Tak dapat dinafikan, ramai yang keliru untuk membezakan di antara mitos dan fakta berkaitan hal kecantikan. Malah, ada yang tidak tahu dan terus mempercayai mitos yang diketahuinya. Jangan begitu! Sebagai seorang wanita, anda perlu ambil tahu fakta berkaitan hal kecantikan. Tidakah anda terus-terusan mempercayai mitos yang ternyata tidak masuk akal.
Mitos hanyalah sekadar mitos dan anda perlu mempercayai fakta yang sebenar. Hijabista paparkan mitos vs fakta yang selalu disalah ertikan oleh kaum wanita terutamanya bila hal yang berkait dengan kecantikan. Lepas nie jangan salah lagi okay!
1. Basuh Muka Dengan Ais
MITOS: Ketika membasuh muka dengan air sejuk atau ais, pori-pori wajah akan mengecil. Begitu juga ketika membasuh wajah menggunakan air suam, pori-pori akan terbuka.
FAKTA: Tahukah anda sebenarnya perkara itu cuma berlangsung pada saat itu sahaja. Lakukan rawatan wajah secara teratur dan gunakan masker atau skrub untuk membantu menanggalkan sel kulit mati supaya wajah bertambah lembut dan cerah.
2. Madu Lembapkan Bibir
MITOS: Oles madu sebelum tidur, bibir bertambah lembap dan sihat.
Ads
FAKTA: Madu lebah memang bagus untuk bibir kerana cairan madu mengandungi kadar gula yang dapat memberi nutrisi pada bibir dan menggantikan fungsi lip balm yang melembapkan.
3. Jilat Bibir
MITOS: Membasahkan atau menjilat bibir supaya selalu kelihatan lembap.
FAKTA: Air liur mengandungi enzim yang akan membuatkan bibir anda semakin kering sebenarnya.
4. Oles Lipstick Berkali-kali
Ads
MITOS: Menambah olesan lipstick secara berulang tanpa membersihkan bibir terlebih dahulu.
FAKTA: Biasakan membersihkan bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstick yang baru terutamanya jika dipakai terlalu lama. Olesan yang dipakai pada waktu awal biasanya sudah tercemar di udara, bercampur debu bahkan terdapat sisa makanan yang menempel di bibir.
5. Kerap Sikat Rambut
MITOS: Sikat rambut sekerap mungkin bakal membuatkan rambut anda sentiasa sihat.
FAKTA: Perlu berhati-hati kerana rambut bersifat mudah rapuh dan kulit kepala akan lebih berminyak. Sesekali gunakan jari untuk meluruskan rambut anda.
Ads
6. Muka Berjerawat
MITOS: Coklat dan makanan berminyak penyebab jerawat
FAKTA: Pnyebab timbulnya jerawat adalah disebabkan oleh produksi minyak pada kulit yang berlebihan dan tidak membersihkan wajah dengan sebaiknya.
7. Lingkaran Gelap Pada Bawah Mata
MITOS: Timun dapat atasi lingkaran gelap pada bahagian bawah mata.
FAKTA: Benar tapi sifatnya hanya sementara. Setelah beberapa waktu, bahagian bawah mata anda akan kembali gelap. Meletakkan timun di atas mata yang terpejam hanya dapat menyejukkan kulit di sekitar mata dan mengurangkan lingkaran gelap tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hujung minggu ini pastinya anda akan meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti. Sebagai pembuka hari anda, anda disarankan untuk mulakan dengan melakukan senaman kardio ini. Mudah sahaja sis, buat sahaja di rumah.
Senaman kardio adalah apa sahaja jenis senaman yang akan menyebabkan jantung anda berdegup dengan sangat laju. Perkataan kardio adalah singkatan daripada ‘kardiovaskular’ yang bermaksud jantung. Ia memberikan memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan anda terutamanya jantung. Tambahan itu, senaman ini juga mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien dan membuatkan anda tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.
Senaman kardio ini juga adalah senaman yang mudah dan boleh dilakukan tanpa alat senaman. Jom, kosongkan masa dan ruang di ruang tamu dan bersiaplah untuk berpeluh sis. Pergerakan yang telah diperincikan di bawah ini dapat disesuaikan untuk latihan pemula, jadi ianya sangatlah senang dan mudah.
