Memiliki rambut yang beralun, sihat, berkilat dan lebat memang menjadi idaman setiap wanita. Walaupun bertudung, namun apa salahnya untuk kita mendapatkan rambut yang sebegitu untuk kepuasan diri sendiri bukan? Bukan sahaja membahagiakan diri malah membuatkan kita rasa lebih cantik dan yakin dengan diri sendiri.
Ada kalanya kita mesti ada terasa ingin memberikan sentuhan kelainan pada rambut misalnya dari segi stail dan warnanya. Namun, perasaan ragu-ragu itu datang kerana risau jika bahan pewarnanya bakal menyusahkan kita untuk menunaikan solat nanti.
Rambut Lebih Berkilau Dari Biasa
Nampaknya para muslimah tidak perlu risau lagi dengan masalah sebegitu. Pilihan sudah ada di depan mata. Pilih sahaja pewarna rambut Garnier Color Naturals tanpa was-was. Tidak syak dan ragu-ragu lagi, ini adalah produk yang perlu anda miliki untuk memberikan sentuhan berbeza pada helaian mahkota anda kerana ia telus air dan kini halal (sila rujuk pada pek untuk logo halal).
Bagai memahami isi hati dan kehendak wanita, inilah ciri yang paling dicari oleh setiap Muslimah kerana produk pewarna rambut sebegini sememangnya terhad di pasaran.
Kebiasaannya kita pasti membatalkan hasrat untuk membelinya kerana risau dan musykil dengan bahan kandungannya. Tetapi, anda tidak perlu khuatir dengan Garnier Color Naturals ini kerana ia tidak mengandungi bahan kimia ammonia yang boleh memberi kesan buruk pada tubuh untuk jangka masa panjang.
Tidak seperti produk pewarna rambut lain, item ini patut dimiliki oleh wanita diluar sana kerana ia mampu membuatkan rambut menjadi lima kali lebih berkilau daripada kebiasaannya. Langsung tidak mengeringkan rambut, rambut juga senang diurus dan dirapikan dengan lembut. Bukankah itu menjadi impian semua wanita di luar sana?
Diperkaya Dengan Bahan Asli
Selain itu, Garnier Color Naturals ini juga mengandungi pelbagai bahan asli semulajadi yang sememangnya diketahui umum mampu memberikan kesan baik pada rambut. Diperkaya dengan minyak zaitun, minyak badam dan minyak avocado, minyak daripada tumbuh-tumbuhan ini membuatkan rambut menjadi lebih sihat dan bermaya bak seorang ratu!
Ads
Bukan itu sahaja, produk ini juga datang dengan seribu satu khasiat kerana ia turut mengandungi sensasi serum buah-buahan dan juga vitamin yang memberikan banyak manfaat pada rambut. Anda bukan sahaja mendapat warna rambut yang cantik, malah rambut yang sihat dan memukau. Warnanya juga tahan lama sehingga lapan minggu dengan inovasi Color Lock Technology.
Membaiki Warna Akar Rambut
Mereka yang berambut pendek termasuklah kaum Adam kebiasaannya bolehlah menggunakan pek sachet kerana saiznya yang kecil sudah cukup untuk mewarnakan keseluruhan helaian rambut dengan rata selain boleh digunakan untuk membaiki warna akar rambut anda.
Dengan menggunakan pek sachet, anda boleh mendapatkan warna rambut yang diidamkan sepantas 15 minit sahaja. Mudahkan?
Datang dengan harga yang sangat berbaloi iaitu RM 19.90 untuk pek kit/kotak manakala RM 8.40 untuk pek sachet, produk ini mudah didapatkan di mana sahaja seperti di farmasi, gedung pasaraya dan juga di platform atas talian seperti di Lazada, Shopee dan Hermo.
Untuk memudahkan pembelian anda, klik terus link di bawah ini. Boleh terus membelinya dan tunggu sahaja ia sampai di depan rumah!
Baru-baru ini, pelakon terkenal Janna Nick telah membuat hantaran menyambut ulang tahun kelahiran adik perempuannya iaitu Kissya Nick. Cute sahaja adik-beradik ini! Foto perkongsian tersebut telah mengundang perhatian ramai di laman Instagram. Adiknya bukan sahaja terlihat sopan, namun rupanya bakal doktor! Memang beauty with brain!
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meraikan hari lahir adiknya yang ke-18 tahun itu bersama ahli keluarga serta teman lelaki yang juga pelakon, Dini Schatzmann di sebuah restoran.
Menerusi satu hantaran, Janna telah memberikan ucapan istimewa kepada Kissya atau nama sebenarnya Nurul Balqish dalam menempuh hari mendatang serta berjaya mendapat gelaran doktor satu hari nanti.
Foto tersebut telah dimuat naik bersama kapsyen “Happy birthday @kissyanick. Semoga setiap langkah dijaga, semoga setiap impian dimakbulkan, semoga dijauhkan dari perkara yang tak baik, paling penting semoga dapat jadi Dr. Balqish”.
Tambahan itu, Janna dan ahli keluarganya turut membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah iPhone 14 sehingga remaja itu menunjukkan reaksi terharu dan sebak. Wah, memang beruntung!
Menjengah di ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut turut memberikan ucapan hari lahir kepada Kissya selain mendoakan umurnya panjang, dimurahkan rezeki serta berjaya dalam pelajaran.
Bukan rakan artis sahaja, malahan ramai netizen turut meninggalkan komen dan ada yang memuji paras rupanya yang cantik dan menawan itu.
“Siapa ni adik janna ka lawa la mcm kakak dia”
“LAWA GILAAAAAAAA😭😭😭 dulu kecik cenonet je. How time flies… Happy birthday adik Janna. Semoga itu, semoga ini.”
“Eh masa dulu up gambar adik2 kecik lagi😍..cntik smua dh besar”
“Cantik la adik dia 😍😍😍 bakal Dr pula. Wahhhh 👏👏👏👏”
Imejnya yang sopan dan menawan memang wajar dipuji. Manis sangat! Apa-apa pun, Selamat Ulang Tahun Kissya. Kami turut mendoakan agar Kissya akan berjaya bergelar doktor satu hari nanti.
Serum merupakan cairan yang diperkaya bahan aktif seperti antioksidan dan peptida yang mampu menembus ke dalam kulit untuk memelihara serta meremajakan kulit. Tekstur serum ini sangat ringan dan cepat diserap. Tingkat resapannya bahkan lebih tinggi dibanding produk skincare seperti pelembap dan lain sebagainya. Salah satu produk serum memang dibuat untuk tujuan mengatasi masalah kulit seperti jerawat.
Anda pasti tahu manfaat serum, tetapi masih tidak tahu memilih serum yang terbaik untuk kulit berjerawat. Kulit berjerawat bukan mudah untuk mengoleskan sesuatu krim mahupun bahan lain. Kulit yang merengsa kemerahan memerlukan perhatian lebih. Berikut ini adalah poin-poin yang penting anda perhatikan sebelum memilih serum tersebut.
Pilihlah serum yang mampu meredakan jerawat dengan kandungan anti bakteria atau anti inflamasi
Serum yang mengandung salicylic acid atau tea tree oil sesuai dengan kulit berjerawat. Begitu juga serum yang mengandung vitamin C. Kandungan-kandungan ini boleh membersihkan pori-pori dari kotoran dan mengatasi minyak berlebihan. Selain itu, pertumbuhan bakteria penyebab jerawat juga boleh dikawal.
Serum memiliki jenis dan tekstur yang pelbagai. Sekiranya ingin mengatasi masalah jerawat, perlu pilih serum yang teksturnya cair dan ringan. Supaya serum lebih cepat meresap di kulit anda dan tidak menimbulkan kesan berminyak di kulit.
Bahan-bahan yang sering dicampurkan pada serum seperti minyak, mineral oil, pewangi, pewarna, paraben, dan alkohol. Dalam memilih serum untuk kulit berjerawat, anda harus perhatikan bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Bahan-bahan tersebut kurang sesuai untuk kulit berjerawat kerana boleh merengsakan jerawat. Jadi, pilihlah serum dengan kandungan zat aditif seminimal yang mungkin.
Jika kulit anda berjerawat dan juga sensitif, harus lebih berhati-hati memilih serum. Pilihlah serum yang tidak akan ada kesan sampingan. Anda boleh menguji adakah produk serum tersebut sudah melalui patch test, allergy test, dan hypoallergenic cosmetic test. Setidak-tidaknya, produk tersebut sudah teruji selamat digunakan.
Perlu juga tahu bagaimana cara untuk aplikasi serum yang betul agar khasiat serum menyerap ke dalam kulit secara efektif.
Mudah kan cara menggunakan serum? Tidak perlu pakai secara berlebihan ya. Cukup 2 kali sehari, kerana serum mengandung nutrisi yang banyak.
Antara serum di pasaran dari bajet hingga yang high end terbaik untuk melegakan kulit yang berjerawat terbaik dari drug store.
Kaya dengan nutrisi dari daun dan biji teh hijau Jeju. Rekomendasi serum ini di bawah bajet untuk mengatasi jerawat anda. Kandungan 100% green tea Jeju segar yang akan menutrisi kulit secara mendalam dan memberikan kelembapan agar kulit lebih anjal.
Teknologi pelembap dari green tea segar dan green tea seed oil akan memberikan kelembapan dan membentuk lapisan berganda di kulit anda. Innisfree Green Tea Seed Serum ini memiliki tekstur yang sangat cair dengan warna transparan yang agak kekuningan. Juga mudah meresap di kulit dengan aroma wangi yang segar.
Serum untuk kulit berjerawat ini memiliki bahan acid sebagai pengelupas, iaitu AHA, BHA, dan PHA. Ketiganya berperanan dalam mengangkat sel-sel kulit mati, membersihkan pori, mencerahkan, dan memperbaiki tekstur kulit wajah agar lebih halus. Selain kandungan asid, kandungan tea tree yang sangat baik untuk meredakan jerawat agar tidak meradang, mengecutkan jerawat dengan cepat dan kering. Tea tree ini adalah bahan yang bagus untuk mengawal sebum dan menenangkan kulit.
Sesuai namanya, produk ini memang memiliki kandungan salicylic acid yang merupakan baik untuk pengelupasan membersihkan jerawat dan pori-pori. Produk ini mampu membersihkan pori dari sel kulit mati dan juga minyak berlebih yang menjadi penyebab munculnya jerawat.
Bukan itu sahaja, serum ini juga berfungsi sebagai anti inflamasi dan anti bakteria yang membantu mengatasi jerawat muncul kembali juga bekas jerawat. Produk ini pun memiliki kandungan citric acid yang berfungsi sebagai anti aging. Dengan pemakaian teratur, kulit anda lebih mulus dan bersih.
Produk ini kurang sesuai untuk kulit sensitif, kerana kandungannya boleh jadi terlalu keras. Serum ini pun baik digunakan di malam hari, kerana kandungan asid di dalamnya cukup sensitif terhadap sinar matahari. Kecuali jika anda memakai sunscreen dengan baik.
Untuk mengatasi masalah jerawat, anda boleh juga memakai serum tea tree dari The Body Shop ini. Serum wajah ini memiliki tekstur ringan dengan kandungan Community Trade Organic Tea Tree Oil dari Kenya. Fungsinya adalah untuk membantu mengatasi jerawat, membuat wajah terasa lebih halus dan bersih, serta mengawal minyak dengan mengurangi kilap di wajah.
Kemerahan di wajah kerana jerawat juga boleh berkurang dengan memakai serum ini. Dalam waktu 4 minggu pemakaian, hasilnya kulit yang lebih bersih, mulus, dan bebas jerawat.
Sebilangan besar serum Vitamin C pasti akan berubah menjadi warna coklat tembaga apabila terdedah kepada cahaya matahari, panas, dan udara kerana pengoksidaan. Walau bagaimanapun, perubahan warna ini juga merupakan cara untuk membuktikan kesucian serum Vitamin C anda.
Serum ini mengandungi 21.5% Vitamin C, yang sangat pekat, oleh itu disarankan agar serum disejukkan sebaiknya dibuka. Ini juga menjadikannya sempurna untuk memerangi hiperpigmentasi, perubahan warna, bekas jerawat dan kulit kusam! Bahkan formula ini menjadi tidak melekit dan lebih berkesan dengan senarai ramuannya yang baru.
Sekiranya anda berurusan dengan rosacea, sudah tiba masanya untuk mencuba serum muka drug store terbaik ini. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan yang menenangkan dan air mata air termal untuk mengurangkan kemerahan, baik jangka pendek mahupun jangka panjang.
Ya, serum ini betul-betul dapat memudarkan parut jerawat anda, bintik-bintik gelap, dan melasma dengan serum muka. Bahan unggul adalah hidrokuinon, agen pencerah yang menghalang pengeluaran melanin pada kulit. Gunakan sekali sehari untuk mendapatkan semua manfaat pencerahan kulit, tetapi peringatan serum ini agak kuat, jadi langkau yang ini jika anda mempunyai kulit sensitif.
Retinol atau Vitamin A, adalah ramuan lain yang sangat berkesan dan disukai oleh pakar. Pada dasarnya, retinol meningkatkan sintesis kolagen dan membantu memperbaiki semula parut. Secara sederhana, retinol sebenarnya membantu menebalkan kulit dengan meningkatkan penghasilan kolagen. Proses “penebalan” ini kemudiannya akan membantu mengisi kekosongan, menutup bekas luka. Biofinest’s Retinol Serum diformulasikan dengan Vitamin A, C, E, Hyaluronic Acid, Niacinamide, dan Amino Acid Blend. Ia 100% tulen dan organik, dan sesuai dengan semua jenis kulit!
Memasangkan derma-roller anda dengan serum sangat penting kerana ia berfungsi sebagai “penyangga” antara kulit anda dan lonjakan kecil, dan bahkan meningkatkan penyerapan serum. Serum Pembaharuan Intensif Dr Wu dengan Asid Mandelic 18% menyentuh titik manis kerana ia tidak mengandungi bahan-bahan kasar dan ‘reaktif’, tidak seperti serum khas untuk bekas jerawat, yang berpotensi merosakkan kulit ketika digunakan dengan jarum. Ini mempunyai Mandelic Acid yang merupakan versi AHA rata-rata yang lebih ringan, dan kandungan Beta-Glucan dalam serum ini memberikan kesan menenangkan dan menghidrat yang tahan lama.
Derma-rolling dan jarum mikro pada dasarnya adalah jenis amalan penjagaan kulit yang sama. Bergantung pada ukuran paku, ia digunakan untuk merawat keadaan kulit yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakan penggelek derma di rumah dilengkapi dengan jarum dalam ukuran (rata-rata 0.5mm) yang akan menyebabkan kecederaan mikro untuk meningkatkan pengeluaran kolagen anda, yang seterusnya membantu menghilangkan bekas jerawat, lingkaran hitam dan bawah mata beg, kulit kendur dan banyak lagi!
Vitamin E adalah nutrien dan antioksidan penting untuk kulit. Ia juga terkenal dengan sifat penyembuhan dan anti-penuaan. Serum Vitamin E Cosmoderm diselitkan dengan Rosehip Oil untuk mempercepat penyembuhan parut, stretch mark, luka bakar dan juga cacar air sambil melambatkan sebarang tanda penuaan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi kaum hawa, fasa putus haid (menopause) adalah satu fasa yang bakal mengubah kehidupan seorang wanita 360 darjah, selain fasa bergelar seorang ibu.
Ini demikian kerana, fasa ini merupakan fasa yang paling sensitif bagi segelintir individu. Begitu juga dengan apa yang dialami oleh Ratu Rock tanahair, Norzila Aminuddin yang lebih mesra disapa sebagai Ella.
Menurut Ella, melalui fasa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, dengan persiapan yang selayaknya wanita mampu menghadapinya. Ella turut menitipkan nasihat agar wanita di Malaysia cakna tentang peri pentingnya menjaga kesihatan hormon.
Ketika ditanya bagaimana permulaan Ella terdetik mahu menjalankan rawatan mengekang masalah hormon yang dihadapinya, ini respon yang diberikan Ella.
“Mula tak berapa nak faham sangat pasal hormon ni. Tau-tau kita dah ada masalah je. Ada satu waktu tu, Ella rasa tak sihat mengadu dekat suami. Rasa badan tak selesa, resah dan tak tenang. Suami cadangkan berjumpa dengan Dr. Linda lakukan rawatan.
“Jujurnya Ella dah cuba macam-macam daripada perubatan moden, perubatan tradisional alami dan sebagainya untuk ikhtiar selesaikan masalah hormon ini. Tapi tak dapat penyelesaianya.
“Masa permulaan Ella dapat tau tekanan darah Ella tinggi, Ella tak mahu bergantung sepenuhnya pada ubat sahaja. Bukan Ella nak kata perubatan moden tidak bagus, tetapi untuk kesan jangka panjang tidak digalakkan,” ujar Ella.
Setelah bertemu Dr. Linda, Ella berkata beliau mencadangkan agar Ella menjalani rawatan Terapi Hormon Bio Identik (BHRT) untuk menyelesaikan masalah ini.
Tambah Ella lagi, keadaan emosi yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, memberi impak buruk kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Jadi adalah lebih baik jika tindakan awal dapat diambil segera.
“Ella setuju bahawa rawatan hormon ini tidak memudaratkan dan mengganggu apa-apa pun selain menyembuhkan dan menyihatkan Alhamdulillah.
“Ada diantara kawan Ella yang baru berusia 40-an dah menopaus disebabkan masalah gangguan hormon ini, jadi bila kita dapat tahu awal mungkin dapat membantu untuk mengekang masalah ini dari menjadi lebih teruk,” ujarnya.
Pakar hormon, Dr. Linda Mat Hassin menjelaskan bahawa Ella melakukan transformasi kesihatan hormon miliknya, hanya dalam tempohmasa tiga bulan sahaja.
“Ella sangat konsisten menjalankan rawatan BHRT dan dalam tempoh tiga bulan, kitai sudah dapat melihat kesan ketara yang positif. Bacaan tekanan darah tinggi Ella daripada 190 mulai normal.
“Berat badan Ella bukan saja kembali seperti semasa berumur 30-an, malahan suami turut puji Ella kelihatan awet muda seperti anak dara dulu.” kata Dr. Linda.
Justeru, inilah sebab mengapa Ella tidak segan berkongsikan pengalaman yang dimilikinya.
Tujuan utama perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran awal kepada para wanita diluar sana agar menitikberatkan perihal kesihatan hormon dan tidak memandang enteng tentang permasalahan ini.
Sekadar info, Ella berkata demikian ketika ditemui pada sebuah majlis pendedahan tentang kesihatan hormon yang dinamakan sebagai “Superwomen Hormone Wellness Recognition Ceremony”.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan konsistensi, keterbukaan dan inisiatif Ella dalam menyebarluaskan kepentingan penjagaan hormon dikalangan lelaki dan wanita khususnya mereka yang berada dalam lingkungan umur 35 tahun ke atas.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.