Hanya sekali lafaz sahaja, kedua pasangan sejoli, Sweet Qismina dan Adam Lee di satukan pada hari Isnin bersamaan 24 Oktober 2022. Tarikh itu juga merupakan hari lahir buat Sweet, sungguh ‘manis’ hadiah untuknya.
Pernikahan mereka di sempurnakan bersama wakil abang kandung Sweet, Fahed Ashraf Supandi, dan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak. Ia juga disaksikan ramai orang melalui Youtube live.
Ada rahsia dalam setiap perhubungan
Sumber dari Hlive!
Selamat menjadi pasangan suami dan Isteri, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 25, terima mas kahwin sejumlah RM2,410.97. Jumlah itu merupakan satu tanda istimewa yang membuatkan majlis perkahwinan mereka sempurna.
Di temubual bersama Harian Metro, kedua pelakon ini memilih tarikh itu bersempena dengan tarikh lahir Sweet. Adam Lee, 28, menjelaskan tarik 24 Oktober itu juga menjadi tanda dia menggalas tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga bagi Sweet.
“Alasan kenapa saya memilih 24 Oktober sebab tarikh ini adalah hari Sweet di lahirkan dan pada hari ini juga saya mengambil tanggungjawab sebagai suami. Besar tanggungjawab saya, tapi Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan semuanya,
“Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu mungkin kami belum sampai tahap ini,” katanya.
Begitulah apa yang di ungkapkan oleh Adam Lee apabila di soalkan tentang ‘rahsia’ dalam percintaan. Sudah pasti ramai yang inginkan pasangan yang jujur dan ikhlas mencintai kita.
Sweet Qismina juga memberitahu bahwa perhubungan mereka mengambil masa selama empat tahun. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin sejurus menamatkan pengajian.
Ads
“Sewaktu kami mula berkenalan, saya masih belajar iaitu di tahun akhir. Mak saya tidak ada masalah untuk kami berkawan, tapi dengan syarat saya kena habiskan belajar,
“Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu perhubungan kami di permudahkan. Tidak ada istilah ‘on off’. Malah, tahun pertama kenal, kami sudah hebahkan di media sosial,
“Mungkin sebab itu juga ramai mendoakan kami kekal ke jenjang pelamin. Allah SWT makbulkan sampai sekarang,” ujarnya lagi.
Ads
Bukan sahaja memilih tarikh pernikahan serta jumlah mas kahwin dengan angka yang sama, bahkan, pada 24 Oktober tahun lalu juga menjadi majlis pertunangan antara mereka berdua. Mereka selamat meraikan majlis perkahwinan pada 29 Oktober ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Vitamin C terkenal dengan sokongan imun yang sangat penting dan kesan positif terhadap kesihatan kulit, malah Vitamin C memainkan peranan dalam segala-galanya daripada sejauh mana sendi anda bergerak ke badan anda. mood keseluruhan, menjadikan ini nutrien yang anda tidak perlu kedekut lagipun ia penting dari segi pemakanan.
Memastikan anda mendapat tahap vitamin C yang betul melalui diet dan suplemen boleh memberi impak besar bukan sahaja pada keanjalan kulit dan fungsi sistem imun, tetapi juga pada kesejahteraan keseluruhan badan anda. Masih ragu-ragu? Teruskan membaca untuk mendapatkan tujuh faedah vitamin C yang yang anda tidak ketahui:
Vitamin C memainkan peranan penting dalam sintesis kolagen, protein utama dalam tisu sendi. Kolagen adalah penting untuk mengoptimumkan mobiliti sendi, yang bermaksud mengekalkan tahap vitamin C yang mencukupi memastikan sendi anda sihat dan bergerak dengan mudah.
Sebagai antioksidan yang kuat, vitamin C juga boleh melindungi sendi anda daripada spesies oksigen reaktif . Fungsi utama vitamin C adalah untuk memusnahkan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas itulah yang mencetuskan laluan keradangan.
Walaupun kita mungkin mula berfikir tentang kesihatan mata di kemudian hari, hakikatnya, lebih baik kita memelihara organ berharga ini. Individu dewasa yang lebih muda berbanding yang lebih tua lebih berkemungkinan mempunyai status vitamin C yang lebih teruk iaitu, paras darah asid askorbik serum, jadi perhatikan mata anda dan mikronutrien penting ini lebih awal. dalam kehidupan adalah sangat penting.
Kenapa? Ternyata, mata anda sentiasa rosak, mensintesis, dan membentuk sel-sel barudan itu boleh membenarkan radikal bebas untuk berkembang jika dibiarkan. Oleh itu, mata memerlukan perlindungan antioksidan tambahan daripada radikal bebas dan spesies oksigen reaktif. Vitamin C boleh memberikan perlindungan antioksidan itu.
Malah vitamin C juga membantu memastikan kanta semulajadi mata jelas dan mengekalkan kesihatan penglihatan seiring dengan peningkatan usia. Menariknya, kajian Oftalmologi mendedahkan bahawa antioksidan lain seperti lutein, zeaxanthin, retinol, beta-karotena, dan alfa-tokoferol juga mempunyai kesan positif terhadap kesihatan mata, dengan sebatian pelawan oksidan ini memberikan manfaat penglihatan dan kejelasan yang mendalam.
Vitamin C adalah “sangat penting dalam mengekalkan zat besi dalam bentuk yang boleh diserap ke dalam darah dan digunakan dengan lebih baik dalam menyokong metabolisme yang sihat. Vitamin C juga mengoptimumkan pengambilan zat besi daripada protein yang mengangkut zat besi melalui darah, yang membantu mengagihkan nutrien dengan baik untuk kegunaan seluruh badan oleh sel kita.
Bagi vegetarian dan vegan terutamanya yang ingin mendapatkan sebahagian besar zat besi mereka daripada sumber tumbuhan yang kurang bioavailable, vitamin C boleh membantu dalam penyerapan zat besi.
Apabila anda menemui tahap tinggi mikronutrien tertentu dalam organ atau jenis sel, terdapat peluang yang baik ia bekerja keras untuk mempromosikan kesihatan di sana dengan cara yang disasarkan. Vitamin C ditemui dalam kepekatan tinggi dalam otak dan sel saraf dan rangkaian sel yang menyokong sistem saraf anda bergantung pada penyerapan dan pemindahan vitamin C untuk berfungsi dengan baik.
Aktiviti antioksidan Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan otak. Seperti di bahagian lain badan, vitamin C memerangi radikal bebas dengan bergabung dengannya dan kemudian meninggalkan badan melalui buah pinggang.
Vitamin C adalah penting untuk penghasilan neurotransmitter tertentu yang mempengaruhi mood anda. Menurut kejian yang dipercayai, bahawa orang yang mempunyai kepekatan vitamin C yang tinggi dalam darah mereka lebih berkemungkinan mempunyai mood yang lebih baik berbanding mereka yang mempunyai paras plasma yang lebih rendah iaitu, status vitamin C yang lemah . Mereka yang mempunyai tahap vitamin C yang mencukupi juga kurang berkemungkinan untuk melahirkan perasaan sedih, marah dan kekeliruan.
Vitamin C mempunyai peranan penting dalam kesihatan adrenal iaitu keupayaan tubuh anda untuk mengawal selia hormon stres kortisol. Kelenjar kecil yang melekat pada buah pinggang anda yang menghasilkan hormon yang membantu mengawal degupan jantung, tekanan darah dan fungsi badan penting yang lain mempunyai salah satu kepekatan vitamin C tertinggi bagi semua organ anda.
Kelenjar adrenal memerlukan jumlah vitamin C yang tinggi untuk menghasilkan hormon tekanan. Jadi, adalah wajar bahawa semasa tekanan tinggi atau masa tahap kortisol tinggi, kelenjar adrenal memerlukan lebih banyak vitamin C.
Penyelidikan saintifik juga telah mengaitkan kecukupan vitamin C dengan paras tekanan darah yang sihat. Vitamin C diperlukan untuk sintesis kolagen, dan kolagen membolehkan fleksibiliti dalam arteri anda, komponen utama tekanan darah yang sihat. Vitamin C juga membantu menggalakkan tindakan anti-radang dalam saluran darah, yang mempunyai kesan yang baik pada kawalan tekanan darah.
Vitamin C memainkan peranan dalam rangkaian yang benar-benar luas sistem fisiologi di seluruh badan. Jika anda ingin memanfaatkan kuasa vitamin penting ini, cuba suplemen vitamin C harian berkualiti tinggi seperti potensi vitamin C+ yang memanfaatkan kuasa berkeupayaan tinggi, ditambah lipid dan bioflavonoid sitrus, untuk penyerapan selular yang unggul dan keupayaan untuk melawan tekanan oksidatif.
Dan, jika anda bimbang tentang tahap vitamin C anda, berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan. Mereka sepatutnya boleh menyarankan ujian darah untuk melihat dengan tepat di mana anda berada dan membantu membawa anda ke tempat yang anda perlukan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah mengalami wajah yang rosak teruk akibat breakout, tetapi tidak pernah berputus asa untuk merawatinya. Setelah hampir lima bulan, akhirnya wajah gadis ini pulih selepas menggunakan produk murah yang hanya dibeli di drugstore. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, boleh mencuba pengalaman dikongsi gadis ini, Lana Hazis di facebook beberapa tahun lalu.
Usahkan biarkan breakout menganggu mood merai Syawal gara-gara tidak yakin untuk berhadapan dengan orang atau kala diajak tema-teman untuk berselfie. Apa yang penting rajin menjaga wajah supaya ia tetap kekal terjaga.
Memandangkan ramai yang bertanya skincare apa yang saya gunakan untuk kulit muka saya yang breakout. Saya kongsikan beberapa produk yagn saya gunakan sejak dari bulan Mac hingga ke hari ini. Mungkin boleh membantu anda yang sedang mengalami masalah kulit wajah yang teruk pada waktu ini. Ini berdasarkan pengalaman saya. Siapa yang kenal saya, tahulah macam mana rupa wajah saya sebelum ini.
Okay, ini adalah wajah saya semasa breakout. Teruk sangat-sangat. Berlaku pada bulan Mac yang lalu. Memang teruk habis dengan jerawat pun bengkak, memang stress masa itu. Pipi, dahi, dagu semua terjejas.
Ini gambar pada bulan Mei kalau tak silap. Wajah saya pun okay sikit, hanya sedikit sahaja jerawat yang timbul. Cuma parut sahaja memang jelas kelihatan walaupun letak foundation tebal mana pun, tetap akan nampak.
Gambar dalam bulan Mei juga. Muka dah kurang berjerawat namun parut masih menggila.
Ini gambar wajah saya yang breakout teruk. Tak pernah berlaku sebelum ini dan ini kali pertama saya terkena. Memang sakit bila nak cuci muka, guna tangan pun sakit. Dahi langsung tidak dapat disentuh, sengsara sangat sampai nak menangis pun ada. Dari muka putih, lalu menjadi gelap, kusam sebab nak elak gunakan skincare pemutih.
Cetaphil Cleanser ini saya gunakan sejak bulan Mac hingga sekarang. Ini dah botol yang ketiga. Percubaan pertama guna Cetaphil Cleanser 125 ml sahaja. Kemudian digunakan secara konsisten hingga sekarang, malah ketika kulit muka tak berjerawat sangat pun saya masih gunakan.
Harganya bagi 125 ml tak mahal, dalam harga RM18 sahaja. Kalau 250 ml ini saya beli semasa ada promosi dengan harga RM20 sahaja. Harga asalnya RM30. Serius cleanser ini sangat bagus sebab tak ada buih. Rasa gentle saja bila gunakan di muka. Paling penting ia produk dermatologist. Boleh dapatkan di Watson atau Guardian. The best cleanser bagi saya setakat ini.
Yang ini untuk kulit muka yang ada liang pori kecll atau yang halus-halus boleh cuba gunakan produk ini. Bukan setakat mengecilkan liang pori sahaja tetapi boleh mengurangkan parut yang kelihatan di wajah. The best scrub ever that I had. Highly recommended.
Selain itu boleh menggurangkan blackhead dan whitehead juga. Cubalah. Anda tidak akan menyesal selepas cuba menggunakan scrub ini. Tetapi jangan guna seketika sahaja, sebab ia tidak akan memberikan kesan yang ketara. Konsisten guna produk ini, barulah nampak kesannya. Harganya dalam RM15 dan boleh dapatkan di Watson dan Guardian.
Eucerin Cleansing Foam, boleh tahan mahal harga pencuci muka ini, RM34. Tetapi ia bagus sebab boleh mengurangkan tahap sensitiviti kulit wajah kita. Jenama Clinical tak ada produk agen pemutih. Jadi tak perlu hairanlah kenapa muka saya dulu kusam dan gelap semacam. Tetapi serius produk ini best. Memang habis licin muka saya dicuci. Saya guna produk ini dulu sebelum guna scrub St. Ives, kemudian Cetaphil.
Ini cleansing lotion kegemaran saya. Saya baru gunakan produk ini sejak bulan Mei. Serius best dan kurang jerawat di muka. Kulit muka saya yang kering menjadi lembab selepas mencuci muka menggunakan produk ini. Tetapi pastikan anda guna toner dulu, kemudian baru guna losyen ini.
Boleh juga guna losyen jenama yang lain, asalkan bersesuaian dengan kulit wajah. Tetapi saya lebih gemar menggunakan produk yang ini sebab harganya murah dan sesuai untuk kulit saya. Harganya dalam RM15 untuk sebotol. Seperti biasa, anda boleh dapatkan di Watson atau Guardian.
Ini toner yang saya katakan tadi. Toner untuk membuang segala kotoran selepas kita mencuci muka. Tetapi jangan gosok terlalu kuat, gosok perlahan-lahan sahaja. Serius best, bau pun best. Bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti saya. Alhamdulillah sekarang dah kurang. RM10 saja harganya kalau tak silap dan seperti biasa, boleh dapatkan di Watson atau Guardian.
Nak lembabkan muka di waktu malam, saya guna moisturiser dari Melaleuca. Ya, ini moisturiser yang paling best saya pernah rasa bila digunakan sewaktu tidur. Kulit wajah rasa lembut saja. Tak kering, tak kusam dan tidak berminyak juga. Ini adalah produk skincare organik. Harganya dalam RM28 kalau tak silap.
Ini pula moisturiser yang digunakan pada waktu siang sahaja. Yang Melaleuca tadi digunakan pada waktu malam sebab yang ini berminyak sikit. Jadi di waktu siang, saya akan sapu bedak sikit dan moisturiser ini untuk melembabkan muka dan tidak keringkan kulit muka walaupun anda guna bedak berkilo-kilo di muka.
Biasalah jenama Cetaphil, hampir kesemua produknya bagus. Buka setakat muka, tangan dan badan pun boleh guna. Cubalah dulu, jangan guna seketika sahaja sebab ia tidak akan memberikan kesan. Yang penting, konsisten cara penggunaan, barulah nampak hasilnya.
Ini untuk mengecutkan jerawat batu atau jerawat besat. Produk ini bagus dan ia lebih kurang seperti Dalacin T. Harganya boleh tahan, RM35. Memang bagus tetapi pedih sedikit. Sapukan pada bahagian jerawat sahaja. Sekarang dah jarang guna Pipi saya ada nixoderm.
Untuk menghilangkan parut, cuba guna blemish control stick ini. Ia berfungsi mengurangkan parut dan harganya pula RM29. Sama juga produk dari Melaleuca, sapu di parut sahaja. Jangan sapu pada keseluruhan muka dan hanya dipakai pada waktu. Waktu siang tak perlu, hanya pada waktu malam sahaja ia berkesan.
Selepas muka dah kurang berjerawat, saya cuba guna produk ini. Dari sekolah dulu dah suka guna produk ini. Tapi selalu diskip sebab malas. Ada dua jenis, satu biru dan satu lagi berwarna hijau. Yang biru untuk kulit normal dan yang hijau untuk kulit berjerawat. Tak mahal, RM8 sahaja. Ini bukan produk pemutih tetapi merawat kulit kita selepas breakout teruk.
Selain dari menggunakan moisturiser pada waktu malam, saya selangkan hari menggunakan bedak sejuk ini. Malam ini guna bedak sejuk, malam esok guna moisturiser. Berselang-seli gitu. Nak cantik mesti pandai, kan? Apa yang saya campur dengan bedak sejuk ini? Kalau nak tahu, saya lebih gemar campur atau bancuh dengan eskinol yang ada vitamin sebab kesannya lebih cepat. Cubalah dulu dan rasa kesannya macam mana. Tetapi eskinol saya dah habis dan sekarang dah jarang guna bedak sejuk. Eskinol boleh guna yang mana-mana jenis pilihan anda, semuanya sesuai. Lebih best lagi, campur eskinol dari air biasa. Percayalah.
Mineral spray dari Avene. Agak mahal juga sebab masa saya beli combo dua botol besar dengan harga RM80 di Sasa pada waktu promosi. Sembur setiap 30 minit pada muka. Setiap satu minit pun boleh asalkan rajin nak sembur. Produk ini bagus bagi mengurangkan tahap sensititiviti kulit muka selain memberi kesegaran pada muka kita.
Saya selalunya sebelum cuci muka, saya sembur dulu kemudian selepas cuci dan sebelum menggunakan semua produk skincare, saya spray juga dan tunggu sampai kering, barulah gunakan skincare. Produk ini ada banyak jenis. Yang berwarna jingga untuk kulit sensitif, warna merah jambu untuk kulit kering.
Yang ini baru dibeli tadi sebab terinin nak cuba, Orang kata Cosmoderm bagus. Muka saya memang dah pulih dan tidak seperti dulu. Tetapi kita mesti menjawab muka. Tak mahal, harganya RM25 sahaja dan boleh dapatkan di Watson atau Guardian. Ia berfungsi mengurangkan parut, rekahan kulit, sunburn bagai. Lembut saja teksturnya.
Inilah wajah saya yang sudah pulih seperti sedia kala sejak dari bulan Mac hingga kini. Tak adalah flawless sangat tetapi sekurang-kurangnya bersih sikit dari wajah yang sebelum ini seperti kertas pasir. Liang pori dan parut memang masih ada tetapi semakin berkurangan tidak hitam seperti dulu. Jerawat pun segan dah nak tumbuh di muka saya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa kata wanita berhijab tak boleh kekal aktif, fit dan bertenaga? Boleh tau! Cuma anda perlu tau cara yang tepat je untuk melakukannya.
Ini ada beberapa tip daripada personaliti tv dan pengacara popular, Dayah Bakar tentang bagaimana dia mengekalkan rutin gaya hidup sihat yang dijadikan amalan.
Menurut Dayah, tidak kira apa jua tujuan kita bersenam, samada untuk mengamalkan gaya hidup sihat, menurutkan berat badan, menaikkan keyakinan diri dan sebagainya, kita semua sentiasa mempunyai peluang untuk berubah ke arah lebih baik.
“Setiap hari adalah peluang untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik. Samada kita meraih peluang itu atau biarkan ia terlepas begitu sahaja. Raikanlah, walaupun kemenangan yang kecil setiap hari! ❤
Menerusi perkongsian di Insta Stories baru-baru ini, Dayah menekankan agar mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat untuk tidak terlalu memaksa diri melakukan senaman berat.
Senaman yang dilakukan mestilah bertepatan dengan keupayaan diri masing-masing serta tahap kesihatan badan anda.
“Assalamualaikum, hi semua, okay Dayah cuma nak kongsi, untuk seminggu dua ni, dah tak berapa sihat sepenuhnya.
“Dengar suara dayah sekarang, suara pun tersumbat.. haaa.. my point is, bila kita rasa badan tak sedap ni, Dayah just nak pesan, you should know your body and take one step at a time.
“Jangan terlalu memaksa diri dan tahu bila nak bagi badan berehat dan pastikan semuanya seimbangan. Walaupun kadang-kadang susah nak cari keseimbangan tu,” kata Dayah.
Selain itu, Dayah mengesyorkan agar para hijabi mengenali diri sendiri dan jenis tubuh badan mereka terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu senaman untuk mendapatkan kesan yang optimum.
Jelasnya lagi, adalah penting bagi seseorang untuk mencari jalan agar sentiasa merasa baik tentang diri sendiri. Tak kira secara mental atau fizikal kerana kedua-duanya penting.
“Know your body and make sure you guys take care of yourself. Because working out is also former self love, so do it for you!” Ujarnya.
Jadi, anda dah tau kan cara untuk kekal sihat? Tunggu apa lagi? Let’s hit the gym #fithijabi!
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.