Memang tidak dinafikan wanita pada hari ini lebih berdikari dan ‘berani’ lagi-lagi di zaman serba moden ini. Namun wanita yang bergelar isteri walau bagaimana hebat dan berjaya pun suami adalah paling utama dan syurga kita.
Mari membaca coretan buat peringatan bersama yang dikongsikan oleh Fauziah Hashim ini tentang dugaan dan kealpaan seorang isteri.
1. Banyakkan Bersabar
“ Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
2. Banyakkan Meminta Maaf
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
3. Pandang Muka Suami Dengan Kasih Sayang
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
4. Banyakkan Berdoa
Minta Allah jaga rumah tangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumah tangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
5. Perbetulkan Niat
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin. ‘
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Puji Foto Datin Seri Shahida Yang Polos Tanpa Mekap & Bertudung ‘Awning’ Selepas Melahirkan Anak
Biasanya sebaik saat melahirkan, kebanyakan selebriti atau personaliti popular memastikan penampilan diri mereka kelihatan sempurna sebelum muat turut foto bersama anak yang baru dilahirkan. Tetapi bagi isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Shahida bersedia berkongsi kegembiraannya di laman sosial di samping anak mereka dengan hanya bersandarkan pada wajah polos tanpa mekap serta menyarung tudung ‘awning’.
mummy dah happy sbb baby dah keluar.. siapa nak sy uploadkan pic baby komen d bawah?
A post shared by @yusoffalqardawi (@yusoffalqardawi) on
Beliau yang selamat melahirkan anak keempatnya masih sempat tersenyum ketika gambarnya diambil. Tanpa mempedulikan imejnya yang sebelum ini sentiasa kelihatan cantik dan anggun, beliau tetap kelihatan manis biarpun wajahnya sedikit pucat dan lesu.
Malah netizen turut memuji penampilannya itu yang tidak menunggu sebulan untuk kongsi wajah terbaru selepas bersalin. Beliau dipuji cantik dan sedap mata memandang.
@melah_crush Jutawan.. Xyah beria makeup nak bersalin.. Xyah nak tunggu sebulan baru nak up picture… Datin tetap cantik.. Sejuk mata memandang… Humble sgt.. Solute!!!… Ni yg dipanggil wanita cantik..
@has_aziz_73 Cantiknya datin….tahniah..sedap nama anak….
@kakti_dzy Ibu still gojes dan sweettttt sgt
@kamisanurun Congratulations hebatttnya seorg Wanita …tahniah datin shahidah tetap ayu walaupun baru je lepas besalin
Ada juga yang memuji wajah Datin Seri Shahida seperti budak sekolah dengan kecantikan semula jadi serta terserlah keikhlasan seorang ibu.
@idahmardhatillah Tahniah dato n datin….semoga menjadi anak yg soleh penyejuk hati ibu ayah….Subhanallah datin tak pakai make-up natural beauty gitew…mcm wajah budak sekolah
@bbqlambkemensahmaam Alhamdulillah..tahniah..sucinya muka.u…bersih tanpa make up..terserlah keikhlasan seorang ibu..
@rahmaharahman1 Cantiknya datin walau tanpa make up, natural beaty, tahniah
Dan semestinya orang paling teruja menanti kelahiran bayi ini juga pastinya adalah suami beliau, Datuk Aliff Syukri.
Jelas tergambar kegembiraan wajah beliau yang sebelum itu setia menanti detik kelahiran anak keempatnya itu di hospital berkenaan.
Ini dalam dilihat senyuman manis dilemparkan beliau yang begitu teruja menerima kehadiran rezeki dari Allah ini.
Bayi lelaki comel ini selamat dilahirkan di sebuah hospital terkemuka di ibu kota dan terus dinamakan Yusof Alqardawi. Nama yang sangat sedap ini merupakan nama alim ulama kerana bapanya mahu anak ini menjadi alim ulama satu hari nanti.
Pastinya Syawal kali ini menjadi lebih bermakna buat keluarga jutawan kosmetik ini dengan kelahiran anak lelaki ini.
Tidak seperti selebiriti yang menunggu lama untuk muat turut foto anak mereka, Datuk Aliff Syukri lebih bersikap terbuka dengan memuat turun foto anak bongsunya itu beberapa jam selepas dilahirkan.
Untungnya juga baru beberapa jam dilahirkan Yusof Alqardawi sudah mempunyai akaun instagram sendiri. Akaun menggunakan nama @yusoffalqardawi ini sudah mempunya 71 ribu follower sebaik didaftarkan oleh Datuk Aliff Syukri.
Turut hadir memberi sokongan dan menunggu kelahiran Yusoff Alqardawi adalah tiga lagi anak-anaknya serta ibunya dan ibu mertua beliau.
Malah ramai memuji kecomelan anak bongsu Datuk Aliff yang mengandaikan seorang yang berkulit putih gebu dan muka seperti ibunya.
@sheila_jasman SubhanAllah comel nyee
@amysufya_official Mcm muka mommy dia..
@i.am_putree masyaAllah indahnya ciptaan mu ya Allah~gebunyaa @aliffsyukriterlajaklaris
@amilia_syy Mcm muka mommy la
@lucyagelock comel’y baby..muka mcm mommy dia laa
hai awak..sy baru sejam jee lahir dunia ni..
A post shared by @yusoffalqardawi (@yusoffalqardawi) on
Tidak kurang juga yang mendoakan baby Yusoff Alqardawi ini menjadi anak soleh serta penyejuk hati ibu dan ayahnya.
@lin_ar_35 Cantiknya anak ini. Semoga menjadi anak soleh penyejuk hati ibu dan ayahnya. Tahniah @aliffsyukriterlajaklaris & @shahidadherbs.
@asnursharah Subhanallah..indahnya&sempurnanya anugerah Allahswt ni..semoga jd soleh ya boboy!
@wanemelin Allahh !! Allahurabbi .. Allahu … sangat bijak .. cerdik .. Semoga menjadi anak yang taat kepada ibu bapa dan semoga menjadi anak yang soleh . in shaa Allah
Terdahulu dalam instagram Datin Seri Shahida beliau turut memuat turun status mengucapkan terima kasih pada Allah atas anugerah yang cukup bermakna ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya Bonda Rozita Ibrahim yang telah masakkan makanan berpantang.
Serta tidak lupa juga mengucapkan terima kasih juga kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa menemani dan mendoakan dirinya sepanjang proses bersalin. Juga tidak ketinggalan rakan media sosial serta suami yang begitu teruja menanti kehadiran Yusoff Alqardawi.
Diakhir statusnya dia mendoakan agar baby Yusoff Alqardawi akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirat.
A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DATUK ALIFF SYUKRI & YUSOFF ALQARDAWI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dalam Senyap Sudah Selamat Bersalin, Dr Amalina Kongsikan Berita Gembira Bersama Foto Dengan Puteri Sulungnya
Siapa sangka dalam diam rupanya Dr Nur Amalina Che Bakri sudah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya bersama suami di Londo minggu lalu. Sungguh cepat masa berlalu apabila di ikutkan perkongsiannya di Instagram.
Ramai juga yang terkejut dengan perkongsiannya itu pada hari lalu berikutan masa yang berbeza dari waktu Malaysia. Nama yang di beri juga cukup cantik dan manis di dengari.
Tahniah buat Dr Amalina Bakri dan Alex!
Langit London menjadi saksi kelahiran cahaya mata Dr Amalina Che Bakri bersama suaminya, Alexander Charles. Beliau mengejutkan lagi apabila mereka sudah hampir seminggu menimang anak sulung perempuannya itu di St. Thomas’ Hospital.
Dr Amalina juga berkongsi bersama pengikutnya di laman sosial media miliknya tentang berita yang gembira ini. Bahkan, dia juga tidak segan untuk mendedahkan nama bayi perempuannya itu beserta beberapa keping fotonya bersama.
Dr Amalina juga menitipkan rasa syukurnya di ruang kapsyen posting di Instagram miliknya itu. Kehadiran cahaya mata sulungnya itu membuatkan lagi momen yang bahagia buatnya serta suami dalam kehidupan perkahwinan mereka.
“Kami ingin memperkenalkan kepada puteri tercinta kami, Arabella Mia, yang telah selamat lahir pada minggu lepas di St. Thomas’ Hospital,
“Kami hargai setiap momen bersama si kecil. Tidak sabar rasanya untuk lihat apa yang bakal akan datang pada masa akan datang. Alhamdulillah, Lots of love, – Amalina & Alex” tulisnya sebagai penghargaan dan tanda syukur dengan nikmat yang di kurniakan.
Artikel berkaitan: Sudah Timang Cahaya Mata Kedua, Tahniah Buat Jihan Muse dan Suami
Ketibaan cahaya matanya itu membuatkan ramai yang terkejut apabila baru sahaja melihat beliau tengah sarat mengandung. Kini perkongsian beliau yang penuh dengan maklumat cahaya mata sulungnya itu sudah menjawab segala tanda tanya yang terbangkit.
