Setiap Mukmin di muka bumi ini tidak terlepas dari menerima ujian Allah SWT, ini kerana ujian adalah satu bentuk tarbiah dan dalam masa yang sama mendidik hati manusia untuk dekat kepadaNya. Bagi mukmin yang bertaqwa, ujian itu umpama air yang membersihkan kotoran pada diri manusia.
Adakalanya Allah SWT tidak mengurniakan bantuanNya dengan semudah seperti yang diharapkan, kerana Allah SWT mahu mendidik manusia untuk berusaha keras mendapatkan sesuatu perkara yang dihajati. Ikuti perkongsian wanita ini.
Throwback kenangan Umrah 22 Sept -3 Okt 2019.
Bersama suami Dan anak² 4 & 1 tahun lebih.
Pada awalnya saya sendiri dan suami tiada duit simpanan untuk buat umrah. Tapi pada Bulan Mac, saya nekad untuk booking pakej Umrah juga.
Bayar booking shj 300. Dan masa Tu book utk 3 org, sy,suami Dan anak kecil( sbb dia punya Kos hanya 1500 shj budak bawah 2 tahun) bersama abg sulung Dan mak sy sahaja. Hati mmg nak sgt bawa ank sulung sekali. Dah la Namanya *Nur Khayla Medina*
Saya tak berkerja hanya Suri rumah,berniaga online kecil²lan, suami sorg shj berkerja.
Tapi benarlah , apabila Kita yakin Dan buat tindakan pertama, Allah mudahkan urusan Dan buka jalan untuk mencukupkan duit bayaran umrah Kami sekeluarga Allah maha baik.Maha mendengar.
Allah buka jalan satu persatu untuk melancarkan urusan ke sana.
.
Tiba lah pada Bulan 7, saat buat passport , hati Kami suami isteri sebak tgk anak sulung hanya duduk dikerusi , tak buat pasport Selesai buat passport Kami bertiga shj. Malam nya sy meluahkan perasaan Dan berbincang dgn suami. Meluahkan kehibaan bila tak dpt bawa Medina utk umrah sekali ( pakej umrah budak atas 2 tahun Sama harga pakej dewasa, diskaun beberapa ratus)
Dalam pada itu, Kami berdoa minta petunjuk Dr Allah.
Hati Kami kuat Dan nekad esoknya sy Tanya travel Agent , boleh tak nak daftar sorg lagi anak sy? Staff ya bagitahu kebetulan mmg tgl 1 sahaja lagi seat kosong. mashaAllah. Cantek betul aturan Allah Kan.
Walaupun masa Tu Kami takde duit lagi nak bayar pakej utk Medina.
ALLAH BERI REZEKI
Alhamdulillah, Allahuakhbar Allah beri Kami rezeki Dr mana² Arah untuk kumpul duit pakej utk Medina Dalam masa 1 Bulan. Terima kasih juga kat travel agent bg Kami masa utk selesai Kan bayaran.
Dah setel semua bayaran pakej umrah Kami sekeluarga, tiba² dapat berita Saudi kenakan bayaran RM 350 visa setiap seorang. So untuk Kami berempat perlu bayar RM 1400. Sedangkan masa Tu duit sy Dan suami cukup² Ada utk duit makan disana.
Sy baca wassap tu Dari staff travel agent Tu. Sy diam. Sy terus teruskan berdoa Dan yakin Allah Bantu Kami nnti. (Masa berbaki 2 Minggu sblm fly xsilap sy)
Tiba² sy dpt wassap Dr seorang hamba Allah ingin beri hadiah sejumlah Wang. Masha Allah tabarakallah dengan duit itulah sy byr duit visa sy sekeluarga.
“Hanya Allah sebaik² penolong”
Hasbunallah wanikmalwakel
Saya jadi saksi melihat satu persatu bantuan Allah datang bila Kita benar² yakin pd Allah.
Hanya Allah tempat kita bergantung harap
Allah maha baik, sentiasa beri Kita nikmat yg tidak terhitung.
SEMUA YANG BERLAKU ATAS RAHMAT ALLAH
Dahulunya sy selalu ckp nak simpan duit untuk buat umrah. Tapi sy xpernah sekali pun berjaya . Duit YG simpan pasti habis tah kemana.
Rupanya, Allah nak tengok tindakan sy , nak tgk keyakinan sy. Bila niat dah ade, bila booking pakej Umrah, Allah tahu Kita dah benar² ingin menyahut jemputan Allah untuk menjadi TetamuNya.
Allahu Allah. Begitu lah Cara Allah menjemput Kami sekeluarga.
Alhamdulillah Medina juga dapat buat umrah sendiri 2 Kali . Dia seronok berlari semasa Saie. Langsung tak berhenti . Hebat Allah beri tenaga padanya. Pada hakikatnya Medina Tu jenis cpt penat kalau berjalan jauh tapi Allah beri tenaga utk Medina tawaf 7 pusingan, saie 7 pusingan tanpa Rasa letih. Tambah² bila dia dpt minum air zam². Bertambah semangat dia.
.
Semuanya Yang berlaku ini adalah atas rahmat Dan kasih sayang Allah jua. Diri sy Dan suami tiada Daya upaya utk dptkan semua ini.
Terima kasih ya Allah.
Jemputlah lagi Kami ke RumahMu ya Allah.
Kami rindukan segalanya disana.
Ya Allah pilih Kami dpt menetap Di Madinah/Mekah sehingga hujung nafas Kami.
Ya Allah izinkan jasad Kami ditanam Di perkuburan Baqi’.
Terima lah taubat Kami Ya Allah, terimalah ibadah Kami ya Allah. Terimalah DOA Kami ya Allah
Aamiin Allahumma Amin
Memori Indah KASMAR 2019
“Allah tak memanggil Yang mampu, tetapi Allah memanggil pada yang mahu,rindu Dan yakin”
Sumber kredit: Mardhiah Fozi via Kenangan Haji & Umrah
Perkahwinan merupakan satu percaturan yang menghalalkan perhubungan seorang lelaki dan perempuan melalui lafaz ijab dan qabul. Bila sah sahaja lafaz akad, segala tanggungjawab telah digalas oleh si suami untuk membimbang isteri ke jalan Allah.
Setiap perkahwinan tidak menjanjikan kebahagiaan. Tetapi, anda tentu akan berasa bahagia sekiranya anda menerima setiap kekurangan yang ada pada pasangan masing-masing. Jika ada bertikam lidah sesama suami isteri, ia merupakan adat bagi satu perkahwinan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Malah kenyataan ini juga bagai disokong oleh seorang lelaki bernama Mizan Dzai. Katanya, jika dahulu sebelum kahwin dia mencintai kelebihan dan sayangkan kelemahan isterinya, tetapi selepas berkahwin dia cintakan segala kelebihan dan kelemahan yang ada pada isterinya.
Pengorbanan isterinya memang tidak dapat dinafikan lagi. Isterinya sanggup bertarung nyawa demi melahirkan zuriat serta sanggup korbankan kerjaya di bank seawal usia 23 tahun.
Ikuti perkongsiannya tentang erti sebuah perkahwinan serta tanggungjawab sebagai seorang suami. Semoga ia menjadi pedoman buat para suami di luar sana.
Foto: Facebook Mizan Dzai
Aku tak pernah nak gosok baju sendiri, cari stokin dan seluar dalam sendiri. Aku kalau mencari benda-benda ni, mesti tak jumpa, kalau jumpa pun mesti bukan sepasang. Buat sakit hati aku je beria nak cari bagai.
Selalunya setiap pagi El akan tanya aku.
“D, which one you nak pakai hari ni?” Sambil dia tunjuk kemeja-kemeja dan seluar untuk aku.
Dan macam biasa, dia bagi soalan, tak sempat aku sahut tapi dia sendiri yang decide.
“As usual lah D, tunggu you pilih i yang pening. Kalah perempuan”.
Aku gelak je tengok gelagat buah hati aku, sambil mata Farrel dengan Aldric tak lepas mengekor mommy dia orang berlari kecil naik tangga.
Farrel sambung main atau tengok tv, Aldric pandang aku lepas tu mencebik.
Macam biasa, aku jerit panggil El.
“Mommy, Aldric ingat you tinggal dia. Air mata dah meleleh ni!”
El sambung jerit kat atas “You peganglah dia kejap, dengan anak sendiri pun nak takut”.
Aku bukan takut, masalah Aldric ni menangis bila mommy dia tinggal macam aku piat telinga sampai nak putus gayanya. Farrel anak daddy, melekat je sampai nak pergi kerja pun menangis beria nak ikut aku pergi kerja.
Foto: Facebook Mizan Dzai
Settle El gosok baju, aku mandi siap-siap nak pergi kerja.
“Mommy, mana stokin dengan spender i?”
El sahut “Ada atas katil sekali dengan belt you D”.
“Mommy mana kunci kereta i?”
El jawab “Ada dalam poket seluar, i dah letak siap-siap kang Farrel masuk mulut lagi”.
Sebab bila ada hero 2 orang dalam rumah ni, kita perlu lebih laju dari pergerakkan dia orang. Dikhuatiri nanti buat x-tray jumpa syiling atau kunci kereta dalam perut.
“Mommy mana wallet i atas bar table dapur ni?”
El tanpa jemu, dialog yang sama setiap hari selama hampir 3 tahun perkahwinan kami, aku masih bertanya soalan yang sama tapi El tetap melayan. Kalau ada tempat yang berubah pun, bukan lah setiap hari.
“Dalam briefcase you, nanti you tertinggal dalam handbag i lagi”.
Sebab selalu kalau balik kerja petang, aku suka bawa El dengan budak-budak pusing pergi Speedmart, pusing-pusing singgah mamak.
Kesian duduk rumah, dia nak keluar sendiri aku memang tak bagi kecuali dengan driver, kalau aku tak pakai.
Aku tak tahu bila dia akan jemu, bila dia akan rasa aku ni hanya menyusahkan sebab kena uruskan semua pasal aku. El sentiasa sediakan semua hal aku termasuk budget perbelanjaan dan kewangan keluarga.
Foto: Facebook Mizan Dzai
Aku percaya dia seperti mana dia percaya janji aku yang akan menjaga dia sepenuh hati dengan bertarung nyawa melahirkan anak-anak aku.
Aku tengok dia contraction, aku tengok dia meneran, aku tengok dia dikoyakkan supaya mudah anak aku keluar melihat dunia.
Aku dah tak dapat rasa dia genggam tangan aku sekuat masa bercinta sebelum ada Farrel dengan Aldric dulu. Dah tak sama, langsung tak sama.
Hal dia sendiri dia selalu lupa mungkin sebab kesan bersalin tapi hal aku, secebis kuman pun dia tak pernah lupa!
Dulu aku cintakan kelebihan dia, aku sayangkan kelemahan dia tapi sekarang aku cintakan segala kelebihan dan kelemahan dia, segalanya.
Dia berkorban segalanya untuk aku. Dia korbankan paras rupa dia untuk menjadi “Hamba Abadi” aku, dia korbankan tubuh badan yang cantik demi zuriat dan pewaris-pewaris aku.
Apatah lagi dia korbankan kerjaya di bank dan usia seawal 23 tahun dulu untuk berkahwin dengan aku yang dia baru kenal 2-3 bulan?
Apa lagi yang aku tak reti bersyukur?
Apa lagi pengorbanan dia yang aku nak nafikan?
Dia dah tak ada kawan rapat macam dulu sebab 3 hero dia di rumah lah yang jadi BFF dia, yang jadi peneman tawa dan tangis dia.
Foto: Facebook Mizan Dzai
Dulu masa baru kahwin El selalu nangis sebab aku tegas, lagi-lagi bila gosok baju kemeja dengan seluar aku. Pantang betul aku bila ada bahagian kat pakaian aku yang renyuk atau tak licin.
Lagi-lagi bila kolar baju aku El turunkan dulu sebelum aku pakai sebab nanti kolar tu macam patah, jadi lembik. Biar kolar naik dulu sebab nanti masa aku nak pakai baru aku turunkan.
Kalau turunkan kolar sehari sebelum, lagi lah aku pantang! Tak nampak tajam dan tak tegak macam baru gosok. Siap aku belikan iron board yang tinggi dan tebal alasnya, steamer punya iron pun ada sekali untuk sut dan baju korporat aku.
Itu baru pasal baju.
Aku pantang betul kalau basuh baju aku tak bersih. Paling pantang kalau aku terpaksa tunggu El bersiap. Aku tak suka menunggu dan aku tak suka orang tunggu aku.
Aku pernah tengking dia sebab kacau waktu kerja aku. Aku herdik dia sebab kacau hal kerja aku, kacau waktu appointment dengan client-client aku.
Tapi aku belajar banyak perkara dalam perkahwinan.
Bila aku tengok baju yang tak selicin aku hantar dobi, aku senyum sendiri. Aku bukan berkahwin dengan owner kedai dobi. Aku bukan kahwin dengan orang suruhan atau orang gaji.
Sebenarnya aku nak dia yang uruskan sebab aku nak rasa sentuhan El bila aku keluar cari nafkah. Aku nak orang pandang aku berpakaian kemas sebab isteri aku yang jaga penampilan aku.
Foto: Facebook Mizan Dzai
Bila aku tengok kawan-kawan ada skandal, bercakap tentang lelaki mampu bernikah lagi, aku suka perhati.
Dalam hati aku, kau rasa minah yang kau usung kehulu kehilir ni boleh ke jaga anak-anak kau, boleh ke sediakan makan pakai kau, boleh ke bertahan dengan kau seperti minah yang kau bodoh-bodohkan kat rumah tu?
Kalau mampu dengan tidak membanding-bandingkan, nikahlah. Terpulang, tak salah pun tapi aku ada pendapat aku sendiri.
Bagi aku, kalau kita cari kelemahan isteri, mesti kita akan jumpa tapi kenapa aku tak pandang kelebihan-kelebihan isteri yang terang-terangan cukup sempurna dalam membahagiakan rumahtangga kami?
Kalau dia tengok kelemahan aku, 10 kali lebih banyak dari dia yang berkorban demi menjadi isteri yang terbaik buat aku.
Bila aku ingat balik waktu baru kahwin dulu, mesti aku gelak sendiri sebab dia terkejar-kejar untuk menjadi seorang isteri sedangkan waktu tu dia tinggalkan semua kehidupan, kerjaya dia termasuklah orang tua.
Dia sentiasa cuba menjadi yang terbaik supaya aku tahu, takkan ada wanita diluar sana setanding dengannya. Aku nampak, aku perasan.
Sekarang, El cukup cekap terutama dalam mengenyangkan perut aku. Siapa pernah datang rumah aku tahu lah rasa masakan dia.
Sap sap soi makanan terhidang.
Sap sap soi anak-anak dah mandi.
Sap sap soi barang-barang aku siap.
Sap sap soi rumah bersih wangi dan teratur.
Aku bukan nak memuji isteri aku sendiri walaupun aku tengah puji tapi aku berkongsi yang dalam rumahtangga ni, kita tak perlu menjadi atau mencari yang sempurna.
Kita cuma perlu melengkapi satu sama lain.
Kita akan belajar bermacam perkara setiap hari.
Foto: Facebook Mizan Dzai
Apa yang kita nak bandingkan penat lelah kita cari duit, bina perniagaan, bina kerjaya, uruskan pekerja atau lain-lain perkara dengan kerja isteri di rumah?
Dari sebelum Subuh isteri kita bersilat sampailah sebelum Subuh balik. Itu belum lagi dia orang bangun setiap 1-2 jam sebab susukan anak-anak.
Kekadang masa buang air besar pun sambil dukung anak. Kau gelak. Kita bukan tak tahu tapi kita saja buat-buat terlepas pandang.
Bila last isteri kita demam? Nak demam pun tak jadi sebab dia orang fikir, siapa nak urus suami dan anak-anak kalau demam?
24/7 NON STOP.
Kita, ada lagi masa melepak, ada lagi masa layan hobby, main golf, main kereta, pergi urut, pergi karaoke dan enjoy tanpa pengetahuan isteri, siap kelontong member kat rumah tu menunggu penuh setia macam orang bodoh.
Itu ke yang kita nak banggakan dan ajar pada anak-anak lelaki kita bila dia orang kahwin esok?
Sebenarnya suami yang bertanggungjawab penuh pada rumahtangga dan keluarga. Seni serta coraknya pada suami dan bapa, warna serta kelembutannya pada isteri dan ibu.
Foto: Facebook Mizan Dzai
Anak-anak yang ada di depan mata itulah hasil dari tugas kita sebagai ibu dan bapa.
Bila kita rasa kita tak bahagia, dalam rumah asik bergaduh dan nak baran je rasa, bukan pasangan atau rumahtangga yang perlu berubah tapi kita.
Kita sebagai ketua keluarga yang perlu berubah dan mengubahnya.
Jauh lagi perjalanan aku dan isteri, terlalu banyak lagi yang perlu aku belajar tapi kalau kita nak pasangan yang baik maka ianya bermula dari kita. Kita nak pasangan yang mendengar kata dan setia, kuncinya ada pada kita.
Semoga bermanfaat, semoga kita mendapat isteri dan anak-anak yang taat.
Perintah untuk berdoa bukan sahaja ketika kita dalam keadaan susah, malahan juga ketika dalam keadaan selesa dan tenang.
Dalam surah Al-Ghaafir ayat 60, Allah SWT mengkhabarkan berita gembira kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan memohon sesuatu hajat dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.’”
Antara zikir dan doa utama yang diamalkan Rasulullah SAW pada waktu pagi setelah subuh hingga terbit matahari:
1 – MEMBACA AYAT KURSI.
Dibaca satu (1) kali
Fadhilat:
"Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang."
– HR Al Hakim 1: 562 –
2 – MEMBACA 3 QUL.
SURAH AL IKHLAS, AL FALAQ & AN NAAS
Dibaca tiga (3) kali
Fadhilat:
"Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya. "
– HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575 –
3 – MEMBACA SAYYIDUL ISTIGHFAR.
Dibaca satu (1) kali
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ،
أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْت*َ.
Fadhilat:
"Barangsiapa mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni syurga. Barangsiapa yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga."
– HR. Bukhari no. 6306 –
4 – MEMBACA DOA PELINDUNG DIRI.
Dibaca tiga (3) kali.
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Fadhilat:
"Barangsiapa yang mengucapkan zikir tersebut sebanyak 3 kali di pagi hari dan 3 kali di petang hari, maka tidak akan ada bahaya yang tiba-tiba memudaratkannya."
– HR. Abu Daud no. 5088, 5089, Tirmizi no. 3388, dan Ibnu Majah no. 3869 –
HIJABISTA: Moga kita jadikan doa-doa dan zikir-zikir ini sebagai amalan dalam kehidupan harian kita.
Konsep dan tujuan bersedekah adalah bertujuan membantu golongan yang lebih memerlukan dari diri kita. Malah, rezeki lebih midah datang sekiranya kita sering berkongsi rezeki bersama orang lain. Tidak kisah samada pemberian itu banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keihklasan diri kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
Selain itu, dengan bersedekah juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Begitu jugalah dengan perkara yang dilakukan oleh lelaki dermawan ini.
Cari Pendapatan Sampingan Jual Ais Krim, Tak Halang Lelaki Ini Bersedekah!
Tindakan murah hati, lelaki ini yang memberikan ais krim percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) telah tular di laman sosial.
Hantaran video yang dimuatnaik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @ruimeilo, memaparkan lelaki berkenaan meletakkan tanda “Ais krim percuma kepada OKU” di motorsikal miliknya menjadi tular.
Hijabista difahamkan bahawa lelaki ini merupakan seorang penjual ais krim yang mencari pendapatan lebih untuk menyara isteri dan anaknya dengan meniaga aiskrim di kawasan tepi pantai.
Ketika disoal mengapa dia memutuskan untuk melakukan tindakan sedemikian, lelaki itu menjelaskan bahawa dia mendapat inspirasi berkenaan kerana dia juga turut mempunyai seorang anak OKU yang pernah terlantar sakit sebelum meninggal dunia.
“Saya ada anak seorang OKU, OKU terlantar dia sakit dan meninggal dunia. Saya seorang sahaja kerja, isteri tak kerja. Kerja kereta api gaji sikit, jadi kena cari duit lebih,” katanya.
Netizen Kagumi Kemuliaan Hati Lelaki Ini, Tetap Mahu Bersedekah Meski Hidup Serba Kekurangan
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mrndapati rata-rata wargamaya menzahirkan rasa sebak dan mengagumi semangat serta kemuliaan lelaki berkenaan yang sanggup berkongsi rezeki meskipun serba kekurangan.
Sekadar info, lelaki tersebut menjual aiskrim berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Di sini dapat kita simpulkan bahawa, untuk menjadi seorang yang pemurah serta rajin bersedekah tidaklah perlu menjadi kaya dahulu, bahkan orang-orang biasa juga mampu melakukannya.
Apa yang penting, sumbangan yang ikhlas tidak dinilai daripada jumlah yang diberi, sebaliknya dilihat daripada keihklasan hati si pemberi.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...