Asal ada yang viral dan trending, semua hendak diikutkan. Tanpa memikirkan baik buruknya, kalau boleh semua yang trending, memang tidak mahu ketinggalan.
Mengapa perlu mengikut sesuatu ‘budaya’ tanpa berfikir terlebih dahulu tentang kesan baik buruknya?
Seperti perkongsian cikgu Mohd Fadli Ismail ini tentang trending terbaru di twitter sejak semalam.
Trending terbaru di twitter katanya. Berlambak gambar begini orang share kat twitter hari ini (raya pertama).
Gambar raya sambil ramas punggung isteri/gf.
Ia tak sweet okey! Ia memalukan. Ia melampaui batas. Sangat tidak patut kongsi gambar begini pada umum.
Ads
Nak sangat ambil gambar ramas bontot isteri ke, gf ke, tunang ke, tolong jangan post kat media sosial. Ia akan menjadi ikutan budak-budak dan remaja. Dan ia bukan budaya yang baik untuk diikuti.
Hari raya ini hari meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Sebulan menahan nafsu. Sebulan kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebulan kita cuba istiqomah bersedekah solat tarawih, mengaji Quran, tahajud dan sebagainya.
Dan sebaik habis bulan paling mulia, takkan kita nak raikan kemenangan dengan paparkan pada dunia kita sedang meramas punggung isteri sendiri?
Ads
Serius ia tak okey!
Untuk simpanan peribadi, terpulang. Namun untuk berkongsi di media sosial, ia sangat tak patut dan memalukan.
Kita ada budaya ketimuran. Kita ada agama yakni Islam.
Dan trending baru ini langsung tidak mencerminkan budaya, apa lagi agama.
Ads
Please stop kongsi gambar begini. Jangan jadikan benda tak elok sebagai trending dan ikutan.
Jika pun tidak malu pada Tuhan, sekurang-kurangnya malulah pada adik-adik dan remaja yang memerhati.
Ia tak okey. Langsung tidak!
HIJABISTA: Bukan semua perkara kita boleh persendakan. Sebagai umat Islam kita wajib menjaga batas agar menjadi teladan kepada golongan muda. Tunjukkan akhlak yang baik agar oleh dicontohi bukan yang sebaliknya.
Sumber kredit: Mohd Fadli Salleh
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berniaga merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki yang halal, namun ia juga mempunyai banyak cabaran seperti kebergantungan kepada ekonomi dan kos barangan.
Dalam ekonomi yang tidak menentu kini, pasti ramai peniaga yang ingin menyelamatkan perusahaan atau perniagaan yang diusahakan masing-masing selama ini. Bahkan, berniaga sambil bersedekah kini tidak lagi dianggap relevan. Namun, berbeza buat insan ini.
Yusuf Abd Latif, 37, merupakan pemilik sebuah carwash yang masih lagi percaya akan konsep berniaga sambil bersedekah. Dia bersama isterinya Salina Yatiman, 36, sering memberikan cucian percuma untuk van jenazah di sekitar Segamat, Johor.
Menurut Yusuf, idea untuk memulakan usaha terbabit tercetus secara spontan, dan dianggap sebagai salah satu cara untuk berkhidmat kepada penduduk setempat.
“Kami sudah lama memberikan cucian percuma buat van jenazah. Tetapi sebelum itu, kami tidak berkongsi di media sosial risau dikecam kerana mahu menunjuk. Kebetulan baru-baru ini masa cuci van jenazah, isteri ambil gambar. Jadi kami kongsi di Facebook.
“Selalunya apabila van jenazah datang untuk mencuci, saya memang tak ambil duit. Lagi-lagi kalau musim hujan, van jenazah kotor selepas masuk ke tanah perkuburan. Bila keluar, habis terpercik lumpur pada van jenazah” katanya menerusi mStar.
Disebabkan itu, dia tidak lokek untuk memberikan servis cucian secara percuma. Bahkan, dia juga tidak mengambil upah mencuci kereta peronda polis.
“Selain van jenazah, saya juga tak ambil duit kalau kereta polis yang ronda tu datang nak cuci. Sebab mereka pun meronda, jaga ketenteraman di sini. Ibaratnya dia jaga kita, kita jaga dia,” ujar Yusuf.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah lelaki ini memang mempunyai minat yang mendalam untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Mana tidaknya, dia yang turut mengusahakan khidmat pengangkutan turut berkongsi pernah menggunakan lori miliknya untuk mengangkut barangan mangsa banjir.
“Selain itu, kalau terjumpa motor rosak tepi jalan, saya juga memang akan bantu mereka. Saya dah terasa benda ni, Allah bayar cash. Bila kita tolong tanpa mengharapkan wang, banyak urusan dipermudahkan.
Lelaki yang memiliki cahaya mata seramai empat orang ini memanjatkan rasa syukur dan mengakui bahawa perniagaan carwash yang diusahakan sejak tahun 2012 itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat. Dia juga berharap perniagaannya akan lebih maju pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, sambutan okay di sini. Kita pula terletak di pekan. Belakang ni estet. Jadi bila kereta-kereta dan motor dari estet nak keluar ke bandar, mereka datang cuci dulu kesan tanah merah yang melekat.
Disebabkan sibuk dengan khidmat pengangkutan yang diusahakan, perniagaan carwash tersebut telah diambil alih oleh isterinya. Hasil daripada amalan ‘bersedekah’ dan sering membantu orang ramai, Yusof kini telah memiliki 14 buah lori secara keseluruhan.
Ayana Jihye Moon atau terkenal dengan panggilan Ayana Moon merupakan seorang mualaf yang juga selebriti cantik dari Korea Selatan. Sepanjang bergelar mualaf, Ayana Moon tidak gentar biarpun ibu bapanya menentang.
Ayana Moon yang dilahirkan di Korea Selatan pada 28 Disember 1995 meminati agama Islam sejak di bangku sekolah lagi. Datuknya yang sering melancong ke luar negara memberitahunya tentang Islam di Timur Tengah dan membuatkan Ayana Moon ingin tahu.
Pada masa itu, maklumat tentang Islam di Korea Selatan masih minima. Justeru, Ayana Moon mula mencari maklumat tentang Islam melalui internet.
“Saya cuba mencari tentang Islam di internet. Saya lihat mereka memakai pakaian longgar dan bertudung,” ujar Ayana Moon seperti dipetik daripada video YouTube peribadinya, Xolovelyayana.
Apabila Ayana Moon memasuki sekolah menengah, rasa ingin tahunya tentang Islam semakin mendalam. Dia memutuskan untuk mengambil bahagian dalam Kem World Assembly of Muslim Youth (WAMY) yang diadakan di Korea Selatan.
Selama tiga hari dua malam Ayana Moon mempelajari agama Islam dengan orang Islam di Korea. Gadis cantik ini tetap berani dan yakin untuk menyertai WAMY Camp walaupun ketika itu ibu bapanya sangat risau.
“Saya sudah cukup tahu tentang Islam, tetapi saya akui, saya takut dan bimbang kerana imej Islam di Korea teruk. Ibu bapa saya sangat risau apabila saya menyertai majlis itu,” jelasnya.
Majlis berjalan lancar. Ayana Moon gembira mengikutinya sehingga tamat.
“Kem WAMY berjalan lancar dan saya banyak belajar tentang Islam,” katanya.
Selepas itu, Ayana Moon kerap mengikuti pengajian di masjid. Dia terus belajar tentang Islam ditemani seorang mentor.
“Pada masa itu saya semakin ingin tahu tentang Islam. Maka, saya mengambil bahagian dalam program setiap minggu di masjid. Saya bertemu mentor saya Uncle Amin, saya belajar banyak daripadanya,” kata Ayana Moon.
“Semakin saya belajar, semakin saya jatuh cinta dan ia membuatkan saya memeluk Islam,” tambahnya.
Ayana Moon memeluk Islam secara rasmi pada 2012 dan melafazkan syahadah di Korea.
“Apabila saya mengucapkan syahadah, saya hanya mampu menangis kerana suasananya sangat menyentuh perasaan,” kata Ayana Moon yang dipetik daripada video YouTube yang dimuat naik di saluran Oki Setiana Dewi.
IBU BAPA MENENTANG
Untuk mendalami lagi agama Islam, Ayana Moon mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Malaysia. Bagaimanapun, laluan Ayana Moon sebagai mualaf tidak selalunya mudah.
Keluarga gadis Korea ini tidak bersetuju dan bimbang dengan keputusannya untuk beragama Islam. Apabila dia ke Malaysia dan belajar di sana, keluarganya menghentikan sokongan kewangan.
Namun begitu, Ayana tetap teguh dengan pendiriannya. Dia mencari wang sendiri dengan bekerja sambilan untuk mencari rezeki di Malaysia. Dengan kegigihannya bekerja, Ayana bergelar selebriti dan bintang iklan terkenal di Malaysia serta Indonesia.
Sehinggalah beberapa tahun berlalu, keluarga Ayana Moon mula menerima bahawa dia telah menjadi seorang wanita Islam. Adiknya, Aydin Moon juga mengikut jejaknya bergelar mualaf.
“Selepas saya mengambil keputusan untuk menjadi Muslimah, saya rasa seperti mendapat hidayah. Kini saya sangat gembira, tenang dan redha dengan apa yang telah saya putuskan, alhamdulillah,” akhiri Ayana Moon.
Semoga Ayana Moon kekal istiqamah dan menjadi seorang Muslimah sejati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Keterampilan diri sempurna bukan hanya dari hijab yang cantik, malahan penjagaan mahkota harus diurus terlebih dahulu. Ramai hijabi tidak mengetahui kewujudan salon khas untuk wanita bertudung.
Kebanyakkan mereka kurang yakin berkunjung ke salon kerana bimbang ketika menjalani rawatan ada pengunjung bukan muhrim memasuki salon ketika aurat mereka terdedah.
Wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Lebih mudah jika melakukan rawatan rambut di salon.
Masalahnya susah untuk mencari salon yang khas buat wanita muslimah. Di sini Hijabista salon khas untuk muslimah menjalani rawatan rambut mesra aurat Menjelang Raya .
Di premis ini, hanya pelanggan wanita yang dibenarkan masuk.dan salun ini menggunakan konsep moden dan dihiasi dengan amat cantik sekali. Kedai gunting rambut ini mengamalkan syariat dan menjaga aurat kaum wanita. Rawatan yang “special” dalam salon ini ialah rawatan akar rambut dengan madu.
Lokasi: 14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam
Waktu kerja: Setiap hari kecuali hari Selasa
Facebook: Siti Salon | Al – Zahrah
Salon ini terletak di Alor Setar. Walaupun salon kecil dan ruang terhad, ia masih membekalkan perkhidmatan yang paling profesional dan ramah yang anda boleh jumpa di Kedah. Kakitangan di sini tidak kedekut berkongsi ilmu menjaga rambut dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk di Alor Setar.
Lokasi: No. 20, Tingkat 1 Komplex Perniagaan utama Sambungan Sultanah Alor Setar Kedah
Salon ini bertemakan konsep rona bunga ungu, ia membekalkan kawasan bertutup khas untuk wanita yang bertudung untuk menjalankan rawatan atau gunting rambut. Salon ini di miliki oleh pelakon terkenal Fasha Sandha.
Lokasi: 33 – 1, Jalan Wangsa Delima 13, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wangsa Walk, Wangsa Maju bersebelahan dengan OCBC
Waktu kerja: setiap hari 11am – 9pm
Fynna pernah muncul di paparan surat khabar Metro. Salon ini menawarkan perkhidmatan penjagaan rambut dan kecantikan. Salun ini sering kali menjalankan promosi dan menawarkan diskaun kepada pelanggan lama sehingga 50 %.
Lokasi: 27 -1, Jalan Lagenda Suria 1, Taman Lagenda Suria, 41300 Hulu Langat, Selangor.
Salon ini dapat memenuhi keinginan wanita muslimah yang mengejar kesihatan dan kecantikan. Di sini membekalkan kawasan untuk muslimah menjalankan rawatan berdasarkan konsep islam.
Lokasi: No. 23 -1 – A, Jalan Kristal AS7/AS, Sek 7, Shah Alam.
Waktu kerja: Setiap hari kecuali Isnin
Facebook: Iris Salon & Spa
Salon muslimah ini membekalkan anda kawasan yang selesa dan rawatan serta perkhimatan gunting rambut yang profesional untuk golongan wanita. Rawatan lain yang istimewa termasuklah rawatan inai uban, steam treatment, facial dan lain – lain.
Lokasi: No 579 -G, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera, Batu Caves
Waktu kerja: Setiap hari 10.30am – 7pm kecuali Ahad
Facebook: Sue Beauty Saloon
Di sini lah tempat rawatan dan salon yang semua muslimah mengidam – idamkan. Pelanggan pasti merasa amat selesa dan selamat sekali kerana tiada kaum lelaki dibenarkan untuk memasuki premis ini.
Lokasi: 104, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail
Waktu kerja: Setiap hari 10.30am – 7pm kecuali Ahad
Facebook: Hurunainoasis Spa
El-Rahah menyediakan ruang yang luas, tertutup dan privasi hanya untuk wanita Islam sahaja.
Lokasi : 55-1 Jalan 8/35 Bandar Baru Bangi
Waktu kerja: Selasa – Khamis : 11:00 am – 8:00 pm Jumaat : 11:00 am – 8:00 am Sabtu : 10:00 am – 7:00 pm Ahad : 10:00 am – 6:00 pm
Facebook Jazeerat El Rahah – Professional Hair Salon for Muslimah
Semua wanita datang kepada kami kerana kepakaran kami menyediakan perkhidmatan rawatan kecantikan untuk semua peringkat pusingan hidup. Kami peneraju menyelesaikan masalah penjagaan rejim kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.
Lokasi : 17-3 Platinum Walk, Jalan Langkawi Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Kerja: 10 am – 7 pm
Eka Roots adalah pusat kesihatan rambut dan kulit kepala di Bangsar. Rawatan untuk pertumbuhan rambut, rambut kering dan warna rambut dengan rawatan henna dan salun. Walaupun pemiliknya bukan Islam tetapi tetap menyediakan ruang khas utntuk muslimah
Lokasi : 123 Jalan Maarof, Bangsar
Kuala Lumpur, Malaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.