Meninjau di ruangan komen pulak melihat ramai rakan-rakannya serta selebriti yang teruja dengan berita ini. Tidak melepaskan peluang, mereka juga menitipkan ucapan tahniah serta buat Dr Amalina dan keluarga.
Rata-rata yang menukilkan komen di bawah posting beliau adalah seperti Datuk Nicol Ann David, Daphne Iking, Vivy Yusof, Mira Filzah dan lain-lain lagi yang mengucapkan tahniah buat kedua pasangan itu. Siapa sangka berdiam diri seketika telah membuahkan hasil yang tidak di jangka.
Sumber info: Instagram Dr Amalina Che Bakri
Artikel Berkaitan: Mas Idayu Kongsi Gambar ‘Bahagia’ Bersama Suami, Bukti Rumah Tangga Kekal Utuh
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yoga Boleh Melegakan Sengugut, Lakukan Rutin 14 Posisi Ini Pasti Badan Terasa Segar Ketika Haid.
Anda mungkin tidak berasa bersemangat untuk bersenam semasa haid, dan itu boleh difahami sepenuhnya. Sebaliknya, latihan yoga pendek pada masa ini telah terbukti manfaatnya.
Senggugut adalah sesuatu yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Tetapi berita baiknya ialah terdapat beberapa posisi yoga yang boleh melegakan gejala biasa ini. Posisi senaman yoga ini dapat membantu anda berasa lebih baik semasa haid.
1. Posisi Wide-legged child’s
Ini adalah posisi yang lebih lembut sesuai untuk masa datang haid. Variasi posisi ini dengan melebarkan kaki membantu merehatkan bukan sahaja pinggul, paha dan punggung bawah tetapi juga minda anda.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Mulakan dalam kedudukan atas meja.
- Rapatkan ibu jari kaki anda dan lutut anda melebar.
- Duduk pinggul anda ke belakang.
- Bawa kepala anda ke lantai dan panjangkan tangan anda.
2. Posisi Sphinx
Posisi ini adalah serupa dengan posisi ular tedung, tetapi ia lebih mesra di bahagian bawah punggung. Ia meregangkan dan menguatkan otot belakang anda dengan lembut dan membantu dengan sakit belakang bahagian bawah, yang merupakan kejadian biasa semasa haid.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Berbaring telentang dengan lengan bawah dada.
- Tolak ke bawah pada lengan bawah anda, angkat dada.
- Pastikan belakang anda melengkung dan pelvis anda di atas lantai.
3. Posisi Camel
Posisi ini menawarkan regangan yang lebih mendalam daripada yang sebelumnya. Ia boleh meredakan senggugut, menamatkan kontraksi yang menyakitkan dan meningkatkan aliran darah ke rahim.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Berdiri di atas lutut selebar pinggul.
- Letakkan tangan anda di belakang anda.
- Bengkok ke belakang sehingga anda boleh menyentuh tumit anda. Jika anda tidak boleh menyentuhnya, jangan risau, anda boleh berhenti di tengah jalan dan masih mendapat regangan yang hebat.
4. Posisi Cobbler’s
Posisi ini membuka pinggul anda dan melegakan kawasan pelvis. Oleh itu, ia boleh melegakan ketidakselesaan dan kesakitan haid dengan cepat.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Mulakan duduk dengan kaki dilunjurkan di hadapan.
- Bengkokkan lutut dan rapatkan tapak kaki anda.
- Letakkan tangan di atas kaki dan biarkan lutut jatuh ke tepi.
5. Posisi kepala hingga lutut
Posisi ini meregangkan tulang belakang, bahu, hamstring dan pangkal paha. Ia boleh membantu menenangkan otak dan mengurangkan sakit kepala dan sakit haid.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Duduk di atas lantai dengan kaki dilunjurkan.
- Bengkokkan sebelah lutut dan tarik tumit ke belakang.
- Panjangkan tangan dan sentuh kaki sebelah lagi dengan tangan anda.
- Condongkan badan ke hadapan dan jatuhkan kepala ke kaki yang dipanjangkan.
- Jangan lupa ulangi dengan kaki sebelah lagi.
6. Posisi duduk berpaling
Posisi berpaling duduk menggalakkan pencernaan yang baik dan fleksibiliti tulang belakang, dan juga boleh meredakan sakit belakang. Ia menenangkan dan menyegarkan.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Duduk tegak dengan kaki dilunjurkan.
