Ramai yang tertunggu-tunggu resepi berbeza sepanjang Ramadan tahun ini oleh Khairul Aming. Seperti tahun sebelumnya, Khairul Aming mencipta video 30 Hari 30 Resepi. 

Menu kongsi yang Khairul Aming cipta bukan sahaja sedap ia juga mudah dibuat. Langkah demi langkah cara membuat setiap menu senang diikuti.

Artikel Berkaitan : Tak Lokek Kongsi Resepi Sambal Kejayaan, Khairul Aming Kaut RM21.5 Juta Dalam 2 Tahun!

Seperti perkongsian videonya semalam, Khairul Aming berkongsi beberapa resepi air yang memukau netizen dan mudah diikuti. Menu perkongsian Khairul Aming sering mendapat sambutan kerana ianya mudah dibuat.  Anda boleh memilih daripada empat menu berbeza, sama ada Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici & Coconut Shake Gula Melaka.

IKLAN

Nadia Brian Cuba Menu Iftar Khairul Aming!

Nadia Brian, seorang pelakon, juga terjebak dengan mencuba sendiri resepi menu Khairul Aming itu. Dia berkongsi videonya di TikTok dan mendapat perhatian netizen.

@nadia.brian Thank you @Khairulaming 🫶🏻 #nadiabrian ♬ original sound – Nadia Brian Goldring

Menulis caption “Thank You @Khairul Aming” Dia mengucapkan terima kasih kepada Khairul Aming, atas menu air itu. 

IKLAN

Artikel Berkaitan : Mudah Sahaja Nak Buat Resipi Hokkaido Cheese Tart, Ala Secret Recipe Di Rumah. Jom Cuba!

Moga kekal istiqamah

Ruangan komen perkongsian menu berbuka itu dibanjiri komen mengucapkan “Terima kasih Khairul Aming kerana menjadi peneman setia sepanjang Ramadan, terus hasilkan konten berkualiti,” komen netizen.

IKLAN

Bukan setakat minuman yang sedap mata memandang, malah penampilan Nadia Brian turut menjadi perhatian netizan. Bukan setakat memuji tapi diiringi doa. Hijabista percaya masanya akan tiba dan hidayah itu hadir bagi hambaNya yang disayangi.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI