Tiga hari yang lalu, Vivy Yusof yang juga merupakan pengasas jenama tudung terkemuka, dUCk Scarves secara rasmi telah mengumumkan berita kehamilannya menerusi Instagram dan juga penulisannya di dalam sebuah surat khabar tempatan. Alhamdulillah, tahniah Hijabista ucapkan kerana Vivy Yusof bakal menimang cahaya mata yang ke-3. Patutlah wajah Vivy nampak semakin berseri-seri
Rata-rata netizen gembira dan teruja apabila idola mereka mengumumkan berita kehamilan ini. Beribu ucapan tahniah membanjiri komen di Instagram Vivy Yusof. Posting ini telah mendapat 167,162 likes serta 7,580 komen setakat ini. Hasil perkahwinan bersama Fadza Anuar, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan dua orang anak yang cukup comel iaitu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.
Vivy sememangnya dikenali menerusi #OOTD yang cukup stailo. Setiap hari, pasti ada sahaja #OOTD yang akan dimuat naik di Instagram miliknya sehingga menjadi ikutan hijabi di luar sana. Jadi, ayuh kita lihat 10 #OOTD Vivy Yusof yang cukup menawan dan memukau ini.
Jika melhat penampilan Rozita Che Wan atau Che Ta yang kekal cantik dan langsing ramai yang inigin tahu apa caranya. Walaupun usianya sudah mencecah 45 tahun, tetapi pelakon yang juga merupakan ibu kepada tiga cahayamata ini tak pernah nampak tak cantik. Selain dari minum air masak selepas sejam makan, apa agaknya rahsia Che Ta mengekalkan kejelitaan, kesihatan serta kebahagiaan setelah hampir empat tahun berumah tangga.
Menurut Che Ta, dia memang menjaga kecantikannya walaupun ketika di dalam rumah. Dia tidak mahu hanya cantik ketika di luar sahaja, tetapi mahu suaminya tetap memanggil dirinya seperti bidadari sebaik bangun dari tidur.
Bukan itu sahaja, sejak dulu dia memang sudah terbiasa menjaga kecantikan dengan penampilan menarik. Jadi tidak ada masalah untuknya kekal menarik walau dalam apa juga situasi.
Tida dinafikan dia antara artis yang rajin berselfie tidak kira walau di mana berada. Malah jika bercuti dalam atau luar negara, kita akan disajikan dengan OOTD yang berlainan setiap hari.
Menurut Che Ta, dia mengambil masa sehari suntuk untuk mem’packing’ baju jika mahu bercuti. Sebagai ibu dia bukan hanya menyiapkan untuk dirinya seorang, tetapi juga untuk anak-anaknya termasuk yang dewasa.
Walaupun sibuk dengan aktiviti, pelakon bermata cantik ini sesekali tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu. Dia akan pastikan dapat meluangkan masa bersama mereka untuk bercerita dengan anak-anak.
Pelakon tinggi lampai ini juga tidak memikirkan untuk menimang cahayamata lain setakat ini dan cukup hanya tiga orang. Ini kerana dia akan lebih fokus dan ada masa melihat tumbesaran masing-masing.
Menurutnya ketika mereka besar inilah masa sesuai menjadi kawan untuk anak-anaknya. Ini kerana jika sudah berkahwin nanti pasti mereka hanya akan bercerita soal apa sahaja dengan pasangan masing-masing
Jika bercerita soal Che Ta pasti tidak akan lari dari topik mengenai anak bongsunya Aaisyah Dhia Ranaa yang bukan saja comel tetapi juga petah bercakap. Malah Aaisyah sering jadi perhatian netizen kerana gemar sekali meniru aksi orang dewasa terutama ibunya sendiri dalam soal bermekap dan melawa.
Mengakui dia jarang berkongsi video melakukan aktiviti bersama Aaisyah tetapi tidak bermakna dia tidak meluangkan masa dengan anak bongsunya itu. Tetapi menurut Che Ta dia tak sempat nak merakam aktiviti kerana ketika bersama, dia tidak memegang telefon disebabkan mahu memberi perhatian dan fokus pada Aaisyah.
Che Ta juga turut membiasakan anaknya itu bergaul dengan orang ramai termasuk rakan-rakan Che Ta sendiri. Ini menyebabkan Aaisyah tidak takut dengan orang dan dia juga turut memberi pendedahan dan peluang kepada Aaisyah untuk bereksplorasi dengan persekitarannya.
Menurut Che Ta lagi walaupun begitu, dia tetap mengutamakan soal agama apabila memanggil ustazah untuk datang mengajar mengaji. Aaisyah juga menurutnya telah dihantar ke sekolah tadika bahasa Mandarin dan kini selain bahasa Melayu dan Inggeris, anaknya juga sibuk bercakap bahasa Cina.
Bertemu ketika pelancaran produk kecantikan Nell Aesthetica, Che Ta mengakui agak cerewet dengan pemilihan produk untuk menjadi dutanya. Mengambil masa agak lama sebelum mengambil keputusan untuk bersetuju bergelar duta produk ini selama setahun.
Dia turut melahirkan rasa bersyukur kerana kerjaya seninya tetap aktif dan terbaru turut dilantik menjadi Ikon Kedah. Dia diantik bersama Janna Nick dan akan turun ke Kedah dalam mempromosikan negeri itu hanya tiga kali setahun. Selain itu Che Ta juga turut bekerjasama dengan satu pemaju perumahan.
Pelbagai persoalan dan kekusutan melanda warga Selangor apabila Syabas mengumumkan tiada bekalan air di sekitar negeri Selangor bermula hari ini sehingga 9 Mac 2018. Memang runsing dibuatnya bila tiada bekalan air ini terutamanya pada kaum wanita yang mahu mandi wajib. Dengan kuantiti air yang terhad, tentunya anda teragak-agak untuk mandi wajib. Tetapi anda tidak perlu risau kerana Hijabista ada penyelesaiannya. Berikut merupakan antara soalan lazim yang sering ditanyakan apabila tiada bekalan air.
Soalan:
Jika saya berjunub, namun saya hanya memiliki sedikit air, apakah saya tetap perlu mandi dengan air tersebut sebagaimana mandi junub atau saya hanya perlu bertayamum tanpa mencuci kemaluan?
Jawapan:
Para ulama mengatakan, jika seorang yang junub mendapati air yang sedikit dan tidak mencukupi untuk mandi, maka wajib baginya untuk beristinjak (mencuci kemaluan) dan berwudhu lalu bertayamum dengan thurab (debu yang ada di permukaan).
Jadi, beristinjak dengan air tersebut untuk mencuci kemaluan dan sekitarnya, lalu berkumur-kumur, mencuci muka dan kedua tangannya, lalu mengusap kepalanya dan kakinya. Jika masih ada air tersisa, maka gunakan untuk mencuci bahagian tubuh yang lain. Setelah itu lalu bertayamum.
Ini berdasarkan firman Allah Ta’ala:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“bertaqwalah kepada Allah semampu kalian” (QS. Ath Taghabun: 16).
Berdasarkan ayat ini maka lakukanlah yang bisa dilakukan.
Sumber: Fatawa Munawwa’ah Syaikh Abdul Aziz Ar Rajihi, 8/47.
Catatan:
• Demikian ini adalah pendapat madzhab Hambali dan Syafi’i, dan merupakan pendapat yang lebih hati-hati insyaAllah.
• Hal di atas dilakukan jika air tidak cukup untuk membasuh seluruh anggota badan. Jika air yang sedikit masih cukup untuk membasuh semua anggota badan, maka itu sudah sah untuk mandi janabah.
Soalan:
Adakah sah mandi wajib dengan air tadahan dalam baldi? Menurut mazhab syafie air tersebut adalah musta’mal kerana tidak melebihi 2 kolah. Tetapi daripada artikel yang saya baca di dalam internet, air mustakmal tersebut masih sah digunakan berdasarkan hadis dan riwayat selagi tidak berubah sifat, rasa, bau dan warna kerana Nabi s.a.w sendiri menggunakannya.
Jawapan:
Sebelum menjawab berkenaan hukum sah mandi wajib dengan air tadahan dalam baldi , elok kiranya kita jelas terlebih dahulu perbezaan pendapat ulama berkaitan pengertian air musta’mal dan apakah hukumnya.
Sebahagian pendapat mengatakan air musta’mal adalah air yang kuantitinya kurang daripada dua kolah dan telah terkena sebahagian anggota badan atau yang telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama.
Sebahagian yang lain mengatakan air musta’mal itu adalah air yang kurang dua kolah dan telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama.
Hukum air musta’mal juga terdapat khilaf di kalangan fuqaha’ . Ada yang menyatakan bahawa air musta’mal ini suci tetapi tidak menyucikan. Ada yang mengemukakan bahawa air musta’mal ini makruh dan tidak harus bertayamum sekiranya wujud. Manakala sebahagian lagi mengemukakan air musta’mal ini suci lagi menyucikan atau tidak ada beza diantara air mustakmal dan air mutlak . (Lihat: al-qurthubi, bidayatul mujtahid wa nihayatul muqtasid, 3/58-59)
Setelah meneliti beberapa pandangan, saya lebih tenang mengambil pandangan bahawa hukum air musta’mal ini adalah suci lagi menyucikan selagi mana sifat air tersebut tidak berubah warna, bau atau rasa dan padanya tidak bercampur dengan najis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyakit mental di Malaysia semakin membimbangkan. Pada zahirnya mungkin seseorang individu itu nampak sihat. Hakikatnya, mereka mungkin sedang berperang dengan perasaan mereka sendiri. Mereka mungkin tiada tempat untuk mengadu masalah hingga membuatkan mereka memendam perasaan dan akhirnya memberi kesan yang negatif kepada mental mereka.
Menurut artikel yang ditulis oleh Berita Harian, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah mental dan rata-rata kaum wanita lebih berisiko tinggi untuk mendapat simptom berkenaan. Gangguan mental yang teruk boleh menyebabkan wanita kemurungan dan akhirnya mereka bertindak untuk membunuh diri.
Profesor Bersekutu Psikiatri, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM), Dr Ng Chong Guan, berkata peningkatan pesakit mental di Malaysia meningkat sekali ganda dalam tempoh 10 tahun dan ia sangat membimbangkan.
Dr Ng berkata, antara penyumbang gejala gangguan mental ialah faktor kemurungan di mana 40% daripada masyarakat Malaysia menderita sepanjang hayat akibat daripada penyakit tersebut. Punca penyakit mental ini dikatakan ada kaitan dengan sejarah keluarga yang turut pernah mengalami gangguan jiwa dan tekanan.
Menurut Pensyarah Kanan dan Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Michael Ang Jin Kiat, berkata terdapat 3 gejala utama masalah gangguan mental iaitu:
Anda perlu berjaga-jaga sekiranya terdapat ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang berkelakuan seperti:
Sekiranya mereka mempunyai tiga tanda ini, segera dapatkan rawatan kerana dibimbangi ia akan menjadi lebih teruk.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!