Duo pereka tersohor, Rizman Ruzaini memang sangat terkenal dalam kalangan selebriti dan juga VIP. Setiap rekaannya cukup unik, anggun dan memenuhi cita rasa pelanggan setianya. Antara selebriti yang cukup sinonim menggunakan khidmat dengan pereka ini adalah Fazura, Ziana Zain, Erra Fazira dan juga Siti Nurhaliza. Selain itu, pereka Rizman Ruzaini juga turut menjadi pilihan selebriti atau VIP berhijab untuk menggayakan busana bersesuaian dengan imej mereka.
Ayuh, kita lihat #OOTD selebriti atau VIP berhijab yang menggunakan khidmat Rizman Ruzaini sama ada untuk mnghadiri majlis tertentu ataupun ketika Syawal lalu.
Breakout, Hidrasi, pengelupasan, pemutihan dan membentuk muka cerita cantik girl gang di media sosial. Hijabista kongsi produk kecantikkan dan langkah selamat untuk kekal cantik dan berseri di bulan puasa dan menjelang raya.
Krim ini manfaatkan kulit anda dalam dua cara; Tekstur dalam warna merah jambu semulajadi yang menyegarkan kulit; Penjagaan oksidan yang membantu menyelesaikan masalah kulit yang kusam. Produk ini yang menggunakan cahaya Rosy™ dan warna merah jambu semulajadi berasal dari Calamine. Ia telah diuji untuknya memelihara dan menyegarkan serta fungsi tambahan untuk anti-kedutan.
• THIS WORK Morning Expert Hyaluronic Serum
Melindungi dan mengukuhkan fungsi serum hyaluronic morning expert adalah dirumus dengan 2% Hyaluronik Asid untuk menyokong pengisian semula kandungan air kulit selepas semalaman. Menyokong pengeluaran kolagen untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Antioksidan Vitamin C membantu mencerahkan kulit untuk kulit kelihatan muda, berseri semulajadi.
Fresh Sugar Lip Treatment Sunscreen SPF 15, melindungi dan melembapkan bibir dengan gula semula jadi humectant. Campuran minyak berkhasiat, termasuk meadowfoam dan minyak black currant, mengekalkan tahap penghidratan dan bibir yang kelihatan sihat, sihat manakala minyak grapeseed, kaya dengan antioksidan, dan vitamin C dan E, memberikan perlindungan daripada radikal bebas yang menyebabkan kedut. Formula ini memberikan perlindungan penting, sepanjang tahun daripada effek sinar UV.
• FRESH Sugar Mint Rush
Balm berkhasiat tahan selama 24 jam ini memberikan kesegaran mint. Hanya sapukan di atas bibir walaupun di permukaan gincu berwarna, ekstra mint memberi kesegaran yang berterusan.
• Tarte String
Lip Serum pembiakan vegan dengan ekstrak tumbuhan laut untuk membantu melancarkan dan licin permukaan bibir.
• BECCA Ultimate Lipstick Love
Gincu asid hyaluronik menghidrat dan menghaluskan penampilan bibir sementara Alpukat & Minyak Zaitun menyuburkan bibir dan tahan lama.
• JIL STUART LIP BLOSSOM
Sentuhan lembut cahaya seperti kelopak bunga yang terletak di bibir. Bersinar dan lembap warna baru gincu yang segar dan terang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sentiasa bersemangat ketika mengacara dan tidak jemu mengukir senyuman, itulah Nur Hidayah Abu Bakar ataupun lebih dikenali sebagai Dayah Bakar. Bakal menyambut Syawal sebagai seorang isteri buat pertama kalinya, Dayah dan kakak sulung yang tercinta iaitu Nur Adelin (Lin) teruja berkongsi cerita buat pembaca Hijabista di lokasi yang indah iaitu di The Pearl, Kuala Lumpur mengenai memori raya mereka.
Walaupun teruja meraikan Syawal pertama sebagai seorang isteri, namun Dayah tetap tidak boleh melupakan memori rayanya sebagai anak bongsu apabila segala persiapannya pasti akan disediakan oleh kakak-kakaknya.
Akui Kak Lin, Dayah boleh sahaja duduk bersantai dan bermain lagi pada waktu kecil tatkala adik-beradik yang lain sedang sibuk membuat persiapan raya dek kerana posisinya sebagai anak bongsu.
Meskipun kini semua sudah berumah tangga, namun hubungan akrab itu tetap terjalin dengan cara berkumpul bersama di pagi raya selain mengadakan rumah terbuka pada setiap tahun. Untungnya, rumah mereka yang berdekatan memudahkan mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama.
Mengenai perkembangan Dayah yang terkini, ternyata sememangnya banyak yang telah dirancang dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.
“Ketika ini, Dayah sedang giat mengacara bagi rancangan Borak Kopitiam untuk setiap minggu dan pada bulan puasa nanti pula, Dayah akan muncul dengan program terbaru iaitu Sembang Sahur. Ini memang istimewa kerana ia hanya disiarkan ketika bulan Ramadan sahaja.
“Dayah juga sedang sibuk menguruskan perniagaan Modesty by Dayah Bakar, istimewanya ia adalah rekaan Dayah sendiri dan pada tahun ini juga kita akan muncul dengan koleksi baru iaitu bawal bercorak.
“Dayah bukan buatnya dengan suka-suka tetapi setiap rekaan itu ada inspirasi dan certia bagaimana terhasilnya sesebuah rekaan itu. Selain itu, Dayah juga mengambil peluang sempena Raya dengan bakal mengeluarkan baju raya sendiri berkonsep batik dan istimewanya adalah ianya sangatlah terhad dan tak akan sama dengan orang lain dan Dayah sendiri yang memilih kain tersebut,” ujar anak bongsu ini.
Ketika ditanya bagaimana beliau mengimbangkan waktu di antara kerjaya dan keluarga, Dayah akui personaliti suaminya iaitu Kapten Hanif Hamidi yang begitu memahami memudahkan kehidupannya sehari-harian.
“Jujurnya, sebelum kahwin lagi dia sudah faham dan sentiasa memberi sokongan dalam setiap perkara yang dilakukan. Nak bahagikan waktu itu tidak susah asalkan masing-masing ada toleransi, kerja memang kerja tetapi tetaplah suami itu keutamaan. Kita kenalah bijaklah bahagikan antara dua perkara itu.
“Untuk raya kali ini, Dayah tak tahu apa untuk digambarkan kerana ini adalah raya pertama sebagai seorang isteri. Dayahlah yang kena pilih nak raya mana dulu. Mungkin kita akan ‘osom’ untuk raya di mana (ketawa). Ianya bukan satu isu. Persiapan baju raya pun belum difirkan lagi bagaimana.
“Dayah sebenarnya sangat teruja untuk ke kampung suami di Kuala Pilah kerana tak sabar mahu menikmati pengalaman di desa yang betul-betul rasa suasana kampung kerana selama ini Dayah beraya di Sg.Besi, Kuala Lumpur. Jadi, memang terujalah,” tambahnya lagi.
Mengenai caranya meyambut Ramadan dan Aidilfitri, Dayah sememangnya gemarkan air tangan ibu dan jarang memilih makanan luar.
“Kalau waktu puasa, air soya wajib ada. Tak best kalau tiada. Begitu juga dengan tepung pelita. Boleh nangis kalau tiada. Tapi tidak elok makan tiap hari jadi Dayah cuba kurangkan. Dayah suka sekali masakan ibu Dayah macam nasi minyak bersama kurma ayah, ayam masak merah dan lain-lain lagi.
“Jika waktu raya pula wajib ada lemang bersama rendang ayam yang ada hati dan limpa dimasak pekat oleh ibu. Pergh! Itu memang favourite,” ujarnya yang teruja sekali sewaktu bercerita.
Dayah juga mengharapkan rayanya kali ini membawa seribu satu momen baru buatnya sebagai isteri.
“Ini kerana hubungan jarak jauh Dayah dan suami disebabkan kerjayanya, jadi tentulah Dayah berniat untuk masak buatnya setiap kali ada peluang apabila dia pulang. Walaupun mungkin hanya ikan goreng semata mungkin peluang itu hanya seminggu sekali tetapi saya berharap yang saya dapat menghidangkan masakan daripada air tangan sendiri untuknya.”
Menganggap hubungannya bersama kakak-kakaknya adalah sesuatu yang sangat istimewa, Dayah juga menganggap kakak-kakaknya sebagai teman karib yang tidak akan pernah hilang.
“Kakak tahu luar dan dalam diri kita. Merekalah orang yang boleh kita mengadu tanpa memberikan hukuman atau pandangan negatif terhadap diri. Dayah memang rapat dengan keluarga. Segala yang dilakukan adalah untuk keluarga. Jika ada masalah merekalah yang akan bantu. So, my sisters are my BFF, ujar Dayah dengan penuh terharu.
Ketika ditebak soalan bagaimana perjalannya dalam industri ini, Dayah akui ianya sememangnya bukan mudah dan ada cabaran tersendiri yang perlu dihadapi.
“Bukan mudah untuk Dayah tapi Dayah selalu fikir pasti ada orang yang lagi sukar jalannya. Cabaran untuk terus kekal relevan, bagaimana hendak jadi approachable. Tapi yang pasti, Dayah tak pernah berniat nak bersaing dengan orang lain, Cuma mahu menjadi versi diri yang lebih sahaja. It’s all about me.
“Pastinya Dayah pernah berhadapan dengan rejection, failure dan pengharapan tapi gagal. Jadi hos ini kena selalu pergi ujibakat macam kerja lain yang perlu menghadiri temuduga. Ada masa dapat, ada masa tidak. So, you must keep on going kerana ada jalan yang lebih sukar di hadapan. Bukan meminta, tapi haruslah bersedia,” jelas pelantun lagu Imamku ini.
Jika dilihat karakternya yang sangat bubbly dan ceria, ianya ternyata sama di realiti dan bukan dibuat-buat. Jelas Dayah ianya satu benda yang menarik apabila ramai orang yang berpendapat sedemikian.
“Dayah bersyukur bila orang kata begitu. Ia seumpama you will get what you see. Saya bukan buat ini untuk menghasilkan persona yang berbeza. Jadi, saya rasa seronok apabila orang dapat menghargai dan menerima diri saya yang sebenarnya,” ujarnya yang lahir pada bulan Ogos ini.
Ketika ditanya mengenai rutin kecantikan dan kesihatan, Dayah ternyata mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai hal ini.
“Ini isu yang penting sebab sekarang ini ramai wanita yang mempunyai inferiority complex termasuklah Dayah. Dayah bukannya rasa cantik dan sempurna sepanjng masa. Ada juga insecurity tersendiri. Sebenarnya, sangat penting untuk seseorang itu rasa yakin dan bagus tentang dirinya sendiri.
“Kalau rasa badan itu malas, pergilah bersenam. Dayah sendiri ada anjurkan aktiviti yang diberi nama ‘Fit Sis’. Dayah lakukan ini supaya mereka di luar sana rasa seronok untuk bersenam. Jangan fikir cantik itu hanya apabila flawless dan kurus sahaja. Yang peting hati itu haruslah cantik.
“Kalau cantik seperti model sekalipun, tapi hati itu sentiasa negatif, anda tak akan bahagia. Kesihatan itu nombor satu begitu juga dengan kecantikan dalaman. Melaluinya, anda boleh sebarkan kebahagiaan. Selain itu, makanlah secara sederhana. Jangan terlalu ekstrim. I love food! Tapi kita kenalah berpada-pada seperti mana ajaran Islam yang mementingkan keserdehanaan.”
Sebagai kakak yang sulung, pastinya perwatakannya lebih matang kerana perlu bertanggungjawab terhadap hal ehwal adik-adiknya. Seperti Lin, beliau merindukan momen-momen rayanya sewaktu kecil apabila perlu menyiapkan keperluan adik beradiknya.
“Akak ada empat adik lagi di bawah, dua perempuan dan dua lelaki. Kak Ngah tidak dapat terlibat sekali dalam sesi fotografi ini kerana dia sedang dalam pantang. Dahulunya kita akan beraya sedondon. Ibu akan belikan kain baju kurung yang sedondon buat kita adik beradik perempuan. Sebagai sulung, kita haruslah menolong siapkan adik dan juga tolong di dapur.
“Sekarang ini, situasi pastinya berbeza apabila semua sudah berkahwin. Biasanya, akak akan raya di Kuala Lumpur dahulu dan selepas Zuhur barulah ke kampung suami di Kampar, Perak. Dulu sebelum kahwin kita pasti akan pulang ke kampung ayah atau ibu tetapi berbeza dengan keadaan masa kini,” tutur ibu kepada empat cahaya mata ini.
Ketika ditanya mengenai perwatakan Dayah, Lin akui sememangnya Dayah seorang anak yang manja dan ceria seperti mana yang dilihat di kaca televisyen.
“Dayahkan anak bongsu jadi dia memang manja. Sebenarnya, setiap adik beradik dalam keluarga kami melengkapkan satu sama lain. Ada yang pendiam, yang suka berlawak dan lain-lain lagi. Cuma kadang kala adalah juga orang kata ada persamaan sedikit di antara akak dan Dayah.
“Kami juga tiada sebab untuk bertelingkah waktu kecil kerana dia selalu dapat semuanya jadi sebagai kakak sulung memang selalulah akak mengalah. Kami adik beradik juga bertindak menjadi pelindung buatnya. Abang-abangnya pun tiada yang membulinya sebab terlalu sayangkan dia,” ujarnya juga yang menjadi jurusolek secara sambilan.
Hubungan akrab di antara adik-beradik ini juga sentiasa terjalin walaupun masing-masing kini sudah berumah tangga. Jelasnya, hubungan sisterhood ini sesuatu yang istimewa lebih daripada segala-galanya.
“Dulu masa kecil, Dayah relaks sahaja kerana dia ada dua orang kakak dan dua orang abang yang akan sediakan segalanya untuknya.
“Minat kami mungkin berbeza tetapi ada juga persamaannya seperti suka melancong. Hubungan ini istimewa kerana kita membesar dan keluar dari rahim yang sama. Jadi, kita kongsi segalanya dan tiada rahsia antara kita selain membantu antara satu sama lain. Kita ada untuknya sampailah bila-bila.
“Semua rancangan di televisyen kita akan tonton. Selalunya dia sudah pesan awal-awal pada kita supaya bersiap sedia di depan televisyen,” tambahnya lagi.
“Mengenai persiapan raya tahun ini, mungkin akak dan suami akan ulang pakai baju yang sedia ada. Persiapannya pasti lebih buat anak-anak. Kalau kuih-muih, akak lebih suka kuih ‘tunjuk’. Kita tunjuk je! Bukan apa, kerana masa yang tidak menginzinkan. Di samping itu, kita boleh juga membantu ekonomi negara dengan membeli daripada pengusaha-pengusaha kecil ini,”
“Jika waktu raya, juadah kegemaran akak ialah kuah kacang. Di rumah akak, ibulah yang akan masak macam-macam. Tetapi jika di kampung suami, akak yang akan masak dan semestinya hidangan wajib adalah laksa utara,” jelasnya lagi yang berkerja sebagai seorang penganalisis ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selalunya bila nak bagi duit raya ni, pasti sibuk nak cari duit kecil dan duit baru kan. Apatah lagi fasa endemik yang membenarkan kita beraya bersama keluarga dan rakan taulan, pasti duit raya dihulur bagi mereka yang berkunjung ke rumah.
Penat dan malas beratur di bank, lagi-lagi mereka yang suka buat pertukran di akhir-akhir itupun kalau ada masa untuk ke bank, ada sesetengah orang tu malas nak beratur dan tunggu lama kan. Elok elakkan berjumpa ramai orang, kita masa dalam fasa berjaga, perkongsian lelaki ini cara tukar duit raya di ATM, mudah dan cepat.
Masih ramai yang tak tahu cara tukar duit raya di ATM. Mungkin ada dalam kalangan kita yang masih belum sempat nak pergi ke bank untuk tukar duit raya. Ye lah waktu kerja dah sibuk, malam nak solat tarawih pula, hujung minggu pula bank dah tutup. Tapi sebenarnya tak perlu tunggu waktu bekerja pun kita boleh tukar duit raya dekat mesin ATM sahaja sekarang ini.
Berikut perkongsian Mohd Shukur di Facebook.
LANGKAH 1:
Contoh gambar di bawah ialah Maybank Setia Alam ada 2 mesin ATM yg boleh dapat duit raya baru yang masih wangi.
Pilih ATM yg ada signage gambar 3 orang pakai baju melayu pegang duit raya tu (rujuk seperti gambar di atas mesin ATM).
LANGKAH 2:
Tekan withdraw / pengeluaran > dan pilih amount.
Ingat! Jumlah maksimum bagi setiap transaksi ialah RM300. Jadi, jika anda mahukan 60 keping note RM10 yang baru, pastikan lakukan dua kali transaksi.
LANGKAH 3
Pilih, dan terus keluar rm10 duit note baru serba wangi.
Berikut adalah senarai mesin ATM terpilih yang menawarkan perkhidmatan Raya ATM bagi tahun 2021. Untuk tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Perkara yang paling mudah dalam apa pun urusan, iaitu tak perlu beratur panjang dan meghabiskan masa bersesak. Namun yang masih mahu duit note RM1 atau RM5 masih perlu beratur. Nah apa lagi selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.