliki raut wajah persis 'barbie' bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan cef viral dari Lubnan, Abir...