‘2 Ratu Dalam 1 Gambar’-Peminat Jadi Tak Keruan Bila Yuna Bertemu Jennie Blackpink!

Share

Sedang menghadiri pertunjukan fesyen di Paris sempena Paris Fashion Week (PFW), penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yuna telah memukau semua mata yang memandang apabila hadir ke pertunjukan fesyen jenama Chanel dengan gaya yang sangat on point

.

Bukan itu sahaja, Yuna buatkan semua peminatnya menjadi lebih tidak keruan apabila dia bergambar dengan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie. Wow! Bukan biasa-biasa ni.

Kedua-dua selebriti ini anggun dalam busana dari Chanel apabila hadir sebagai jemputan bagi koleksi Chanel Spring Summer 2020 daripada jenama mewah tersebut.

Dua Queens dalam satu gambar?!

Ramai peminat yang mahukan mereka berdua berkolaborasi dalam industri seni. Hasilnya pasti mantap bukan!

Di acara itu juga, Yuna sempat bertemu dengan penyanyi rap popular iaitu Cardi B. Memang hebatlah!

IKLAN