200 Ribu Helai Tudung Terjual Dalam Masa Sejam, Ramai Puji & Kagum Cara Fazura Berniaga

Share

Baru-baru ini selebriti popular, Nur Fazura meluahkan rasa syukurnya apabila koleksi terbaharu hijabnya, ‘Rahmat Ramadhan’ habis terjual 200,000 helai hanya dalam masa sejam sahaja.

Dengan rasa rendah hati, pelakon filem Gol & Gincu ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan buat dirinya.

MasyaAllah.. Tabarakallah.. Segalanya milik Allah SWT. 🤍✨

The “Rahmat Ramadhan” of 200,000 pieces has officially SOLD OUT within just 1 hour!!! 🤲🏻😭😭

Congratulations to my big family at @fazurabesties and semua anak anak agents kita.

Dengan rasa rendah diri Faz ucapkan Terima kasih buat anda semua yang Faz kasihi for your endless love and support, my darlings. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻💖💖💖

Semuanya hanya untukmu.

#miliksemua

Kejayaan ini juga turut menjadi bualan ramai di media sosial apabila ada warganet yang membuat anggaran mengenai jumlah keuntungan yang diperoleh oleh jenama Tudung Fazura tersebut.

Rm27 sehelai je..tp bjaya jual 200ribu dlm hanya sejam..senang2 je fazura dpt RM 5.4juta 😱

Di ruangan komen, ramai yang teruja dengan perkongsiannya dan tidak menafikan sememangnya Fazura layak menerima keuntungan sebegitu apatah lagi fabrik hijab jualannya sangat berkualiti tinggi dan dijual pada harga yang mampu milik.

IKLAN