Ramai yang percaya bahawa menu makanan rebus-rebus lebih bermanfaat untuk tubuh kerana khasiatnya terjaga dan tidak hilang semasa proses memasak. Selain itu, sayur-sayuran, daging, kekacang, ubi rebus umumnya rendah kalori tetapi masih memberikan rasa kenyang yang lama, jadi ia sesuai untuk dimakan ketika anda sedang menurunkan berat badan.

Agar target diet tercapai, pastikan pengambilan kalori harian anda tidak melebihi jumlah kalori yang dibakar. Selain itu, pastikan makanan yang kita ambil bukan sahaja rendah kalori, malah padat dengan nutrien.

Photo by katerina-holmes- from Pexels.

Sebelum buat keputusan untuk makan rebus-rebus sahaja semasa diet. Ini info yang perlu anda tahu:

1. Penurunan berat badan dalam progres diet tidak bergantung kepada jenis pemakanan. Tetapi defisi kalori yang anda dapat.

2. Jika kalori seharian anda adalah 2000 kcal. Dan haritu berjaya dapat 300kcal defisit. Maka penurunan berat boleh berlaku.

IKLAN

3. Semasa diet, makanan rebus boleh dijadikan pilihan. Terutama jika hendak jimatkan kalori. Namun bukanlah kewajipan.

Photo by castorly-stock-from Pexels.

4. Kalori daripada makanan yang direbus lebih rendah kalorinya berbanding makanan bergoreng.

5. Mereka yang sudah mula ada kolestrol tinggi, makanan rebus boleh jadikan sebagai pilihan utama.

IKLAN

6. Walau bagaimanapun masih tidak menjadi kesalahan sekiranya anda teringin dengan makanan bergoreng. Boleh sahaja buat selang seli.

Photo by cottonbro from Pexels.

7. Soalan utama perlu anda tanya apabila memilih untuk makan rebus-rebus setiap hari. “Aku mampu tahan ke dengan menu yang sama sahaja?”

8. Jika mampu. Teruskan sahaja dengan makanan rebus. Jika kurang mampu, anda masih boleh buat selang seli jenis makanan yang dimakan.

IKLAN

Begitulah. Menu diet  anda sendiri macam mana? Selang seli atau memang banyak fokus yang rebus-rebus? Buatlah pilihan yang bijak dan sesuai dengan diri anda.

Sumber kredit: Arif Sukri Top image: Photo by quang-nguyen from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI