Semalam hari cukup bermakna buat keluarga jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri kerana selamat menimang cahaya mata keempatnya di sebuah hospital swasta di ibu kota. Sebagai seorang selebriti, Datuk Aliff turut merakam saat-saat isterinya, Datin Seri Shahida bertarung nyawa melahirkan anak bongsu mereka. Walaupun sedang bertarung nyawa dan menggunakan khidmat doktor perempuan untuk melakukan proses kelahiran, namun beliau memilih untuk menutup aurat pada saat genting berkenaan.

@muhdameerthaqif Aurat di kepala masih di jaga . Pengorbanan seorang ibu mama umi mak. Tinggi darjatnya di sisi Allah

@farrasafura@safwansaharim ok apa..xde nampak aurat ok la.sje buat kenangan.hehe.

@fizazbd23 sebak.terharu ..semua ada…tahniah datin…tahniah dato..suke datin ni..tudung dia x lekang kat kepala..terjaga je sentiasa.walaupun sakit nk push .alhamdulillah…sy suke tgk datin …

Bukan itu sahaja, beliau juga turut menjaga aurat suaranya dengan tidak mengerang kesakitnya. Sebaliknya hanya mengetap bibir walaupun sakit tidak tertanggung.

@mekzurila Macam ni la cara meneran dengan betul. Mulutnya tertutup bukan terbukak..terjerit jerit…tahniah datin dan dato alif. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh. Ameen…

@annurshazwanis Xmenjerit langsung. Pndai teran. Mgkin nie kot tips bersalin tnpa koyakan dan jahitan. Tahniah. Alhamdulillah. Its so touched

good morning..the best doctor and nurse at gleneagles.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Ada juga di kalangan netizen yang turut menitiskan air mata melihat perkongsian video ini.

@liza5837 Mengalir air mata tgk… alhamdulillah suka tgk dato bersama ketika saat melahirkan…. masa nilah suami perlu berada disisi memberi semangat dan kekuatan…

IKLAN

@hakimiad tahniah datuk n datin..tetiba jew mngalir air mata tngok vdeo nie…

@ainandersonTetiba mengalir airmata tgk video ni.. Satu perasaan sukar digambarkan..anyway.. Syukur dan tahniah dato dan datin.

Ini boleh dilihat dalam perkongsian video yang dimuat turun oleh Datuk Aliff Syukri beberpa jam lalu.

Menurutnya beliau berada di sisi isterinya itu dan dapat merasai pengorbanan untuk melahirkan yang cukup bermakna.

Datuk Aliff juga memberitahu sukar untuk mengungkapkan momen ini yang dilihat isteri tersayang bertarung nyawa depan matanya sendiri.

IKLAN

Malah tambanya lagi  sepanjang 12 tahun hidup betrsama pelbagai dugaan yang mereka berdua hadapi dan beliau tetap mencintai dan akan berada di sisi isterinya selalu.

Artikel Berkaitan: Polos Tanpa Mekap, Wajah Datin Seri Shahida Tetap Cantik

Perkongsian video ini juga turut mendapat pelbgai respon dari netizen. Rata-rata meluahkan perasan cukup terharu dengan pengorbanan seorang suami yang setia berada di sisi isterinya menyaksikan detik penuh bermakna ini.

@qamar_anggun Sebaknya tengok. Semoga datin segera sembuh. Dan baby menjadi anak yang soleh macam ibunya. Tahniah Dato n Datin. Bersalin normal lain sakit nya. Czer lain sakitnya. Tapi dua dua dah rasa. Tetap satu kesakitan yang tak tertanding sakitnya. Hanya Allah yang tahu. Masa ni Bergantung sepenuhnya pada Allah sahaja. Ada juga lelaki yang tengok insaf sekejap je. Lepastu buat macam isteri ni sihat. Cuba fikirkan pengorbanan isreri atau ibu kita. Pasti lelaki menghargai pengorbanan wanita. Sakit perit bersalin paling menakutkan.

@chelynne.05 Memang sakit tak boleh bernafas. Amazing video. Thanks dan tahniah Datuk Sri @aliffsyukriterlajaklaris serta Datin Sri @shahidadherbs sbb sudi share walaupun ini adalah very private moment, saya rasa.

IKLAN

Tidak kurang yang cukup tersentuh melihat video ini. Bukan sahaja kaum ibu, tetapi juga kaum bapa.

@eidacookies Sedihnya tgk video ni..tersentuh sgt..teringat waktu melahirkan anak2..adoiiii meleleh2 pulao ayaq mata ni…tisu pleaseeee

@i_am_normaz Sakit bersalin mmg ibarat nyawa di hujung tanduk tuhan je fau sakitnya bersalin ni….tahniah dato @aliffsyukriterlajaklaris dan datin

@nurfarahin_siti Menitis air mata tgk kak @shahidadherbs .. Bsar pengorbanan sorg ibu..

@zarulezuwan mengalir air mata aku tgok ni..

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DATUK ALIFF SYUKRI

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI