Dikurniakan badan yang besar akan membuatkan pergerakan kita cukup terbatas. Terutamanya soal solat dan juga pemilihan baju bersesuaian.
Inilah dilema yang sering dialami oleh Farhiyah Fazdly yang sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 153KG. Menurutnya, kesulitan untuk bersolat kerana perlu duduk menyebabkan dia tekad untuk berubah. Bukan itu sahaja, sebelum itu dia juga turut merasa rendah diri tatkala dia seorang perempuan yang berada di tempat awam. Seperti terngiang di telinga ejekan ‘gemuk’ pada dirinya.
Justeru dia lebih senang duduk sahaja di rumah dan menghadkan aktiviti bersama teman-teman lain. Oleh kerana kasihankan ibu dan tak mahu hatinya terguris, Farhiyah nekad mendaftarkan diri untuk Program Jom Kurus 1 Malaysia pada tahun 2015.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Walaupun semangatnya hampir jatuh sepanjang program itu, tetapi Farhiyah tetap meneruskan aktiviti yang disarankan dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 80KG dalam masa setahun setengah.
Jom ikuti perkongsiannya melalu laman facebook miliknya dan Kevin Zahri.
“Semakin naik badan si farah tu, Kamu tak nasihatkan ke Ani?” Ibu hanya mampu tersenyum bila orang sekeliling mempersoalkan dirinya dan seolah-olah tak pandai menjaga saya dan tak prihatin kepada keadaan fizikal saya.
Saya tahu jauh di sudut hati ibu, luluh hatinya apabila dia dituduh sebegitu.
Saya pula hanya tertunduk dan hati berasa pedih kerana saya tahu ibu saya tak pernah berhenti nasihatkan saya. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Kasihan ibu.
Maafkan saya ibu, kerana degil tak mau berubah dan ibu disalahkan. Satu hari saya nekad, saya tak mahu lagi ibu disalahkan. Saya nekad untuk berubah.
Keperitan Apabila Seberat 153KG
Diam tak diam, berat saya mencecah 153.3kg. Tinggi tak sampai 150cm, fizikal saya sangat membataskan aktiviti-aktiviti harian saya sama ada di rumah, pejabat dan di tempat awam.
Apabila pergi ke pusat membeli belah, saya tak boleh berjalan jauh disebabkan berat badan yang amat sangat terutamanya pada kaki. Sekiranya jalan lebih daripada biasa, saya akan mengah dan semput.
Jadi, saya terpaksa mencari tempat letak kenderaan yang paling hampir dengan pintu masuk dan sanggup menunggu dan berpusing banyak kali bagi mendapatkan lokasi yang dekat. Selain itu, kaki saya juga mengalami bengkak di sebabkan ‘water retention’ yang mana saya rasa tak selesa sepanjang hari walaupun dalam keadaan duduk.
Umur Baru 20-AN, Tetapi Sudah Solat Duduk
Perkara yang saya paling ralat ketika masalah berat badan ini adalah saya tak dapat solat seperti orang biasa.
Pada umur 20-an saya terpaksa sembahyang di atas kerusi kerana saya tak dapat menampung berat badan saya ketika tunduk dan duduk di bawah. Cuba juga untuk duduk, tetapi payah dan perit hanya tuhan yang tahu.
Merasa Rendah Diri
Saya juga turut mengalami masalah ‘inferiority complex’. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan yang mana saya merasa sangat rendah diri untuk berada di khalayak ramai terutama ketika berada di tempat awam.
IKLAN
Ini kerana saya merasa semua orang memerhati, mengata dan mentertawa saya. Terngiang di kepala seperti ada orang mengata “eee.. gemuknya…!”
Atas sebab itu saya lebih selesa berada di rumah atau bersama teman rapat sahaja.
Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasa kasihan kepada teman-teman rapat saya yang terpaksa membataskan had mereka dalam melakukan aktiviti hanya kerana mahu saya selasa dan menjaga hati saya.
Tak Mahu Hati Ibu Terguris
Saya nekad, saya kuatkan hati dan tak mau hati ibu terguris lagi. Dengan bantuan kakak dan rakan beliau, saya daftarkan diri menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke Empat.
Misi kurus badan saya bermula pada Januari 2015 di mana saya telah menyertai kawasan Ampang di bawah Team Leader Agam. Pada mulanya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk kurus. Cuma lebih kepada mau dapatkan ilmu-ilmu baru dalam fitness dan cara diet yang betul.
Dengan semangat daripada rakan-rakan dan juga keluarga, pada minggu pertama, saya telah berjaya hilangkan berat badan sebanyak 6.6kg!
16KG Untuk 6 Minggu
Semangat saya terus meningkat. Siapa sangka saya dapat turunkan 6.6kg untuk minggu pertama. Namun coach ada ingatkan, jumlah yang banyak ini adalah air kerana saya gemuk air. Betul apa yang diingatkan oleh coach, minggu kedua dan ketiga berat saya tak turun. Namun saya tetap fokus dan cuba cari jalan dan mula disiplin menjaga makan. Alhamdulillah untuk usaha yang berterusan sepanjang JK1M #4, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kg dalam tempoh 6 minggu.
Ibu Mula Tersenyum
Disebabkan hilangnya KG sebanyak itu, saya mula tanamkan azam untuk teruskan misi saya walaupun ianya mengambil jangka masa yang lama. Bagi saya yang penting adalah istiqomah dan ‘enjoy’ dengan setiap aktiviti yang saya lakukan.
IKLAN
Saya mula nampak pelbagai perubahan kecil yang berlaku pada diri saya walaupun orang luar tak perasan perubahan itu. Contohnya sebelum ini saya tak dapat buat senaman seperti org lain, tetapi setelah beberapa lama mengikuti latihan yang disediakan saya mampu ikut aktiviti-aktiviti tersebut seperti orang biasa.
Paling penting, Ibu saya mula tersenyum melihat saya semakin hari semakin kecil.
Hilang 80KG, Perjalanan Yang Bukan Mudah
Selepas tamat program JK1M musim ke empat, saya mencari program lain sementara menunggu JK1M yang seterusnya. Selama setahun saya berlatih di bawah coach Zack Zakwan dan coach Bo termasuk JK1M musim ke lima dan ke enam.
Banyak ilmu yang telah diajar dan bersama mereka juga saya telah berjaya kurangkan berat badan yang banyak. Sepanjang perjalanan ini memang ada cabaran yang saya rasa mau untuk give-up antaranya ketika berat badan saya turun semakin lambat.
Sebelum ini, dalam tempoh sebulan, saya boleh turun lebih daripada 6 kg. Sekarang paling banyak pun adalah sekitar 3kg sahaja.
Semangat Kadang Kala Jatuh
Apabila keadaan ini terjadi, semangat saya jatuh. Namun atas sokongan daripada sahabat-sahabat dan keluarga, Semangat saya bangkit semula.
Alhamdulillah sehingga Julai 2016 saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 80kg. Perjalanan yang bukan mudah tapi saya tahu ia amat berbaloi.
Syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang memberi rezeki ini dan sokongan padu dari ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang tak pernah berputus asa. Perjuangan perlu diteruskan kerana sasaran saya adalah mau mencapai capai berat ideal. Insyallah
TIP UTAMA MENGURANGKAN BERAT BADAN
Perkara paling penting dalam kurangkan berat badan ada 10 perkara:
IKLAN
1. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang
2. Istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Biar lambat asalkan kita capai
3. Melakukan setiap senaman dengan rasa seronok tanpa rasa beban – Enjoy & Fun
4. Bergaul & berkawan di dalam kelompok yang mempunyai tujuan & minat yang sama – mudah untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu & melakukan aktiviti bersama
5. Tidur yang cukup
6. Pengambilan air yg secukupnya
7. Melakukan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu – kalau boleh elakkan dari rehat lebih dari 2 hari berturut-turut
8. Mengambil ukuran badan setiap 2 kali seminggu
9. Perlu ada hari berehat dalam setiap minggu
10. Perlu ada usaha yang berterusan dalam mencari ilmu fitness & diet – perlu rajin membuat bacaan berkaitan fitness & die dan merujuk kepada mereka yang pakar
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengacara serta personaliti TV yang semakin dikenali ramai, Hawa Rizwana merupakan salah seorang selebriti yang aktif dalam sukan berbasikal. Jika lihat di ruang akaun Instagram miliknya, setiap satu hantaran yang dimuat naiknya pastinya tentang aktiviti berbasikal.
Menurut Hawa yang ditemubual secara eksklusif dalam rancangan The Hijabista Show, hobi berbasikal sudah mula timbul semenjak dirinya masih kecil lagi.
Waktu saya di Perlis dahulu, ketika saya masih berada dalam Tahun 2 hingga 6, aktiviti berbasikal merupakan aktiviti wajib saya. Jadi ia merupakan salah satu gaya hidup sihat dipraktikkan dalam kehidupan harian saya.
Namun, tambahnya, apabila sudah berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak berpeluang untuk melakukan aktiviti berbasikal kerana faktor kesibukan jalan raya yang merbahaya.
Apabila saya dan keluarga mula berpindah ke Kuala Lumpur, ibubapa saya tidak membenarkan saya untuk berbasikal di kawasan Kuala Lumpur atas faktor keselamatan. Tambahan pula saya seorang sahaja anak perempuan jadi, mereka lebih berhati-hati dalam hal ini.
Ibubapa saya yang terlalu menjaga sehinggakan saya nak sertai bola jaring dan boling pun tidak dibernarkan. Jadi, semasa di sekolah menengah, saya banyak menghabiskan masa dengan aktiviti menari sahaja.
Kongsinya lagi, dia kembali melakukan aktiviti berbasikal apabila dia sudah bekerja dan sudah mempunyai kenalan-kenalan yang turut sama melakukan aktiviti berbasikal. Bermula dari tahun 2019, dia mula mengaktifkan dirinya dengan berbasikal di merata tempat termasuklah di kawasan Kuala Lumpur International Airport dan juga Desaru.
Pada tahun 2019, bila dah ada kawan-kawan yang suka berbasikal, saya mula berkayuh di area Kuala Lumpur. Jadi, sebenarnya, minat berbasikal ini sudah lama ada di dalam diri sejak kecil lagi.
Kita semua tahu bahawa kedua-dua basikal senaman dan treadmill adalah mesin kardio yang sangat baik dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Sudah tentu, keamatan yang digunakan oleh ahli senaman mempunyai kesan yang ketara terhadap faedah peralatan.
Ia membantu dalam menguatkan jantung dan paru-paru. Ini akan mengajar sistem kardiovaskular untuk mengurus dan menghantar oksigen ke seluruh badan dengan lebih cepat dan cekap. Memang benar bahawa memilih peralatan kecergasan terbaik bukanlah tugas yang mudah, jadi mari permudahkan untuk anda, di bawah ialah 6 perbezaan antara treadmill dan basikal senaman:
1. Kecergasan
Apabila anda berjalan di atas treadmill, anda menggunakan lebih banyak otot teras. Treadmill juga boleh membantu memanfaatkan sepenuhnya senaman anda dalam masa yang paling singkat. Matlamat pembakaran kalori, kelajuan individu boleh ditetapkan, mensimulasikan larian bukit, mengencangkan kaki dan membina otot kaki.
Basikal senaman ialah cara terbaik untuk menguatkan otot bahagian bawah badan anda termasuk glutes dan paha sambil mengurangkan risiko osteoporosis. Senaman berimpak rendah adalah yang paling bermanfaat kepada badan dan sendi.
2. Kalori Terbakar
Berjalan pada kadar pantas (sekitar 3.5 batu sejam) selama 30 minit membakar kira-kira 130 kalori untuk individu seberat 150 paun. Di sinilah treadmill berguna.
Manakala individu berat 150 paun yang menunggang basikal pegun selama 30 minit pada kadar yang ringan akan membakar sekitar 105 kalori. Jumlah kalori yang dibakar pada basikal pegun sangat bergantung pada jenis basikal dan format senaman.
3. Kos
Harga treadmill sebahagian besarnya ditentukan oleh model dan ciri. Model kos rendah tanpa skrin atau paparan boleh berharga antara RM300 hingga RM600.
Harga basikal pegun, seperti treadmill, sangat berbeza bergantung pada model. Komputer pemantau denyutan jantung dan televisyen adalah semua pilihan untuk basikal, dan setiap satu mempunyai kos. Basikal dalam julat harga yang lebih rendah bermula pada sekitar RM200
4. Kemudahan penggunaan
Anda mempunyai pilihan untuk berjalan atau berlari. Treadmill tidak sukar digunakan. Anda tidak perlu risau tentang rupa bumi yang tidak rata, laluan pejalan kaki yang tidak boleh dipercayai atau “pemandu yang berani” yang mengabaikan laluan pejalan kaki.
Berbasikal pula adalah cara pengangkutan yang mudah. Ia sesuai untuk semua peringkat “bersenam.” Semasa menunggang basikal senaman, anda boleh melakukan pelbagai tugas. Anda boleh membaca, menonton televisyen, dan melakukan perkara lain. Semasa berlari di atas treadmill, adalah lebih sukar untuk mengekalkan fokus pada membaca atau menonton rancangan.
5. Risiko Kecederaan
Treadmill ialah pilihan yang baik jika anda tidak kisah berjalan atau berlari kerana ia menyerupai berada di atas permukaan yang rata atau condong. Treadmill mungkin lebih baik untuk orang yang mempunyai pergerakan sendi terhad daripada basikal senaman. Walau bagaimanapun, jika anda berumur 50+ dan bimbang tentang isu masa depan dengan arthritis dan lain-lain, anda mungkin perlu mempertimbangkan basikal senaman dan fikir untuk jangka masa yang lebih lama.
Ia adalah aktiviti berimpak rendah untuk menunggang basikal senaman. Buku lali, lutut, pinggul dan tulang belakang tidak akan terlalu banyak bekerja kerana anda duduk di atas basikal senaman. Berlari lebih memberi tekanan pada sendi anda daripada berbasikal.
6. Penyimpanan
Treadmill mengambil banyak ruang, yang mungkin tidak sesuai jika anda tidak mempunyai banyak ruang di rumah. Treadmill adalah sangat besar dan lebih berat dan tidak selalunya sesuai dengan ruang tamu yang lebih kecil.
Basikal senaman, tidak seperti treadmill, menggunakan lebih sedikit ruang, ia biasanya menggunakan ruang paling sedikit.
Jadi apa pun pilihan anda untuk turunkan berat badan mahupun kekal sihat, kuncinya adalah konsistensi. Jika sudah buat pelaburan, pastinya hasil yang kita mahukan.
Get Stronger & Fitter With Us! Anda sukakan senaman ‘crossfit’? Inilah masanya untuk bina otot dan fitkan tubuh anda dengan Fit Hijabi! Senaman ‘crossfit’ yang akan diketuai oleh jurulatih hebat Coach Aziz dan Coach Qi dari CrossFit Pahlawan, Fit Hijabi bakal berlangsung pada 18 Jun 2022 bermula jam 3.30pm! Sangat ‘happening’!
Yuran pendaftaran hanya RM20 sahaja! Pelbagai hadiah menarik menanti anda!
Pendaftaran boleh dilakukan di toko.ideaktiv.com sebelum 18 Jun 2022!
Fit Hijabi diserikan oleh Good Virtues Co!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pengacara popular, Uyaina Arshad yang kini sedang hamil anak sulungnya kelihatan cergas dan aktif melakukan senaman yang dikongsikan dalam laman Instagramnya.
Menerusi perkongsiannya itu, Uyaina yang merupakan salah seorang pengacara program bual bicara Wanita Hari Ini menyatakan bahawa sebelum ini dia terpaksa menangguhkan rutin senamannya kerana kesihatan badannya yang tidak mengizinkan.
Last week Yana dapat train sekali je dengan Elaine sebab Yana tak sihat. Batuk, flu, sakit tekak & demam sikit. Test Covid negative. And Dr pun tak bagi antibiotics sebab risau kat baby. So kita hadap jelah.
Tambah Uyaina yang kini kembali sihat, senaman yang dilakukan dengan pengawasan seorang jurulatih itu bukanlah senaman yang biasa-biasa. Meskipun nampak seperti ringkas dan sederhana, namun ia merupakan senaman yang mampu mengeluarkan peluh yang banyak.
Harini Alhamdulillah feeling better & stronger! So Kita pulun sikit. Exercises ni nampak je simple. Tapi peluh dasyat juga.
Kongsi Uyaina lagi, bagi para ibu yang sedang hamil, senaman squat boleh dilakukan dalam pelbagai cara mengikut kesesuaian bebanan. Namun apa yang penting ketika melakukan senaman untuk menguatkan pelvik ini ialah bernafas dan lakukan secara perlahan.
Mommies, you can add some variations to your squats. Add some weights kalau larat. Yang penting, breathe! Slow and steady okay? Exercises ni semua to strengthen our pelvic floor.
Uyaina mendirikan rumah tanggan bersama pasangan, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur. Kini, pasangan sejoli ini sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka yang kini sudah berusia hampir lima bulan.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.