Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Benarlah kata peribahasa Melayu ini apabila penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuat naik gambar puteri hatinya, Siti Aafiyah yang kelihatan mirip wajahnya sewaktu dahulu.
Siti Aafiyah yang kelihatan duduk bersantai di atas kerusi rehat itu sememangnya mengimbau kembali wajah Dato’ Sri pada waktu dahulu seperti di dalam video muzik Purnama Merindu. Ha! Ingat lagi tak video muzik tu?
Bila Aafiyah posing lebih anggun dari ibu..swipe to the left
Memang sama betul tau! Gambar itu menarik tumpuan netizen dan ramai yang memberi komen tentang wajah Siti Aafiyah yang benar-benar serupa dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Ads
tu Siti Nurhaliza zaman purnama merindu ke tu?
Malah, ramai juga yang memuji tentang kecomelan Siti Aafiyah apabila dia bijak memberi ‘posing’ ketika mengambil gambar! Alahai, cantik macam ibunya juga!
Ads
Menerusi laman Instagramnya juga, Dato’ Sri Siti Nurhaliza kelihatan meluangkan masa bercuti bersama keluarga di The Taaras Beach & Spa Resort yang berlokasi di Kuala Terengganu, Terengganu.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Angkat tangan jika anda takut retinol? Ah ya, hampir semua orang… terutamanya anda yang jenis kulit sensitif!
Walaupun menakjubkan, retinol adalah bahan yang sangat mujarab yang selalunya datang dengan risiko sebanyak ia memberi ganjaran. Tetapi bagaimana jika HIJABISTA memberitahu anda ada cara untuk meminimumkan kemungkinan tindak balas dan hanya meraih faedah? ‘Retinol sandwic’ boleh menawarkan hanya itu dan inilah semua yang anda perlu tahu…
Teknik aplikasi yang merujuk kepada kaedah ‘sandwich’ retinol adalah melapisi di antara pelembap, ia dicipta sebagai satu cara untuk meminimumkan beberapa kesan sampingan yang lebih tidak menyenangkan yang boleh dibawa oleh retinol. Walaupun kita semua ingin merasai manfaat meremajakan yang ada pada retinol, kemerahan dan pengelupasan tidak betul-betul dalam senarai matlamat anda.
Ia adalah idea yang bagus jika anda baru menggunakan retinol atau menangani kepekaan kulit secara umum, kerana pengapit retinol menangani kemungkinan kesan sampingan retinol pada kedua-dua hujungnya. Mendahului retinol anda dengan lapisan pelembap ringan boleh membantu melambatkan sebarang tindak balas negatif dan kemasan dengan yang sama membantu mengunci kelembapan masuk, justeru mengehadkan jumlah kekeringan yang tinggal apabila retinol selesai berfungsi.
Sudah tentu terdapat cara alternatif untuk mengurangkan kerengsaan apabila menggunakan retinol, bermula dengan produk kekuatan minimum (untuk membina toleransi) sentiasa menjadi pilihan yang bijak, tetapi jika anda telah menemui formula yang anda percayai, kaedah sandwic boleh menjadi amat bagus.
Ya, satu sentuhan, tetapi itu separuh perkara. ‘Retinol sandwich’ adalah cara terbaik untuk anda yang tidak menyangka boleh memasukkan retinol ke dalam ritual kecantikan anda dengan melakukannya cara yang tepat tanpa merosakkan penghalang kulit. Ia mencairkan retinol, melembutkan tanpa membatalkan faedah, menjadikannya pilihan retinol ‘pengenalan’ atau ‘lite’ yang kuat.
Anda mungkin sudah memahami intipatinya sekarang, tetapi untuk lebih jelasnya, anda perlu menggunakan retinol pilihan antara dua lapisan pelembap (satu sebelum dan satu berikut). Bagi jumlah pelembap untuk digunakan, ia bergantung kepada berapa banyak anda ingin mencairkan bahan utama. Lapisan yang lebih nipis hanya akan menghilangkan kelebihannya, manakala yang lebih tebal akan membantu anda berfungsi dengan selamat.
Anda juga tidak perlu ‘sandwic’ retinol anda ke seluruh muka. Pakar Dermatologi mencadangkan hanya menggunakan pelembap anda pada kawasan yang lebih halus atau mudah jengkel seperti di sekeliling mata atau dalam garis senyuman. Pilihan banyak, semuanya mampu menyegarkan wajah tanpa stress.
Jadi berikan ‘retinol sandwich’ pusingan jika anda begitu cenderung; ia adalah satu kemenangan untuk jenis kulit sensitif.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tak dinafikan dalam dunia ini dikatakan ada 7 orang yang muka sama seperti kita. Jika ‘kembar’ kita itu popular pasti akan menerima tempias. Seperti penyanyi muda yang popular masa ini, Wany Hasrita yang dikatakan seiras wajah YB Nuru Izzah. Sekali pandang memang ada irasnya terutama di bahagian hidung dan bentuk wajah. Bagi Wany Hasrita dia sebenarnya cukup berbangga apabila ramai memberitahu wajahnya mereka adalah seiras. ini kerana setiap kali orang memandang YB Nurul Izzah pasti akan teringat dirinya juga.
