Perkembangan dunia digital yang semakin meluas ini menjadikan ramai hijabi muda mahu bergelar instafamous dengan mempromosi dan mempopularkan sesuatu barangan. Ini kerana kerjaya instafamous ini sebenarnya mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika kena cara review yang dilakukan. Ada yang menjadikan kerjaya ini sebagai pekerjaan tetap tetapi ada juga melakukanya secara sambilan. Jangan tak tahu hanya dengan membuat paid review sahaja seseorang instafamous itu mampu peroleh pendapatan mencecah RM10K sebulan.
Memang lumayan dan inilah yang diraih oleh antara instafamous paling viral Nur Humaira. Walaupun baru berusia 19 tahun tapi kemunculan gadis ini di laman sosial memang menjadi bualan hangat netizen gara-gara dek kerana video ‘over’ dalam setiap review yang dibuat
KONGSI TIP
Baru-baru ini ketika dijemput menjadi artis undangan dalam rancangan Motif Viral, Humaira sempat berkongsi tip bagaimana seseorang instafamous itu mahu mendapat pendapatan mencecah hingga ribuan ringgit.
“Biasanya orang review hanya akan cakap-cakap. Tetapi Mira nak pesan jika mahu menjadi reviewer yang baik di instagram, korang kena jujur dan jadi diri sendiri. Tak boleh tiru orang. Depan kamera buat apa yang korang suka dan buat apa yang korang rasa nak buat. Buat untuk jadikan ia viral dan secara tak langsung view itu akan naik sendiri.
Menurutnya, walaupun video review yang dilakukan memang over tetapi cara demikian menyebabkan sesuatu video itu akan mendapat tontonan yang tinggi di laman sosial. Walaupun mendapat kecaman netizen dengan perlakuan video pelik yang dilakukannya, tetapi Mira akui gembira melakukannya dengan cara tersendiri.
“Saya akan jujur setiap kali saya review sesuatu produk contoh makanan. Saya akan cakap perkara sebenarnya mengenai produk itu. Kalau pedas saya akan cakap pedas. Dan kalau tak sedap pun saya akan katakan juga.
“Biasanya jenama itu tak akan marah langsung dan tidak peduli asalkan produk mereka diketahui ramai, jadi viral dan view akan meningkat naik. Malah mereka juga akan berterima kasih kepada saya kerana mempopularkan jenama mereka dengan cara tersendiri. Itulah yang kita namakan strategi,” ujarnya.
TAK SANGKA JADI VIRAL
Humaira sendiri sebenarnya tidak menyangka dirinya akan menjadi viral sebab dia melakukannya hanya sekadar suka-suka. Dia yang sudah melakukan kerjaya ini tidak sampai 1 tahun dan dengan usia masih muda telah memperoleh pendapatan cukup lumayan tidak sepadan umurnya.
Dia mengakui kaedah yang dilakukan dalam instagramnya memang unik dan berbeza dengan review yang biasa dilakukan instafamous lain. Biarpun dikecam kerana dirinya perempuan dan dianggap perlakuannya tidak senonoh tetapi Mira tidak kisah dan teruja melakukan setiap aksi dalam lamam instagramnya.
Mira juga mengakui walaupun dirinya sudah terkenal sebagai instafamous ini, tetapi dia ada juga terfikir untuk menyambung pelajarannya. Tetapi memikirkan sudah rezekinya ke arah apa yang dilakukannya sekarang, jadi dia memang mencari wang pendapatan dengan kerjayanya sekarang ini.
Mempunyai follower di instagram 344K dengan menggunakan nama akauan @nrhwz. Selain produk makanan, Humaira juga turut membuat paid review seperti produk kecantikan, makanan, fesyen dan gajet.
Malah jika dilihat dalam setiap video dipaparkan mendapat view hingga ratusan ribu. Wow, cukup menakjubkan dan mengalahkan page selebriti. Juga tersenarai antara 11 instafamous yang terkenal dengan bakat gila-gila dalam membuat perniagaan review online ini.
Pengambilan Vitamin dalam kehidupan seharian dapat membantu untuk menambah baik keadaan badan dan membantu menyokong keperluan metabolisma individu tersebut. Tetapi, tahukah anda vitamin juga mempunyai tarikh luput yang tidak tahu sama ada boleh dimakan lagi atau tidak?
Kebanyakan mereka yang mudah sakit, tidak asing lagi dengan pengambilan vitamin. Ini untuk mengekalkan antibodi anda bertambah lebih baik. Ramai pasti tertanya adakah boleh dimakan atau tidak. Jawapannya adalah ya dan juga tidak. Bagi vitamin luputnya tidak sama dengan makanan yang anda makan.
Secara aslinya, makanan yang luput sudah tentu tidak selamat untuk dimakan. Oleh sebab itu, ada yang sakit perut apabila makan makanan yang sudah tamat tempoh. Bagi vitamin pula, walaupun luput ia tidak akan mengandungi bahan toksik ataupun beracun. Sebaliknya, vitamin tersebut akan kurang berkesan atau tidak efektif dalam segi kesannya. Ini adalah disebabkan oleh bahan atau ramuan yang terdapat di dalam sesuatu produk vitamin akan beransur terurai dan menjadikan ianya tidak efektif.
Menurut pengarah perubat di Syarikat Megafood, terma tarikh luput pada produk vitamin bukan bermaksud ia akan menjadi toksik atau racun selepas tarikh itu. Malah, ia akan menjadikan produk tersebut kurang kandungannya selepas tamat tarikh luput. Ketahanan suatu produk vitamin adalah selama 2 tahun. Ia mengikut juga jenis vitamin dan keadaan penyimpanannya.
Kebanyakan orang akan menyimpan vitamin mereka di dapur atau di dalam bilik tidur supaya mudah untuk di akses dan diingati. Kaedah penyimpanan terbaik untuk vitamin anda adalah di tempat yang kering dan sejuk. Terdapat juga vitamin yang tidak stabil di letakkan pada suhu bilik. Peti sejuk merupakan tempat penyimpanan yang dapat memanjangkan hayat produk vitamin itu. Antara vitaminnya adalah:
Minyak ikan
Vitamin E
Vitamin D
Probiotik
Jadi, adalah selamat pengambilan vitamin yang sudah luput?
Jika anda mengambil juga, kebarangkalian untuk memudaratkan tubuh badan anda adalah sangat kecil. Akan tetapi tidak digalakkan. Walaupun tiada kes yang melaporkan seseorang itu meninggal dunia akibat pengambilan vitamin yang tamat tempoh. Oleh itu, ianya bergantung kepada kaedah penyimpanan dan pendedahan vitamin. Ia mungkin akan membahayakan vitamin tersebut. Jangna bagi ia terdedah kepada kelembapan dan menjadi kulat.
Vitamin yang telah tamat tempoh pasti tidak akan memberi keberkesanan yang tinggi berbanding dengan vitamin yang masih belum luput. Jadi, cadangan terbaik untuk anda mengatasi masalah ini adalah beli vitamin dalam kuantiti yang sedikit dan ianya tidak membeli secara pukal untuk kegunaan sendiri. Walaupun tiada kesan yang buruk, cuba jauhi tabiat makan vitamin yang sudah tarikh luput takut memberi kesan masa akan datang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak mahu wajah kelihatan muda dari usia sebenar. Lagi-lagi bila usia sudah mencecah 30-an tetapi dikatakan seperti hijabi berusia 19 tahun. Nak kekal awet muda tak susah, hanya ikut sahaja perkongsian dari pengguna laman sosial, Afieyzea Aleeschaylee yang mengamalkan minum susu kunyit badam madu. Diamalkan minum sebelum tidur lebih-lebih agi ketika datang bulan. Hasilnya bila bangun wajah kembali berseri-seri.
Jom ikuti perkongsiannya.
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.
SUSU KUNYIT BADAM MADU
Bahan–bahan:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara buat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
NOTA:
Amalkan dengan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Salah satu masalah bagi wanita berhijab adalah apabila adanya kesan minyak degil pada hijab yang digayakan. Jika tudung lama tiada masalah, tetapi memang makan hati apabila terkena tudung yang baru dibeli. Namun usah risau kerana hanya dengan barangan yang dibeli di kedai RM2 dapat menghilangkan kesan minyak yang melekat pada tudung.
Perkongsian wanita ini Hani Mynis di laman sosial memberitahu cara terbaik untuk mengatasi masalah yang membelenggu hijabi.
Cara digunakan tidak mahal hanya dengan penggunaan sabun yang dibeli di kedai RM2 dan kemudiannya disagat dan dicampurkan dalam basuhan tudung berkenaan.
tips nak hilangkan kesan minyak pada tudung.
Seperti biasa,diimport dari IG haha. Maaf kalau lebih banyak spend masa buat tutorial di IG story dari di Facebook. Dari semasa ke semasa hani akan import semua tutorial dari situ ke Facebook supaya lebih ramai dapat manfaat mana yang boleh (InsyaAllah haha) .
btw, Autocorrect buat lawak malam2 ni. Taip sagat dia keluar sangat. Haih nasib baik tak keluar sajat
Enough dgn hani punya bebelan, Silakan belek gambar satu2 ya
Hilangkan kesan minyak pada tudung
Minyak di bahagian pipi
Ada cara mudah hilangkannya
Guna sabun dar kedai RM2
Step pertama, sagat sabun dulu.
Step kedua rendam tudung.
Step tiga, gosok manja tudung berkenaan.
Semoga bermanfaat
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!