Siapa tidak mengenali pengacara dan pelakon Dahlia Eleanor Iking atau lebih sinonim dengan nama Daphne Iking. Cuba untuk menjadi seorang mualaf baru yang betul-betul mendalami Islam dan kekal istiqomah. Salah satu caranya adalah dengan meninggalkan whatsapp group yang menurutnya tidak memberi faedah.
Figura ini sering menjadi pengacara di majlis pelancaran hijab dan majlis rasmi yang lain. Malah umum pastinya keliru dengan penampilan dan anutan beliau.
Berbicara secara dekat bersama Daphne membuat admin tertarik ingin tahu lebih dekat pendekatannya mengenai Islam dan cara beliau menguruskan diri sebagai seorang saudara baru. Juga bagaimana cara didikan beliau terhadap dua anaknya, Putera Iman 4 dan Puteri Isabell ketika di bulan Ramadan lalu.
Usrah Untuk Terus Istiqomah
Mula mendekati agama dengan mengikut kelas usrah dan mendalami Al Quran. Dengan pengalaman yang dilaluinya beliau merasakan cara menyampaikan agama Islam yang agak kasar tidak akan terkesan di hati bagi mereka yang baru menganut agama suci ini dan ia adalah pandangan peribadi Daphne.
Kristian adalah agama anutannya sebelum memeluki Islam dan mendalami Al Quran. Daphne juga pernah mendalami kitab bible dan seronok serta teruja untuk mendalami Al Quran kerana kedua-duanya mempunyai persamaan.
Setiap kali beliau mendalami baris ayat serta maksud Al Quran dan jika ada sesuatu berlaku yang memberi pengajaran untuknya, Daphne akan terus mendalami kita suci ini.
Pengajaran dari Surah An Nisa sendiri, kita tidak boleh ada private conversation dan mengatakan hal orang lain. Lalu Daphne mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari beberapa kumpulan whatsapp selain mendiamkan diri.
Ini adalah bagi mengelak dirinya dari terjerumus dan merosakkan ibadahnya. Melainkan kumpulan whatsapp yang disertainya itu bertujuan untuk charity, kebaikan dan menyatukan ummah.
Seringkali muncul di majlis-majlis pelancaran tudung berjenama terkenal seperti Duck Scarves dan Nealofar Hijab, seringkali juga soalan yang sama diajukan kepadanya. Daphne bila mahu berhijab? Jawapannya, “Ya umum tahu saya telah memeluk Islam dan sering muncul majlis seperti ini, bukan tidak bersedia lagi meskipun koleksi hijab penuh dua laci”.
“Satu lagi nasihat paling melekat di minda saya, apabila ustazah saya memberi teguran, sempurnakan solat dahulu insyallah perasaan untuk berhijab akan datang dengan semulajadi.” Kongsi Daphne ketika ditemui ketika majlis pelancaran Doily Duck baru-baru ini.
Mempunyai pelbagai koleksi dari pelbagai jenama seperti Duck, Cakenis, Nealofar dan pelbagai lagi, beliau tidak meletakkan standard dan gaya untuk berhijab. Sebagai pengacara non hijab wear adalah salah satu hint atau petunjuk untuk Daphne berhijab satu hari nanti, Insya-Allah.
Bagi Daphne mendidik anak untuk bermula puasa tidak menjadi masalah baginya kerana suami sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar. Belajar berpuasa sejak zaman di USM, “Memandangkan saya mempunyai rakan Melayu jadi tiada masalah untuk saya berpuasa”.
Beliau mula berpuasa sebagai Islam 8 tahun lalu, Daphane dan anak perempuannya Isabell yang kini berusia 11 tahun tidak menjadi masalah baginya. Namun lain pula ceritanya bagi anak lelaki beliau, Iman yang berusia 4 tahun.
Iman mempunyai semangat untuk berpuasa seperti Ibu dan ayah serta kakaknya. Rajin bangun sahur akan tetapi Iman tidak tahu lagi konsep puasa yang sebenar. Puasa yang pertama adalah yang paling bermakna buat beliau kerana masa berkumpul bersama keluarga amat berharga baginya.
Pengalaman Memberi Pengajaran
Seperti muslim yang lain Daphne juga digalakkan oleh suami untuk mengerjakan terawih bersama. Beliau akui masih kurang pengetahuan mengenai Islam, terutama mengenai solat sunat mahupun solat wajib, tetapi suami mendorong untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh jemaah lain, sedangkan Daphne hanya hafal surah Al-Fatihah.
Beliau sedar banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki, namun sebagai mualaf Daphne berharap orang di sekeliling memahami dan memberi dorongan serta teguran secara kasih sayang. Bercerita mengenai pengalamannya berterawih yang lalu, beliau rasa tersinggung dengan teguran seorang jemaah lain mengenai penampilannya.
Daphne akui ketika itu beliau tidak sempurna dan memakai pengilat kuku. Salah seorang jemaah terlihat lalu menegur secara kasar, “Ini tak sah, sembahyang tak sah ini”. Dengan nada penekanan dan sedikit kasar ketika itu saya begitu tersinggung dengan teguran itu”. Ada juga teguran lain yang mengguris hati saya sebagai saudara Islam yang baru menganut agama Islam.
Dengan perasaan berbaur sedih dan protes saya bercerita kepada suami. Mujur suami seorang yang positif, memujuk agar jangan tersinggung dengan perbuatan mereka. Bagi Daphane tidak salah menegur, tetapi harus dibuat dengan nada kasih sayang dan lembut bukan secara kasar.
Staycation Raya
Raya bagi Daphne untuk dia berehat dari sebarang aktiviti. Sepanjang raya selalunya tiada aktiviti yang memenatkan, cukaplah sahaja dengan berehat bersama keluarga atau bercuti bersama rakan terdekat.
Destinasi percutian selalunya jarang dirancang seawalnya kerana dia dan suami suka membuat keputusan saat akhir. Walau bagaimanapun persediaan wajib beraya tetap disediakan seawalnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka.
Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk.
Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah.
Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal.
“Misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya.
“Tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya.
Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik.
Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah boss bukan Islam yang amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu.
Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam.
Walaupun kini sudah tidak lagi bekerja di stesen radio, Fara kini banyak terbabit dengan kerja sukarelawan untuk kerja-kerja amal. Dia juga turut mengendalikan rancangan bual bicara santai tetapi dalam versi digital, @dibilique
Semalam hari cukup bermakna buat keluarga jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri kerana selamat menimang cahaya mata keempatnya di sebuah hospital swasta di ibu kota. Sebagai seorang selebriti, Datuk Aliff turut merakam saat-saat isterinya, Datin Seri Shahida bertarung nyawa melahirkan anak bongsu mereka. Walaupun sedang bertarung nyawa dan menggunakan khidmat doktor perempuan untuk melakukan proses kelahiran, namun beliau memilih untuk menutup aurat pada saat genting berkenaan.
@fizazbd23 sebak.terharu ..semua ada…tahniah datin…tahniah dato..suke datin ni..tudung dia x lekang kat kepala..terjaga je sentiasa.walaupun sakit nk push .alhamdulillah…sy suke tgk datin …
Bukan itu sahaja, beliau juga turut menjaga aurat suaranya dengan tidak mengerang kesakitnya. Sebaliknya hanya mengetap bibir walaupun sakit tidak tertanggung.
@mekzurila Macam ni la cara meneran dengan betul. Mulutnya tertutup bukan terbukak..terjerit jerit…tahniah datin dan dato alif. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh. Ameen…
@annurshazwanis Xmenjerit langsung. Pndai teran. Mgkin nie kot tips bersalin tnpa koyakan dan jahitan. Tahniah. Alhamdulillah. Its so touched
Ada juga di kalangan netizen yang turut menitiskan air mata melihat perkongsian video ini.
@liza5837 Mengalir air mata tgk… alhamdulillah suka tgk dato bersama ketika saat melahirkan…. masa nilah suami perlu berada disisi memberi semangat dan kekuatan…
@hakimiad tahniah datuk n datin..tetiba jew mngalir air mata tngok vdeo nie…
@ainandersonTetiba mengalir airmata tgk video ni.. Satu perasaan sukar digambarkan..anyway.. Syukur dan tahniah dato dan datin.
Malah tambanya lagi sepanjang 12 tahun hidup betrsama pelbagai dugaan yang mereka berdua hadapi dan beliau tetap mencintai dan akan berada di sisi isterinya selalu.
Perkongsian video ini juga turut mendapat pelbgai respon dari netizen. Rata-rata meluahkan perasan cukup terharu dengan pengorbanan seorang suami yang setia berada di sisi isterinya menyaksikan detik penuh bermakna ini.
@qamar_anggun Sebaknya tengok. Semoga datin segera sembuh. Dan baby menjadi anak yang soleh macam ibunya. Tahniah Dato n Datin. Bersalin normal lain sakit nya. Czer lain sakitnya. Tapi dua dua dah rasa. Tetap satu kesakitan yang tak tertanding sakitnya. Hanya Allah yang tahu. Masa ni Bergantung sepenuhnya pada Allah sahaja. Ada juga lelaki yang tengok insaf sekejap je. Lepastu buat macam isteri ni sihat. Cuba fikirkan pengorbanan isreri atau ibu kita. Pasti lelaki menghargai pengorbanan wanita. Sakit perit bersalin paling menakutkan.
@chelynne.05 Memang sakit tak boleh bernafas. Amazing video. Thanks dan tahniah Datuk Sri @aliffsyukriterlajaklaris serta Datin Sri @shahidadherbs sbb sudi share walaupun ini adalah very private moment, saya rasa.
Siapa tidak kenal dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang pernah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 yang juga suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha.
Terbaharu menerusi hantarn di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsikan persiapan mereka untuk berangkat ke tanah suci buat kali pertama sebagai pasangan suami dan isteri, bagi mengerjakan ibadah umrah.
Menurut Aidil, meskipun sudah berpeluang banyak kali menjejakkan kaki ke tanah suci, namun ibadah umrah kali ini adalah yang paling istimewa bagi dirinya, kerana ditemani oleh ‘bidadari syurganya’ di akhirat kelak.
“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung perancangan mereka ke tanah suci Mekah ini, Aidil menjelaskan bahawa ini bukanlah perancagan yang dilakukan secara tiba-tiba, malah ia adalah perlaksanaan niat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 tempohari.
“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.
Selain itu, Aidil memaklumkan dia dan isteri, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada hari ini, dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang melaksanakan ibadah berkenaan.
Sekadar info, pasangan Aidil dan Fasha diijabqabulkan pada tanggal 30 Mac 2019, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.