Menurutnya juga dia telah menyedari hal ini dari tahun lepas dan ia dianggap sebagai satu bonus, lebih-lebih lagi setelah beliau menang dalam pilihan raya lalu.
“Saya ada terjumpa YB tahun lepas dan sempat bergambar bersama. Bezanya YB berkulit putih dan saya gelap. Tetapi ada juga yang cakap muka saya seperti beberapa artis lain dan saya anggap itu sebagai bonus.
“Sebaik YB Nurul Izzah menang dalam pilian raya tempohari memang ramai juga yang ucap tahniah padanya dan mereka juga turut tag nama Wany di Twitter. Wani anggap itu sekadar main-main dan gurauan sahaja,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Wany, memamg ramai yang cakap muka mereka sama, tetapi apabila berjumpa YB sendiri, beliau seorang yang cukup humble orangnya.
“YB sendiri bagi tahu dia minat lagu saya. Tetapi ketika itu pertemuan kami singkat dan tidak berpeluang berbual panjang. Insya-Allah kalau ada masa saya berminat untuk bertemu dengan beliau lagi. Mungkin ada perancangan yang boleh kami jalin bersama.
“Sebenarnya Wany sendiri melihat YB Nurul Izzah sebagai seorang wanita yang sangat-sangat berani berjuang untuk keluarga, berjuang untuk orang yang berada di belakangnya dan sememangnya beliau adalah seorang wanita pejuang. Sama seperti bondanya Datin Seri Wan Azizah,” tambahnya lagi.
Menurut Wany dia memang kagum dengan wanita yang ada semangat begini. Ini membolehkan dia belajar bagaimana cara mereka membawa diri, bercakap dan YB Nurul Izzah juga dilihat begitu lantang bersuara.
“Walaupun saya melihat beliau lantang menyuarakan sesuatu isu, tetapi masih terlihat kelembutannya lagi di situ.
“Jika wanita lain pula saya melihat Neelofa sebagai seorang wanita yang dilihat begitu berjaya dalam bidang usahawan yang diceburinya,” jelasnya.
Bagi Wany juga tidak akan menolak jika satu hari nanti diberi peluang untuk bekerjasama dengan YB Nurul Izzah terutama bab menaikkan martabat wanita. Juga dalam soal memberi kesedaran kepada wanita di luar sana yang rasa diri tertindas.
Persamaan wajah mereka juga turut menarik dan diakui oleh netizen. Malah ada yang berkata kedua-duanya seperti adik beradik dan juga kembar.
Isteri kepada penyanyi Justin Bieber iaitu Hailey Bieber tidak pernah lari dari menjadi pusat perhatian dek kerana kecantikan yang dimiliki oleh model tinggi lampai yang juga personaliti media sosial terkemuka berasal dari Amerika Syarikat ini.
Malah, rutin kecantikkan Hailey bermula dari perawatan kulit wajah, penampilan, solekan hinggalah kepada hiasan kuku semuanya sering menjadi sorotan para peminatnya di seluruh dunia.
Pada majlis pelancaran Rhode Skin Glazing Milk The Essential Prep Layer, baru-baru ini Hailey Bieber kembali mencuri perhatian dan tumpuan orang ramai apabila dia mendedahkan tip kecantikan dan rahsia bagaimana dia memiliki kulit glowing dan memukau, tidak hanya pada bahagian wajah, malah keseluruhan tubuh badanya.
Tips kecantikan berkenaan dikongsikan Hailey menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya, di mana dia mendedahkan ‘Rahsia’ kecantikannya, ketika berada di New York City.
“Saya akan menunjukkan kepada Anda hacks yang saya suka lakukan dengan Glazing Milk di tubuh saya.”
“Saya akan mengambil Glazing Milk di tangan, dan kemudian saya akan mengambil liquid highlighter, jenama Chanel, kuantiti higlighter mengikut citarasa anda dan campurkan ke dalam Glazing Milk” ucapnya sambil mengoleskan campuran itu ke seluruh lengan dan bahu dalam video berkenaan.
Hijabista difahamkan untuk melaksanakan tips kecantikan ini, Hailey hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu Rhode Skin Glazing Milk The Essential Prep Layer dan Chanel Les Beige Sheer Healthy Glow Highlighting Fluid untuk membuat campuran berkenaan yang menjadi rahsia kepada kulit ‘glowing’ miliknya. Hijabi juga boleh menggunakan liquid highlighter apa pun sesuai citarasa anda.
Setelah campuran dioleskan pada kulit anda, kedua produk ini bakal memberikan kesan kulit yang glowing serta tampak lebih sihat sekaligus menganjalkan kulit dari ujung kepala hingga kaki. Menarik bukan? Selamat mencuba sis! Lepas ni tak perlu lagi pakai filter ‘glass skin’ sebab dengan tips dari Hailey ini, kulit hijabi pasti glowing dan bercahaya!
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.