- Bengkokkan lutut kanan dan silangkan kaki kanan ke atas.
- Panjangkan dan letakkan tangan kanan anda di atas lantai, pusingkan badan.
- Kaitkan lengan kiri anda pada lutut yang bengkok.
- Ulang pada bahagian lain.
7. Posisi burung merpati
Posisi burung merpati adalah pembuka pinggul yang hebat, ia merangsang organ perut dan mengurangkan tekanan.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Bengkokkan lutut kanan dan bawa ke hadapan sambil kaki kiri anda dipanjangkan, tumit menghala ke siling.
- Letakkan hujung jari di hadapan anda di atas lantai.
- Panjangkan tulang belakang dan buka dada anda.
- Ulang posisi di sebelah lagi.
8. Posisi mencangkung
Mencangkung bermanfaat untuk organ dalaman, pangkal paha, punggung bawah, dan postur anda. Ia dianggap sebagai penyegar dan pembersih seluruh badan.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Berdiri dengan kaki dibuka selebar pinggul.
- Bengkokkan lutut dan jatuhkan punggung ke arah lantai.
- Rapatkan tapak tangan anda, siku rapat betul-betul di hadapan lutut anda.
9. Posisi Hidung
Posisi simpul membuka dada dan bahu serta melegakan sakit belakang, bahu dan leher. Ia boleh membantu dalam banyak situasi yang berbeza, termasuk semasa anda sedang haid.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Mulakan dalam kedudukan berdiri dengan kaki dibuka selebar pinggul.
- Beralih ke jongkong lengkap.
- Pusing bahagian atas badan ke kanan dengan menggenggam tangan anda di belakang belakang.
- Kaitkan lengan kiri pada lutut anda.
- Pegang kedudukan untuk beberapa nafas kemudian ulangi pada sisi yang lain.
10. Posisi Cat-cow pada lengan bawah
Variasi ini meregangkan perut dan otot belakang anda. Ia juga menyegarkan organ pembiakan anda dan oleh itu boleh membantu dengan sakit haid.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Mulakan dalam kedudukan atas meja, kemudian letakkan lengan bawah anda di atas lantai.
- Bergerak ke dalam posisi kucing membulatkan tulang belakang anda ke luar, tahan untuk nafas, kemudian lepaskan.
- Bergerak ke dalam posisi lembu dengan menekan dada anda ke hadapan dan membenarkan perut anda tenggelam.
- Ulang aliran untuk beberapa kali.
11. Posisi Happy baby
Posisi ini boleh membantu mengatasi keletihan sambil menawarkan regangan lembut pada pinggul dan paha dalaman anda.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Baring telentang.
- Bengkokkan lutut anda ke arah dada dan pegang jari kaki anda.
- Goyang perlahan dari sisi ke sisi.
12. Posisi kaki terangkat
Posisi kaki yang terangkat menguatkan bahagian bawah belakang dan otot pelvis. Ia boleh mengencangkan otot perut dan paha juga.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Baring telentang.
- Biarkan tangan anda jatuh ke sisi.
- Panjangkan kaki secara menegak dan tahan kedudukan untuk beberapa nafas.
13. Pose bajak
Walaupun kadangkala disyorkan untuk mengelakkan posisi songsang semasa haid, dari sudut pandangan perubatan penyongsangan semasa haid tidak mungkin menyebabkan sebarang masalah kesihatan. Jika anda rasa ingin melakukannya, posisi ini meregangkan tulang belakang dan belakang kaki serta meredakan sakit belakang.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Baring telentang.
- Angkat kedua-dua belah kaki anda.
- Perlahan-lahan mula menurunkan kaki ke arah lantai di belakang anda.
- Anda boleh sama ada menekan tangan ke lantai atau menyokong belakang anda.
14. Pose dewi berbaring
Posisi yoga ini mengurangkan senggugut, meregangkan bahagian dalam paha dan pangkal paha dan menenangkan kedua-dua badan dan minda anda.
Bagaimana hendak melakukannya:
- Mula baring di belakang anda.
- Bengkokkan lutut, rapatkan tapak kaki anda.
- Biarkan lutut anda jatuh ke tepi (kedudukan kaki adalah sama seperti dalam posisi cobler).
- Anda boleh biarkan lengan berbaring berat di kedua-dua belah, atau genggam bersama-sama pada perut anda.
SUMBER: BRIGHTSIDE
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI