Pekerjaan yang dimiliki oleh setiap insan itu berbeza, mungkin pada kita apa yang orang lain lakukan itu sukar buat kita. Namun, setiap apa yang kita lakukan itu berpandu kepada kekuatan masing-masing.
Rezeki dicari tanpa ambil kira soal kesusahan yang bakal ditempuhi, seorang wanita berani panjat bangunan untuk memasang pendingin hawa. Usahanya dikagumi oleh kebanyakan warganet.
Tidak kira soal susah, asalkan rezeki halal
Sumber dari Noraelynaelly
Keberanian seorang wanita dikagumi ramai apabila dia berkongsi pada laman sosial media TikTok miliknya yang sedang bertugas sebagai pemasang pendingin hawa. Ramai yang terkejut dan juga beri semangat kepadanya meskipun kelihatan sukar dilakukan.
Nora Elyna Elly, 34, tampak bersahaja apabila memanjat bahagian luar bangunan tinggi untuk proses pemasangan itu buat pelanggan yang melanggan khidmatnya. Wanita itu telah mengusahakan perkhidmatan ini bersama suaminya, Abdul Rahman atau dikenali sebagai Man, 35, sejak beberapa tahun lalu.
Gemar dikenali sebagai Nora telah ditemubual oleh mStar, dia mempunyai empat cahaya mata. Oleh kerana sering ikut suami pergi ke kerja, muncul minat untuk menceburi bidang itu.
“Saya bermula pada tahun 2017. Suami memang bidang aircond. Pada waktu itu, saya ikut suami bekerja sahaja. Kemudian terus jadi minat. Jadi sekarang kami sama-sama usahakan perkhidmatan ini,
“Dulu kami cuma ada stor dan beroperasi secara online. Kemudian kami buka kedai aircond di Meru, Klang sejak tiga bulan lalu. Saya boleh sahaja duduk kedai, tapi saya tak suka setempat,
Ads
“Jadi, di mana ada kerja pemasangan, saya akan pergi. Sekarang kami ada dalam tujuh orang staf setakat ini, kami cover kawasan dalam Selangor dan Kuala Lumpur,
“Selain pasang aircond, kami juga buat kerja-kerja membaiki, servis dan jual aircond,” katanya.
Nora turut berkata ada juga permintaan pelanggan yang inginkan pekerja perempuan yang datang kerana mereka merupakan wanita bujang atau tiada suami di rumah. Boleh diikutkan, adanya perempuan ceburi bidang ini juga membantu keselesaan pelanggan.
Bidang ini sememangnya suatu pekerjaan yang mencabar, dia sendiri akui terpaksa ‘menutup mata’ dan teruskan sahaja bekerja dek kerana minat dan ingin mencari pendapatan. Perasaan gayat itu ada tetapi bagi Nora, dia hanya perly fokus dan lupakan perasaan itu.
Permulaan setiap manusia adalah pada saat seorang ibu yang melahirkan. Peritnya mereka itu tidak terhingga, bahkan, sukar untuk dibayangkan momen yang mendebarkan itu.
Begitu juga bagi mereka yang masih tertanya-tanya bagaimana keadaan sebenarnya saat mengandung. Soalan ini banyak di tujukan pada Elfira Loy dan ini jawapannya…
Sudah sedia maklum pelakon terkenal tanah air, Elfira Loy, selamat melahirkan anak keduanya pada 20 Mei yang lalu. Ramai yang memberikan sokongan buatnya serta keluarga kerana dikurniakan lagi cahaya mata.
Bukan sahaja pelakon berumur 28 itu berkongsi melalui teks malah dia juga memuatnaik video di laman sosial medianya untuk visual yang jelas. Di dalam video itu, Elfira sudah pun berada dalam bilik bersalin dan siap sedia untuk melahirkan cahaya matanya yang kedua, Nut Aria Mikayla.
“Ramai minta tip untuk push, Alhamdulillah Allah SWT permudahkan untuk El dengan bantuan bidan Puan Sharifah,
“Daripada video ini anda boleh dengar sendiri cara bidan terangkan apa yang perlu dilakukan sebelum meneran,” ujarnya.
Meskipun sudah 6 bulan berlalu, masih ada lagi yang tertanya-tanya bagaimana keadaan ketika bersalin itu kerana ramai bakal ibu yang mengikutinya. Elfira tidak teragak untuk menjawab kerana ia merupakan pengalamannya buat kali kedua.
Pada masa yang sama, Elfira juga menjelaskan segala proses yang perlu dilaluinya ketika bersalin. Dia turut mendedahkan bahawa suntikan epdural juga diberikan untuk mengurangkan rasa sakit.
Elfira juga memaklumkan dia pernah mengambil juga suntikan itu saat melahirkan anak sulungya, Muhammad Rayyan Khalaf. Jadi dia tidak khuatir untuk melakukannya buat kali kedua.
“El ingin kongsi juga untuk kehamilan kedua ini, El ada ambil epidural sebab kita induced the baby…sebab mengikut pengalaman sebelum ini, kontraksi ada tapi bukaan lambat dan El dah tak tahan sakit berhari-hari tapi masih bukaan 2cm,
“Tapi bila bukaan dah hampir 6cm, El dah kurangkan dos epidural sebab kesan dia untuk El kali ini, rasa lebih penat dan macam tidak boleh bernafas,” katanya lagi.
Bukan sahaja detik cemas itu menjadi pehatian orang ramai, malah, reaksi wajah Elfira yang tenang membuatkan ramai yang tertanya tidakkah dia berasa sakit? Elfira jelaskan mengapa dia masih tersenyum oleh kerana mendapat support daripada bidan di hospital.
“Dalam klip ini, anda ada nampak El senyum…senyum sebab bidan dah pesan; ‘kalau muka buruk, salahlah teran tu.’,
“Punyalah takut, rupanya tersenyum saya. Masa itu tak perasan pun senyum, cuma ‘control‘ sahaja,” katanya lagi.
Ulas Elfira, jika mimik muka berubah buruk maksudnya teknik itu salah dilakukannya. Maka, ia sangat memainkan peranan untuk memudahkan urusan bersalin.
Kurang tidur, kelelahan, paparan sinar ultraviolet, dan sebagainya dapat membuat anda memiliki kantong mata. Mata panda sendiri sulit ditutupi bahkan jika anda sudah bersolek. Jadi, dengan bantuan concealer, mata panda dapat lebih tersamarkan. Pemilihan concealer pun sebaiknya sesuai dengan warna kulit mata anda.
Kali ini, hijabista senaraikan concealer yang sepadan dan mampu untuk menyembunyikan kantong mata anda. Tetapi sebelum memilih warna apa yang sesuai, ini panduan memilih warna concealer berpadanan dengan kantong mata anda.
Tiga langkah untuk memilih produk concealer yang tepat. Jom ketahuilangkah selanjutnya. Pilih warna concealer yang sesuai dengan warna kantong mata Terdapat tiga jenis warna mata panda, iaitu berwarna kebiruan/kehijauan, berwarna kehitaman, dan berwarna keunguan/kecokelatan/kemerahan. Pilihlah concealer yang sesuai dengan warna mata panda anda.
Jika kulit kantong mata anda terasa menipis setelah 15 minit mandi, kemungkinan kantong mata anda akan berwarna kebiruan. Kantong mata berwarna kebiruan disebabkan aliran darah di sekitar mata tidak lancar. Ditambah lagi, kapilari pada mata terlihat transparan sehingga menyebabkan warna kebiruan. Biasanya, hal ini disebabkan kerana kurang tidur, kelelahan, stres, atau gangguan keseimbangan hormon. Gunakanlah concealer dengan warna aprikot, peach, orange, atau pink yang dapat menyamarkan warna kebiruan dengan baik.
Ada juga kulit kantong mata yang bukan menipis, melainkan berkerut dengan warna keunguan, kecokelatan, atau kemerahan. Kantong mata jenis ini cenderung berwarna kecokelatan. Biasanya, ini terjadi kerana perubahan warna pigmentasi kulit akibat sinar ultraviolet dan sejenisnya. Ini juga terjadi kerana anda sering lupa mengaplikasikan tabir suria dan menggosok mata dengan kuat. Jika anda menggunakan concealer dengan warna kuning, kantong mata yang kecokelatan akan tersamarkan. Gunakan juga concealer dengan warna hijau jika kantong mata berwarna cokelat gelap.
