Kentut bukanlah perkara yang patut dimalukan. Bahkan sebenarnya, kebanyakan orang kentut antara 5 dan 23 kali sehari. Ia merupakan perkara biasa dan satu proses yang berlaku secara semula jadi pada semua badan manusia. Namun, pasti ramai yang sering menahan kentut terutamanya bagi mengelak rasa malu ketika berada di tempat awam.
Sebenarnya, kentut adalah satu proses yang berlaku secara semula jadi pada semua badan manusia. Apabila anda mempunyai lebihan gas dalam sistem penghadaman badan anda, hanya ada dua tempat anda boleh melepaskan gas tersebut, salah satunya ialah melalui punggung anda.
Proses pembebasan gas ini dipanggil kentut. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berasa malu atau tidak selesa kerana sering membuang angin dengan kerap. Bayangkan anda berada di dalam lif kemudian anda melepaskan angin secara tidak sengaja. Tiba-tiba, ada seseorang bersuara dan berkata “Ew, busuknya! siapa kentut?!” Tentu merah padam muka anda. Disebabkan perkara seperti ini terkadang kita terpaksa menahan diri daripada kentut. Namun tahukah anda, menahan kentut boleh membawa kesan buruk untuk kesihatan?
Menahan kentut akan memerangkap gas di dalam usus dan akhirnya memberikan tekanan pada usus besar anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor mempengaruhi tempoh masa seseorang itu boleh menahan kentut, termasuk pengambilan makanan dan minuman, aktiviti hormon, dan keadaan perubatan.
Ads
Secara dasarnya, menahan kentut tidak mempunyai kesan kesihatan yang serius atau berbahaya. Namun, inilah antara sebab kenapa melepaskan kentut lebih baik daripada menahannya:
1.Menimbulkan Rasa Sakit
Gambar sekadar hiasan
Kesan sampingan yang paling biasa akibat menahan kentut adalah peningkatan tekanan pada usus yang menyakitkan. Kesakitannya bergantung, terkadang sakit biasa namun boleh jugak rasa sakit seperti ditusuk.
2. Kembung Perut
Gambar sekadar hiasan
Kembung perut berlaku apabila gas terperangkap di dalam usus menyebabkan perut mengembang. Ia bukan sahaja membuatkan anda kelihatan buncit, malah ia juga boleh membuatkan anda berasa tidak selesa dan hilang keyakinan diri.
3. Sering sendawa
Sumber gambar dari google
Anda sedar tak, kadang-kadang kentut hilang dengan sendirinya. Ini kerana badan boleh menyerap semula gas buat sementara waktu. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Digestive Diseases and Sciences, gas akan tetap mencari jalan keluar, jika tidak melalui perut yang buncit, gas tersebut akan keluar melalui sendawa atau hembusan nafas. Pasti anda akan rasa kurang selesa kerana sendawa juga akan mengeluarkan bau yang busuk. Nak berkomunikasi dengan orang pun tak best!
Ads
4.Risiko Divertikulitis
Sumber gambar dari Kompas Health
Pakar kesihatan mengaitkan isu menahan kentut ini dengan risiko divertikulitis. Divertikulitis adalah keadaan keradangan atau bengkak kantung yang terbentuk di sepanjang saluran penghadaman (biasanya di dalam usus besar) yang berkembang menjadi jangkitan. Hasilnya, anda akan merasa mual, muntah, sembelit, atau pedih perut. Sekiranya pesakit tidak dirawat, penyakit ini boleh menjadi lebih teruk dan membawa kepada jangkitan yang mengancam nyawa.
Petua elak kentut berlebihan?
Anda boleh mengelakkan diri dari kentut berlebihan dengan mengelakkan makanan yang menyebabkan ‘letusan’ gas terutamanya produk yang mengandungi gluten, jauhi tabiat yang memerlukan anda membuka mulut berulang kali, seperti mengunyah gula-gula getah dan merokok. Selain itu juga, anda disarankan untuk melakukan senaman bagi membantu mempercepatkan penghadaman dan memastikan proses optimum. Berjalan-jalan selepas makan boleh membantu mengurangkan gas dan kembung perut.
Tambahan itu, menurut laman HelloDoktor, antara makanan yang boleh dielakkan bagi mengurangkan kekerapan kentut ialah:
Ads
Bawang putih
Kubis
Cendawan
Aprikot
Mangga
Epal
Tembikai
Gandum
Produk tenusu
Makanan mengandungi pemanis tiruan
Kesimpulannya, terdapat beberapa kesan menahan kentut seperti menimbulkan rasa sakit, kembung perut, sering sendawa dan risiko diverkulitis. Sentiasa Namun sekiranya anda mengalami masalah dan mula rasa perubahan pada badan anda atau sakit yang teramat, jangan teragak-agak untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berdekatan.
Setahun yang lalu pelakon berbakat besar ini mencetus kontroversi cukup menggemparkan. Setiap hari ada sahaja cerita mengenai dirinya keluar di media sosial. Bagi empunyai diri, Izreen Azminda tetap tegar melalui pelbagai episod penuh cerita dalam melayari kehidupan baru sebagai seorang isteri buat kali kedua. Baginya apa yang berlaku ada hikmah tersendiri dan segala yang terjadi ini sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Bagi Izreen setahun berdepan saat sukar ini dan mengakui memang cukup terkesan. Apatah lagi dalam situasi dunia digital tanpa sempadan yang membolehkan semua berkata apa sahaja tanpa tapisan. Dan dalam hal ini dia mengakui begitu bersabar menanganinya.
Setahun yang mencabar.
Kata kunci adalah sabar
“Sebenarnya dulu Izreen jenis tak penyabar. Akan tetapi bila benda-benda ini berlaku mengajar Izreen erti kesabaran. Memang Izren tak ada pilihan lain dan hanya perlu bersabar menghadapi segala dugaan. Walaupun sebenarnya Izreen sangat benci perkataan ‘sabar’ itu.
“Itu yang Izreen belajar. Dan sampai sekarang Izreen motivate diri sendiri kerana apa yang berlaku ada hikmahnya. Dari kejadian ini membuat kita lebih mengenali siapa sahabat yang kekal baik dengan kita, siapa yang tikam kita dari belakang dan adakah keluarga akan sentiasa dengan kita. Memang Izreen akui banyak benda Izren belajar,” ujarnya Izreen ketika ditemui sempena majlis pelancaran koleksi raya terbaru Mek Kembang Cotton di Ampang Glass House.
Turut memperaga koleksi raya #MKCRAYA2019 di Ampang Glass House baru-baru ini.
Keluarga & kawan-kawan berdiri teguh beri semangat
Menurut pelakon Eksperimen Cinta ini dia sangat-sangat bersyukur kerana keluarga begitu memberi sokongan dan kata-kata semangat. Malah mereka yang memberi kekuatan untuk Izreen berdepan semua dugaan ini.
“Alhamdulilah keluarga tidak putus-putus sentiasa beri sokongan pada Izreen. Mereka sentiasa ada di belakang Izreen kala sudah dan senang. Begitu juga dengan kawan-kawan. Mereka berdiri teguh di belakang Izreen.
“Biasalah sebagai manusia kita ada membuat salah, tetapi kawan-kawan tidak sesekali tinggalkan Izreen. Apa yang kita buat salah kawan-kawan ada menegur dan mampu beri nasihat. Selebihnya pada Izreen. Apa yang membuat Izreen terharu, kawan-kawan sedikitpun tak pulaukan dan tidak akan tinggalkan Izren.
Keluarga & kawan-kawan beri sokongan padu padanya.
“Izreen juga turut berterima kasih pada netizen yang tidak semua bersikap negatif. Walaupun Izreen menutup ruang komen, tetapi mereka ada DM beri kata-kata positif dan semangat.
“Benda-benda inilah yang iringi perjalanan Izreen dalam bidang seni sampai sekarang,” tambahnya yang masih aktif di laman sosial Instagram tetapi menutup ruang komen. Tambah Izreen mengakui penangan kuat masih diterima oleh netizen di ruangan sosial media.
Masih tutup ruangan komen di IG.
Aktif di IG tapi tutup ruang komen
“Kalau di luar tidak ada apa-apa perkara buruk atau orang ludah kita. Jumpa buat macam biasa. Berlainan dengan netizen di medial sosial, agak kuat penangan diterima. Memang Izreen cuba skip dan tengok benda-benda negatif dan kalau dulu memang agak tertekan. Jadi kata kuncinya memang kena banyak bersabar.
“Lebih-lebih lagi bila Izreen mengandung ni, memang tak suka lihat perkara-perkara negatif. Kalau Ude pula, dia tak tutup ruang komen dan buat macam biasa. Mula-mula memang banyak negatifnya tetapi lama-kelamaan penerimaan orang macam biasa,” kata Izreen yang kini sedang hamil anak keduanya enam bulan. Jadi buat masa ini berehat dari menerima sebarang tawaran berlakon.
Hamil kali ini banyak bezanya.
Ude seorang suami yang baik
“Kandungan kali ini lain berbanding anak sebelumnya. Kalau dulu tujuh bulan masih boleh terima tawaran berlakon. Tetapi kali ini berbeza kerana kandungan Izreen mengalami masalah bleeding dan doktor memang pesan supaya berehat saja. Inysa-Allah lepas ini kalau sesuai dengan watak, skrip pun bagus akan kembali berlakon.
“Izreen memang sangat bersyukur dengan kehidupan yang dilalui kini. Bagi Izreen Ude seorang suami yang baik. Dia tidak pernah tinggal Izreen walau apa yang berlaku. Daripada dia bukan sesiapa dan tak pernah berdepan semua ini, dia tetap setia dan tidak tinggalkan Izren.
“Kami sama-sama hadapi segalanya. Kami berdua juga kini banyak dekatkan diri dengan Allah. Sembahyang berjemaah bersama-sama dan meminta petunjuk dari Allah supaya yang baik beri pada kami dan hindarkan apa-apa yang tidk baik. Palig penting doa ibu bapa sentiasa mengiringi perjalaan hidup kami sekeluarga,” jelasnya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan.
Tidak semua hijabi sesuai dan berani menggayakan hijab warna putih. Bagi mereka putih cepat kotor dan agak sukar untuk menjaganya dengan baik. Namun bagi Pengasas Bersama FashionValet dan pemilik jenama dUCk Scarves, Datin Vivy Yusof gemar sekali memilih warna putih dan memadankannya dengan busana bersesuaian.
Kekerapan beliau yang bijak memadankan tudung warna putih dengan busana lain menyebabkan ramai tertanya-tanya apa tip yang boleh dikongsi bersama dengan hijabi di luar sana.
Vivy Yusof yang semakin jelita dan berseri sejak mengandung anak ketiga ini tidak lokek berkongsi petua bagi mereka yang gemar memilih hijab putih untuk menutupi mahkota. Beliau ditemui ketika majlis Pembukaan Butik Fizikal Yang Ketiga dan Terbesar di sebuah pusat beli belah.
TIP MENGGAYAKAN TUDUNG BERWARNA PUTIH:
1. Jauhkan anak dari tudung anda.
2. Pakai innner putih kerana lebih nampak elok dan konsisten.
3. Pilih baju warna polos.
4. Apabila makan perlu lebih berjaga-jaga.
5. Kalau sesiapa nak cium, jauhkan diri sedikit kerana boleh elakkan mekap yang dipakai.
Persediaan bulan Ramadan bukan sehari sebelum datangnya Ramadan, malah kita dianjurkan membuat persediaan sebaik-baiknya persediaan itu di buat awal-awal sebelum Ramadan. Bulan istimewa ini datangnya 3 golongan yang kita tidak jangka.
Bulan Ramadan adalah mulanya golongan yang tidak pernah beribadah kepada Allah tetapi mereka berazam untuk beridah kepadaNya, bulan ini adalah satu permulaan untuk berubah. Golongan kedua, golongan yang sentiasa beribadah meningkatkan ibadah berganda dan golongan ketiga membentuk golongan yang maksum.
Jadi apakah persedian yang telah kita siapkan untuk menyambut Ramadan. Jom berikan salam pada bulan Ramadan:
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita? Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Selalulah membaca doa ini agar kita disampaikan pada bulan keberkatan:
“Allahumma Ballighna Ramadhan”
— Merupakan doa dan harapan.
Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan. Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini?
Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Checklist Persedian Menyambut Ramadhan
Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂
Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Persedian Ramadan Ketika PKP
Meskipun ramadan kali berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, jangan kita rasa bersedih tidak dapat mengunjungi bazar ramadan, tidak dapat menunaikan terawih di masjid dan tidak dapat membuat keistimewaan yang pernah kita lalui tahun-tahun lepas.
Anda juga disarankan membuat persediaan fizikal, jaga kesihatan kekalkan kecergasan diri supaya anda lebih bertenaga untuk beribadah di bulan puasa.
‘Stock up’ makanan untuk menyambut ramadan, walaubagaimanapun anda tidak digalakkan membazir. Belilah secukupnya.
Wujudkan SOP di dalam rumah, agar keadaan akan lebih teratur dan bagi mereka yang sudah berkeluarga dan dengan wujudnya SOP anak-anak akan lebih berdisplin.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah masa kita mendidik perkara yang baik di mana anda dianjurkan kumpul pahala bersama keluarga. Jalani ibadah kerana Allah mudah-mudahan bulan Ramadan kali lebih bermakna dari Ramadan yang lepas. Amin Ya Rabal Alamin!
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...