Sebuah video baru-baru ini menjadi viral menunjukkan seorang kanak-kanak dikatakan mirip dengan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok memaparkan seorang gadis berbaju oren dan berhijab yang wajahnya dikatakan tidak bersepah seperti arwah Siti Sarah, khususnya senyuman comelnya.
Bagaimanapun, identiti kanak-kanak itu tidak diketahui.
Melawat ruangan komen rata-rata netizen menitiskan air mata, dan apabila melihat kemunculan budak itu, rasa rindunya terhadap penyanyi Loyalty itu sedikit sebanyak terbantut.
Ads
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa daripada virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan melahirkan seorang bayi lelaki iaitu Ayash Affan pada usia lapan bulan. Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Istimewanya seseorang yang bergelar wanita itu sehingga Tuhan mengangkat nilai dan martabatnya disisi Islam. Ini juga dapat kita lihat secara jelas bahawa Islam mengangkat darjat dan kemuliaan kedudukan wanita sebagai seorang ibu melalui kalamullah ayat ke-15 surah Al-Ahqaf yang bermaksud:
”Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya menghamilkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”.
Masyaallah, begitu tinggi nilai seorang wanita itu dan kerana itulah kaum wanita ini perlu dilindungi dan dipelihara dengan sebaiknya. Seperti cerita ini, kisah yang dikongsi di twitter oleh @JajaBerkarya ini mengenai bagaimana bapanya mendidiknya menyentuh hati netizen hingga mendapat perhatian selebriti terkenal, Neelofa. Mari kita selami kisahnya.
Pelakon ‘K-Drama’ terkenal yang juga duta perlancongan Korea Selatan, Lee Jae Wook telah berkunjung ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya di PJPAC, One Utama semalam.
Menariknya pada sesi temuramah dan sidang media, Jae Wook memaklumkan bahawa dia berharap agar mempunyai lebih masa untuk menerokai Malaysia, memandangkan ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke negara ini.
Lebih menarik lagi pada sesi ‘meet and greet’ bersama peminat, Jae Wook sempat berkongsi di antara makanan tempatan yang dia mahu cuba ialah nasi lemak.
Bagaimanapun, para peminat berteriak bahawa makanan yang terbaik di Malaysia adalah ‘Mamak’ sebelum berseloroh mengajak pelakon itu turun padang ‘lepak mamak’ bersama-sama.
Sebelumnya penyanyi K-Pop terkenal, Jackson Wang yang telah datang ke Malaysia baru-baru ini berhasrat ingin melepak dan menikmati makanan di mamak. Dan perkara itu menjadi sorotan peminat sehingga mencadangkan perkara sama kepada Jae Wook.
Jelas Jae Wook lagi, sebaik sahaja dia menerima pelawaan menjadi duta Korea dan berkunjung ke Malaysia tahun ini, dia merasa begitu teruja.
Dek kerana keterujaan mahu bertemu peminat itu, Jae Wook sanggup melakukan ‘research’ terlebih dahulu, sebelum mendapati Malaysia mempunyai beberapa persamaan dengan Korea Selatan.
“Saya rasa Malaysia dan Korea ada banyak persamaan terutama dari segi landskap dan keindahan yang ditawarkan di kedua-dua negara.
“Saya harap mempunyai masa untuk menerokainya kelak.
“Bahkan di Korea juga ada banyak tempat cantik yang saya tak tahu pun wujud.
“Saya mengetahuinya melalui penggambaran drama dan filem yang saya lakonkan seperti sebuah tempat bernama Mungyeong,” katanya kepada Hijabista sewaktu ditemui pada sidang media semalam.
Selain itu, Jae Wook turut mendedahkan tujuan beliau mengambil peluang sebagai duta hub pelancongan dunia itu adalah untuk lari seketika dari kesibukkan dan hiruk pikuk kota.
Untuk rekod, pada 20 Disember 2022, Jae Wook terpilih sebagai duta pelancongan Korea Selatan, sekaligus mengalas tanggungjawab mempromosikan negaranya agar lebih ramai pelancong berkunjung ke sana.
Malaysia merupakan destinasi pertama yang dipilih bagi kempen ‘Annyeong Kawan’ sebaik sahaja Korea Selatan mengisytiharkan tahun 2022 dan 2023 sebagai tahun melawat Korea.
“Kami benar-benar berbesar hati mempunyai Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Pelancongan Korea. Dengan pelantikannya, kami berharap dapat meningkatkan lagi Korea sebagai destinasi pelancongan utama serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia berkunjung ke Korea bersama Lee Jae Wook,” kata Yang Kyung Soo, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Korea.
“Kami teruja untuk mempamerkan pengalaman unik dan menarik Korea melalui satu siri video di saluran media sosial menerusi sesi pertemuan bersama peminat(meet and greet session). Kami berharap menerima sambutan yang positif dari peminat di Malaysia terutamanya peminat K-drama dan K-Pop.” tambahnya.
Ketibaan pelakon, Alchemy of Souls itu disambut meriah dengan kehadiran 500 orang peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada Isnin lalu.
Hari perkahwinan memang menjadi hari yang bersejarah buat sesiapa sahaja yang melaluinya. Seperti pengantin ini iaitu Siti Naqiah, walaupun terpaksa bertongkat di majlis resepsinya bersama suami iaitu Dr. Amirul Ariff, dia tetap kelihatan cantik dan manis sekali!
PART 1 (Doktor Amirul ariff & Siti Naqiah) . sebak juga masa final fitting dengan naqiyah ?? .. 5hari sebelum wedding receptionnya kemarin dia cedera pada kakinya disebabkan nak selamatkan seeekor kucing . dan akhirnya dia terpaksa mengunakan tongkat untuk berjalan pada majlis istimewanya . Dia sanggup korban kan diri hanya kerna seekor kucing . Ya Allah sangat mulia nya naqiah. semoga Allah memberikan kebahagian n kekal till jannah . amin yra . . Pengantin turun dari singgahsana pelamin diiringi si suami. Walau bertongkat tetap anggun. .
Tak semua orang sanggup melakukan pengorbanan seperti Naqiah ini. Semoga kakinya cepat sembuh dan moga perkahwinan yang dibina ini berkekalan selama-lamanya.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.