Menyimpan duit boleh menjadi sesuatu aktiviti yang sukar buat seseorang yang suka berbelanja ataupun boros. Pasti ada sahaja barang yang hendak dibelinya. Hmm, susah juga ya kalau nak menabung macam ni.
Jangan bimbang sis. Ada cara yang mudah untuk anda menabung walaupun boros berbelanja. Ikuti sahaja perkongsian daripada Qila ini untuk ketahui caranya.
Ads
First , log in Maybank2u mcm biasa pehtu click Accounts & Banking
Ads
So nanti dia akan keluar mcm ni , tekan button go tu
Ads
Haaa kan senang kalau macam ni. Jadi, kita pun tidak akan risau jika terlebih guna wang di dalam bank kerana ia sudah disimpan siap-siap. Mudah sangat!
Siapa tidak kenal dengan aktres cantik dan berbakat besar, Nur Fathia Latiff yang terkenal dengan lakonannya dalam drama popular, Ariana Rose dan Gracias Barcelona.
Hijabista berpeluang bertemu dengan salah seorang adik kepada Fathia Latiff dalam satu sesi fotografi.
Di kesempatan itu, Hijabista turut ‘merisik’ keistimewaan Fathia Latiff sebagai kakak di mata adik-beradiknya.
Dr Fasiha Latiff yang kini berusia 29 tahun bertugas sebagai doktor perubatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Cantik persis kakaknya, beauty with brain pula tu. Beberapa tahun lalu, foto graduasinya pernah tular di media sosial.
Seperti yang kita tahu, Fathia Latiff antara aktres Malaysia yang mempunyai adik beradik perempuan cantik dan bekerjaya hebat.
“Kak Fathia kini rancak menguruskan bisnesnya sendiri. Hatinya juga masih belum dimiliki kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap karier,” kongsi Dr Fasiha yang turut memiliki bisnesnya sendiri iaitu Mulan Scarf by Fasiha Latiff, dan THREE O Medical Scrubs.
Berikut 5 keistimewaan Fathia Latiff yang dikongsi oleh adiknya ini:-
TAK KEDEKUT
“Dia memang seorang yang pemurah dan tidak kedekut langsung dengan keluarga. Bila-bila masa saja kalau dia pergi shopping, mesti adik beradik dapat pemberian darinya termasuklah parent.”
AMBIL BERAT
“Dia juga sangat ambil berat dengan adik beradik. Setiap hari dia akan tanya khabar kami dalam Whatsapp group. Tanya kami OK ke tidak dan sebagainya. Dia akan berkomunikasi dengan kami setiap hari.”
KELAKAR
“Dia juga sangat suka berjenaka. A very happy go lucky person, boleh bergelak ketawa bersama-sama.”
SUKA MAKAN
“Kalau nak tahu, kakak saya ini seorang yang suka makan. Dia suka mencuba semua jenis makanan. Selalunya dia akan cuba sedikit sahaja dan selebihnya dia akan kongsi dengan kami semua.”
BERJIWA SENI
“Dia seorang yang artistik. Ada sebuah piano di rumah di mana dia akan main setiap hari. Yang bestnya, dia tidak pernah masuk sebarang kelas piano pun tetapi tahu cara-cara nak bermain piano. Dia belajar sendiri saja.”
Untuk info, Dr Fasiha merupakan isteri kepada Dr Hazheem. Mereka bergelar suami isteri pada 19 September 2021 dan mengikat tali pertunangan pada Januari 2021.
Kredit Foto: Instagram Fasiha Latiff & Fathia Latiff
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebanyakan graduan yang baru mendapat kerja pasti teruja untuk membeli kereta selepas berjaya mengumpul gaji bulanan.
Tetapi, mereka sebenarnya tidak perlulah terburu-buru sebaliknya membeli kereta yang berbaloi dengan gaji dan bukanlah mengikut kehendak semata-mata.
Moga perkongsian ini membantu hijabi mahupun sesiapa sahaja di luar sana yang tengah buntu mahu beli kereta ataupun tidak. Jangan terjerat dalam bebanan hutang pulak ye sis!
Allah menguji hamba-Nya dalam pelbagai cara untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan seseorang itu. Dan Allah jualah yang berkuasa untuk menyembuhkan sesuatu itu. Seperti perkongsian lelaki ini di twitter Amirul Ashraf yang tidak menyangka akan sembuh dari penyakit yang dideritainya selama ini. Dia mengucapkan rasa syukur kerana telah bebas dari penyakit Neuroma Akustik.
Neuroma Akustik atau Vestibular Schwannoma merupakan ketumbuhan benigna yang membesar daripada sel-sel Schwann yang meliputi vestibular, saraf pendengaran (kelapan). Ia sering membesar bermula di terusan pendengaran tempurung kepala (yang terlepak di saraf kelapan) dan kemudiannya mengembang ke dalam untuk menekan otak.
Dalam tulisannya di twitter, Amirul memberitahu cara pemakanannya dengan minum air putih dan mengambil sayur-sayuran salah satu sebab dia boleh bebas dari penyakit berkenaan, selain dari berdoa pada Tuhan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.