Selalu terima permintaan untuk kongsikan bagaimana hubungan terjalin bersama non-muslim, adakah ia sulit untuk bersatu dan mengajak mereka memeluk agama Islam? Adam Corrie menjelaskan tip buat pasangan di luar sana.

Bukan mudah untuk mengajak pasangan yang bukan Islam untuk memeluk agama suci ini oleh kerana ingin bersatu sebagai hubungan yang sah. Adalah lebih baik jika dapat bersatu dengan halal dan bukan bersatu dengan cara mendekati zina.

Cinta berpaksi pada niat bersatu demi keredaan Allah SWT

Pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah membuat satu perkongsian mengenai perjalanan hidupnya bersama isteri tercinta ketika awal perkahwinannya. Sering terima ramai permintaa orang luar untuk kongsikan cara dan tip, kini dia sekali lagi menceritakan kisahnya.

Menurut Adam Corrie melalui posting di Facebook, perkongsiannya itu adalah berdasarkan dari pengalaman dan pandangannya sendiri. Dia juga turut memuat naik gambar sewaktu akad nikah pada tahun 2008.

Sebelum dia meneruskan lagi perkongsiannya, Adam ada juga menyelitkan firman Allah SWT dari surah al-Israk ayat 32:

IKLAN

Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. (al-Israk: 32).

“Prinsip asas dalam adab bercinta dalam Islam ialah berpasakkan keredaan Allah, mematuhi segala suruhan-suruhan-Nya dan tidak boleh mengikuti kehendak makhluk-Nya sehingga mengingkari perintah atau larangan-Nya,

“Menjalin hubungan cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan Islam tidak dibenarkan (haram) kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada manfaat,

“…seseorang yang benar-benar ingin mengamalkan Islam dalam dirinya perlu membetulkan niat apabila bercinta. Bercinta kerana Allah SWT dengan tujuan menghalalkan perhubungan itu daripada segenap sudut melalui perkahwinan yang sah.” ujarnya.

IKLAN

Adam menekankan bahawa percintaan antara manusia terutama sekali buat pasangan lelaki dan perempuan perlulah mengingati untuk menjaga diri dari kemudaratan. Tambahannya lagi, apabila hubungan terjalin melibatkan non-muslim, ianya sangat bahaya kerana boleh goyah dan hanyut dalam percintaan tanpa memikir soal agama.

7 cara membina masjid bersama pasangan non-muslim

Sumber gambar dari Facebook Adam Corrie

Masjid atau mahligai merupakan perumpamaan yang sering di gunakan sebagai makna hubungan yang sah terbina antara dua pasangan lelaki dan perempuan. Adam Corrie menerangkan lebih lanjut secara terperinci mengenai cara-cara buat pasangan yang menjalinkan hubungan berlainan agama sebagai panduan mereka mengikut pengalamannya.

IKLAN

Sumber gambar dari Facebook Adam Corrie

Antara tip yang di kongsikan adalah seperti:

1. Sebagai seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.
2.Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.
3. Sekiranya BF/GF memang ada menunjukkan minat terhadap Islam, berikan buku-buku bacaan mengenai Islam yang mudah difahami isi kandungannya. Bawa mereka ke kelas agama seperti di PERKIM / Majlis Agama Islam Negeri untuk memahami Islam dengan lebih lanjut.
4. Buatlah solat sunat taubat selalu supaya dosa kita diampunkan supaya doa kita mudah diperkenankan.
Lagipon kita digalakkan lakukan solat taubat selalu.
Solat istikarah juga perlu untuk mendapat pertunjuk dari Allah adakah Si Dia jodoh terbaik untuk kita dan buatlah juga Solat hajat untuk Si Dia mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam dengan sepenuh hati.
5. Selebihnya kita serahkan pada Allah menentukan-Nya. Berusaha,beribadat, berdoa , tawakkal Insya’allah segala yang diinginkan dimakbulkan.
6. Buat target masa, jangan bercinta lama-lama. Ia hanya menambahkan dosa yang kita tak sedari. Jika GF/BF kita suka tangguh-tangguh. Berani buat keputusan untuk mengundur diri dan teruskan hidup yang lebih baik.
7. Jika dia bukan jodoh kita, jangan putus asa dan kecewa. Kerana Allah ada rancangan yang terbaik dan ada hikmahNya untuk kita. Insan yang baik tentu Allah jodohkan dengan Insan yang baik juga. Insya’allah.
Begitu terperinci buat mereka di luar sana untuk melihat nasihat dan tip buat pasangan yang masih mencari erti keredaan Allah SWT dalam bercinta. Ia tidak di akui, bercinta itu juga suatu perkara yang perlu di teliti dengan baik.
Sumber: Adam Corrie

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI