Bila tiba masa raya bukan barang kemas saja yang nak nampak berkilat, malah rumah pun harus berkilat. Tetapi dengan cucian biasa adakah lantai rumah akan sentiasa berkilat dan tahan lama? Mop lantai nampak macam tugasan yang remeh, tetapi bagi yang biasa melakukannya ini antara perkara yang memerlukan kudrat dan ketelitian untuk memastikan lantai bersih licin dan berkilat.

Nak kilatkan lantai rumah sekilat-kilatnya, ini caranya:

1. Kilatkan lantai: Campurkan pencuci lantai dengan 1 mangkuk kecil cuka makan atau cuka epal ke dalam bekas yang diisi dengan  air panas sebaldi. Selepas itu mop lantai seperti biasa.

2. Habuk tidak lekat di perabot: Lap perabot menggunakan ‘softener’ pakaian dengan kadar 1:10 (1 penutup softener dengan 10 cawan air.

IKLAN

3. Harumkan rumah: Bila ramai yang berkunjung ke rumah pelbagai bau akan melekat, cuba cara ini untuk rumah sentiasa bau segar. Satu penutup ‘softener’ dengan cuka bancuh dalam mangkuk kecil kemudian sembur rumah menggunakan bancuan tadi. Rumah akan wangi seperti pewangi jenama terkenal. Semburkan di langsir-mangsir dan sofa jenis fabrik.

IKLAN

4. Mencuci kipas yang berhabuk: Untuk cuci bilah kipas siling yang berhabuk, boleh guna sarung bantal terpakai. Basahkan kemudian sarung bilah kipas tu. Tarik perlahan-lahan. Habuk tak berselerak & tidak berterbangan. Kesemua masuk habuk dalam sarung bantal. Cuci & lap bilah seterusnya.

5. Bersihkan lantai bilik air supaya berkilat: Campukan 3:1 (3 sudu baking soda + satu cawan air) siram campuran baking soda atas lantai, biarkan dalam 30 minit. Kemudian sent dan cuci macam biasa.

IKLAN

6. Oven yang kotor dengan percikan kotoran: Boleh dibersihkan dengan campuran soda bikarbonat dan air. Sukatan agak sendiri, Campuran hendaklah pekat seperti pes. Campuran tersebut tuang di kawasan yang terkena kotoran selama sejam hingga 2 jam. Lepas tu boleh kikis kotoran tebal dan lap macam biasa dengan air bersih. Pasti berkilat.

Jom hijabi ringankan tulang kilatkan rumah sebelum raya tiba.

SUMBER: Facebook rahsia kesihatan & kecantikan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI