Sebaik dibebaskan dari hukuman penjara, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mensyukuri rahmat dari Tuhan kerana dapat bersama-sama ahli keluarga untuk menyambut Ramadan bersama. Setelah hampir 20 tahun terpisah, akhirnya mereka sekeluarga dapat berkumpul semula lebih-lebih lagi di bulan penuh mulia ini.
Dapat dilihat foto-foto kemesraan keluarga yang dimuat turun di media sosial. Betapa ikatan kekeluargaan mereka begitu utuh dan kekal terjalin biarpun sebelum ini Datuk Seri Anwar terpisah lama oleh tembok besi.
Bersama cucu sulung.
BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA
Tiada rasa janggal tika bersama-sama berbuka puasa, bukan sahaja bersama anak-anak tetapi juga cucu-cucunya yang memahami perjuangan datuknya selama ini. Anwar yang mempunyai enam orang anak, lima darinya adalah perempuan dan seorang lelaki.
Ketika beliau ditahan buat pertama kali, anaknya yang paling bongsu masih sangat kecil lagi. Dan kini masing-masing sudah besar dan mempunyai kehidupan tersendiri. Namun hubungan mereka sekeluarga tetap teguh dan begitu erat sekali.
Ads
Dalam foto yang dimuat turun ahli keluarga ini bagaikan dapat menggambarkan betapa bahagianya mereka apabila dapat berkumpul bersama-sama. Lebih berganda kegembiraaannya apabila bersama-sama berbuka puasa ketika di bulan penuh keberkatannya ini.
Dalam satu status dimuat turun Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah, beliau mengucapkan alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, rasa bertuah kerana dapat berbuka puasa dengan keluarga tersayang.
Syukur alhamdulillah.
Malah kejutan paling bermakna juga apabila anak paling bongsu, Nurul Hana yang sebelum ini tidak bersama ketika Anwar dibebaskan, tiba-tiba muncul di depan mata. Betapa sebak Datin Seri Wan Azizah yang sama sekali tidak menyangka anak bongsunya balik lebih awal dari jangkaan.
Terharu melihat keakraban ahli keluarga ini. Biarpun menempuh pelbagai dugaan setelah sekian lama, namun Allah akhirnya menjanjikan kebahagiaan dalam suasana yang cukup harmoni di bulan penuh mulia.
Semoga keluarga ini tidak akan terpisah lagi Dan kita juga boleh mencontohi hubungan erat keluarga ini yang tetap teguh bersama-sama biarpun dilanda pelbagai dugaan.
Mencari tentang Ayat Kursi? Pelbagai makna dan manfaat yang anda dapat sekiranya diamalkan. Ternyata ayat Kursi ini sering dibaca sebelum tidur, walhal kalau di amati dari makna dan manfaatnya rupannya tersembunyi 1001 kelebihan.
Cara dan amalannya berbeza mengikut keperluan individu. Salah satunya kelebihan ayat ini melindungi anda dari bencana. Di saat dunia dilanda virus korona anda dianjurkan mengamal ayat ini sebelum keluar rumah, insyallah dengan izinNya kita semua dilindungi dari virus yang tular. Di sini pelbagai kelebihan ayat Kursi di kongsikan bersama makna ayat ini sendiri.
Ayatul Kursi (آيةالكرسي) juga dikenali sebagai ayat kursi, merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah.
Ayat ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.
Ayat Kursi sangat istimewa kerana ia mengisahkan keagungan Allah SWT serta kekuasaanNya yang tidak terbatas. Mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan mendapat keredhaan dan perlindungan Allah SWT.
Ayat ini disebutAyatul Kursikerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, yang membawa maksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’.
Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
Ayat kursi biasanya dibacakan sebelum tidur dan semasa ingin keluar rumah sebagai pelindung diri dari anasir jahat.
Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta’khuzhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-‘ard
Man zhal-lazhi yashfa’u ‘indahu illa bi-izhnihi
Ya’lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai’im-min ‘ilmihi illa bima sha’a
Wasi’a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalamAl-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Siapa yang mengamalkan ayat kursi, Rasulullah menjanjikan Syurga kepadanya.
Berikut beberapa keistimewaan atau kelebihan ayat kursi:
1. Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)
2. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.”
3. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
4. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
5. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
6. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
7. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
8. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.
9. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdu Rahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
10. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
11. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:
12. Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
Melihat kepada ganjaran serta kelebihan yang ditawarkan hasil melazimi bacaan ayat Kursi, ternyata kita manusia yang sangat rugi jika masih mengambil mudah serta tidak serius mengamalkannya. Sehubungan itu, kita perlu mengambil peluang beramal membaca ayat Kursi terutamanya selepas melaksanakan solat fardu.
Selebriti ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat teguh dengan pendiriannya. Malah dia juga begitu lantang menyuarakan pendapatnya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Fynn Jamal baru-baru ini menyelar tindakan sebuah stesen televisyen yang menyuruhnya membuka niqab sekiranya mahu muncul di kaca TV. Dia yang kurang bersetuju dengan arahan itu meminta rakyat Malaysia memberikan pandangan berhubung perkara ini. Bancian yang dibuat rata-rata menunjukkan 99 % memang tidak setuju dengan tindakan berkenaan.
Terima kasih utk jawapan2 bancian malam tadi. statistik menunjukkan 99% tidak bersetuju dgn apa yang stesen tv katakan iaitu rakyat malaysia tidak bersedia melihat personaliti berniqab. nanti kalau jadi lagi penolakan dgn alasan ini— aku tunjuk bancian malam tadi.
within 15 jam lebih seribu org petition kot. (ig / fb combined).
aku buat poll tu sebab aku tak faham macammana inconsistent nya stesen tv dgn aku. kejap boleh kejap tak boleh. masa tak boleh tu yg dia gunakan alasan rakyat— aku jadi blur. tuari aku BARU nampak org berniqab kat tv. xde masalah pun? dari dulu aku dah mmg ckp aku takkan bukak— so bila aku pernah je masuk tv berniqab, aku pikir dah settle dah; tapi eh, skang kena bukak balik pulak? apeni? jgn mainkan hati ai, jeffrey. plis. hati ai bukan kristal, okeh.
so bila buat bancian semalam, dpt tanya jawapan direct dari rakyat. 99% tu ok gak aa. yg 1% tu aku hadam jawapan dia. ada sorang dua je aku block sbb alasan dia tolak adalah “dah berniqab pergi duduk rumah baca quran la”.
@ogydin Saya tak kisah pun..malah saya sangat suka tengok orang berniqab..kadang2 tu teringin juga berniqab tapi takut tak kekal…
@sky_yearth Assalamualaikum wbt…sis…dont worry about that…for me, please move with niqab sis. Please stay with yr niat lillahitaa’la. InsyaAllah, 1 day Allah will show them why muslimah wear niqab. Dear sis, i not wear niqab yet but u done wear, please strong k…please…insyaAllah…wallahualam
@zuehaiknp ye?? knp stesen tv skrg xfhm dgn isu berniqab padahal bkn nya msuk antarabangsa pon siarkn dimalaysia je..smua org dimalaysia xda masalah dgn wanita berniqab..
@wanyusz_virgo Sy suka tgk wanita berniqab..moga kak @fynnjamal sntiasa dibwah jagaan Allah
@zuhsss Awalye mmg nmpk pelik sis..tp lps kite blajar dan fhm erti niqab tu sndr…alhmdlh…niqabtu trlalu indah….sy jgk brdoa yg 1 hr nnt sy blh brniqab sprt sis…tp skrg hati tu mcm keras skit?…diorang x paham sbnrye knp wanita berniqab…tu sb diorang xlh trima
Sebelum kahwin pasangan ini memang sudah viral gara-gara sambutan hari jadi si isteri yang disambut mewah dengan menyewa sebuah limousin. Hafiz ataupun Syafiqah Aina pernah menjadi bualan netizen gara-gara ada yang cuba mengusik isteri tersayang ketika membeli barangan dapur. Syafiqah Aina pernah cecah berat 63kg, suamilah mentor untuk berdiet dan kekal cantik.
Namun, Hafiz suami kepada Syafiqah Aina juga pernah dikecam kerana mempersoalkan penampilan isterinya sebelum berkahwin. Bagi Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, yang dikenali sebagai blogger, influencer dan instafamous kini usahawan wanita yang berjaya, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan muka berjerawat.
Menururnya dalam Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik. Jadi dia tidak kisah suaminya memuat turun fotonya yang agak hodoh suatu ketika dulu. Bukan sengaja ditunjuk kerana ada mesej yang tersirat dan tidak semestinya perlu posting gambarnya yang sudah cantik seperti sekarang.
Aina juga mengakui pada tahun 2013, berat badannya dulu adalah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram. Justeru sebagai seorang yang kasih pada temannya itu, Hafiz memberikan tunjuk ajar untuk diet termasuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Ketika temu bual bersama majalah HIJABISTA, dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen. Dia juga mendapat tip pemakanan daripada Hafiz kerana menurutnya suaminya itu aktif di gim dan begitu menjaga pemakanannya.
Dia juga memberitahu dirinya tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuhnya menjadi cantik, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan seperti itu.
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga. Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz pula memberitahu bahawa gambar yang dimuat turun di laman sosial ini bukan untuk memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Selain itu dia juga mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Apatah lagi pengikut mereka berdua sentiasa bertambah ramai dan setiap apa yang dilakukan mereka (perkara baik) akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada pengikut mereka.
Hafiz juga dalam posting lain di laman IGnya berkata dia maafkan kepada mereka yang menghina dan mengutuk isterinya itu. Baginya ia adalah suatu yang normal dan dia lebih senang berdiam diri supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh.
Saya maafkan kepada yg menghina, mengutuk. Benda ni normal, dari dulu lagi saya kena. Apa yg saya buat, hanya diam. Nasihat yang baik saya ambil, yang menghina saya maafkan
Allah selalu membantu, serta doa ibu bapa & isteri lah saya boleh kekal sampai sekarang. Saya percaya, selagi saya mampu buat mereka senyum, bahagia. Disitulah kejayaan saya. Walaupun disepak terajang, dihina, dimaki. Selagi apa yg saya usahakan boleh buat mereka bahagia, saya takkan berhenti.
Seronok mengimbau kembali waktu awal penglibatan mereka sebagai pempengaruh, umum Syafiqah Aina pernah menjadi penghias kulit majalah HIJABISTA. Dan apa yang boleh terinspirasi dari pada kejayaan mereka berdua sehingga saat ini telah membuka klinik kecantikan estetik Ainaa Clinic khas merawat pelbagai masalah kulit wajah yang bermasalah.
Neuroplastisiti menerangkan bagaimana otak mampu berubah melalui tabiat seperti meditasi dan journaling. Ketahui fakta sebenar di sebalik trend 'reset otak' yang popular dalam kalangan Gen Z.