Lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian Mulan Jameela suatu ketika dahulu menjadi siulan ramai anak-anak muda. Dengan imej seksinya dan gaya menggoda, Mulan Jameela terus menjadi perhatian para peminat. Namun itu cerita dahulu. Kini Mulan lebih selesa dengan imej menutup aurat.
Sosok Mulan Jameela bertudung litup dengan pakaian longgar begitu menyejukkan mata sesiapa yang memandang. Berbanding penampilannya yang sebelum ini ternyata Mulan sudah benar-benar menutup aurahnya dengan sempurna. Mulan kelihatan cukup manis dengan busana dan hijab labuh yang menutupi tubuhnya.
Isteri Ahmad Dhani ini sudah mula berhijrah dengan mengenakan hijab lebih setahun yang lalu. Meskipun memakai busana longgar serta hijab labuh namun gaya Mula nampak stylo apabila busana dan hijabnya diberi suntikan moden. Jom kita lihat gaya Mulan berhijab labuh dan berbusana longgar dan sopan.
Ads
Ads
Dalam masa yang sama juga Mulan dilihat kerap berkongsi dakwah sesuai dengan imejnya sebagai seorang Muslimah.
Tanggal 13 April 2023 merupakan antara hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam, apabila seluruh dunia bakal mengimarahkan ‘World Quran Hour’ pada tahun ini.
Tujuan World Quran Hour ini diadakan adalah salah satu usaha untuk memupuk masyarakat beragama Islam untuk berinteraksi dengan Qalamullah dan menjadikanya sebagai sebahagian dari rutin dalam kehidupan dengan membaca, memahami dan mengamalkanya.
Sekaligus membentuk generasi masa hadapan yang cintakan Al-Quran. Jadi kita perlu menghargai kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita sebagai umatnya.
Terbaharu, media tempatan melaporkan tentang penemuan dan pemulihan sebuah Al-Quran tulisan tangan berusia 500 tahun yang hampir rosak dimamah masa. Kini sedang diselamatkan agar menjadi satu khazanah umat Islam dunia.
Hijabista difahamkan, bahawa proses pemulihan aset tak ternilai ini berkemungkinan akan selesai pada akhir April ini, menurut Perpustakaan Negara Taiwan.
Pakar pemulihan teks kuno dan kaligrafi, Hsu Mei-wen berkata, setakat ini proses yang masih belum selesai adalah pada bahagian kulit depan Al-Quran dan penjilidan kitab suci itu sahaja yang masih perlu dibaik pulih.
Sekadar info, teks Al-Quran tertua di dunia ini, ditulis tangan oleh empat orang yang berbeza, menggunakan dakwat yang berbeza, dan disiapkan sekitar abad ke-15 atau ke-16.
Hijabi memang minat berniaga? Malah simpan angan-angan dan cita-cita untuk membina empayar perniagaan sendiri? Tahukah hijabi bahawa berniaga merupakan satu Sunnah yang digalakkan oleh agama Islam.
Sama seperti kisah wanita ini, siapa yang sangka, juru x-ray pemilik nama Siti Noor Sabrina Sobri yang berasal dari kampung akhirnya berjaya menempa nama gah di seluruh Malaysia apabila dia nekad berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri di bawah jenama MAMASAB Bakery.
Lebih mengagumkan, hanya dengan menjual kek, Sabrina berjaya mencipta fenomena hingga menaut keuntugan jutaan ringgit dna kini bergelar jutawan setelah keenakana dan kualiti premium disetiap potogan kek miliknya menjadi tular di kalangan wargamaya.
Hijabi wajar menjadikan Sabrina sebagai ‘Role model’ dalam perniagaan. Jom baca kisahnya!
Sabrina berkata, semuanya bermula daripada minat menyediakan pastri, antara titik tolak awal bagaiana tercetusnya perniagaan bakeri, Mamasab di bawah syarikat Mamasab International Sdn Bhd.
Bermula dengan berniaga di rumah secara kecil-kecilan di Taman Medan, Petaling Jaya (PJ), jenama itu akhirnya memiliki cawangan pertama juga terletak di kawasan sama pada 2017.
Setakat ini, jenama milik bumiputera itu sudah memiliki 151 ribu ejen berdaftar dari seluruh negara. Selain pejabat urusan berpengkalan di PJ, lima kilang termasuk di ibu kota, Johor dan Kelantan menjadi mercu tanda kejayaan.
“Awalnya ia bermula dengan rangkaian 10 inovasi produk bakeri termasuk manisan seperti brownies, durian crepe dan congo bar. Tapi syukur kini, sudah lebih 50 produk dihasilkan termasuk kecantikan.
“Sebelum bertukar nama Mamasab pada 2018, nama asal perniagaan saya ialah Sabrina Bakery. Saya sendiri tak pernah terfikir mampu bergelar jutawan dan berkongsi rezeki itu dengan ramai orang.
“Saya pun bukan datang daripada keluarga yang bertunjangkan perniagaan. Hanya orang kampung biasa-biasa saja. Saya tak pernah terfikir meninggalkan kerjaya juru X-ray membuka laluan rezeki besar,” katanya.
Jelas Sabrina lagi, nama perniagaannya yang kini dikenali seluruh pelosok Malaysia itu terbit hasil hubungan baik dengan ejen.
“Pelanggan dan ejen suka memanggil saya mama. Malah nama Sabrina juga dipendekkan menjadi Sab. Maka tercetuslah nama Mamasab. Saya ini umpama mak kepada ejen khususnya. Mereka umpama anak saya.
“Panggilan dan nama itu yang buat hubungan terjalin jadi lebih akrab. Ia tidak semata-mata hubungan pengasas produk dan ejen. Sebarang masalah berbangkit membabitkan ejen, saya selesa bawa ia ke meja perbincangan.
“Macam kita selesaikan hubungan dalam kekeluargaan. Hubungan akrab itu juga antara intipati dan kekuatan. Ia sangat manis, saya sama-sama mahu ejen juga bina kejayaan dan bangkit dari apa saja yang menjatuhkan,” katanya.
Dia pada masa sama tidak menafikan pandemik COVID-19 dua tahun lalu turut membantutkan perniagaannya.
“Lalu terhasilah inisiatif mewujudkan sistem mini hub untuk berniaga secara offline. Selama ini termasuk waktu PKP, perniagaan 100 peratus berpaksikan dalam talian.
“Tapi saya sedar ada ejen yang tidak pandai berniaga secara online. Ada yang segan nak buat lintas langsung atau bercakap depan kamera. Pendek kata skil mereka terbatas.
“Mini hub ini membantu ejen saya berniaga offline dan ia sebagai alternafif. Mini hub ini boleh dibuka di mana-mana tempat, rumah atau kedai bersesuaian dengan bermodalkan RM400 sahaja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sabrina berkata selama ini perniagaannya berpaksikan pemasaran dengan ‘zero cost’.
Namun, kini jenama itu berfikir perlu melaburkan wang untuk terus meningkatkan jualan termasuk menaikkan papan iklan di sepanjang lebuh raya.
“Dalam usaha untuk terus terbang tinggi, kena laburkan sejumlah wang. Pemasaran dengan ‘zero cost’ sudah tidak relevan lagi terutama selepas era pandemik.
“Kami perlu melakukan sesuatu untuk ‘boost’ jualan. Justeru, kami menaja 30 papan iklan bagi master stokis terpilih. Tapi secara keseluruhan ada lebih 200 papan iklan akan dinaikkan bermula hujung bulan ini secara berperingkat.
“Papan iklan ini bukan sekadar dihiasi wajah saya. Tapi wajah ejen juga akan menghiasi papan iklan. Saya percaya kena ada gabungan pengasas dan ejen sebegitu untuk berjaya. Tak boleh muka pengasas saja yang glamor, ejen pun perlu diketengahkan.
“Insya-Allah menjelang 2025, kita nak capai sasaran jualan RM1 bilion ” katanya yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak 162 juta ringgit pada tahun 2021.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Sebagai umat islam, kebersihan ada sesuatu yang sangat penting. Islam sentiasa mengajar kita untuk menjaga kebersihan. Anda semua tahu tak ada doa yang boleh diamalkan ketika mahu memberus gigi?
Kebersihan merupakan asas kepada kesihatan. Jika anda sentiasa dalam keadaan bersih, kesihatan anda akan terjamin. Perludiketahuibahawamembersihkanbadansepertimandi,bercukur,mengguntingkuku,danbercukuradalahamalansunatIslam.Amalan-amalaniniadahikmahnyakeranaiadapatmenjagakesihatan,mengelakdaripadadijangkitipelbagaipenyakit,danyangpalingpentingmengamalkanSunnahRasulllahSAW.
Allah SWT juga menyukai orang yang mensucikan diri. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”
Bukan sahaja penjagaan badan, penjagaan mulut juga penting ya. Dua amalan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan mulut ialah berkumur kumur dan bersugi. Bersugi adalah kata nama lain bagi memberus gigi. Bersugiadalahperbuatanmembersihkangigidanmulutmenggunakansesuatuyangkesat.
Nabi Muhammad SAW menyarankan umatnya agar menggosok gigi lima kali sehari. Menurut Syariah, aktiviti memberus gigi mempunyai kebaikan peribadi, sosial dan kesihatan. Setiap hari, anda pasti sering berkomunikasi dengan orang lain. Bayangkan anda sedang bercakap dan nafas anda berbau busuk, mesti orang lain tidak selesa. Oleh itu, penting untuk setiasa menjaga bau mulut anda dengan memberus gigi.
Meninjau perkongsian theinspirasi, terdapat waktu yang disunatkan bersugi iaitu:
Terdapat banyak kebaikan ataupun hikmah bersugi, di antaranya adalah:
Anda perlu mempraktikkan cara menggosok gigi yang betul, ini adalah garis panduan yang disarankan oleh Persatuan Pergigian Amerika (ADA);
Berikut adalah doa berus gigi yang boleh anda amalkan ketika memberus atau menggosok gigi.
Allāhumma bayyidh bih asnānī, wa syudda bihī litsātî, wa tsabbit bih lahātī, wa bārik lī fīhi, yā arhamar rāhimīn.
Maksudnya: “Ya Allah, putihkanlah gigiku, kuatkan gusiku, kuatkan rongga tekakku (faring) dengan pembersih gigi (siwak/menyikat gigi). Berkatilah aku melaluinya, wahai Dzat Yang Maha Pengasih.” Doa ini dinukilkan oleh Syeikh Ibrahim Al-Baijuri, Hasyiyatul Bajuri, (Beirut, Darul Kutub Al-Ilmiyyah: 1999 M/1420 H), juz I, halaman 84.
Dengan mengamalkan sunnah Nabi iaitu memberus gigi, bukan sahaja pahala, malah kebersihan dan kesihatan anda juga lebih terjaga. Oleh itu, pastikan anda memberus gigi setiap hari ya. Nanti kalau nafas berbau busuk kan malu!
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.