Anda mesti perasankan label tarikh luput di produk makanan atau minuman yang dicetak “baik sebelum” (best before) atau ‘’guna sebelum’ (use by).

Label tarikh luput ini diguna pakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan, minuman, ubatan, produk kosmetik dan lain-lain lagi. Sememangnya terdapat perbezaan di antara dua jenis label ini dan kali ini kita akan fokuskan pada makanan dan minuman sahaja.

 

IKLAN
Guna Sebelum” (Use by) 👇🏻

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ia digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah DIBUANG SERTA MERTA selepas tarikh yang dinyatakan.

IKLAN
Baik Sebelum (Best Before)👇🏻

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

IKLAN

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:

👉🏻 Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.

kredit: Fatimah Salim

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI