Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila dapat menyambut sambutan hari lahir bersama insan yang tersayang. Begitulah yang dirasakan oleh pelakon, pengacara serta usahawan berjaya yang baru sahaja bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor teruja menyambut hari jadinya sebagai seorang ibu buat kali pertama.

Menerusi laman Instagramnya hari ini, Neelofa memuat naik sebuah gambar dengan penulisan yang begitu menyentuh hati. Pastinya, penulisan itu amat dekat dengan hati mereka yang bergelar ibu. Menurut Neelofa, sepatutnya, cahaya matanya, Muhammad Bilal lahir pada tarikh yang sama dengannya. Namun, perancangan Allah SWT itu jauh lebih baik.

Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Tambah pengacara popular ini, kelahiran Muhammad Bilal merupakan hadiah teristimewa buat dirinya yang kini bergelar ibu. Pastinya Neelofa serta suami, Haris Ismail cukup teruja melayari bahtera kebahagiaan mereka bersama-sama si kecil.

hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu..semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah SWT. Harta dunia akhirat Abah & Ummi.

Dalam masa yang sama juga, Neelofa turut berkongsi video anaknya di laman Instagram miliknya. Alahai comelnya!

IKLAN

Gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa itu mendapat perhatian rakan selebriti dan juga netizen yang tidak putus-putus mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Ramai juga yang teruja apabila ini adalah pertama kali Neelofa menyambut hari lahirnya sebagai seorang ibu!

IKLAN

Suaminya, Haris Ismail juga turut memuatnaik gambar mereka berdua menerusi laman Instagramnya, mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri tercintanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Terima kasih teman pak ustaz jadi spideriz atas semuanya, Alhamdulillah

Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2020 dan dikurniakan anak sulung pada 29 Januari 2022 yang lalu, kira-kira pukul 3.44 petang di sebuah pusat perubatan

Team Hijabista mendoakan agar Neelofa diberikan kejayaan serta kebahagiaan dunia akhirat serta sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Selamat Hari Jadi Neelofa!

IKLAN

Sumber gambar: Instagram Neelofa & Haris Ismail

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI