‘5 Tahun Lalu, Faris Pernah Kata Elfira Ialah Gadis Idamannya’-Hani Fadzil Buka Cerita Kisah #ElFaris

Share

Umum sedia maklum bahawa pelakon popular, Elfira Loy telah selamat bernikah dengan cinta hatinya iaitu Faris Khairol Anuar pada pagi semalam. Perkahwinan mereka mendapat tumpuan ramai sekaligus menjadi trending di laman sosial.

Ternyata ada kisah menarik di sebalik kisah percintaan mereka. Menerusi instastory penyampai radio terkenal iaitu Hani Fadzil, dia telah berkongsi cerita yang sebenarnya Elfira telah menjadi gadis idaman Faris sejak 5 tahun yang lalu.

Benarlah kata orang kalau sudah jodoh pasti tidak ke mana bukan?

“Faris pernah berkata sewaktu berada dalam kelas yang gadis idamannya ialah Elfira Loy.  Itu adalah 5 tahun yang lalu. Dan hari ini dia telah berkahwin dengan gadis idamannya. Jodoh adalah satu perkara yang sangat indah!”

Di samping itu, netizen di Twitter juga teruja dengan kisah cinta mereka ini dan mendoakan agar pekahwinan ini kekal hinggah ke Jannah.

Sememangnya jodoh dan pertemuan itu semuanya rahsia Allah. Hijabista doakan agar pasangan ini kekal bahagia selamanya. InsyaAllah. Buat hijabi yang belum bertemu jodoh, jangan risau! Tuhan sedang menyediakan yang terbaik untukmu. Tunggu masa yang sesuai sahaja because the right person will come at the right time

. 🙂

kredit: instagram @hahanybunch , @elfiraloy

IKLAN