6 Mitos ‘Scaling’ Gigi Yang Takutkan Orang, Tapi Doktor Ini Jelaskan Semuanya Tidak Benar Sama Sekali

Share

Tidak dinafikan ramai yang mementingkan penjagaan kesihatan tubuh dan kulit wajah, tetapi ramai yang tidak begitu menitik beratkan soal kebersihan gigi. Padahal senyuman yang manis itu terbit dari penjagaan gigi yang bersih dan teratur. Namun ramai yang tidak tidak gemar untuk membuat pembersihan atau scaling

gigi. Ramai yang menyangka scaling akan menyebabkan masalah lain pada gigi. Perkongsian dari seorang doktor gigi, Dr Iqbal Rosali menolak beberapa mitos yang sering kali menakutkan orang untuk membuatkan perkhidmatan scaling ini.

Menerusi perkongsian di laman sosial twitter, doktor ini menerangkan beberapa mitos tidak benar mengenai scaling gigi.

1. Scaling tidak akan menyebabkan gigi jarang.

2. Juga tidak akan menyebabkan gigi jadi nipis.

3. Scaling juga tidak akan menjadikan gigi sensitif.

4. Tidak juga akan menyebabkan gigi bergoyang.

5. Bukan juga untuk putihkan gigi, tetapi boleh hilangkan stain.

6. Sudah berus gigi tak bermakan tidak perlu scaling lagi. Apa yang penting periksa gigi dulu.

Scaling rawatan terbaik untuk merawat karang gigi dan perlu dilakukan pemeriksaan gigi setiap enam bulan.

Scaling sedikit ngilu sahaja.

Kena buat supaya tidak menyesal nanti.

Rawatan scaling di klinik kerajaan hanya RM2 sahaja.

Scaling kadang-kadang keluar sekali dengan darah dan ini adalah kerana gusi berdarah kerana dalam keadaan keradangan.

IKLAN