Tidur dapat menghilangkan rasa penat dan memberi rehat kepada seluruh anggota badan anda. Seorang individu dewasa perlu mendapatkan tidur selama 6 hingga 8 jam sehari. Barulah tubuh akan terasa segar pada keesokan harinya.
Pernah tak anda terfikir apa yang terjadi sewaktu anda sedang tidur? Sebenarnya otak merupakan anggota yang tidak pernah mendapat rehat yang secukupnya dan ia akan melakukan 5 perkara ini sewaktu anda sedang tidur.
Nak tahu apa? Ini jawapannya.
Buat Keputusan
Satu kajian menyatakan otak akan memproses maklumat dan membuat keputusan sewaktu anda tidur. Perkara ini terjadi pada bawah alam sedar. Rupanya, ini punca yang menyebabkan anda mudah membuat keputusan selepas bangun tidur.
Kuatkan Memori
Ads
Ketika tidur, otak tetap bekerja. Otak akan menyusun memori baru dan memperkuat memori sebelumnya. Selain itu, otak juga akan menghubungkan memori baru dengan memori sebelumnya.
Muncul Idea Baru
Ads
Mungkin anda tidak menyangka bahawa sewaktu sedang tidur juga otak akan membangkitkan idea yang kreatif. Kajian menyatakan 33% individu akan muncul dengan idea baru selepas bangun tidur.
Membasmi Racun
Ads
Menurut satu kajian, ketika tikus sedang tidur, otak tikus akan membersihkan molekul rosak yang boleh menyebabkan ganguan. Perkara ini turut terjadi pada otak manusia.
Menghafal Aktiviti Fizikal Yang Dilakukan
Otak mempunyai kemampuan untuk menyimpan maklumat ketika anda tidur. Jadi, anda akan ingat beberapa gerakan fizikal yang anda lakukan sebelum anda tidur.
“Nak memaafkan orang tu rasa susah sangat. Apa tips nak bagi hati kita ikhlas nak memaafkan seseorang walaupun dia buat jahat kat kita, fitnah kita.
“Sebagai contoh, ibu bapa saya bercerai dari kecil dan saya membesar tanpa ayah. Nak maafkan ayah tu, memanglah ayah kita maafkan. Tapi benda itu ada dalam hati kita,” dedah Nadia.
Sebagai respon terhap persoalan Nadia, Ustaz Izhar Nazri menjelaskan bukan mudah untuk melupakan kesalahan orang yang telah menyakiti kita namun memaafkan itu juga boleh membuatkan jiwa merasa lebih tenang.
“Nabi tak pernah pun minta kita melupakan salah orang pada kita. Allah minta kita untuk memaafkan tapi tidak melupakan supaya kita belajar dari silap kita yang dulu.”
Ustaz Izhar Nazri turut berkongsi petikan surah an Nur ayat 22 di mana sesiapa yang boleh memaafkan kesilapan seseorang dan berlapang dada, lagi besar ganjaran yang Allah akan kurniakan kepada kita.
Menurut Ustaz Izhar Nazri, kehidupan seseorang itu juga akan lebih tenang dengan memaafkan orang yang menyakiti.
“Sebenarnya Allah sedang menjawab doa kita. Hari-hari kita minta, ampunkan kita. Kata ulama, jika amalan kita tidak dapat menjemput keampunan Allah, Allah akan hantar manusia untuk sakiti kita.
“Bila kita memaafkan orang yang sakiti kita tu, Allah akan ampunkan kita. Hidup takkan tenang selagi kita nampak siapa sakiti kita. Kita akan mula lapang bila tahu siapa yang hantar orang ini.”
Jelas Ustaz Izhar Nazri lagi, itulah proses untuk kita memaafkan orang. Ia ambil masa namun berbaloi.
Kredit Foto: Instagram Nadia Brian
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menyempurnakan tugasan terakhir dengan membuat video Public Service Announcement memberitahu dirinya menyaksikan sendiri ibu kesayangan menjadi mangsa dera. Biarpun dirinya ketika itu masih kecil, tetapi pemenang Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee, 18 tahun, ini dapat merasai penderitaan dialami ibunya sendiri. Bertemu dirinya selepas kemenangan malam tadi, dia yang mesra dipanggil Hanee bercerita pengalaman itu yang dianggap sangat menakutkan dirinya.
Menurutnya ketika itu dia berusia sekitar enam tujuh tahun dan melihat sendiri ibunya menjadi mangsa pukul disebabkan faktor keluarga yang tidak stabil ketika itu.
“Bagi Hanee ia satu pengalaman yang sangat perit memandangkan ketika itu usia masih kecil berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tetapi Hanee bersyukur kerana Hanee sudah keluar dari penderitaan itu dan tidak melaluinya lagi situasi yang tidak begitu menyihatkan itu,” ujarnya ketika ditemui sejurus selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja baru.
Tambah Hanee lagi kekuatan ibunya untuk bertahan pada ketika itu adalah anak-anaknya sendiri.
“Sebenarnya Hanee nampak mak Hanee dan sampai depress (murung) tetapi mampu bangkit dari masalah itu dan lebih kuat apabila mahu melihat anak-anaknya jadi lebih berjaya dan jadi insan lebuh baik dari sebelumnya.
“Ibu Hanee tak mahu melihat anak-anak rosak dari family terdahulu dan caranya dengan memberi kasih sayang terbaik buat kami adik beradik. Bukan dari wang ringgit tetapi belaian seorang ibu yang memang kita harapkan sebagai anak.
“Pada Hanee, emak Hanee sangat memberi support dalam industri ini. Dia menjaga dan uruskan Hanee segalanya dan bila Hanee nampak effort mak sendiri dan membuatkan Hanee jadi lebih kuat,” tambahnya yang turut menjadikan ibu sebagai idola.
“Memang semestinya ibu adalah idola Hanee. Ini kerana apa yang Hanee boleh lihat kekuatan yang ada dalam diri emak Hanee yang teruskan kehidupan untuk menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.
“Malah emak Hanee sanggup lupakan hasratnya untuk berjaya dalam karier kerana ingin hanee tampil kehadapan. Hanee sangat respek dan bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan ibu seperti emak Hanee.
“Jadi untuk membalas segala pengorbanannya, Hanee mahu berikan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Hanee mahu berikan satu kejayaan dalam karier yang boleh banggakan dia.
“Dan Hanee percaya malam ini dengan kejayaan dari juara Dewi Remaja telah mebuat emak Hanee bangga. Selepas ini Hanee berjanji akan beri kehidupan lebih baik lagi untuk emak Hanee,” jelasnya yang gembira dengan kemenangan tidak disangka ini.
Malam semalam juga turut menyaksikan ibu Hanee, yang mesra dipanggil Sakuraneeda turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Ternyata ibu muda ini begitu gembira melihat kemenangan yang tidak dijangka.
“Saya bangga dengan kemenangan Hanee itu. Kalau sebelum ini ramai yang kata dia sudah glamour dan ada nama kerana berlakon dalam drama popular. Tetapi itu orang kenal dia melalui watk Zaza bukan Haneesya Hanee.
“Jadi saya cakap padanya, saya nak dia beritahu satu Malaysia dia adalah Haneesya Hanee. Walaupun berkulit gelap tetapi tidak bermakna kita boleh dihina sesuka hati. Oleh sebab itu dia sangat terbuka untuk menentang sebarang bentuk kejian dan cercaan jika menyentuh warna kulitnya,” tambah Sakuraneeda yang mengakui pernah berdepan masalah rumahtangga hingga menjadi mangsa dera.
“Walaupun Hanee seorang disleksi dan agak kurang fokus dalam pelajaran, tetapi ada memori yang sukar untuk dia lupakan dari kotak ingatannya. Salah satunya adalah pengalaman saya ketika dia masih kecil.
“Melalui pengalaman itulah saya dan Hanee lebih berani bersuara dan memastikan kejadian ini tidak diulangi lagi. Hubungan kami berdua memang sangat rapat kerana dia satu-satunya anak perempuan selain dua adik beradik lelaki yang lain,” tambahnya sebelum menutup perbualan.
Haneesya Hanee atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan menepati ramalan apabila berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.
Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.
Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.
Di episod akhir ini, menyaksikan Scha Alyahya sebagai hos dan pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.
Seperti yang diketahui ramai, Asyalliee yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Syasya Solero’ telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 2 Januari yang lalu. Asyalliee telah melahirkan bayinya secara normal dengan bantuan induce.
Setelah hampir seminggu para pengikut Instagram (IG) Asyalliee berteka-teki dengan nama serta wajah anaknya, akhirnya Asyallie telah memaparkan wajah serta menukar nama anaknya di IG. Mengikut perkongsian di IG milik anaknya itu, nama yang telah diberikan ialah Haider Mikhael. Alahai, sedapnya nama! Haider merupakan nama kepada sahabat Nabi Musa as.
Dalam IG milik Haider Mikhael, Asyalliee turut berkongsi beberapa keping gambar serta video yang memaparkan separuh wajah anaknya. Memang comel!