Berkecimpung dalam dunia perniagaan perkahwinan dalam 4 tahun sebelum pendemik yang berlaku pada tahun 2020. Pelbagai cabaran telah ditempuh semasa perintah kawalan pergerakan, JV Craft & Gifts mengorak langkah untuk terus menapa nama di dunia perniagaan barangan perkahwinan.
“Semasa pengumuman PKP, saya dan suami Alvin rasa tak selamat dan tidak nampak hala tuju perniagaan. Saya masih ingat dengan jelas dan masih bersyukur sehingga hari ini apabila Perdana Menteri mengumumkan lanjutan PKP, Alvin berjalan ke arah komputer di bilik kami lalu mendaftar JV Craft & Gifts di Shopee dan Lazada,” kongsi Janice.
“Selepas berbulan-bulan menerima tempahan, akhirnya kami kembali beroperasi. Mujurlah, JV bangkit semula dengan mempelbagaikan barangan dan perkhimatan perkahwinan. Bermula dari kedai yang kecil sehinggalah kami memperkembangkan sampai mempunyai kedai yang luas supaya pelanggan lebih selesa dan kami dapat menambah lebih banyak pilihan,” ujarnya lagi.
Kami melancarkan one stop center ini sejurus selepas berkahwin, selepas menjadi pasangan selama 6 tahun. Idea kami ialah perniagaan tentang perkahwinan yang melibatkan cinta dan kepercayaan. Kami memikirkan banyak nama untuk jenama ini tetapi masih bersetuju bahawa parap kami adalah cara yang betul untuk bermula, jadi kami bersetuju mengabungkan nama kami dan wujudlah JV Craft & Gifts.
Syarikat JV Craft & Gifts turut menawarkan perkhimatan untuk gubahan hantaran, bunga tangan pengantin, bunga pasu dan mas kahwin. Dulang Sireh Junjung, Bunga Tangan Pengantin, Gubahan Pasu Bunga dan Frame Mas Kahwin. Selain dari pilihan barangan perkahwinan yang JV tawarkan, pelanggan JV dapat juga menikamati harga yang berpatutan dan berbaloi.
Ads
Salah satu daripada persiapan yang menjadi tumpuan dalam majlis perkahwinan adalah gubahan hantaran. Gubahan Hantaran diibaratkan sebagai hadiah kepada pasangan bagi menghargai ikatan yang bakal terjalin dan mengeratkan hubungan keluargaan sesama pihak. Mempunyai pelanggan dari masyarakat melayu, Janice faham dan sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat ini.
“JV Craft & Gifts sedia maklum menjadi tumpuan masyarakat melayu, jadi kami juga mempunyai tempahan seperti Al Quran ,telekung dan pelbagai lagi. Jadi di situ kami perlu faham adab menjaga barangan yang berkaitan agama. Di sini juga kami mempunyai JV team yang dikalangan orang melayu dan untuk memudahkannya, saya serahkan pada mereka yang lebih arif,” katanya lagi pada sidang media yang berlangsung baru-baru ini.
“Saya mula benar-benar berminat untuk mencipta kategori gubahan, setelah membuat kajian, lalu saya memulakan gubahan mengikut gambar dan video yang saya lihat dan ia berkesan. Sepanjang perjalanan, saya cukup bertuah kerana dapat merekrut ramai kakitangan untuk memulakan perjalanan ini bersama saya. Tujuan kami adalah untuk mempermudahkan urusan perkahwinan bakal pengantin,” ujarnya lagi.
Ads
Pengasas JV Alvin dan isteri adalah legasi kedua perniagaan ini, mempunyai pengalaman dalam bidang pegiklannan dan pemasaran, pasangan ini menyertai syarikat ayahnya, melakukan import dan borong barangan perkahwinan. Secara tidak langsungnya mereka terlibat dalam bidang perkahwinan melayu dan ingin membawa lebih banyak variasi ke dalam industri.
Penyanyi yang mesra disapa sebagai Ryan ini dilamar oleh syarikat JV Craft & Gifts menjadi duta julung kalinya bagi syarikat tersebut. Ini merupakan kolaboratif pertama Ryan Deedat dan JV Craft & Gifts. Ryan yang namanya tidak asing lagi dalam dunia seni berkata “Beliau tidak pernah ditawarkan menjadi duta bagi jenama lain, ini merupakan anugerah pertamanya beliau semenjak 13 tahun bertapak dalam dunia seni.
Ryan sangat bersyukur diberi peluang oleh JV Craft & Gifts dan akan mengalas tugas sebagai Duta dengan penuh disiplin dan bersemangat serta melaksanakan tugas sebaiknya”. Selain itu, Ryan juga berkata, dengan kolaboratif ini dapat mewujudkan kerjasama yang lebih akrab antara kedua belah pihak.
Ads
Janice Mok selaku Pengarah Urusan JV Craft & Gifts berkata “Dengan Ryan Deedat sebagai duta jenama ini, kami yakin akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan yang dihargai. Kami menantikan perkongsian baharu ini dan kemungkinan menarik yang dibawanya”
Dalam pada itu, Janice berkata projek pertama antara mereka adalah mengeluarkan lagu raya yang berjudul “Hantaran Raya”. “Kami baru sahaja selesai pengambaran musik video untuk lagu Hantaran Raya, pihak kami sangat teruja dengan projek ini dan tidak sabar untuk mengeluarkan lagu ini pada Ramadan akan datang”. Apabila ditanyakan pada Ryan. Ryan Berkata “ Ini merupakan usaha sama antara kedua belah pihak. JV Craft & Gifts yang memulakan idea ini untuk pembuatan lagu Hantaran Raya.
Lagu ini telah dicipta oleh Adam Armin, Yusuff khan selaku komposer dan lirik oleh Adam Armin, Yusuff Khan dan Ryan Deedat. Yang menarik tentang lagu ini, ia turut menampilkan perkerja dan pihak pengurusan dalam sesi rakaman serta Nisha Que sebagai penyanyi perempuan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/LkWfixGv4AI
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seperti yang diketahui umum, pasangan mempelai akan dihiasi dengan persalinan perkahwinan serta inai yang cukup indah dan memukau. Baik lelaki atau perempuan, kedua-duanya mahu kelihatan sempurna di hari bahagia masing-masing. Memakai inai merupakan satu aktiviti yang pasti akan dilakukan sebelum pasangan mempelai diijab kabulkan. Kebiasaannya, perempuan akan memakai inai pada semua jari manakala lelaki pula hanya memakai pada tiga jari. Persoalannya, apakah hukum dari sudut agama tentang hukum memakai inai ini.
Ini jawapan bagi hukum memakai inai bagi kedua-dua mempelai:
Hukum memakai inai bagi wanita
Hukum memakai inai bagi lelaki
Hukum memakai inai bagi wanita
Menurut ulama’ mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan kecantikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.
Bagi wanita yang masih belum bersuami, ulama’ mazhab Maliki berpendapat hukumnya adalah harus, manakala ulama’ mazhab Syafi’ei pula berpendapat ia makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.
Walau bagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.
Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.
Hukum memakai inai bagi lelaki
Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”
Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:
1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” (Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk’)
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” (Al-Fatawa al-Hindiyyah). Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” (‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud).
Kesimpulannya, inai merupakan perhiasan bagi kaum wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.
Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan perlu dihentikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, berikutan pernah membintangi drama hangat yang berjudul ‘Andai Itu Takdirnya’, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne atau Hannah Delisha tular lagi kerana satu lagi bakat yang dimilikinya.
Hannah bukan sahaja berjaya membawa watak, Aleya iaitu seorang isteri yang berperwatakan lemah lembut hingga menjadi mangsa keganasan rumahtangga dek kerana sikap suaminya, Syed Aizril iaitu lakonan Shukri Yahaya yang panas baran, hingga naskah adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu sempat menjadi fenomena dan bualan hangat warganet di laman sosial.
Netizen Tak Sangka Hannah Punyai Satu Lagi Bakat Terpendam!
Malah, apa yang lebih memeranjatkan netizen adalah sisi lain Hannah Delisha yang ternyata mampu menyanyi dan mempunyai suara merdu bak buluh perindu.
Terdahulu, bertebaran di laman sosial suara Hannah Delisha sedang asyik menyanyi sehingga video berkenaan menjadi tular, serta mendapat sorotan ribuan wargamaya yang rata-ratanya terpaku dan terkesima melihat bakat nyanyian Hannah.
Hantaran video berkenaan telah tular di aplikasi TikTok menerusi akaun pengguna @mawarofficial96 dalam video berkenaan memaparkan Hannah mendendangkan lagu ‘Someone Like You’ nyanyian asal Adele sambil diiring petikan gitar akustik.
Malah, rata-rata wargamaya mengagumi bakat terpendam yang dimiliki Hannah itu, sudahlah mempunyai bakat lakonan yang mantap dan tidak perlu dipertikaikan lagi, kini pandai pula menyanyi dengan begitu bersahaja.dan mempunyai alunan suara yang sungguh merdu.
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran tersebut, Hijabista mendapati nyanyian Hannah mendapat maklumbalas positif dari para peminat hingga ada yang melabel aktess jelita itu sebagai figura yang serba boleh dan sempurna.
Hannah juga disifatkan mempunyai pakej lengkap kerana tidak hanya mempunyai paras rupa cantik, boleh berlakon dan juga boleh menyanyi dengan amat baik.
Berikut merupakan beberapa tangkap layar komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya mencuri perhatian Hijabista.
Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang kehilangan suami selepas dua bulan bergelar suami isteri pada November tahun lalu.
Menerusi satu perkongsian video di IG wanita yang mahu dikenali sebagai Airin, 24 tahun, telah berkongsi momen dirinya berbadan dua. Sebak dan simpati dengan keadaan dirinya yang terpaksa melalui detik-detik kehamilan tanpa kehadiran sang suami di sisi.
Difahamkan bahawa suami Airin yang dikenali sebagai Muhammad Amirul Ashraf, 25 tahun, meninggal dunia genap dua bulan perkahwinan mereka. Arwah mengalami serangan jantung ketika bermain futsal.
Berikut coretan pilu dan menyentuh hati.
3 hari selepas you pergi, i baru tau i pregnant you.. i mintak maaf i tak sempat nak bgtau you… Seminggu sebelum you pergi, setiap hari you cakap i pregnant.
Tapi bila i check, negative. Tapi u hari hari paksa i check lg 😂 you kata u yakin i pregnant. Hahaha. Tapi baby pun malu malu lg nk tunjukkan diri dia time tu. lepas ayah tkde, baru nk tunjukkan diri ye baby? Tkpe.. ayah mesti dah tau dulu tu.. hihi.
You taknk tengok i sedih lama lama kan? Sbb tu Allah bg hadiah ni kt i & family kita.
Semoga Allah mudahkan urusan i & anak kita ye you.. semoga i dapat melatih diri i untuk jd ibu yg baik utk anak kita. I harap muka baby sebijik you! Boleh la i gomol dia tiap hari! Kurang sikit rindu i kt youuu hihi.
Meskipun berita gembira itu tidak dapat dikongsikan bersama suami tercinta, namun kehadiran zuriat itu sedikit sebanyak menjadi pengubat rindu. Al-Fatihah.
Perhatian peminat drama kini tertumpu pada kehidupan isteri Faizal Hussein atau 'Walid', rupanya lepas tinggal dunia lakonan, Suhaila Sulaiman makin bahagia tanpa kontroversi.Bukan sekadar...