Serius, admin memang cemburu melihat busana yang digayakan oleh pelakon Fazura ketika menghadiri pelancaran jenama Coach terbaru di New York baru-baru ini. Cantik sangat!
Pelakon Hero Seorang Cinderella ini memang dikenali sebagai seorang selebriti yang cukup bijak bergaya. Apa jua disarung pada tubuhnya memang jadi perhatian netizen.
Lihat sahaja di laman IG miliknya yang berjumlah 3M, setiap gambar yang dimuat turun pasti akan mendapat respon sehingga mencecah ribuan ‘like’.
Selain Fazura, ada juga beberapa selebriti lain yang memang sering jadi perhatian follower mereka.
Mereka bagaikan melihat diari artis yang diminati untuk mengetahui perkembangan terkini, apa mekap dan stail yang digayakan setiap hari.
Lihat #OOTD 10 artis BERHIJAB ini yang bukan sahaja bijak bergaya tetapi sering menjadi perhatian para netizen di laman sosial.
Apa yang admin perhatikan, jika selebriti itu sudah bersuami atau mempunyai anak, gambar yang dimuat turun akan mendapat like hingga ada yang mencecah ratusan ribu like. Misalnya Hanis Zalikha dan juga Bella Dally.
Ads
Begitu juga dengan artis wanita muda yang meningkat naik seperti Wany Hasrita. Penyanyi muda ini nyata semakin diminati ramai. buktinya setiap gambar dimuat turun pasti mendapat komen cukup positif.
Memang tidak dinafikan, selebriti ini bagaikan idola untuk mereka lebih bijak bergaya dan yakin dengan diri sendiri.
Ada juga selebriti yang rajin berkongsi tip dan memberitahu jenama apa yang sedang mereka gayakan pada hari itu. Maklum apa yang digayakan mereka pastinya menjadi ikutan follower masing-masing.
Oleh kerana pelakon Laudya atau Bella baru sahaja berkahwin dengan Engku Emran, admin turut senaraikan dia antara artis berhijab yang mendapat respon cukup baik dari followernya.
Sarapan pagi merupakan suatu hidangan yang penting untuk kita amalkan bagi memulakan kehidupan seharian. Juadah hidangan sarapan di Malaysia juga mempunyai pelbagai variasi yang menarik dan salah satunya adalah telur separuh masak!
Mesti ada yang menggemari telur separuh masak bukan? Kelazatan kombinasi lada putih, kicap, dan kuning telur yang meleleh, satu hidangan yang lengkap untuk di makan pada waktu pagi.
Telur merupakan makanan kegemaran nombor satu di Malaysia–pelbagai juadah yang berasaskan telur seperti telur dadar, telur sarang, telur mata kerbau, dan juga ia menjadi bahan utama untuk hidangan sampingan. Selain dari rasanya yang sedap, telur merupakan satu makanan yang kaya dengan protein dan juga sumber kalsium, vitamin dan banyak lagi khasiat nutrisi yang lain.
Mengikut perkongsian di HelloDoktor, kandungan kolestrol pada kuning telur ada tinggi! Sebiji telur yang bersaiz besar berkemungkinan mempunyai sebanyak 186mg kolestrol. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan telur tidak meningkatkan kadar kolesterol malah anggapan memakan telur yang banyak tidak sihat ini juga hanya mitos semata-mata.
Di sini ada perincian mengenai kandungan nutrisi yang ada dalam sebiji telur. Antaranya ialah:
Wah! Siapa sangka sebiji telur yang bersaiz tidak hampir separuh tapak tangan kita ini boleh mengandungi nutrisi yang begitu banyak. Tidak di sangkal lagi kebolehan rakyat Malaysia dalam pemilihan diet pemakanan sangan hebat.
Jadi bagi mereka yang sering ke restoran mamak, pasti anda tertanya-tanya bagaimana mereka boleh menghasilkan telur separuh masak yang begitu cantik? Bila kita cuba buat di rumah pasti akan gagal, selalunya akan masak sepenuhnya dan jadi telur rebus.
Untuk mendapatkan telur separuh masak yang cantik dan sempurna, anda perlulah mengikut panduan dan teknik yang betul. Ya, masak telur separuh masak pun perlu ikut aturan yang betul, baru lah menjadi.
Apa yang anda perlu sediakan? Haruslah sebiji telur (ikut berapa banyak biji anda mahu masak) dan sediakan juga periuk yang di isikan air untuk sesi mendidih nanti. Ha, ini lah yang menjadi rumit, jadi anda perlu ikut apa yang kami syorkan.
Pastikan anda mempunyai periuk (jika buat mereka yang ada di asrama atau travel, gunakan kettle automatik anda). Pastikan anda tunggu sehingga air mendidih.
Telur perlulah dalam keadaan suhu bilik, jangan terus ambil yang berada di dalam peti ais. Jika anda ada alatan seperti ‘egg pricker’ gunakan ia untuk menebuk telur terlebih dahulu. Alat ini berfungsi untuk mengurangkan risiko retak pada telur sewaktu proses merebus. Dengan perlahan-lahan, masukkan telur ke dalam air menggunakan alatan seperti sudu atau senduk kecil untuk elakkan dari pecah.
Tetapkan penggera masa dalam tempoh 4 hingga 5 minit untuk memastikan telur di masak dalam keadaan sederhana. Telur separuh masak kebiasaannya mempunyai kuning telur yang cair dan meleleh, bagi anda yang inginkan ia mempunyai kuning telur yang lebih keras, boleh rebuskan selama 6 hingga 7 minit.
Pastikan anda peka untuk meneliti masa supaya ia tidak terlebih masa merebus jika tidak ia akan menjadi telur rebus! Fokus pada masa dan jaga api tidak terlalu kuat, cukup untuk maintain keadaan yang sama. Di bawah ada juga panduan masa untuk mendapatkan jenis telur separuh masak yang berbeza, antaranya:
Telur yang siap di rebus mengikut masa yang sepatutnya itu akan segera di masukkan ke dalam air yang sejuk serta-merta untuk menghentikan proses memasak. Langkah ini adalah sangat penting bagi memastikan kulit telur dapat di tanggalkan dengan mudah apabila hendak makan kemudiannya.
Jadi bagi setiap orang, cara telur separuh masak mereka adalah berbeza berpandukan dari tekstur yang mereka idamkan. Apa-apa pun telur memang bagus buat anda yang agak dalam keadaan rushing di kala pagi, jadi boleh sedia kan sementara anda sedang bersiap untuk bekerja.
“Kita Tidak Mungkin Bisa Menjadi Sempurna, Namun Cubalah Jadi Yang Lebih Baik”- Ernie Zakri Kongsi Pendapat Tentang Isu Tampil Sempurna Di Laman Sosial!
Laman sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang digunakan untuk pelbagai fungsi juga kepentingan setiap individu. Ada yang menjadikannya sebagai tiket akses untuk menambah kenalan, memajukan perniagaan, mengaut keuntungan dan tidak kurang juga, ada yang menjadikannya sebagai sebuah tempat untuk bercerita, berceloteh dan bergosip.
Antara salah satu kelemahan yang wujud apabila menggunakan laman sosial ini apabila ia mudah menyebarkan fitnah, membina minda negatif serta membentuk peribadi seseorang itu menjadi individu yang mudah menilai orang lain, tanpa sebab asbab yang kukuh.
Maka, moleklah sekiranya jika kita menggunakan laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter juga Tiktok untuk kebaikan diri sendiri dan memberi kebaikan kepada orang lain. Berbicara soal laman sosial, ramai diantara kita yang ingin tampil sempurna sehinggalah memperjudikan diri mereka sendiri.
Oleh disebabkan taksub dengan pujian serta kata-kata positif dari pengguna laman sosial, ada yang sanggup berbelanja beratusan ribu ringgit sehingga berhutang hanya untuk tampil sempurna di laman sosial. Adakah ia berbaloi?
Mengulas lanjut mengenai isu ini, Majalah Hijabista secara eksklusif menemu bual penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri berkaitan isu tampil sempurna di laman sosial.
SEMPURNA DI LAMAN SOSIAL PERSPEKTIF ERNIE ZAKRI
Penyanyi yang baru sahaja melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama Nur Khawla Soleha, menyatakan bahawa menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mudah. Malah, dia menyifatkan sebagai seorang manusia, definisi kesempurnaan itu amat mustahil untuk dicapai, namun ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
“Menjadi sempurna di laman sosial ini saya kira begitu am dari sudut pengertiannya. Namun, apa yang pasti, kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.”
Tambahnya lagi, sebagai pengguna laman sosial yang bijak, kita disarankan untuk menyebarkan nilai-nilai positif supaya dapat membentuk sebuah komuniti yang harmoni dan bertanggungjawab.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling. Elakkan dari menghujah kata-kata kesat, negatif, memaki-hamun juga mencaci. Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Sesungguhnya, memberi kebaikan kepada orang lain merupakan sebuah amalan yang mulia dan harus dipraktikkan dalam kehidupan harian kita,” tegas Ernie mengenai isu ini.
Oleh itu, sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, ayuh kita jadikan platform laman sosial sebagai sebuah tempat yang bisa menyebarkan nilai-nilai murni dan positif yang bukan menjauhkan kita semua, malah lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba-Nya. Semoga penulisan artikel ini memberi pengajaran kepada diri kita untuk sentiasa bijak menggunakan laman sosial pada hari ini!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Pelakon filem Sifu dan Tongga, Datin Fouziah Gous memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada hari yang penuh bermakna, iaitu hari ulang tahun kelahirannya pada Disember lalu.
Lebih menarik lagi apabila kejayaan itu turut diraikan oleh suami tercinta dengan sebuah kejutan istimewa khas buat Fouziah.
“Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini… syukur rezeki yang paling saya idamkan adalah untuk khatam pada harijadi saya.
“Setelah sekian lama menunggu Allah SWT makbulkan untuk mengakhiri tahun 2022, syukur.
“Tiada kata lain selain Syukur. Terima kasih suami @zhafysf dan team @fgwalet yg sanggup siapkan pelamin surprise untuk menyambut harijadi yang paling bermakna
sepanjang hidup saya.
“Semuanya Allah SWT aturkan dengan sempurna. Terima kasih Ya Allah,” katanya.
Khabar gembira itu dimaklumkan Fouziah menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan foto pelamin khatam Al-Quran yang disediakan oleh suaminya.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wagamaya dan para peminat Fouziah Gous membanjiri hantaran itu dengan komen-komen murni.
Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian dirinya, sekaligus mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat pelakon jelita itu.
“Tahniah kak moga Allah bagi saya peluang untuk khatam juga serta istiqamah membacanya,” komen salah seorang pengikutnya.
“Alhamdulilah tahniah dan selamat hari jadi,” ucap salah seorang warga maya.
Untuk rekod, pada 21 September 2013 Fouziah telah menjadi suri hati kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof.
Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 8, dan Zaheen Yusof, 6.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.