Pelakon Jue Aziz kongsi rasa sedih apabila ibunya mengalami masalah tekanan darah tinggi yang berpotensi untuk menyebabkan urat pecah di dalam bahagian kepala.
Menerusi laman Instagramnya, Jue Aziz atau nama sebenar Zuliana Abd Aziz, 39, menyatakan bahawa ini merupakan kali kedua ibunya mengalami masalah sakit seperti itu. Sebelum ini, pada 1 Februari , darah tinggi yang dihidapi oleh ibunya menyebabkan darah beku di kepala. Kali ini, perkara yang sama berulang kembali.
Ya Allah..ni kali ke-2 mak jadi macam ni. 1st bulan Feb..darah beku kat kepala disebabkan darah tinggi almost bloated dan jantung bocor. Nasib sempat bawa mak pergi hospital time tu dah mild stroke.
Tadi pun sama.. Kebetulan ada appointment dengan Dr. hari ini untuk follow up sakit mak..sekali mak punya tekanan tinggi sangat boleh pecah urat dalam kepala..silap-silap mak pun boleh ikut abah (Alfatihah).
Kongsinya lagi, sakit yang dialami oleh ibunya itu merbahaya kerana tidak menunjukkn sebarang tanda-tanda sakit seperti rasa pening.
Ads
Yang bahayanya kali ini, mak tiada rasa pening so tiada petanda sakit. Takut nanti tak sedar diri. Tau-tau je…
Perkongsian yang dimuatnaik itu mendapat perhatian warganet dan ramai yang mendoakan agar kesihatan ibu Jue kembali pulih.
Ads
“Ya Allah permudahkan segalanya. Semoga mak cepat sihat. Akak doakan ya Jue. Be strong,” komen Zarina Zainuddin.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan syifa buat mak,” komen ridzuan_pirdaus.
“Semoga mak sis sihat seperti sedia kala.,” komen miss_lyza.
Dalam masa yang sama juga, Jue turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada semua yang mendoakan kesihatan ibunya. Team Hijabista juga turut mendoakan agar ibu Jue sembuh dengan cepat dan diberikan kesihatan yang baik.
Tahun 2020, setiap hari adalah peluang baru untuk membuat perubahan baru walaupun anda tidak dapat melakukan banyak perkara mengenai tahap tekanan yang menyebabkan kekacauan pada kulit. Usaha melakukan sesuatu untuk mengatasi garis-garis halus, kedutan, dan tanda-tanda penuaan kulit yang anda lihat, berkat asas anti-penuaan. Pehh meletihkan!
Oleh itu, pertama anda perlu jelas bahawa penuaan bukanlah perkara yang buruk. Jika anda lebih pintar, mempunyai pelbagai palet solekan dengan mencuba trend solekan yang menampilkan keremajaan, ramai yang tertipu dengan usia sebenar. Cuma kulit anda memerlukan cinta dan penjagaan yang lebih lembut. Oleh itu, alasan untuk mengambil salah satu foundation ini sangat penting.
Diisi dengan antioksidan tegar, penghidratan, dan penggalak kolagen, 12 formula ini, benar-benar mengurangkan kedutan dan bintik-bintik gelap yang datang dengan penuaan apabila digunakan setiap hari. Oleh itu, jom semak beberapa foundation pilahan terbaik yang menampakkan hasil pantas.
Pemenang anugerah ini mempunyai kelab peminat selebriti mulai dari Kim Kardashian West hingga Chrissy Teigen. Penggunaan “sutera” dalam namanya sesuai dengan kualitinya yang ringan. Tekstur seperti mentega sambil memberi anda liputan yang cukup untuk menyembunyikan jerawat yang menjengkelkan, bintik-bintik matahari dari terlalu lama berkeliaran di pantai, dan banyak lagi.
Apa yang anda dapat apabila anda mengumpulkan bersama-sama ekstrak cendawan yang mengencangkan kulit, asid hyaluronik yang banyak dan sejumlah besar vitamin C yang memudarkan kedutan. Sihir tulen, atau lebih tepat lagi pusat kuasa anti-penuaan ini dari Charlotte Tilbury.
Concealer maybelline adalah barisan teratas paling laris dan menjadi kegemaran yang mengandungi goji berry dan kolagen, yang membantu mengetatkan, menghidrat, dan meningkatkan keanjalan kulit anda. Juga dilengkapi dengan SPF 18.
Sekiranya anda seorang yang minimalis mengenai produk kecantikan, inilah foundation yang diformulasikan dengan pelembap, serum, dan primer yang sangat menghidrat semua dalam satu botol. Rumus Teknologi Tri-Shield atau cara lain yang menarik untuk mengatakan “faedah pencegahan usia” juga dilengkapi dengan SPF 20, jadi jika anda lupa memakai beberapa Langkah rejim kecantikan anda, hangan risau hanya satu sapuan semuannya sudah terlindung.
Foundation ini menawarkan Miracle Broth yang luar biasa yang terkenal dengan kebanyakan produk La Mer, yang memperbaharui sel kulit dengan kilat setiap kali anda memakai. Bintang sebenar foundation ini adalah teknologi kapsul warnanya, yang memastikan warna kulit anda tetap sama sepanjang hari, tidak kira tekanan atau aktiviti harian.
Apabila anda ingin memakai foundation, tetapi ingin melepaskan penampilan “tanpa solek”, ini pilihan yang tepat. Ini adalah warna kulit tanpa minyak yang bermaksud ia tidak mempunyai rasa “cakey” yang dimiliki kebanyakan foundation. Dibungkus dengan moringa seed dan asid hyaluronik yang melembapkan tetapi tidak menenggelamkan pori-pori anda.
IT Cosmetics mencipta foundation yang sangat kering ini, diisi dengan apa yang diinginkan oleh setiap pencinta penjagaan kulit yang baik seperti asid hyaluronik, peptida anti-penuaan, dan kolagen yang dihidrolisis, kedutan dan garis halus akan hilang selamanya.
Terdapat dalam 33 warna cantik, foundation ini menepati janji untuk memperbaiki kulit setiap jam dengan kelihatan lebih baik semakin lama anda memakainya. Tidak pernah berkerut atau masuk ke kerutan dahi yang menjengkelkan, resipi ekstrak raspberry, epal, dan tembikai juga meningkatkan tekstur kulit anda dari masa ke masa.
Tidak seperti kebanyakan foundation anti-penuaan, yang diselitkan dengan bahan-bahan yang hanya melembutkan atau menyamarkan garis-garis halus, formula foundation popular dari drug store berkrim ini sebenarnya mengandungi retinol untuk mempercepat pengeluaran kolagen anda semasa anda memakainya. Pastikan anda memasangkannya dengan pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF 35 setiap pagi.
Anda sentiasa melihat fondation ini di setiap iklan komersial dan majalah selama bertahun-tahun, ia seolah-olah seperti produk gimik untuk dilangkau. Tetapi formula itu benar-benar berkesan, berkat niacinamide (bentuk vitamin B3 anti-penuaan yang kuat) dan vitamin E, yang bergabung untuk menghentikan dan mencegah kerosakan kulit.
Seiring bertambahnya usia, kulit kehilangan keupayaannya untuk mengekalkan kelembapan, menjadikannya kelihatan kusam dan krep-y. Walau bagaimanapun, foundation penghidratan ini meningkatkan semula penghalang kulit anda dengan campuran antioksidan, menjadikannya sangat halus dan bersinar.
Campuran gliserin penghidratan, kolagen larut, dan dos retinyl palmitate yang tinggi (turunan vitamin-A yang serupa dengan retinol) memberikan foundation ringan ini kekuatan ajaib untuk memudarkan bintik-bintik gelap dan sedikit mengurangkan garis-garis halus dari masa ke masa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Amalan sedekah merupakan sebuah amalan yang disarankan di dalam Islam. Bukan hanya dijanjikan ganjaran pahala, malah ia membentuk diri untuk menjadi insan yang lebih bertanggungawab dan sensitif tentang kesusahan orang lain.
Justeru, dalam usaha untuk menyemai amalan bersedekah dikalangan masyarakat kita, Hijabista bersama dengan Kenanga Investors Berhad membawakan Tazkirah 2U yang dihoskan oleh Hana Ismail.
Berdiskusi topik Sembunyi Dalam Terang, Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Profesor Madya Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIMmembuka kalam bicara dengan menerangkan mengenai keikhlasan dalam bersedekah.
Menurutnya, media sosial hari ini diibaratkan sebagai pentas dalam mempersembahkan realiti kehidupan. Sama ada golongan selebriti mahupun orang awam, ramai yang memilih untuk memperlihatkan segala aktiviti yang dilakukan di akaun media sosial mereka, termasuklah dengan amalan bersedekah.
Namun, persoalannya, adakah wujud secebis nilai keikhlasan jika amalan sedekah itu dipertontonkan kepada khalayak umum? Mengapa tidak dilakukan secara sembunyi?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, andai amalan sedekah yang dilakukan itu dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan kebaikan, maka tidak mengapa. Namun, jika niat yang wujud di hati itu bukan atas dasar kerana Allah SWT, maka ia hanyalah amalan yang disia-siakan.
“Jika kita merupakan seorang influencer yang dapat mempengaruhi orang lain untuk membuat kebaikan, maka tiada masalah. Sebagai contoh, kita kongsi kegembiraan seseorang apabila mendapat bantuan derma dengan tujuan untuk merangsang mata yang melihat melakukan sedekah,” ujarnya.
Tambahnya lagi, ia bukan sahaja merujuk kepada satu individu sahaja, malah, mereka yang melihat juga harus disemikan dengan sangka baik supaya dijauhi dari fitnah.
“Bukan hanya kepada mereka yang berkongsi tentang amalan sedekah di media sosial, tetapi kita yang melihat ini juga harus sentiasa bersangka baik. Usah racuni fikiran dengan tanggapan yang negatif,” nasihatnya.
“Hidup 80 tahun, hanya 1/2 hari saja amalan diterima..”
Sukar untuk kita aturkan mengenai apa yang dilakukan oleh setiap hamba Allah SWT. Sukar juga untuk kita tahu tentang keikhlasan hati seseorang. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Sebagai umat Islam, kita harus sentiasa berusaha mencari keikhlasan hati suapaya mendapat keberkatan dari-Nya. Andai timbul rasa riak dan takbur, amalan yang dilakukan hanyalah sia-sia.
“Kita ambil contoh yang mudah, di dalam masjid. Ada tabung derma dihadapan kita lalu kita sedekah RM5. Tetapi, kerana malu orang sebelah memandang, kita masukkan lagi RM5. Adakah ia diterima Allah? Jawapannya, hanya RM5 awal tadi yang diterima Allah kerana ikhlas. Boleh jadi, RM10 yang disedekahkan itu tidak diterima oleh Allah SWT. Bukankah ia menjadi amalan yang sia-sia?,” tambah Prof. Madya Dr. Nik Salida.
Apa yang lebih menakutkan apabila saat kita dihimpunkan di akhirat kelak, dan diperhitungkan segala amalan, usah terkejut sekiranya sepanjang usia kita selama 80 tahun, amalan baik yang kita lakukan selama kita hidup, hanya diterima setengah hari saja diterima oleh Allah SWT. Nauzubillah..
“80 tahun hidup, hanya setengah hari saja bermanfaat. Sedangkan orang itu solat 5 waktu, berpuasa, bersedekah, menunaikan umrah dan haji, tetapi amalannya hanya diterima 1/2 hari sahaja.
Rupa-rupanya, hanya 1/2 hari sahaja yang dilakukannya ikhlas, kerana Allah SWT. Amalannya yang lain dilakukan kerana manusia. Sungguh, hidupnya di dunia hanyalah sia-sia. Semoga kita dijauhkan,” ulasnya lanjut.
“Sentiasa berdoa untuk elak murka Allah..”
Benar. Bukan mudah mencapai sebutir zarah sebuah keikhlasan. Namun, andai diri sentiasa dekat dengan-Nya, maka, diri pasti tidak lekang dengan nilai ikhlas saat bersedekah. Bukankah Allah SWT itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang?
Menurut Prof. Madya Dr. Nik Salida, amalan sedekah itu, sebaik-baiknya dilakukan secara senyap dan sembunyi. Ibarat, tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak tahu. Apatah lagi orang di sebelah. Jika kita tidak mampu untuk elak rasa bangga, riak dan takbur, maka sulamilah diri dengan ilmu-ilmu dari majlis agama, mendengar tazkirah dan berdoalah kepada-Nya.
“Kita sebagai seorang Muslim harus sentiasa mengajar diri untuk mengikhlaskan hati dan lakukan semuanya kerana Allah SWT. Pintalah kepadanya untuk permudahkan urusan dan memohon keberkatan darinya. Percayalah, amalan sedekah itu banyak ganjarannya.
Andai kita permudahkan manusia lain, maka Allah akan permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Usap harapkan balasan baik dari manusia, malah mintahlah rahmat kepada Allah kerana Dialah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,” ujarnya menutupi kalam bicara temubual eksklusif bersama Hijabista.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebaik tamat peperiksaan, saat paling mendebarkan adalah apabila menerima surat untuk mengambil keputusan. Bukan anak-anak yang takut, tetapi biasanya ibu bapa yang sangat ‘nervous’ untuk betemu guru di sekolah. Namun bagi angkasawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang juga bapa kepada empat orang anak-anaknya tidak gentar memgambil keputusan peperiksaan mereka. Malah beliau turut berkongsi gambar dan video di laman instagram ketika mengambil kad laporan semalam.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, sambil menunggu giliran duduk di atas kerusi kecil yang disediakan bersama Tasha, anak keduanya itu.
Dr Sheikh turut memberitahu dia gemar sekali dengan sesi perjumpaan ini kerana dapat lebih mengenali diri anak kita dan akan lebih mengetahui apa yang mereka mampu lakukan.
Malah beliau turut memuji secara keseluruhan cikgu yang sudah mengajar anaknya dengan baik.
Ramai juga turut meminta tip dan nasihat berguna daripada beliau untuk berkongsi cara beliau mendidik kedua-dua anaknya menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah.
Ternyata beliau tidak lokek memberi nasihat kepada follower yang rata-rata bertanya soalan kepadanya.
@drsheikhmuszaphar@farihahwm They have short focus span . Start with 10 mins then take a break for 3 mins and continue again . Increase to 15 mins once they adapt …
@drsheikhmuszaphar@mohdzaidi_d Discipline your child from a young age by communicating… Jentik lightly if needed . At that age they don’t know what’s right or wrong …
Sebelum itu beliau ada muat turut rutin hariannya yang memantau kerja rumah anak anak perempuannya itu. Menurutnya beliau akan memperuntukkan masa bersama mereka untuk membuat kerja rumah berkenaan dan amalan ini sudah menjadi kebiasaan.
Malah beliau juga turut memastikan anak-anaknya yang berusia lima dan tujuh tahun itu tidur pada jam 10 malam dan bangun seawal jam enam pagi.
Tambahnya juga sebagai ibu bapa memang memerlukan banyak pengorbanan, memperuntukkan kualiti masa kepada anak-anak, banyakkan bersabar dan juga berdoa.
Beliau yang menghantat kedua-duanya ke sekolah Cina juga turut memberi jaminan bahawa anak-anak yang dihantar ke sekolah berkenaan tidak perlu risau dengan persekitaran kerana lama-lama kelamaan mereka akan terbiasa dengan suasana di sekolah.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.