Pelakon dan pengacara popular, Neelofa bukan sahaja terkenal dengan gelaran Ratu Trend atau Selfie, tetapi dia juga menjadi inspirasi serta idola buat hijabi di luar sana. Apa sahaja gaya yang dipraktikkan akan menjadi ikutan dek kerana peminat obses dengan aura selebriti yang punya hampir 6 juta follower di laman instagram. Baru-baru ini Neelofa muat turun tutorial hijab bagi koleksi terbaru Naelofar Hijab dalam 4 stail berbeza.
Menurut Neelofa stail digayakan simple ini sangat loose dan tidak banyak menggunakan banyak pin. Malah amat sesuai digayakan untuk ke tempat kerja, santai untuk makan malam dan juga hujung minggu.
Koleksi yang cukup terhad ini boleh digayakan dalam masa tak sampai seminit tetapi memperlihatkan lilitan hijab menjadi sangat perfect. Neelofa turut mencantikkan hijabnya dengan pemakaian aksesori subang untuk gaya berbeza.
Apa yang menariknya dalam video yang telah ditonton lebih 600 ribu berkenaan Neelofa turut bercakap dalam bahasa Kelantan berbunyi ‘aku tokleh paka style gini’ dan turut mengundang pujian dari netizen.
Rata-rata terhibur mendengar dia kecek Kelantan dan menurut mereka sangat comel. Selain itu ada juga yang turut memuji tutorial hijab digayakan sangat cantik walaupun simple sahaja.
Umum sedia maklum tentang pergolakkan rumah tangga yang dialami oleh aktor kacak Hafidz Roshdi melibatkan kehadiran ‘orang ketiga’ sehingga mengakibatkan mahligai yang dibina kini retak menanti belah, apabila isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri atau lebih dikenali sebagai Shu bertindak memfailkan penceraian agar kemelut ini dapat diselesaikan.
Mengulas berkenaan perkembangan terbaharu kisah penceraianya, Shu berkata dia enggan menoleh ke belakang lagi dan akan meneruskan kehidupannya serta nekad menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Shuhada sendiri, ketika ditemui oleh pengamal media baru-baru ini. Akhbar tempatan melaporkan bahawa, Shu berkata, dia akan mengejar cita-citanya dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
“Selepas ini, saya akan sambung belajar, mencari ilmu dan akan mengejar cita-cita saya. Saya tak mahu terus terperuk, tetapi nak lebarkan sayap saya dan terbang tinggi.
“Saya nak sambung pengajian ke peringkat ijazah, tapi, semuanya masih dalam perancangan,” katanya.
Dalam pada itu, Shu berkata dia kini ada menerima beberapa tawaran pekerjaan namun masih belum membuat sebarang keputusan.
Jelasnya lagi, dia juga berhasrat mengorak langkah semula dalam bidang perniagaan yang terpaksa ditutup sebelum ini.
“Untuk perniagaan, saya akan mulakan semula. Saya nak tinggalkan segala kesedihan dan mulakan hidup baharu.
“Shu ada terima tawaran kerja, banyak juga yang saya terima. Tetapi, semuanya masih dalam perancangan,” ujarnya.
Tambah Shu lagi, dia menerima dengan hati yang terbuka dan redha terhadap situasi rumah tangganya yang penuh dengan dugaan dan cabaran, serta beranggapan bahawa itu semua adalah takdir dan ketentuan yang dituliskan Allah untuknya.
“Semua takdir ini sudah ditulis Allah untuk saya dan anak-anak. Saya terima dengan hati terbuka bahawa semuanya hak Allah. Allah bagi kepada saya dan anak-anak, dan sekarang, dia nak ambil balik. Saya dah bersedia.
“Saya serahkan kepada Allah. Hidup kita ini penuh dengan kejutan dan ini adalah benar-benar kejutan buat saya.
“Semua yang berlaku, atas pilihan yang dibuat Hafidz. Dia yang pilih semua ini. Harapan saya, agar semuanya dapat berakhir dengan baik,” tegasnya.
Sekadar info, Shu dan hafidz mendirikan rumahtangga pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup selama 7 tahun itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humaira 6, dan Umar 3 tahun.
Akhirnya teka-teki selama ini terjawab. Pengacara serta pelakon yang dikenali ramai, Zulin Aziz akhirnya selamat melangsungkan ikatan pertunangan bersama pasangan, Farhan Norzaini.
Pasangan ini dilihat mesra dan seringkali menghiasi laman sosial Instagram yang menjadi perbualan netizen. Oleh kerana mereka berdua kelihatan manis bersama, ramai juga yang mendoakan agar hubungan mereka ke alam perkahwinan! Nampak gayanya, impian netizen menjadi kenyataan! Zulin Aziz yang manis molek berbaju kurung moden berona biru lembut kelihatan anggun dengan diserikan lagi bersama sentuhan solekan jurusolek Nurul.
Kenyataan tentang pertunangan pasangan sejoli ini diumumkan menerusi laman Instagram Zulin Aziz. Barisan selebriti serta netizen tidak putus-putus mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal hingga ke syurga! Tidak kurang juga, ramai yang teruja kerana akhirnya teka-teki selama ini terjawab!
Team Hijabista mengucapkan tahniah kepadanZulin Aziz bersama pasangan dan mendoakan agar ikatan pertunangan ini dipermudahkan hingga ke alam syurga. InsyaAllah.Amin Ya Rabb!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berpanjangan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Banyak punca berlakunya kemurungan dalam diri seseorang. Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya disebabkan oleh perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine). Ada juga yang mewarisi kemurungan daripada generasi keluarganya terdahulu atau persekitaran hasil daripada peristiwa hidup seperti kegagalan, kematian, atau bencana yang melanda dan kekurangan sokongan keluarga dan sosial.
Kemurungan turut boleh terjadi apabila seseorang mempunyai penyakit-penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidism atau penyakit kronik lain. Kemurungan juga secara psikologinya berpunca daripada gaya dan corak pemikiran seseorang yang melibatkan bagaimana persepsi seseorang kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya. Pakar psikologi dan perubatan mencadangkan banyak langkah pencegahan dan pembetulan yang perlu diambil secara proaktif dalam membendung kemurungan daripada menjadi kronik, Antaranya
PUNCA PENYAKIT – Ketahui penyakit kita dengan cara berjumpa dengan pakar psikiatri atau doktor dan mendapatkan konsultasi daripada mereka.
UBAT-UBATAN – Makan ubat-ubatan dan rawatan susulan andai dinasihatkan sebegitu oleh pakar perubatan.
BERFIKIR SECARA POSITIF – Amalkan cara berfikir yang positif dan tenang dan menguruskan konflik-konflik yang boleh memekarkan tekanan dan kemurungan.
GAYA HIDUP – yang sihat perlu menjadi amalan dengan cara bersukan, berekreasi atau melakukan aktiviti fizikal yang boleh membuat kita rasa gembira, dapat bersosial dengan keluarga dan rakan-rakan, dan memenuhi hobi atau aktiviti kegemaran kita.
Begitu pun, Islam memberikan panduan yang berbeza dalam pemerihalan usaha mengatasi masalah kemurungan. Manusia secara fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman yang terdiri daripada perasaan, jiwa dan nafsu.
Sekiranya unsur-unsur tersebut mengalami gangguan, maka ia seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatannya. Penyembuhan kemurungan dan masalah mental cara islam adalah secara kerohanian.
ZIKIR – Alternatif terbaik untuk merawat penyakit-penyakit mental ini dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, mendirikan solat, bacaan zikir, doa-doa lazim dan khusus, bermunajat dan melakukan amar maa’ruf sebagaimana yang digariskan oleh syariat Islam.
SOLAT – Allah SWT akan membantu dan melindungi kita sebagai hamba-Nya mengatasi sebarang permasalahan termasuk masalah mental dan kemurungan dengan syarat kita berusaha dan berdoa dengan penuh
kesabaran dan tidak sesekali culas melaksanakan solat.
BERWUDUK & SELAWAT – Untuk terapi jiwa gunakan pendekatan Islam amalan membaca al-Quran, berwudhu’, dan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW sebagai satu bentuk usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
MENJAGA KESIHATAN – Islam menggalakkan kita meyeimbangkan juga usaha membendung penyakit mental ini secara fisiologi atau lahiriah. Antaranya ialah menjaga kesihatan diri melalui pemakanan seimbang dan mengikut sunnah dan aktiviti fizikal dan riadah secara tekal.
KOMUNIKASI YANG BAIK – Islam juga menyarankan melalui panduan Sunnah Rasulullah SAW yang sangat banyak dalam hal pembentukan silaturrahim dan hubungan sosial yang baik dalam masyarakat. ‘Kera sumbang’ adalah terma dan petunjuk kepada kecenderungan penyakit mental di mana kurangnya asimilasi, komunikasi, dan perkongsian aspirasi bersama pihak lain secara kolektif.
KELUARGA – Hubungan yang erat antara ahli keluarga dan masyarakat sekeliling berupaya merangsang pemikiran, emosi dan perasaan yang lebih seimbang, bersemangat dan bermotivasi dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Saranan Islam yang dinamakan ‘hidup berjemaah’ yang sangat cocok dalam merungkai kehebatan penyakit sosial seperti kemurungan dan tekanan perasaan. Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan perasaan dan kemurungan, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.
Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan.
Doa 1 اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.) Maksudnya:Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
Doa 2 يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.) Maksudnya:Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
Doa 3 اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla) Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban
Doa 4 اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.) Maksudnya:Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
Doa 5 لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87
Doa 6 رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli) Maksudnya:Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
– Surah Taha Ayat 25-28
Doa 7 حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Hasbunallah wanikmal wakil) Maksudnya:Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami
– Surah Al-Imran Ayat 173
SUMBER : USIM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.