Membicarakan topik Sedekah Sebagai Lifestyle, pengacara Hana Ismail dan pendakwah terkenal, PU Amin berkongsi sedikit sebanyak tentang betapa banyaknya manfaat yang kita akan peroleh apabila memberi kepada orang lain walaupun sedikit.
Ujar PU Amin, kita haruslah ada rasa untuk lebihkan orang lain kerana semuanya milik Allah.
“Bukan semua yang kita miliki adalah milik kita. Harta kita pangkat kita. Kita hanya menikmati, tidak memiliki semua itu. Kena kongsi sekeliling. Inilah hebatnya orang yang beriman dan berharta.
“Nak selamat dunia akhirat, sedekahlah. Nikmatnya tak macam lain sebab kita lebihkan orang walaupun tahu diri ini tidak cukup dan serba kekurangan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, segala nikmat ini akan dirasai apabila kita meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah Yang Maha Kaya.
Ads
“Nak jadikan sedekah dan lifestyle, kita kena berbalik kepada kepercayaan kita. Apa yang Allah telahjanjikan sebagai nikmatnya.
“Kalau kita tahu Allah janjikan yang terbaik untuk kita dengan amalan sedekah, Insyaallah kita pastinya akan fokus amalan sedekah dengan kefardhuan yang lain. Insyaallah dari segi itu agama kita dah lengkap. Apa yang kita persembahkan pada Allah itu dah cantik dah.
Ads
“Tapi yang menjadi masalahnya hari ini apabila kita dah buat pelbagai kebaikan tapi terselit sifat sombong, kedekut.
“Yang Allah kecam adalah orang yang kedekut, sombong, takut harta habis. Jadi perkara ini kita perlu campak jauh-jauh untuk jadikan sedekah sebagai lifestyle hidup kita,” jelasnya lagi.
“Jadi kepercayaan kita kena utuh. Kita kena percaya apabila kita memberi, Allah Taala akan memberikan berpuluh-puluh kali ganda kebaikan dalam hidup kita, di dunia mahupun akhirat,” tambah Hana.
Untuk pengetahaun pembaca, siri Tazkirah2U: The Power of Giving ini merupakan satu kerjasama di antara Hijabista dan juga Kenanga Investors Berhad. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak menyuburkan minda dan juga jiwa kita sebagai manusia dan hambaNya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tontoni video penuhnya di sini:-
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehidupan berumah tangga tidak menghalang Jaja Talib, 27, untuk terus aktif dalam bidang peragaan dan juga fesyen. Terkenal dengan keunikan tona kulitnya yang berbeza dengan stereotaip gadis Asia, Jaja atau nama sebenarnya Nur Rafiza Talib ini mempunyai kisahnya yang tersendiri dalam bidang peragaan.
Sudah terbiasa ke kelas peragaan sejak dari kecil, Jaja tidak menyangkakan peluangnya dalam bidang fesyen ini hadir tatkala dia sedang mengikuti pengajian diploma di Terengganu.
“Sejak kecil lagi Jaja sudah suka melihat rancangan America’s Next Top Model kerana keunikan model-modelnya. Tak sangka pula sewaktu zaman belajar ada pensyarah yang mengatakan Jaja ada potensi dalam bidang peragaan sebab dia melihat Jaja berjalan masa lalu di hadapan kelas.
“Jaja memang tak sangka kerana biasalah kita hanya suka berangan di rumah dan hadapan cermin sahaja. Dia mengajak Jaja untuk mengikuti casting dan alhamdulillah Jaja terpilih dan dari situlah bermulanya kerjaya Jaja sebagai seorang model.
“Dahulunya memang kalau kita melakukan peragaan tidak dapat bayaran kerana waktu itu Jaja lakukan hanyalah untuk keseronokan dan juga pengalaman. Benda yang Jaja belajar ialah benda first time begini kita tidak boleh meletakkan demand yang terlalu tinggi.
“Sewaktu mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Jaja berazam untuk teruskan kerjaya dalam bidang ini. Bayangkanlah waktu itu Jaja tiada kereta dan di situ pula susah untuk dapatkan bas. Namun, Jaja tetap gigihkan diri untuk menghadiri casting.
“Waktu itu Jaja bertukar-tukar menaiki LRT di KL Sentral untuk ke Bangi dari Puncak Alam. Memang Jaja berasa sedih pada waktu itu kerana ditolak waktu casting kerana mereka mahukan kulit yang cerah.
“Kali kedua mereka telefon dan mengatakan ada klien dari Russia mahukan model yang berkulit gelap. Alhamdulillah rezeki Jaja dan mereka juga turut suka dengan hasilnya. Dari situlah mereka mula perasan bakat Jaja dan jenama hijab Radiusite turut approach kerana kata mereka Jaja nampak lain daripada yang lain.”
Walaupun dulu dia pernah kecewa kerana warna kulitnya diperlekehkan, namun kini Jaja tidak lagi berasa begitu malah berbangga kerana tona kulit sepertinya makin dihargai dari hari ke hari.
“Jaja ingat lagi dahulu ada jurufoto ini dia cakap ‘kau hitam ingat ada orang nak ke?’ Walaupun dia bergurau namun kita memang tetap akan terasa dengan kata-katanya itu. Dulu memang akan nangis tapi sekarang sudah menjadi lebih kuat dari hari ke hari.
“Yang penting kita jangan dengar apa yang orang cakap. Sentiasalah positifkan diri. Lagipun, permintaan terhadap tona kulit gelap ini sudah semakin baik dan terbuka walaupun di luar negara sana mereka sudah menerimanya dari awal lagi.
“Kita jangan terlalu mendengar apa yang orang kata kerana dalam hidup ini banyak yang perlu kita fikirkan dan kecapi. Kalau kita ikut kata mereka, sampai bila pun kita tidak boleh pergi jauh,” jelas isteri kepada Nabil Suhaib ini.
Transformasi selebriti dan pempengaruh Internet, Norreen Iman yang kini tampil sopan berhijab undang pujian peminat. Dalam pertemuan baru-baru ini, Norreen mengakui hatinya terbuka sendiri dan keputusan itu mendapat sokongan suami.
Tambah manis dan jelita, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah, 30, memaklumkan penghijrahan yang dilakukan itu adalah secara sukarela dan bukan kerana mencari perhatian.
Yakin bahawa dirinya masih sama kecuali imej saja yang bertukar, Norreen turut berusaha memperbaiki cara percakapannya agar lebih berhemah.
Bila dah berhijab dan menutup aurat sepenuhnya, tersekat tak agaknya peluang kerja Norreen dalam bidang seni? Tonton video temu bual ini…
Noreen ketika ditemui di majlis Glam Lebaran Nona yang berlangsung di Glamhall Damansara, Petaling Jaya, sempat berkongsi bahawa perubahan penampilannya itu turut diterima baik oleh suami.
“Suami manalah yang tak suka tengok isteri dia bertutup-litup, dia gembira dan sentiasa sokong Norreen tak kira Norreen macam mana, dia okay sahaja.
Sebab dia bukan jenis lelaki yang banyak cakap, dia tengok kita atas bawah cantik, dia okay, tapi apa pun Norreen tahu dia gembira dan Norreen pun gembira, sama-sama ke arah lebih baik,” kongsinya kepada Gempak.
Terdahulu, Norreen pernah berkongsi dirinya telah memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung walaupun berasa sedikit sebak.
Meskipun begitu, Norreen tidak menyesal dengan tindakan memadam atau meletakkan hantaran lama dalam bentuk arkib.
Sebelum anda tidur, apa yang akan anda lakukan? Kalau ikutkan trend sekarang, pasti sebelum tidur anda akan sroll IG dan FB dulu kan?
Apa kata selepas ini ubah kebiasaan anda daripada scroll IG dan FB kepada bacaan 5 ayat Al-Quran ini? Bukan sahaja dapat pahala, malah anda juga akan mendapat kebaikan di sebalik setiap ayat yang anda bacakan.
Hijabista senaraikan 5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum anda tidur.
Aisyah r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”
Allah S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.
Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.
Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari
Begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sebelum tidur. InsyaAllah anda akan terasa manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Cubalah…
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.