Cubalah anda bercermin dari atas, apakah terlihat kantong mata yang tipis dan kehitaman? Jika ya, mata anda adalah jenis mata panda kehitaman. Hal ini disebabkan oleh kulit yang mengendur dan kekurangan kolagen akibat penuaan. Mata panda seperti ini akan tampak semakin jelas pada orang berwajah gelap dan memiliki kantong air mata besar. Kantong mata berwarna kehitaman dapat ditutupi dengan baik menggunakan concealer berwarna putih mutiara atau warna beige. Disarankan pula untuk menggunakan concealer yang berefek radiant finish atau bercahaya agar dapat menyegarkan tampilan kulit di bawah mata.
Pada dasarnya terdapat lima jenis concealer berdasarkan bentuknya. Kami akan menjelaskan keunggulan dan kekurangan dari masing-masing jenis dalam menutupi mata panda secara natural.
Jenis liquid dan cream, lembut dan sesuai untuk kulit area mata Concealer jenis liquid dan cream adalah jenis concealer yang paling sesuai untuk kulit area mata. Liquid concealer mempunyai daya coverage yang ringan, tetapi mudah digunakan bahkan untuk anda yang baru mengenali concealar. Aplikatornya pun juga berjenis, ada yang berbentuk tip, brush, dan sponge.
Sementara itu, jenis cream mempunyai daya coverage tinggi dengan hasil akhir yang natural. Namun, memerlukan jari atau brush untuk meratakannya. Anda pun memerlukan waktu sampai benar-benar terbiasa. Jika anda memiliki palet concealer yang terdiri dari beberapa warna, anda boleh mencampurkan beberapa warna. Dengan cara itu, anda boleh menemukan warna yang paling tepat untuk menyamarkan mata panda.
Jenis stick memiliki daya coverage tinggi, bahkan dapat menutupi mata panda yang tebal. Namun, jika anda aplikasikan terlalu banyak, hasilnya akan menjadi terlalu tebal dan cakey. Jenis stickconcealer yang sesuai digunakan pada area mata adalah yang memiliki tekstur lembut. Gunakanlah brush agar lebih mudah saat mengaplikasikannya.
Concealer jenis pensil memiliki tekstur keras dan sulit untuk diratakan sehingga kurang sesuai untuk kulit area mata. Jika concealer pensil terlalu keras, boleh jadi menyakiti kulit anda. Concealer jenis powder juga kurang sesuai untuk menutupi mata panda karena daya coverage-nya rendah. Anda boleh menggunakan powder concealer untuk melakukan tone up pada area mata. Akan tetapi, powder concealer tidak dapat menutupi mata panda.
Untuk menghindari makeup terbuang sia-sia, penting untuk memilih concealer yang dapat melekat dengan baik pada kulit. Secara umum, kulit di area mata cenderung lebih kering sehingga membuat riasan cepat crack. Untuk itu, kami menyarankan untuk memilih concealer yang soft seperti jenis liquid atau cream. Jenis stick juga dapat digunakan, tetapi aplikasikanlah menggunakan brush.
Walaupun dengan harga mesra poket, concealer ini mampu menutup segala kecacatan dan mengawal akses minyak pada wajah biarpun sedang berada di bawah cahaya terik matahari. Dengan teknologi beradaptasi nada kulit yang berkualiti lembut, Match Perfection Concealer dari jenama Rimmel ini juga membantu mengusir tanda-tanda keletihan dan kesan kilatan minyak untuk kulit kelihatan lebih sempurna. Aplikator kusyennya juga lembut, senang dan selamat digunakan di sekitar mata dan bibir. Kualitinya setanding jenama mahal.
Ringan, kalis air serta berpigmentasi tinggi, concealer HD keluaran NYX ini memang serasi buat para remaja yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan makeup. Terdapat dalam 5 tona berbeza, rumusan cecair yang selesa ini memberi liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam. Selamat digunakan setiap hari, concealer ini telah direka demi keserasian semua jenis kulit. Gunakan bersama berus kabuki atau beauty blender untuk hasil kemasan yang perfect dan flawless.
Maybelline Instant Age Rewind Concealer ini sudah tidak asing lagi buat para gadis serta pencinta makeup. Dihasilkan dengan formula aktif Haloxyl dan Berry Goji, ia membantu pengawalan sebum berlebihan serta memberi pertahanan terhadap kesan peluh dan panas. Selain membantu dalam memberi hidrasi di bawah mata, concealer ini juga bersifat non-comedogenic sesuai digunakan setiap hari sebagai pelengkap solekan. Gunakan bersama berus atau span, wajah anda akan kekal segar dan bebas kilauan sepanjang hari.
Dengan tekstur ultra nipis yang mengalir dengan mudah ke kulit, Revlon Colorstay Concealer memberikan liputan menyeluruh untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit wajah anda termasuk liang pori, patut jerawat dan lingkaran hitam. Diperkukuhkan dengan teknologi Time-Release, concealer ini membantu anda mencapai kulit yang kelihatan semula jadi serta bebas minyak selama 24 jam. Bebas paraben dan pewangi tiruan, kini kulit anda akan kelihatan lebih flawless dan airbrush!
Hadir dalam 10 tona pilihan, Mac Pro Long Wear Concealer ini telah menjadi pilihan ramai di dalam industri kecantikan kerana walaupun bertekstur ringan, ia mampu memberi hasil kemasan full coverage sehingga 15 jam. Hanya dengan satu atau dua titisan, sudah cukup untuk menutup segala cela dan noda gelap. Buat anda yang germar berseflie, concealer ini mungkin menjadi pilihan terbaik. Ia tidak akan memberi kesan cakey atau kilas balik, biarpun sedang berdiri di bawah sinaran terik matahari. Kini, wajah anda akan kekal cantik bersinar pada setiap foto.
Berformulaksi bebas minyak dan kalis air, concealer hebat dari jenama Smashbox ini diciptakan khas untuk mengeliminasi segala ketidaksempurnaan yang terdapat di wajah anda hanya dengan sekali usapan. Dilengkapi dengan teknologi Ultra HD yang berpigmentasi tinggi untuk mengurangkan lingkaran gelap, garis halus dan parut jerawat sehingga 24 jam lamanya. Buat anda yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berpeluh, concealer ini menyediakan kawalan lembapan serta hidrasi yang berkekalan. Hasilnya, kulit anda akan nampak lebih lembut dan sempurna bak sutera.
Seperti yang diketahui umum, Tarte adalah antara jenama popular yang mengandungi bahan vegan atau cruelty free, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari. Shape Tape Contour Concealer ini juga tidak kurang hebatnya. Ia membantu mencerah, melancar dan membantu kulit kelihatan lebih bermaya pada setiap aplikasi. Kandungan Mango Seed dan Shea Butter di dalam, memberi hidrasi secukupnya pada kulit dan memerangi kesan penuaan awal. Bebas dari minyak mineral, paraben dan gluten, concealer ini menjadikan kulit terasa segar sepanjang hari. Ianya terbukti berkesan untuk melindungi kulit selama 24 jam.
Satu-satunya concealer yang bertindak sebagai krim BB, bukan sahaja itu malah ia juga mempunyai SPF 50 yang membantu melindungi kulit dari cahaya matahari. Concealer yang terbaik untuk menutupi cela yang terdapat pada wajah anda. Anda tidak perlu risau kerana ia tidak memberi rasa iritasi pada kulit dan ia juga tahan lebih lama untuk penggunaan seharian. Concealer yang terbaik dengan teksturnya yang lembut.
Anda yang memiliki kulit kering, concealer ini pilihan terbaik. Selain dapat menutupi mata panda anda, produk ini mengandung vitamin E dan ekstrak biji epal yang berfungsi menghidrasi kulit. Selain kantong mata, concealer ini juga dapat menyamarkan garis-garis halus di sekitar mata anda. Psst! Saiz concealar ini sesuai untuk girl gang travel.
Concealer ini waterproof, memberi kelembapan sangat tinggi, berdaya coverage tinggi, serta tahan lama dengan formula yang super-blendable. Tampak sangat sempurna, bukan? Hanya satu titis sahaja, concealer ini dapat menutupi semua permasalahan yang ada di wajah anda. Selain itu, produk ini teruji secara dermatologi dan dikembangkan oleh ahli bedah plastik. Jom tampil menawan dengan riasan tanpa mata panda!
Sumber: ProducNation
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita dan kecantikan semestinya tidak dapat dipisahkan. Lumrah wanita juga sangat obses dengan kecantikan sehingga ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk usaha kekal nampak cantik. Seperti kita tahu trend yang hangat masa kini adalah suntikan vitamin C.
Kebanyakan pengguna mengambil remeh tentang kandungan sesuatu produk yang menjadi ikutan. Letak sahaja barangan atau produk kecantikan di negara ini, pasti laku. Banyak wanita ingin mendapatkan hasil yang lebih cepat apabila memakai sesuatu produk itu. Tidak dinafikan suntikan Vitamin C sangat popular kerana masih ramai golongan beranggapan kulit putih itu cantik. Ada juga yang taksub untuk kelihatan cerah sampai tidak memikirkan kesan jangka masa panjang.
Seperti yang anda tahu, Vitamin C adalah nutrien penting di dalam makanan. Vitamin C mempunyai banyak peranan dan fungsi penting untuk imun tubuh. termasuklah untuk proses penyembuhan luka, mencegah daripada kerosakan sel, membina kolagen dan juga boleh menghasilkan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter. Selain itu, Vitamin C juga boleh didapati makanan seperti buah Citrus, Brokoli, Strawberi, Brussels. Vitamin C juga boleh didapati dalam bentuk tablet oral atau tablet yang boleh dikunyah.
Tahukah anda bahawa suntikan vitamin C merupakan salah satu kaedah yang dianggap cukup berkesan untuk mendapatkan nutrisi dan vitamin yang mencukupi. Tambahan pula, apabila seseorang itu sedang menajalani proses pemulihan, luka mulut dan sakit. Bagi keadaan sebegini, suntikan vitamin C sangat membantu jika mengikut cara yang betul.
Walau bagaimanapun, risiko menyuntik vitamin C ini mempunyai kesan sampingan. Suntikan vitamin C melebihi dari 30 gram boleh menyebabkan seseorang itu mengalami hipertensi.
Prehypertension merupakan keadaan di mana seseorang itu mengalami tekanan darah yang tinggi tetapi masih dalam jumlah yang normal. Selain itu, berlebihan vitamin C dalam badan juga akan menyebabkan seseorang itu berasa loya, muntah, sakit kepala dan insomnia.
Jika anda ingin membuat suntikan vitamin C pastikan anda berjumpa dengan doktor dahulu untuk mengetahui berapa dos yang perlu diambil. Supaya anda dapat mengetahui risiko apa yang akan berlaku. Selain itu vitamin C dapat meningkatkan penyerapan zat besi yang dimakan oleh kita. Akan tetapi, sekiranya berlebihan dan anda mempunyai anemia ia akan menyebabkan risiko hemolisis.
Hemolisis adalah kerosakan sel darah merah yang menyebabkan pelepasan haemoglobin dan komponen lainnya ke dalam cairan di sekitarnya.
Terlebih suntik vitamin C juga akan menyebabkan kencing anda berasid. Ini akan menyebabkan ubat-ubatan yang diambil akan kurang keberkesanannya dan menyebabkan peningkatan dari segi kesan sampingannya.
Akhir kata, tidak salah untuk anda ingin menjadi cantik tetapi jangan sehingga memudaratkan diri. Jadilah individu yang bijak dan sekiranya anda mempunyai keraguan pergilah jumpa dengan doktor atau pakar agar tiada kesan buruk yang terjadi. Anda juga dapat mengetahui berapa dos yang diperlukan buat badan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.