Setiap wanita yang bergelar ibu pastinya mahu merakamkan gambar kenangan bersama anak yang akan dilahirkan. Ini adalah bagi merakamkan detik sejak hari pertama kelahiran hinggalah besar.
Namun begitu apa yang dirancang tidak sepertinya diimpikan kerana Tuhan yang menentukan segalanya. Seperti hasrat wanita ini yang mahu merakamkan potret bersama bayi yang baru lahir, tetapi ia tidak kesampaian.
Hajat Ad’lean Mohd Yusof tidak kesampaian apabila bertemu penciptaNya sebaik selepas bersalin November tahun lalu.Namun begitu, hasrat berkenaan dimaklumlah pada suaminya, Wazy oleh Zara Haleena pemilik dan prinsipal Camora Arts yang merupakan fotografi untuk bayi baru lahir.
Impian berjaya dilaksanakan.
“Mommy ada kat syurga”
Hampir 6 bulan arwah Ad’lean Nael’da meninggal dunia.. Akhirnya, kami tunaikan amanah arwah Elin utk buat photoshoot anak bongsunya Eva Miranda. Perasaan hiba bila anak sekecil ni tau mommy dia menanti dia, abg dan adik dia di syurga..
Pada 19th April kami dtg ke rmh arwah di Ipoh. Seperti biasa anak2 arwah dengan gembira menyambut kami depan pintu utk photoshoot.. siap pegang tgn ajak masuk. Tolong angkat brg..Aku tak tau nak start mcm mana. Sebut Assalamualaikum pun dah kedengaran sebaknya disitu. Dalam hati berkali-kali aku sebut Ya Allah, aku kena kuat sbb ni amanah. Masa tu bayang suami arwah tak kelihatan lagi. Yg menyambut kami masa tu anak-anak arwah dengan baju princess masing-masing berwarna pink. Masing2 dah excited.
“BABY EVA MIRANDA”
Kalau dulu setiap kali datang utk shoot, muka arwah yg pertama akan menyambut kami didepan pintu sambil tersenyum. Tp hari ni kami dtg, rasa kosong sgt. Kosong sgt-sgt. Selalu kami sampai rmh clients mesti nk tgk baby dulu.. dirumah arwah, kami setup terus setup props dulu. Pura-pura mcm sibuk sgt. Padahal, airmata ni aku tahan dari jatuh mengalir.
“Elin, Kak Zara tak kuat lagi nak tgk baby Ava..”
“Kak Zara takut Kak Zara nangis ingat awak Elin…”
Intan, salah seorang ahli keluarga datang menyapa kami.
Ads
“Kak Zara nk tgk baby Eva”
Aku selalunya mmg tak sabar nk tgk baby.. tapi kali ni aku seperti mengelak. Bukan sbb tak suka. Tapi aku takut aku mengalirkan airmata. Setelah siap setup semua props, tibalah masanya aku kena siapkan baby Eva.
Akhirnya mengalir juga airmata ini. Aku cepat2 mengesat airmata ni supaya Intan tak tgk. Dada berdegup kencang sgt sepanjang aku siapkan baby Eva Miranda. Beberapa minit kemudian baru kelihatan suami arwah turun dari tangga. Kelihatan wajah suami tenang sambil tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yg tahu.
Baby Eva berusia 5 bulan ketika gambar diambil.
Masih kami ingat kata-kata terakhir arwah padaku..
“Akak tau xknp Elin ambil akak & Camora Arts compare dgn photographer lain?”
“Selain props, pic cantik semua, pic lawa, album kualiti, layan baik, mmg Camora Arts the best!”
“Tp plg utama issasss, akak & team Camora Arts tak sombong. Walaupun dh level2 King, shoot artis2, VVIP, org kaya raya & gol elit akak tetap layan rakyat marhaen mcm saya ni elok. X pernah double std. Itu yg buat & fam pilih Akak & Camora Arts”
Ads
“Elin harap akak akan kekalkan kehumblean akak & team. In Sha Allah akak akan jadi king dlm industri Maternity & Newborn photography ini”
“Dalam sakit2 pun masih ingat yang lain”
“Nanti ms akak dtg shoot baby Elin nanti, Elin belanja Akak mkn sdp2 skit. Apa yg akak & Camora Arts buat lbh drpd tu. Takat byrn pakej tu mmg lebih dr berbaloi. Xpnh lg Elin rasa akak layan clients double standard. Sakit2 pun layan kami tip top.”
Beri nasihat berguna.
~ Arwah Elin~
Melihat ramai sgt yg membantu menjaga anak-anak arwah, aku tahu arwah meninggalkan kenangan manis dalam setiap orang yang mengenali dirinya. Sampai satu tahap, aku merasakan arwah benar-benar bidadari syurga.
Semasa baby Eva tengah menyusu, sempat lah kami bertanya pada Intan, mcm mana saat terakhir arwah. Kata Intan, bila dia ingat balik… mmg arwah Elin mcm tau je dia nk pergi. Intan bg tau.. Kalau Intan berborak malam2 dgn arwah, Arwah selalu ingatkan org keliling dia…
Ads
“Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye…”
Arwah meninggal disebabkan komplikasi ketika melahirkan.
Even Masa arwah start sakit, walaupun kebanyakkan masa arwah kat bilik. Intan bg tau dlm keadaan sakit arwah gagah buat persiapan brg2 Baby Ava slps lahir nanti. Arwah mcm dah tau dia nak pergi dah…Bila Baby Ava lahir, tak ada apa yg perlu dibeli. Semua dh tersedia
Alhamdulillah, Shoot berjalan dengan lancar walaupun pada ketika itu kami photoshoot dibuat ketika baby Ava Miranda berusia 5 bulan. Terima ksh utk assistant ku Zamzarina Abdullah kerana berjaya laksanakan amanah ini. Utk pengetahuan semua, kami juga merupakan photographer utk anak arwah Elin yg ketiga selain dari maternity photoshoot.
We re-create the family portrait photos they’d once taken but this time, with her beloved daughter, whom her wife never got to meet.
Photoshoot berjalan lançar.
Al-Fatihah..
KREDIT : Zara Haleena Owner & Principal Camora Arts
Arwah Ad’lean juga merupakan alumni Fakulti Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kepulangan arwah ke rahmatullah turut dimuat turut dalam laman Facebook page fakulti berkenaan tahun lalu.
Alfatihah untuk arwah dan semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Gelaran ‘Biduanita Negara’ yang diraih menjadi pengiktirafan terbesar bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin sepanjang 30 tahun penglibatannya dalam industri seni.
Bintang legenda kesayangan ramai ini dinobatkan dengan gelaran itu selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara pada majlis Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.
Lebih membanggakan, DS Siti Nurhaliza merupakan individu keempat yang menerima Anugerah Biduan Negara selepas Allahyarham Saloma (1978), Allahyarham Datuk Sharifah Aini (2006) dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).
DS Siti Nurhaliza tampil manis dan sopan dalam persalinan istimewa rekaan Ezuwan Ismail. Manakala wajahnya yang jelita dirias sempurna oleh jurusolek profesional tersohor, Epie Temerloh.
Tatkala berkongsi momen gembira itu dengan para peminat dan pengikutnya, platform media sosial milik penyanyi berusia 45 tahun ini dihujani ucapan tahniah serta pujian.
“Lafaz syukur dan setinggi penghargaan saya kepada semua pihak yang telah memberikan kepercayaan untuk saya menerima anugerah ini.
“Jujur dari lubuk hati terdalam, perancangan ke hadapan masih panjang, sejauh mana pun karier ini dilalui, saya memahami akar yang kuat mengikat hati dan jati diri.
“Terima kasih di atas doa dan ucapan daripada semua pihak, platform dan individu, saya dengan rendah hati mendoakan agar kita semua dikurniakan kebaikan dunia akhirat.”
DS Siti Nurhaliza turut berterima kasih kepada semua yang mendukung dan melihat detik jatuh bangunnya sebagai anak seni.
“Alhamdulillah. Dengan penuh kerendahan diri, saya bersyukur kehadrat Allah swt di atas apa yang dipinjamkan kepada saya selama ini. Terima kasih buat semua yang melihat jatuh bangun saya dan berada mendukung karier saya dalam apa jua keadaan.”
Memetik kata-kata DS Siti Nurhaliza ketika memberikan ucapan pada majlis berprestij itu, seni bukan semata-mata untuk mencipta nama tetapi dapat mendekatkan dirinya dengan masyarakat.
“Saya berpeluang bertemu peminat dari pelbagai bangsa dan latar belakang termasuk memperkenalkan Malaysia apabila membuat persembahan di luar negara. Saya bersyukur kerana karier seni ini mematangkan diri saya seterusnya memberikan inspirasi serta pengaruh yang baik kepada masyarakat.”
DS Siti Nurhaliza turut menyatakan komitmennya untuk terus memberikan yang terbaik demi industri seni tanah air.
“Insya-Allah saya akan terus memberikan yang terbaik untuk industri muzik tanah air dan bawa muzik kita ke peringkat lebih jauh lagi, lebih tinggi,” ujarnya.
Selaku penerima Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara beliau menerima wang tunai RM30,000 di samping kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, puteri kesayangan Nur Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya telah menyambut ulangtahun kelahiran pertamanya pada 2 Oktober yang lalu.
Menariknya, Fatima turut menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman sempena hari jadinya. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Fazura di laman instastory miliknya.
Hadiah istimewa untuk Fatima daripada Permaisuri tercinta
Cantiknya rantai berloket huruf F! Sesuai sangat untuk Fatima…
Tengku Permaisuri Norashikin juga telah menulis ucapan di kad khas buat Fatima.
Buat Fatima, awak layak menerima seluruh kebahagiaan dan kegembiraan di dunia ini. Selamat Hari Jadi!
Untungnya Fatima dapat hadiah daripada Tengku Permaisuri Norashikin. Moga Fatima akan terus membesar menjadi anak yang solehah dan membanggakan kedua-dua ibu bapanya. Amin.
Dapatkan segera majalah Hijabista edisi jawi di karangkrafmall.com sekarang!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33 berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.
Zalina Shaharah, 58 dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
“Pada 29 Nov 2021, pengadu dan pak ciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah,” katanya.
Katanya pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.
“Turut ditemui beg duit milik ibu pengadu mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 serta kunci kereta,” katanya.
Beliau berkata segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.
Katanya polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sm, berat 60kg, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.
Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.
Senator Ras Adiba Radzi dan Datuk Aznil Haji Nawawi turut berkongsi tentang kehilangan bekas pembaca berita itu di laman Instagram masing-masing.
Kagum betul dengan semangat yang dimiliki penyanyi dan pelakon muda,Farisha Iris yamg tak pernah lelah menimba ilmu demi masa depan yang lebih baik.Dua tahun...