Beberapa bulan telah berlalu, pendakwah yang juga kakak kepada Ria Riciis iaitu Oki Setiana Dewi mula menikmati kehidupan barunya di Mesir. Oki kelihatan gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Aktif Sertai Persatuan Pelajar
Sebulan di Mesir, Oki Setiana Dewi berkongsi kebersamaannya dengan rakan-rakan yang juga dari Indonesia. Mereka adalah ahli Masisir atau pelajar Mesir Indonesia.
Nikmati Suasana Malam Di Mesir
Bersama tiga anaknya iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, Khadeejah Fatimah Abdullah, dan Sulaiman Ali Abdullah, Oki bahagia menikmati suasana petang dan malam di Kaherah, Mesir.
Sokongan Penuh Suami
Kehidupan Oki di Mesir menjadi lebih mudah dengan kehadiran suaminya, Ory Vitrio. Walaupun sebelum ini mereka terpisah kerana tidak dapat pergi bersama, kini Ory Vitrio telah menyertai Oki di sana.
“Yeaay, akhirnya baba @oryvitrio dan @sulaimanaliabdullah telah tiba di Mesir,” tulis Oki.
Untuk info, Oki Setiana Dewi sebelum ini pernah mengumumkan perancangannya untuk berhijrah ke Mesir kerana mahu mendalami ilmu agama serta menyambung pengajian sekaligus meninggalkan kerjaya seninya.
Urusan penghijrahannya itu sebenarnya sudah dirancang sekian lama bersama suami, .
Sebelum terbang ke Mesir, Oki Setiana Dewi telah menyiapkan banyak perkara antaranya mempelajari bahasa Arab. Dia turut memindahkan anak-anaknya ke sekolah Arab di Jakarta.
Bintang filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ ini mengakui tidak ralat membuat keputusan tersebut di saat kerjaya seni dan aktiviti dakwahnya sedang berkembang.
Sepanjang ketiadaannya, Yayasan Maskanul Huffadz yang ditubuhkan untuk tujuan pendidikan keagamaan tetap diteruskan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum mengetahui penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza seorang yang aktif dalam bersukan, sama ada bola jaring atau berbasikal. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk mengekalkan stamina dan kekal sihat. Jika dilihat di laman instagramnya, beliau gigih melakukan aktiviti berbasikal setiap hujung minggu sambil ditemani suami tersayang dan rakan-rakan.
Rupa-rupanya salah satu tujuan (selain untuk kekal sihat), Siti juga sebenarnya menyertai perlumbaan basikal RHB – Langkawi Fun Ride di pulau lagenda ini. Dan ternyata latihan dibuat berbaloi kerana beliau berjaya menamatkan kayuhan basikal sejauh 72 kilometer hanya selama 3 jam 13 minit 30 saat.
Dalam posting yang dimuat turun di laman sosial Instagram, Siti dedikasikan medal kejayaan menghabiskan kayuhannya itu kepada anakanda tercinta Siti Aafiyah.
Menurut Siti pada mulanya beliau hanya mahu masuk kayuhan sejauh 25 km sahaja memandangkan ia hanyalah fun ride. Namun dek kerana dorongan teman-teman lain yang mengatakan sudah alang-alang sampai Langkawi dan mengajaknya membuat kayuhan hingga 72 km.
Walaupun sebelum ini tidak pernah berkayuh lebih dari 50 km namun berbekalkan smangat Siti akhirnya berjaya menamatkan kayuhan sejauh 72 km. Biarpun pagi sebelum berlepas, beliau terjatuh kecil hingga luka di bahagian lutut tetapi disebabkan semangat berkobar-kobar, penyanyi yang baru habis menjayakan 3 konsert ini tetap meneruskan kayuhannya.
Apa yang melucukan, Siti berkata ketika mengayuh itu beliau asyik terfikir anak kesayangannya, Siti Aafiyah yang mahukan susu. Jadi ia jadi penyebab untuknya mengayuh lebih laju sambil mulutnya tidak putus beristighfar agar selamat menghabiskan kayuhan.
Seperti biasa posting di muat turun pastinya mendapat komen positif dari followernya. Ramai mengucapkan tahniah atas kejayaan Siti dan mendoakan kakinya yang sakit cepat sembuh.
nurul_akmar Alhamdulillah.. Hebat la ibu Aafiyah syg ni.. Dpt habiskan 72km.. Cayalah.. Syafakillah.. Moga luka kat lutut cepat sembuh.. Aamiin. Take care ct.. We love you to the moon and back.
azhuda @ctdkWow…you are the best laa ibu Aafiyah..bukan hanya di pentas nyanyian, di pentas kayuhan jln juga..banggalah Aafiyah ada ibu cm ni..kami pun tumpang bangga juga
shamsul.amin Perghh ni nampaknya bukan sekadar minat dah. Congratz Kakiti!
syakirinhusnal 3 jam lebih tuuuu!! Mmg dah nak cukup kuota untuk menyusu Congratulations ibu!!
ustazahmardhiyah Tahniah alhamdulillah syukur semangat kental dato ct syabas… Moga Allah permudahkn segala urusan.. Dan mg aafiyah jd ank yg solehah.. AAMIINN
Alhamdullillah.. Medal ni untuk anak ibu tau.. Banyak kenangan nak mendapatkan & menghabiskan kayuhan 72km ni anak ibu oiii.. Mula2 ibu nak masuk 25km saja , yelah .. fun ride la kann.. Lepastu 1 team kata alang2 dah sampai Langkawi jom kayuh sampai 72km..Whattttt!!! Dah la tak pernah lebih 50km.. berangan nak 72km..
Malah memang berbaloi muka Siti bertukar kemerah-merahan dan kaki mengalami sakit janji menjadi orang ke 22 daripada 1,000 peserta yang menyertai acara ini. Ini dapat dilihat melalui gambar dimuat turun oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq yang turut menyertai kayuhan berkenaan.
Berbekalkan semangat (redha je la) & bantuan trainer saya #faizboh@faizsyarifuddin(geng @anuarmanan86) saya kuatkan semangat .. Yang best sekali pagi tadi sebelum berlepas saya dah ‘jatuh bodo’ ?♀️.. luka la lutut.. camana la boleh jatuh padahal dah berhati2 sangat … takpee tebalkan muka semangat punya pasal ( sakit tauuu?)
Berlepas je hati dah dup dap dup dap .. takut jatuh lagi , tapi Alhamdullillah , Allah pelihara sepanjang jalan ..
Terima kasih sahabat saya @aiza_mokhtaryang bagi semangat suruh masuk 72km & habiskan .. (hebat mummy Aiza ni) .. Sambil kayuh sambil istigfar, sambil bising bila nak habis nieeee??.. hahahah… Yang sebenarnya ibu kayuh sambil pikir aafiyah kat bilik nak susu .. aafiyah nak susu .. hahaha.. itu buat ibu kayuh lagi laju tau aafiyah.. Sekianla coretan ibu aafiyah ni..
Akhirnya berjaya tamatkan juga 72km dengan masa 3 jam 13 minit 30saat di tangga 22 dari seribu lebih penyertaan…. Not bad uhh!! ???Syabas Siti Syabas .. sekarang.. persoalannya mana kaki ibu nie!! mana?? kaki dah tak rasa nak oiii… #rhblangkawiride2019#jomcarikakiibuaafiyah
Baru-baru ini nama penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti kembali menjadi bualan ramai, apabila seorang pengguna TikTok mendedahkan tentang kemuliaan hati milik suri hati kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu.
Menurut pemuda berkenaan, dia pernah menerima bantuan yang tidak disangka-sangka daripada Tok Ti ketika arwah anaknya sedang bertarung nyawa, susulan menghidap penyakit jantung berlubang hingga perlu menjalani pembedahan.
Menurutnya lagi, ketika itu dia dan isterinya sedang menemui jalan buntu tentang cara membayar kos rawatan pembedahan jantung yang perlu dijalani anak mereka di Institut Jantung Negara yang ketika itu amat menelan belanja yang mahal.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pemuda itu sendiri, menerusi sebuah hantaran komen pada akaun SITISM ERA
“Kisah di IJN pada 20 Jun 2012. Anak saya nak kena operation jantung berlubang. Saya dalam bilik tafsiran dengan isteri. Tiada pilihan, nak keluar EPF sebab kos.
“Terkenanglah kejap. Tiba-tiba wakil SimplySiti datang terus menawarkan bantuan kewangan, kos pembedahan. Berderai air mata jantan saya.
“Demi Allah perkara ini benar. Terima kasih Siti. Saya kenang sepanjang hayat saya. Hanya Allah mampu membalasnya.
“Kalau ada manfaat pada orang lain, share je lah. Lagipun anak saya pun dah tiada. Sempatlah dia berlari dan beraya. Tiga bulan dia ada bersama kami,” katanya.
Jelas pemuda itu, tindakan yang Tok Ti lakukan kepada anaknya amat bermakna buat dirinya dan keluarga dan akan sentiasa di kenang selagi hayat dikandung badan. Bak kata pepatah ‘hutang emas boleh di bayar, hutang budi di bawa ke mati’.
Individu berkenaan turut mendoakan agar Tok Ti sekeluarga sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
“Kami sekeluarga pernah terhutang nyawa dan budi dari Siti. Sehabis hayat saya akan kenang dan bersyukur. Saya doakan Siti Nurhaliza dan keluarga terus diberkati Allah,” katanya.
Sekadar info, Siti melancarkan kempen SimplySiti Di Hati yang menampilkan kolaborasi bersama IJN bagi membantu anak-anak yang kurang bernasib baik mendapatkan rawatan sewajarnya di institusi berkenaan.
Hanya pakai sarung kaki sahaja banyak memberikan manfaat kepada kesihatan kita? Ada juga kata ia boleh membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti?
Mungkin ada yang daripada kalangan kita yang sangkal tentang fakta ini bukan? Ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut tentang manfaat memakai sarung kaki bersama kami di Hijabista.
Menurut hantaran Public Health Malaysiadi Facebook, pemakaian sarung kaki ini mempunyai beberapa manfaat yang tersendiri. Ada juga antara dari kita yang sudah mulai menggunakan cara ini bukan? Jadi bagi anda yang tidak tahu ada banyak manfaatnya tersendiri.
Pemakaian stokin seringkali dikaitkan dengan kelebihannya ketika tidur. Rutin ini sebenarnya boleh membantu kita mengawal suhu dalaman tubuh.
Suhu badan teras seseorang boleh berubah pada waktu malam. Seorang individu boleh mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi di mana purata suhu adalah 98.6 darjah Fahrenheit, namun, ia berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.
Ya, tidak disangkal anda akan mencuba untuk pakai stokin ketika tidur selepas ini bukan? Tapi anda harus tahu terdapat beberapa perkara yang patut dielakkan sebelum memakai stokin, antaranya:-
Masalah seperti ‘angin masuk’ bagi wanita yang baru melahirkan anak tiada kena mengena dengan pemakaian stokin. Anda kena ingat, keselesaan diri adalah keutamaan untuk diri anda.