Sejak daripada zaman sekolah lagi kita dah terbiasa melakukan senaman lompat bintang ni. Senaman ini merupakan senaman yang mudah untuk dilakukan. Senaman lompat bintang ini turut dikenali sebagai jumping jacks. Senaman jenis ini meningkatkan kadar denyutan jantung dan melibatkan pergerakan seluruh anggota badan anda.
Cara melakukannya: Berdiri dengan tangan disisi, bengkokkan lutut anda sedikit kemudian lompat dan buka kaki lebih besar daripada lebar bahu anda. Pastikan tangan diangkat melebihi kepala. Setelah itu, kembali ke posisi awal dan anda boleh lakukannya secara berulang.
Senaman kardio yang satu ini mudah dah tidak memakan ruang yang banyak.
Cara melakukannya: Berdiri tegak dengan tangan di sisi, kemudian angkat sebelah kaki anda ke arah dada, turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Teruskan pergerakan tersebut secara berselang-seli dan ayunkan tangan anda untuk mengimbangi pergerakan tersebut. Yang paling penting, pastikan badan anda tidak membongkok semasa mengangkat kaki.
Senaman ini berbeza dengan high knees. High knes adalah ketika anda mengangkat lutut anda ke atas, butt kicks pula ialah apabila anda mengangkat tumit ke arah punggung anda.
Cara melakukannya: Anda perlulah berdiri tegak dengan tangan di sisi,angkat sebelah kaki anda dengan tumit mengarah ke punggung, kemudian turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Seterusnya, ulang senaman tersebut dengan bersilih ganti antara kedua kaki anda.
Senaman ini melibatkan otot bahagian bawah badan iaitu bahagian pinggang ke bawah.
Cara melakukannya: Mulakan dengan membuka kaki anda selari dengan kelebaran bahu, bengkokkan lutut dan turun sehingga ke posisi mencangkung ataupun bertinggung. Depakan tangan anda ke hadapan untuk mengimbangi badan anda dan condongkan badan anda sedikit kehadapan.
Senaman ini baik untuk otot kaki dan jantung anda.
Cara lakukannya: Mulakan dengan berdiri tegak dengan kaki berada selari dengan paras bahu. Bengkokkan kedua-dua lutut anda pada sudut 90 darjah dengan sebelah kaki dimajukan ke hadapan. Ulang pergerakan tersebut dengan memajukan kaki sebelah lagi dan ulang pergerakan tersebut. Untuk reverse lunges, anda perlu menggerakkan kaki ke belakang dan kedua-dua lutut perlu dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
Senaman jenis ini bagus untuk bahagian atas badan terutamanya otot lengan dan jantung.
Cara lakukannya: Senaman ini hanya memerlukan anda untuk menumbuk ke hadapan seperti seorang petinju. Kalau nak dapatkan ‘feel‘ tu lagi, anda boleh lah memakai karung tinju.
Senaman ini baik untuk keluasan kaki selari dengan pinggul. Lutut dan pinggang perlulah sedikit bengkok, kemudian condongkan badan sedikit ke hadapan. Angkat kaki kanan, tolak kaki kiri anda dan bergerak ke kanan sambil mengekalkan bentuk badan anda. Letakkan kaki anda bersama-sama dan menyeret ke kanan. Ulangi langkah yang sama ke sisi kiri pula.
Senaman ini memerlukan ruang yang luas dan baik untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.
Cara melakukannya: Lantunkan dengan ringan satu kaki ke satu kaki yang lain. Pada masa yang sama hayunkan tangan anda dari sisi ke sisi.
Senaman ini paling mudah dilakukan kerana ia boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Cara melakukannya: Putarkan kedua-dua belah tangan dalam pergerakan bulatan mengikut arah putaran jam dan arah lawan jam. Sekiranya anda tidak dapat membuat pergerakan bulatan yang besar, anda boleh mendepakan tangan dan melakukan pergerakan bulatan yang kecil.
Anda semua bolehlah lakukan senaman diatas dengan kerap di rumah. Sambil-sambil tengah dengar lagu atau tonton filem tu, boleh lah bersenam. Untuk pengetahuan anda, senaman kardio yang kerap dan konsisten ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisme, mengurangkan risiko penyakit kronik serta mendapatkan tidur yang baik tau. Orang kata badan sihat, otak cerdas.
Pengacara popular yang pernah menghiasai kaca televisyen, Datin Seri Normala Samsudin berkongsi rasa syukur apabila anaknya, Ruhila Roslan selamat melahirkan cahaya sulung semalam, Khamis.
Rasa syukurnya itu dikongsikan menerusi hantarannya dalam akaun Instagram dengan memuat turun beberapa gambar jari kaki dan tangan cucunya yang begitu comel! Menurut Normala, kelahiran cucunya itu adalah seperti sebuah amanah yang diturunkan oleh Allah SWT.
Amanah kirim Allah SWT dari syurga..setiap kelahiran insan sudah tersurat dan tersirat. Amanah berat tanggungjawab Ibu dan Ayah.
Tambahnya lagi, mendidik anak bukanlah sebuah proses yang mudah namun pasti akan ada kesenangan yang diberikan oleh Allah SWT. Turut teruja dengan kelahiran cucunya itu, Normala juga mendoakan agar cucunya itu menjadi anak yang soleh dan berpesan kepada anaknya supaya menjadi ibu dan ayah yang diredhai-Nya.
Setiap kepayahan itu pasti ada kesenangan dalam menjaga dan mendidik hingga menjadi anak berjaya dunia akhirat. Moga jadi anak yang Solleh Amin. Moga kita menjadi ibu ayah yang diredhai-Nya.
Bersama-sama dengan tanda pagar #tokmamasyukursangat, perkongsian itu juga turut mendapat komen positif dari netizen yang turut teruja dengan kelahiran cucunya itu.
Team Hijabista turut mendoakan agar cucu Normala diberikan kesihata yang baik dan membesar menjadi anak yang soleh. Tidak lupa juga kepada Ruhila, selamat menjalani proses berpantang ya!
Sama ada anda mengalami pelanggaran hormon yang berkaitan dengan waktu datang haid atau anda menghadapi jerawat yang teruk, setiap orang memerlukan produk yang tepat mengatasi masalah yang mencacatkan muka dengan cepat hanya cari sahaja di stor kecantikan. Anda mungkin pernah mencuba semua skincare yang merawat jerawat, jeragat, dan pencuci muka untuk membersihkan kulit anda.
Tidak seperti produk memerangi jerawat anda yang lain, masker muka yang baik dapat membantu mengeluarkan lebihan minyak dan kekotoran di kulit anda, yang akan melawan jerawat dan mencegah yang akan datang. Yang perlu anda lakukan ialah rutin memakai masker muka satu hingga tiga kali seminggu. Jadi masker apa yang harus anda gunakan?
Menangani jerawat yang teruk memang sukar, tanpa perlu meluangkan masa untuk menjelajahi kedai untuk masker muka terbaik untuk merawat bintik-bintik yang menjengkelkan anda. Untuk meringankan sedikit beban anda, ini himpunan masker kegemaran yang paling berkesan untuk membersihkan jerawat secepat mungkin dan menjadikan kulit anda kelihatan segar. Dari masker tanah liat dan krim tebal hingga masker penyejuk, merikut kajian masker muka terbaik. Jom semak masker kegemaran untuk merawat jerawat di bawah ini:
Bosan dengan bitnik-bintik hitam yang mengotori hidung anda? Masker tanah liat beraroma bunga ini akan merawat bintik hitam dalam sekejap dan menjadikan kulit anda terasa lembut seperti sutera.
Ulasan mengatakan bahawa walaupun bagi mereka yang “berjerawat sederhana hingga teruk,” topeng sulfur tanah liat ini berfungsi seperti daya tarikan. Dengan lebih daripada 800 ulasan 5 bintang yang boleh dapati di Sephora sahaja, ini adalah rawatan jerawat yang anda nantikan. Masker Sulfur Terapi menyembuhkan jerawat dan menyerap minyak agar kulit anda kelihatan sihat dan jernih.
Masker arang mewah ini terlaris ternyata berkesan. Dengan enam asid pengelupasan dan arang aktif, supermud sangat bagus untuk jerawat kronik, tetapi juga diketahui dapat membantu menyembuhkan parut jerawat.
Fresh’s Umbrian Clay Purifying Mask dengan kemampuan membersihkan jerawat, masker ini mendapat penilaian bintang 4.7. Pengguna mengatakan ia memberi keajaiban pada kulit, membantu mengurangkan segalanya dari bekas jerawat hingga jerawat yang baru tumbuh. Ia sangat berkesan, malah ada yang mengesyorkan menggunakannya sebagai rawatan unggul.
Gabungan dari tanah liat kaolin putih dan antioksidan, masker muka berkrim ini seperti detoks untuk liang roma anda. Ia membersihkan dan menjernihkan, membuang lebihan minyak yang boleh menyebabkan jerawat. Hasilnya, kulit anda lembut dan jerawat berkurang.
Dua dalam satu, masker pembersih dan skrub pengelupasan, formula pemanasan diri ini dibungkus dengan semua bahan untuk melawan liang-liang yang tersumbat dan membersihkan kulit anda yang sesak. Rasakan khasiat kaolin, bromelain, dan asid salisilik.
Rasakan keseronokan rawatan semalaman dengan formula lembut dan berkrim ini yang berfungsi khusus untuk menyasarkan jeragat dan whitehead. Anda akan bangun pada keesokan harinya dengan kulit yang lembut dan bercahaya.
Gunakan masker arang yang diluluskan oleh pakar dermatologi ini untuk menyahtoksin dan pada masa yang sama melembapkan kulit anda. Bahagian terbaik? Sangat sesuai untuk hari-hari malas – ia berfungsi sebagai pencuci muka!
Masker dengan formula tanah liat yang diresapi rumput laut ini selama sepuluh minit untuk kulit segar dan sihat. Sekiranya anda merasakan ‘breakout’, masker pembersih ini akan merosotkan jerawat yang merosakkan kulit anda.
Siapa kata masker tanah liat adalah satu-satunya pilihan? Masker berbentuk kepingan ini juga popular bukan hanya merawat jerawat dengan kulit willow bark, rosemary dan minyak pokok teh, tetapi juga mencegah jerawat yang baru terbentuk. Petua profesional: simpan di dalam peti sejuk untuk khasiat yang lebih menenangkan.
Berurusan dengan rosacea atau hanya keradangan umum? SkinCeuticals ‘Phyto Corrective Masque benar-benar melegakan dan akan mengurangkan kemerahan dalam masa yang singkat.
Seorang pengulas berkata: “Kulit saya lebih halus, tanda merah kurang kelihatan, noda kelihatan lebih baik dan wajah saya terasa sangat bersih.”
Seorang pelanggan lain yang berpuas hati menulis: “Saya memberitahu anda ramai akan secara harfiah mengatakan, ‘wow kulit anda bercahaya’, dan untuk semua rakan saya yang berjerawat dengan jerawat di luar sana, anda tahu betapa bererti pujian ini.” Ternyata sebagai pengguna amat terkesan dengan hasil dari menggunakan produk ini.
Masker ini sangat popular kerana ia berfungsi. Menyingkirkan jerawat dan mencegah jerawat dari lebih banyak muncul dengan formula tidak mengeringkan ini.
Adakah anda berehat setiap kali anda datang haid? Masker ini akan membantu menjaga kulit anda bersih semasa menghadapi gejala tempoh yang paling menjengkelkan. Juga, gunakannya sebagai rawatan setempat jika hanya ada satu kawasan tertentu yang ingin anda bersihkan.
Anda sedang mempersiapkan diri untuk tarikh yang sangat penting, ketika BAM! jerawat besar muncul tepat di dagu anda. Jangan risau. Sapukan sebahagian masker ini di tempat berkenaan sebagai rawatan dan anda akan melihat hasilnya pada waktu pagi.
Ingin mengatasi masalah sesekali tanpa mengeringkan seluruh wajah anda? The Out of Trouble Mask akan melakukan begitu sahaja. Sapukan semuanya atau hanya ke kawasan yang bermasalah. Walau apa pun, ia akan membersihkan kulit anda sambil menjaga seluruh wajah anda kelihatan segar.
Masker penambah cahaya ini bagus untuk anda yang mempunyai kulit sensitif dan rawan jerawat. Ini adalah masker semalaman yang menghaluskan kulit anda semasa anda tidur. Ulasan mengatakan ia bagus untuk menenangkan kulit yang meradang.
Ternyata masker ini mampu merawat jerawat. Campurkannya dengan bahagian yang sama cuka sari apel dan sapukan seminggu sekali atau lebih untuk jerawat kronik. Masker ini boleh menjadi wajah anda cukup kering jadi pastikan anda menyapukan pelembap muka setelah selesai.
Benzoil peroksida dalam Rapid Clear Mask akan membantu melawan bakteria penyebab jerawat, menjadikannya sempurna untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.